Oleh JOHARDY IBRAHIM
johardy@utusan.com.my
TIDAK mungkin Proton melepas batuk di tangga bila mengadakan sesi randau dengan sembilan penulis dan wartawan terpilih bagi membicarakan serba-serbi Proton, minggu lalu. Tidak mungkin syarikat kereta nasional ini mahu mempengaruhi kosong atau ‘membeli hati’ waima menyedari kalangan wartawan yang hadir itu berpengalaman membuat liputan mengenai Proton bertahun-tahun lamanya, malah sedang atau pernah mengguna pakai produk yang dikeluarkan.
Keyakinan ini terbentuk apabila melihat barisan pegawai-pegawai kanan Proton dari Pengarah Urusan, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohd. Tahir sehinggalah kepada pengurus-pengurus jabatan seperti Proton Edar, Pembangunan dan Penyelidikan (R&D), pemasaran, perhubungan awam dan perhubungan pelanggan serta seorang ‘Mat Salleh’ Jerman yang rupa-rupanya diimport dari BMW khusus untuk menguruskan aspek kualiti produk.
Di pihak penulis dan wartawan yang dijemput itu, meskipun maklum mungkin wujud elemen ‘mesra Proton’ namun ia tidaklah sampai ke tahap ‘embedded reporter’ seperti wartawan Amerika Syarikat yang menulis Perang Iraq!
Sekurang-kurangnya wakil media senang hati melihat pengurusan Proton menghormati peranan media yang tanpa teragak-agak mengkritik keputusan yang tidak digemari seperti isu menjalin semula hubungan dengan Mitsubishi Motors Co. yang dikhuatiri boleh menjerumuskan Proton kepada model-model ‘hampa’ seperti Proton Juara sekali lagi.
Sesi randau berkenaan dipecah kepada beberapa topik dari soal produk terkini syarikat kereta nasional tersebut, Proton Exora sehinggalah kepada pendedahan mengenai model-model yang sedang dirancang.
Kelompok media yang dipilih ini merupakan kelompok yang sama dipelawa melakukan uji pandu model prototaip Exora beberapa bulan sebelum pelancarannya pada April lalu. Sejak itu juga, beberapa siri ulasan pandu uji juga sudah diterbitkan dan tentunya menyentuh hebat mengenai isu kelemahan atau kelebihan Exora.
Sesi perbincangan itu tidak ada syarat atau sekatan. Apa sahaja yang tidak dirasakan tidak kena atau boleh dipertingkatkan lagi, dinyatakan secara terus-terang (malah panjang lebar) kepada semua pegawai Proton yang ada kena-mengena secara langsung dengan projek Exora.
Sesi ini tidaklah sama menarik berbanding sesi sebelah petang apabila pegawai-pegawai bahagian R&D mendedahkan lukisan-lukisan peringkat awal mengenai model-model yang akan dibina oleh Proton bagi tempoh lima tahun lagi.
Pendapat wakil media ditanya, kemudian dicatat untuk diteliti lebih lanjut. Ini mungkin pertama kali dalam sejarah sejak kewujudan industri automotif nasional, Proton benar-benar merapati dan menggunakan sepenuhnya maklum balas atau input daripada penulis atau wartawan automotif.
Selain itu, Proton membawa khas dua buah kereta untuk tontonan eksklusif iaitu edisi khas Proton Saga yang akan dilancar di Johor pada Selasa (hari ini) dan model pengganti Waja (tahap enjinnya ialah 1.8 liter dan 2.0 liter yang pasti menawan dan menggegar jiwa!).
Hal ini diperakui sendiri oleh pemerhati industri automotif tempatan, Chips Yap yang kini menguruskan laman web Motor Trader dan berpengalaman lebih 30 tahun, termasuk detik-detik kelahiran Proton pada 1982.
”Mengadakan sesi randau dengan penulis pemotoran tidak mungkin dilakukan oleh pengurusan sebelum Datuk Syed Zainal Abidin dan langkah yang julung kalinya oleh beliau ini wajar dipuji.
