funtasticko design

http://funtasticko.net

Cadangan untuk meningkatkan strategi pemasaran Proton!

55 Komen

Dah lama saya terfikir pasal perkara ni..sambil2 berkongsi idea saya untuk memberi nafas baru kepada teknik pemasaran Proton..perkara ini dah lama dipraktikkan oleh pengeluar kereta luar terutama sekali pengeluar dari negara Jepun..pelbagai istilah/akronim dicipta untuk menunjukkan kehebatan teknologi mereka contohnya INVECS, GOA, SHIFTRONIC, RISE & lain2 lagi..ini secara langsung membuatkan orang ramai mudah terkagum dengan kehebatan istilah itu yang kadang-kalanya xla sehebat yg digambarkan..ini adalah kelemahan ketara Proton yang tidak pernah dimanipulasi sepenuhnya untuk menarik bakal pembeli..di sini saya bagi beberapa idea & contoh istilah/akronim yang saya cipta khas untuk Proton :

1. PROShift – Untuk transmisi CVT terbaru Proton
2. PROTect (Proton Enhanced Chassis Technology) – Untuk teknologi chassis Proton
3. PROSafe – Untuk mewakili gajet2 yang melibatkan safety seperti ABS, EBD, Airbag & sebagainya
4. PRORide (Proton Ride & Handling) – Istilah untuk Ride & Handling Proton untuk menggantikan Lotus Ride & Handling, rasionalnya tidak perlu lagi highlightkan Lotus kerana ia akan membuatkan bakal pembeli merasakan Proton tidak mempunyai keupayaan dalam bidang ni & sentiasa mengharapkan Lotus..hehehe..

Selain itu saya mencadangkan Proton mengadakan “TECH TOUR” konsep ala2 Jom Heboh yang boleh mendekatkan Proton kepada orang ramai…beli 1 treler yang telah diubahsuai menjadi Pameran Bergerak Proton..treler tu dijadikan bilik pameran interaktif untuk memperkenalkan teknologi Proton kepada umum, selain mempamerkan enjin, transmisi, scale clay model & lakaran2 model konsep..sebaik-baiknya Proton membawa concept car sepanjang “TECH TOUR” ni bergerak menjelajah ke seluruh Malaysia, sebab bukan semua yang dapat pergi ke hari terbuka Proton di Shah Alam.. jadikan karnival di Shah Alam sebagai kemuncak “TECH TOUR” tersebut..di setiap hentian “TECH TOUR”, Proton boleh membuat Mini Karnival yang boleh diadakan :

- sesi jualan & ujipandu kereta Proton
- pemeriksaan kereta percuma & diskaun untuk alat ganti/aksesori
- jualan cenderahati Proton
- pameran kereta berprestasi tinggi/diubahsuai dari R3
- sesi pemanduan pemandu terlatih R3
- aktiviti untuk kanak-kanak
- pertandingan kereta2 Proton yang telah diubahsuai
- mini konsert
- sesi gathering kelab2 kereta Proton

Diharap idea2 ini dapat dipertimbangkan..inilah sahaja cara saya membantu Proton selain mewar2kan berita terkini berkenaan Proton diblog ini.. * kalau Proton berminat nak guna idea ni leh la kasi ganjaran/royalti kat saya,..hehehe.. 8) Kalau kawan2 yang lain ada idea2 yang best boleh dikongsi bersama..diharap orang kuat Proton membaca la artikel ini..sapa2 ada email DSZ leh la emailkan kat sy campro_mania@yahoo.com..sy nak forwardkan usul ni kat dia..

About these ads

55 thoughts on “Cadangan untuk meningkatkan strategi pemasaran Proton!

  1. cadangan yang bernas juga ni saudara campromania.. hehe~

  2. wow…….cadangan yg cerdik……tak terpikir plak teman

  3. ada sesiapa yang ada direct email DSZ tak? sy nak usulkan cadangan ni kat dia la.. :)

  4. video baru.. huhu

  5. saya setuju dengan istilah2 tersebut.. PROtect..PROShift….huhu…
    Proton skrg guna CPS dan IAFM je.. R3 dah lame x dengar..dah berkubur ke? sayang sekali..jenama R3 sangat kuat dan boleh dimanipulasi untuk marketing, ia setaraf dengan Type-R (Honda), TRD (Toyota), RalliArt (Mitsubishi), Nismo (Nissan), dan kita ada R3 untuk Proton.
    tapi Lotus tu mgkin perlu dikekalkan krn nama Lotus dah well establish dan dikenali ramai dengan kehebatan ride & handlingnya.
    Juz my 2cents.
    nway, saya ada kawan, die tu dua pupu kpd DSZ..hehee… nnti sy try usha email die.

