funtasticko design

http://funtasticko.net

EOCM Genting Highland Road Tour 2010 dari bro Stroller

18 Komen

Sepertimana yang telah dijanjikan pada saya, bro Stroller telah membuat 1 artikel khas untuk acara ini untk dikongsi bersama dengan kita semua. Terima Kasih banyak2 bro kerana sudi meluangkan masa untuk menulis artikel ni.


Pendaftaran EOCM GHRT

Pada 09 Januari 2010 yang lepas, bertempat di Genting Sempah (Genting Highland), Exora Owner Club Malaysia (EOCM) telah membuka tirai aktiviti tahunan kelab dengan mengadakan EOCM Genting Highland Road Tour 2010 (EOCM GHRT 2010).


Peserta EOCM GHRT

Program ini mendapat perhatian dan kerjasama daripada pihak Proton, pengurusan Genting Highland dan TV3. Pengurusan Genting Highland telah membantu EOCM dengan menyediakan kawalan keselamatan dan lalulintas bagi melancarkan perjalanan EOCM ketika mendaki dan tempat meletak kenderaan khas untuk peserta program. Pihak Proton pula telah menyediakan cenderahati kepada peserta yang mendaftar menyertai EOCM GHRT 2010. Program ini turut mendapat liputan daripada krew rancangan “Jom Ronda” TV3 yang ke udara setiap hari Ahad, jam 7.30 petang.


Keluarga Exorians

Sebanyak 87 ahli kelab EOCM dan bukan ahli dari selatan, utara, timur dan semestinya kawasan tengah Lembah Kelang, telah mendaftar seawal jam 8.00 pagi untuk menyertai EOCM GHRT 2010. Objektif utama diadakan program ini ialah untuk membuktikan pandangan negative anggota masyarakat akan kemampuan MPV Exora untuk sampai ke kepuncak pusat peranginan utama negara iaitu Genting Highland. Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh saudara MC, Saudara ASNOR ENDIN dan bacaan Doa Selamat disempurnakan oleh Saudara Ibrahimvisi. Seterusnya sesi taklimat perjalanan konvoy pula diterangkan oleh ketua Marshall EOCM Saudara Andalas.


EOCM Membelah Kabus Genting

Peserta seterusnya dilepaskan untuk mendaki kepuncak Genting Highland tepat pada jam 9.30 pagi dimulai dengan kenderaan polis pengiring dan diikuti oleh konvoy Exora yang dibahagikan kepada 11 kumpulan mengikut kenderaan Marshall yang dilantik. Perjalanan kepuncak Genting Highland dalam keadaan sejuk berkabus yang mengambil masa kira-kira sejam itu di tempuh tanpa sebarang masalah oleh peserta sehingga kepuncak pusat peranginan tersebut. Setiba di puncak pusat peranginan tersebut, peserta konvoy dibawa mengelilingi kawasan tumpuan umum sambil membunyikan hon dan menyalakan lampu sebagai makluman ketibaan konvoy EOCM di Genting Highland .


Genting Here EOCM Come

Kesemua 87 buah Exora berkenaan seterusnya telah berkumpul di Padang Kawat Polis Genting Highland yang disediakan khas untuk peserta EOCM GHRT 2010 oleh pihak pengurusan Genting. Seterusnya, acara diteruskan oleh Presiden EOCM, Saudara Lan Rambai telah menyampaikan sepatah dua kata tanda penghargaan dan terima kasih beliau kepada semua pihak yang menjayakan program ini khasnya kepada Pengurusan Genting, Polis Genting, pihak Proton, TV3, para AJK yang terlibat dan seterusnya peserta EOCM GHRT 2010. Jamuan ringan pagi itu disediakan oleh ahli keluarga EOCM diketuai oleh saudara Pok Nik secara “Pok Lak” parti. Pelbagai jenis juadah disediakan oleh ahli keluarga EOCM seperti Roti Jala, Kepak Ayam Berempah Resepi Sandakan, Speghetti, Nasi Lemak, kuih muih dan pelbagai jenis keropok dan kerepek disediakan.