”Bukanlah kami ini pakar sangat untuk Proton berbuat begitu tetapi acara itu jelas menunjukkan beliau mahu mendapat input dari sumber berlainan bagi membantu dirinya dan pasukannya untuk membentuk hala tuju bagi Proton. Ini menunjukkan beliau tidak memikirkan dirinya seorang sahaja yang pakar dan semua orang lain tidak tahu apa-apa,” kata Chips.
Chips mungkin berpandangan demikian kerana pengalamannya dengan pengurusan Proton sebelum era Syed Zainal Abidin. Tatkala semua pihak memperakui kekuatan pengaruh Internet di mana ia menjadi platform orang ramai meluahkan kekecewaan mengenai kualiti produk, pengurusan sebelum ini bertindak untuk tidak mengendahkan Internet.
Syed Zainal Abidin tidak segan silu mengaku dirinya memang meneliti dan membaca luahan-luahan hati yang terpampang dalam Internet, sama ada laman web atau blog. Malah beliau menyediakan e-mel khusus untuk mendengar secara langsung luahan hati pengguna menerusi alamat e-mel blog.w.sz@gmail.com.
Bagaimanapun beliau telah meminta supaya aduan dikemukakan dahulu kepada unit perhubungan pelanggan iaitu i-Care di talian percuma 1-300-880-888 atau e-mel i.care@proton.com dan jika masih tidak puas hati, barulah memanjangkan kepadanya.
Tentunya ini mendapat reaksi positif daripada orang ramai, khususnya pelanggan-pelanggan Proton. Syed Zainal Abidin faham cabaran paling besar yang dihadapinya bukan semata-mata menyediakan produk yang menepati cita rasa rakyat tetapi paling kronik ialah persepsi negatif yang melekat pada jenama Proton.
Yang anehnya, persepsi ini hanya teruk melanda Proton sebagai kereta nasional tetapi jenama-jenama kereta lain yang mendapat status nasional pula terlepas bebas. Mungkin stigma ini didorong oleh pengetahuan orang ramai bahawa jenama-jenama kereta nasional lain hanyalah penukaran lencana kereta daripada syarikat Kia, Peugeot, Hyundai dan Daihatsu semata-mata, manakala Proton adalah sebuah produk yang dibina oleh rakyat Malaysia sendiri.
Pengetahuan sebegini ada positif dan negatifnya. Positifnya ialah ia secara langsung mengiktiraf bahawa kereta yang benar-benar layak menerima status kereta nasional ialah Proton sahaja, walaupun mungkin kerjasamanya dengan Mitsubishi akan mengembalikan skeptikal umum tetapi ia disifatkan suatu bentuk usaha sama yang tidak boleh tidak, terpaksa dilaksanakan dalam era globalisasi kini.
Aspek negatifnya pula ialah ia menunjukkan suatu bentuk gerakan merendah-rendahkan keupayaan anak Malaysia yang berlarutan dalam industri automotif. Anda mungkin perasan orang gemar mengetuk-getuk badan kereta Proton tetapi tidak pula berbuat demikian kepada kereta lain. Mungkin mereka mengharapkan badan kereta itu akan kemik sebab ‘ada orang kata ia diperbuat daripada tin milo’.
Dalam konteks ini, Syed Zainal Abidin kelihatan bersungguh-sungguh dan kesungguhan ini diterjemah sebagai satu kewajaran di mata orang ramai bahawa sebagai orang nombor satu Proton, usaha mengekal dan meningkatkan kualiti produk adalah keutamaan beliau.
Siapa lagi yang layak memberi contoh terbaik sebegini kalau bukan Pengarah Urusan Proton sendiri. Atas faktor ini juga bila timbul isu siapa yang wajar dijadikan ikon atau duta produk bagi Proton, penulis berkeras menyarankan agar Syed Zainal Abidin sahaja yang menjadi duta tersebut.
Ada yang berkata Syed Zainal Abidin wajar menguruskan wajah korporat sahaja dan biar peranan itu diberikan kepada selebriti tetapi silalah tanya Edaran Otomobil Nasional Berhad mengenai hasil pulangan pelaburannya setakat ini.