  6. tq savvy 88..

    nazri, agak2nya bila kemunculan semula jenama R3 ni ye.. memang sy dengar ura2 Proton rebranding balik R3 ni utk setanding dengan tuner2 yang lain.. :)

  7. IDEA YANG SANGAT BERNAS BRO..harap2 DSZ dengar la idea nia…brove bro campromania

  8. waw!!!! idea yg sangat baik!! harap2 ade pihak proton yg amek idea itu..

  9. tu la, sy harap sangat perkara ni diberi perhatian sewajarnya, walaupun idea ni datang bukan dari orang2 yg berprofil tinggi..ye la, sy ni kan org biasa je.. 8)

  10. Kalau dapat akronim PROTein lagi sempoi.

  11. bab idea ni sapa2 boleh bagi. Tau tak ‘bubble lift’? Lift yang kaca tu. Alkisahnya masa tu engineer dengan architect pening nak solve nak letak lift kat satu bangunan yang dah nak siap. Tiba-tiba ada mamat tukang sapu dia tanya la kat geng-geng consultant tu, kenapa tak letak lif tu kat luar bangunan? Maka dari idea tu lahirla bubble lift tu. maknanya kita kena dengar apa yang dikata, bukan siapa yang berkata.

  12. PROTein tu kalau Proton ngan Tein jv wat adjustble suspension nti leh la letak kot, hehehe..

    betul tu, sapa je leh utarakan pendapat..cuma nak dengar ke x je..xkisahlah org bawahan ke atasan, masing2 ada idea yg tersendiri yang kadang kala org lain xterfikir idea tu selama ni, macam cite bubble lift yg bro ckap tadi la.. sy teringat cerita macam ne nak solve problem boring masa naik lif, tetiba ada orang kasi idea taruk cermin..sebab bile tengok cermin ni faham2 je, nak pulak org ppuan..sedar2 sampai ke ke tingkat mana yg nak kita naik.. 8)

  13. info terkini New WAJA Lancer codename P-390A,

    ” Its is still unconfirm release date, basically it will take the form of Lancer GT.
    but with more sporty looks.. so guys just wait till then, about the pics cannot shown
    here due to high security nowdays, even i dunt have 1. but trust me its have aggresive looks”

    Model naming only strict to proton workers, so its not like exora model (public naming contest)
    Any updates will be brought to you later, info ni dari bro Swordsmen kat LowYat.net..

    Siap ada pertandingan namakan Waja baru tu, tapi untuk internal aje la..takut jadi kontroversi macam Exora dulu la..silap Proton gak letak syarat yg macam tu dulu, bila dah terkena mula la..hahaha..

  14. hehe… retoriknya syarat mcm tu dibuat just nak sindir pengeluar kereta yg bagi nama jenis2 tu. Mgkin. Cuma masa press conference tu jer isu nama seakan bunga itu tak dapat ditangani dgn baik oleh DSZ (pendapat jer…). IXORA N EXORA. dah sah2 berbeza ape.

    my 2 cents.

  15. err… maksudnya waja R nie akan ada nama baru la yek? ok gak. Kena ar bagi nama yg agresif sket bunyinya…. setanding penampilan agresif yg ditonjolkan. Tak begitu?

    cheers!

  16. tu la, harap nama untuk Waja baru ni lebih global la..dan mudah untuk diingat..yang penting belakang nama tu biasanya ada huruf “A”…ni petua dia..hehehe.. 8)

  17. hehe… tak kisah ar huruf apa kat blakang tu, janji sedap di dengar oleh mat saleh, Mohd Salleh n Muat Soo Leh.. Muahaha…

  18. xpayah bg nama lain.
    WAJA mmg dh ok dh :)

  19. Saya ikut fargmee..maintainkan nama waja. cuma tambah nama blkg spt yg pernah dibuat cth: Satria dan Satria Neo.

    Sy pernah tgok BMW buat sesi Driving Techniques kat JB. Bkn sesi pandu uji, tapi cara memandu dgn btul dgn menggunakan model BMW 325i. Proton bleh buat cmtu jgk. Selain promosi model, Proton bleh tunjuk kebolehan kereta proton yg kereta jenama lain ‘xbleh buat’..

    Anyway cdangan campro ok sgt tu. lebih kpd teknik rebranding.