Bro Stroller bersama keluarga

Setelah itu, sesi bergambar beramai-ramai sebagai tanda kenang-kenangan ahli keluarga EOCM yang menyertai Road Tour berkenaan. Pihak krew program “Jom Ronda” TV3 turut menemuramah beberapa orang ahli kelab bertanyakan respon mengenai kemampuan dan prestasi Exora ketika mendaki kepuncak Genting. Peserta seterusnya bersurai pada jam lebih kurang 12.00 tengahari dengan sebahagian ahli EOCM dan keluarga berhibur di Genting Theme Park melalui pakej khas yang disediakan oleh Pengurusan Genting.

Terima kasih kepada penaja iaitu Genting dan Proton yang menyediakan tempat dan hadiah cenderahati, AJK EOCM yang telah berusaha keras untuk menjayakan program sulung EOCM bagi tahun 2010. Semoga dengan kejayaan program seperti ini, diharap segala tanggapan negative masyarakat terhadap kemampuan Exora terhakis dari fikiran mereka.

Artikel ditulis oleh : Stroller

About these ads

18 thoughts on “EOCM Genting Highland Road Tour 2010 dari bro Stroller

  1. terima kasih bro Campro kerana menyiarkan sedikit berita ringkas EOCM GHRT 2010… hehehe.. bro campro.. lepas ni awak pun saya cadangkan miliki lah sebuah exora dan sertai lah EOCM coz bebaru ni.. ada beberapa org awek bujang.. saya besarkan “BUJANG”…dah join d club dan menyertai konvoy ke GH ari tu.. kalu bro belum ada awek lagi.. leh le try… hehehe…

    saje je nak ajak pemilik exora yg lain.. yg belum menyertai kelab EOCM supaya sama2 le join d club.. sambil merapatkan tali silaturahim sesama pemilik exora kite dpt bertukar2 pendapat dan pengalaman masing2…

    Terima kasih sekali lagi Mr Moderator @ Founder…

  2. Nice photo..

    Terperanjat saya tgok gambar no3. Sekali pandang mcm kilang kayu keluarkan asap hitam kat blkg exora tu..rupanya bukan.

    Anyway..thanks bro stroller.

  3. sy dengar cerita dari salah sorang Exorian, bro Jimon, EOCM nak wat konvoy cross border xlama lagi..ke Thailand pulak..ye ke bro Stroller?

  4. congrate to stroller and campromania..

    teruja membaca….
    teruskan nukilan sebegini utk byk xtvt eocm di lain masa……

    kepada yg lain..sertai kami di Konvoi PAKBARA Thailand pada 13 & 14 .2.2010…terhad kepada 25 biji exora sahaja…..

  5. tq bro..pasni bro lak kasi info pasal Konvoi PAKBARA Thailand, siap ngan gambar & story skali la ye bro.. :)

  6. hehehe.. share cite skit jer bro sim (cameraman tak rasmi EOCM nie hehehe)…

    mcm tak dpt ikut jer ke PAKBARA tu… huhuhu… namoak gaya kena ada reporter lain lak contribute storyline konvoy ke PAKBARA… saya nak kena balik KB nnti time tu… kena melapor diri kat famili mertua lak…hehehe

  7. memang pun nampak mcm asap tebal dari kilang papan kalau tak bukak cermin tingkap exora bro.. hehehe… rupe2 nye… kabus sejuk nyaman mcm airkon exora ler… hehehe

  8. Basher kat paultan mesti dengki giler nih… haha..

    jangan lupa cabar Alza naik genting..kah kah..

  9. memang pun, kat sana ada yg langsung allergic dengan nama Proton ni..semua yg Proton buat salah & kutuk giler2..smpai Proton buat Family Day pun kena bash sebab ada yg rasa Proton guna duit diorg buat event tu..mengarut je..macam la Proton xde dana sendiri..sy pun hairan dengan diorg ni..

  10. Saya dh register kt eocm tp npe xreply2 lg..xsbr nk join..:-(

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 1,461 other followers