Syed Zainal Abidin mempunyai aura dan sehingga kini, berjaya meyakinkan bukan sahaja pemegang-pemegang saham syarikat tetapi lebih mustahak, warga Proton termasuk golongan kolar biru di kilang Shah Alam dan Tanjung Malim bahawa mereka memiliki pemimpin yang tahu apa hendak dibuat dan sedia pula mendengar maklum balas dari akar umbi.
Jika Syed Zainal Abidin berjaya mengembalikan keuntungan bersih kepada Proton menerusi penawaran model yang tepat dan juga menjalin pakatan strategik yang berkesan dengan entiti asing, mana tahu beliau mungkin diketengahkan ke bidang yang lebih berorientasikan rakyat pula menjelang 2012.
Artikel dari Utusan Online 7 Julai 2009




salam.. hurmm, mmg pnjang post yg dipaparkn nie, tp puas lps sy m’bacanya.. proton tlh buat lgkah yg tepat, lbh2 lg bila Syed Zainal mnyediakn ruangan email utk kita luahkn mslh bkaitan proton.. kpd mreka yg suka kutuk2 proton tu, bhenti je laa.. bg komen yg mbina kn lbh baik.. btol x..?? atau, bg cdgn.. spya hasil pngeluaran model2 akn dtg lbh baik..
yg pasti, proton adlh satu2 nya pengeluar kereta NASIONAL.. smoga proton bjaya.. amin~
By: g-mie on July 7, 2009
at 1:13 pm
tu la, org malaysia ni suke kritik yg x baik n kutuk kaw2..kalau bagi kritikan membina kan bagus..cuba la ubah sikap dan mentaliti org yg xnak berjaya dan berpandandangan jauh tu..jadi la rakyat yg rasional dan berwawasan..
By: campromania on July 7, 2009
at 1:18 pm
semoga berjaya di masa akan dtg proton!
campromania>tukar layout ye?
By: sagaKNIGHT on July 7, 2009
at 3:51 pm
a’ah…saje je..nak kasi fresh skit..
By: campromania on July 7, 2009
at 3:57 pm
mngenai exora – transmisi manual tu, kuasa yg dibekalkn oleh enjin cps tu sama ke dgn manual..?? selain tiada GPS, hrga yg rendah.. apa lagi yg dikurangkn pd model exora MT ni..??
By: g-mie on July 8, 2009
at 1:41 am
Exora manual xde gps,dvd player,xde kemasan chrome, seat sama mcam exora m-line auto dan alloy wheels..menurut paultan exora manual ni dapat bagi kuasa yg lebih berbanding manual dari segi kuasa pecutan..yang paling menarik kemungkinan pada penghujung tahun ini atau awal tahun depan exora versi turbo akan dilancarkan, tungguuuu….
By: campromania on July 8, 2009
at 2:38 am
enjin sama, 1.6 cps, so power mesti sama.
yg buat beza ialah transmission type: AT atau MT.
normally, kete AT mmg “lembab” sket pecutan (acceleration) kalu dibandingkn dgn kete MT.
sbbnye ialah selection gear ratio. kalu tgk typical gearbox pn lain antara AT & MT.
AT utk drive senang2. drive senang2 wtpe nk pikap2?
MT utk drive aktif. kena pandai main gear, baru syok!
By: farghmee on July 8, 2009
at 3:58 am
betul tu farghmee..kan mpv ni untuk keselesaan, bukan penumpang je yg selesa, driver pun kena selesa gak, xperlu wat banyak keja mcam change gear..rileks je cruising sama ada dlm bandar or long distance..
By: campromania on July 8, 2009
at 5:01 am
offtopic>>
sy nk promote blog,
http://farghmee.wordpress.com/
sori campromania
By: farghmee on July 8, 2009
at 5:30 am
bagus la dah ada blog skarang..nanti kita leh share info ngan link skali..