  20. ok gak tu..sesi pemanduan bersama pakar..leh masuk dalam agenda Tech Tour yg sy cadangkan tu.. ;)

  21. Enjin Turbo sedang diuji pada exora standard..nantikan kemunculan enjinT…

  22. Wah!! berita hangat ni bro..ada news pasal new sedan Proton x?

  23. hmm… setuju gak kalau kekalkan jer nama waja tu, cuma tambah jer nama edisi replacement tu mcm satria neo. :)
    cth :
    Waja X
    Waja Pro
    Waja Pria
    Waja Rias
    Waja Magnus
    Waja Duo
    Waja Lumina
    Waja Perkasa
    … jangan besi waja n waja wajik sudah ler… muahaha
    k warga proton, gud luck!

    cheers!

  24. JA WA…terbalikkan WAJA..hahaha.. :D :D :D

  25. Salam sume.
    Bagus idea2 tu bro Campro :)
    Saya juga ada cadangan klu Proton nak tingkatkan kualiti perkhidmatan mereka.
    Proton boleh tubuhkan skuad khas ala2 gerak khas gitu utk menyamar sbg pelanggan dan buat pemeriksaan di mana2 cawangan Proton Edar dan juga Pusat Servis.
    Klu ada Proton Edar dan Pusat Servis yg memberikan perkhidmatan x memuaskan, pengurusan proton boleh kenakan tindakan atau peringatan kpd mereka.
    Adakan sistem gred spt 1 hingga 5 bintang.
    Dengan cara ini pekerja Proton akan kerja lebih tekun sbb ada mata2 gelap dan juga mereka akan berlumba2 nak dapat gred terbaik heheh.
    Proton boleh beri pengiktirafan atau bonus sekiranya Proton Edar dan Pusat Servis itu mempunyai gred 5 bintang
    Skuad ini juga boleh periksa laman2 web utk mengetahui masalah2 yg pengguna Proton alami.
    Mungkin cara ni lebih berkesan drpd nak tunggu pelanggan bg maklum balas atau aduan yang mgkn akan memakan masa.
    Dengan ini imej Proton akan naik.
    Ok x cdgn ni.

    • bagus cadangan tu bro, itu adalah 1 cara Proton memantau & meningkatkan prestasi kerja kakitangan mereka..siapa yang cemerlang memang patut menerima ganjaran kerana menaikkan imej syarikat.. :)

  26. Berkenaan dgn Waja saya pun setuju utk market M’sia lebih senang dikekalkan. Orang dah tau kalau sebuat nama Waja kan?
    Nama Waja X tu cun gak.
    Bro Campro tukar layout baru nampak, smart gak.

  27. layout baru, cun..!! tapi jadi janggal sket laa.. hehe~ psal nama waja tu, saya lebih suka nama WAJA.. nama WAJA dah menunjukkan KEMAMPUAN / PRESTASI yg tinggi.. cuma tmbah kan pkataan lain dibelakangnya cam Satria (NEO)..

    • tq bro, sy mula2 janggal gak..tapi layout ni nampak moden & kemas..harap Proton dapat nama yg sesuai untuk WAJA tu..kalau kekalkan nama tu pun xsalahkan, betul x? ataupun mungkin Proton bagi nama lain sebab sedan baru ni bukan dalam kategori WAJA sedia, mungkin untuk membezakan produk kot.. pakai nama IMPIAN pun xpe..

  28. harap2 kualiti,rupa & prestasi WAJArlah sepadan dgn nama baru nnti…
    tp aku setuju pendapat korang semua,kekalkan nama waja ada baiknya,biar terus wujud legasi tu…x pun apply terus nama impian yg guna kat waja uk,jimat kos nak buat emblem cuma guna 1 nama je…

  29. yup betul tu, 1 nama untuk 1 model..xperlu la banyak nama..

  30. ahak, lupa plak layout dah bertukar. konsep simple n kemas. dah ok. cuma bagi colourful sket kat bahagian header tu tak la nampak kosong.

    cheers!

  31. header theme ni xleh nak custom kan..so memang macam tu je la.. ;)

  32. Waja Replacement GS41(P3-98A) C segment mitsubishi lancer rebadged.
    Saga Facelift Phase 1 – 2010 Phase 2 – 2011.

    • bro, apa maksudnya phase 1 & phase 2? ke itu bermakna phase 1 still pakai enjin sama dengan ecu 32bit & phase 2 dengan enjin iafm+ dengan cvt.. dengar cerita phase 1 bakal keluar bulan 5 ni..betul ke?