By: campromania on July 8, 2009
at 5:56 am
b’kongsi cerita yg baik, ilmu yg b’guna, apa slh nye.. ye x..?? t’ingin jgak nk ade blog sndiri.. blog bkenaan automotive.. tp, ilmu msh x cukup.. hihi~ bro campromania wat design2 tu, guna adobe photoshop eaa..?? ade x tutorial2 yg boleh sy guna kn.. minat laa bidang2 graphic design..
By: g-mie on July 8, 2009
at 2:38 pm
sy wat design guna adobe illustrator, photoshop sy guna utk edit gambar2 je..sume logo sy guna illustrator (singkatan dia AI)..kalau berminat leh la blaja..try search tutorial kat google, dulu sifoo.com slalu ajar org guna software2 design ni..sy ni mmang fulltime graphic designer, funtasticko design ni company sy, bisnes kecik2 je..
By: campromania on July 8, 2009
at 2:47 pm
maaf laa tkr topik.. sy ni minat bnda2 ni, dlu dpt tawaran ke sarawak utk amik course graphic, tp disebabkn faktor kwangan, xdpt laa nk g.. kt mane nk dpt kn illustrator..?? sy hnya ada photoshop CS3 je..
By: g-mie on July 9, 2009
at 1:58 am
software tu ada jual kat kaedai2 yg jual software, xpun try download kat i’net..cuma yg masalahnya kadang2 ada yg trial version..yg crack nye version ok la, leh guna terus..
By: campromania on July 9, 2009
at 2:43 am
salam en sulaiman,
urutan dari pertanyaan & followup berkenaan order exora kami pada minggu lepas, sekali lagi kami mohon agar order kami dipercepatkan dgn kadar segera!!!
Ini kerana kami tidak dapat lagi menunggu dgn lebih lama lagi!!!
oder tersebut adalah terlalu lama… sejak hari pelancaran lg….
sekali lg kami minta pihak tuan bertanggungjawab keatas kerugian yang kami tanggung diatas kelewatan tersebut kami terpaksa menanggung kos dan kerugian spt kos baik pulih kenderaan sediada dan kos panggilan yang kami buat terhadap pihak tuan dan juga kos petrol kesana kemari untuk tujuan follow up…
walau apa juga alasan en terhadap production, hakikatnya kami tidak dapat menerima alasan2 tersebut. kelewatan tsbt adalah tidak munasabah…kami mahukan kepastian tarikh sebenar bilakah kami boleh menerima kereta tersebut???
Sekiranya persoalan kami dipandang ringan kami akan paparkan di media.
selama 16 tahun kami menggunakan proton iswara dan selama itulah kami menantikan mpv pertama proton tetapi bila dah order lain pula perasaan kami.kami sangat kecewa dan tawar hati apabila segala pertanyaan kami dipandang sebelah mata oleh pihak tuan dan en. Sulaiman sendiri baru hendak menelefon kami setelah berkali-kali kami menelefon dan memaparkan di dalam mail i.care ruangan komentar.
By: siti rafia'ah & kahairudin on August 16, 2009
at 7:58 am
siti rafia’ah, nampak macam berat masalah ni..kepada sape2 staff proton or org dari proton i.care sila amik perhatian masalah ni..harap dapat diselesaikan segera..mungkin kelewatan tu disebabkan atas permintaan yg diluar jangkaan bagi model exora, setahu saya h-line yg paling banyak dapat booking..mulanya proton prepare m-line yg banyak sbagai stockpile, tapi lain lak jadinya..proton mungkin tengah cuba sedaya upaya untuk menghantar tempahan exora secepat yg mungkin, nak pulak dah hampir2 raya xlama lagi ni..
By: campromania on August 16, 2009
at 4:14 pm
sapa pulak encik sulaiman tu?
anyway… sila panjangkan hal ini kpd DSZ sendiri… kesian kak rafiah dan keluarga. hurmm. sapa2 di sini boleh tolong tak kakak kita nih.
By: adeh on August 16, 2009
at 6:46 pm
sy pun xpasti sape en sulaiman.. hehehe…
By: campromania on August 17, 2009
at 2:51 am