    • kalau tgk trend jualan selepas kemasukan ALZA.. sales utk myvi jatuh menjunam dan saga terus menghampiri.. kalau ada facelift ni tak mustahil saga boleh jadi best selling car mengalahkan myvi

  33. theking dah bersuarawaja replacment bila nak keluar bro theking

    * nice layout bro campromania tapi mula2 pelik gak ingatkan dah salah blog

  34. kemungkinan gril depan persona macam exora prime ni.. double grill…

    http://funtastickodesign.files.wordpress.com/2009/04/proton-exora-prime-concept-18.jpg

  35. wah bro….. layout baru!! nice,… nampak kemas…. !!!

    saya pn setuju kalau name WAJA dikekal kn…. ini bukan ape… contoh toyota camry… name kekal same tapi rekabentuk berubah./….dari satu masa ke satu masa….. harap… proton kekalkan name WAJA…cume tambah belakang…. contohnye… WAJA NEO!!!!!hahahah

  36. tq bro, tahniah sebab dah cecah 200,000 pengunjung & selamat ulang tahun pertama blog bro.. 8)

  37. pada pendapat saya…. antara model model yg menyumbang pada kejatuhan proton adalah GEN2 dan WAJA.. dan pendapat saya antara sebab kenapa waja replacement kali ni di rebadge dgn bau jepun dan bukannya design sendiri adalah utk mengelakkan igauan buruk dan pengalaman buruk pembeli bersama waja dahulu

  38. Hi,
    Nice new layout bro.
    Pada pendapat sy, selain dr enjin yg mesti di upgrade,
    interior n extrior juga penting. Bkn nak compare dgn BMW atau MERC tp diorang mcm ade base line utk design xterior diorang. So harap proton akan unveil design yg di ubahsuai
    sedikit demi sdikit utk masa akan dtg. Juga xterior mesti ditekan kan. Idea je tu. hehe

    Thanks

    • betul tu design yg menarik sekarang dah jadi trend pengeluar..sebab teknologi enjin, gb & sebagainya mengambil masa utk berkembang, design la yg mengambil alih sementara untuk memberikan wajah / rupa yg segar kepada model2 terbaru mereka..kadang2 new model pun pakai enjin & gb yg lama, rupa je yg baru..

  39. ada kemunkinan la..tapi faktor kewangan yg terhad buat Proton terpaksa ambil jalan ni..sebenarnya Waja R & Exora jalan sekali dia nye development, pastu Proton revised balik & ambil keputusan keluarkan Exora mass production sbab permintaan tengah tinggi sekaramg, strategi tu berjaya..xsilap sy clay model Waja R bukan lancer rebadge pun dah siap sma ngan clay model Exora..

  40. hmmm… tak pastilah sama ada istilah ‘kejatuhan’ tu. Tapi bagi saya, saya guna istilah penurunan reputasi yg memberi kesan besar kepada penguasaan proton dlm pasaran kereta malaysia. Memang ada bnyak faktor yg menyumbang; antaranya mgkin proton terlepas pandang, tak mgkaji kehendak pasaran masa tu, pemindahan teknologi yg tidak seperti yg diharapkan dari Mitsu, Wrong choice at the right moment (betul ker BI ku nie?..)utk model yg dikeluarkan. Pastu penggantian sesuatu model tu begitu terlalu lama. Sepatutnya gen2 kuar selepas ada model sedan baru kuar. Mmg ada, WAJA, tapi segment mid sedan yg rata2 bukanlah utk pasaran mampu milik rakyat malaysia masa tu. Apa2 pun design Waja (2000) n gen2(2006) masih acceptable hingga kehari ini:) Dgn pengurusan baru yg diterajui DSZ, proton bleh pegi jauh.

    Dari pengalaman proton itulah mgkin, generasi waja replacement yg akan muncul nanti menggunakan platform mitsu Evo/fortis dgn perkongsian besar komponen2nya (yg org kata a.k.a ‘rebadge’). menebus kembali projek waja dulu yg memcecah RM 1 bilion.

    Well, kematangan proton mengatasi pengalamannya kini, teknologi dan kemampuannya telah bergerak jauh dari usianya yg 25 tahun tu. korang tak bangga ker? sy bangga giler siot. Apa yang perlu dilakukan kini proton perlu meningkatkan reputasinya melalui qualiti produk yg dihasilkan n service lepas jualannya meyakinkan n menepati citarasa pengguna.

    Pengenalan model2 dan teknologi baru dgn rekabentuk sporty yg lari dari design konvensional kereta lain juga dpt meningkatkan reputasi proton. Harus diingat, proton juga perlu membuat pelaburan yg besar juga dlm media mengiklanan dlm pelbagai medium dgn penuh kreativiti. Sy percaya jika semuanya ini bergerak seiring, jenama proton bakal disegani oleh jenama kereta terkemuka lain dlm tempoh 5 tahun ini. :) chaiyok! chaiyok!

    salam n cheers!

  41. betul tu, sy setuju..Proton sekarang dilandasan yg terbaik utk menjadi pengeluar automotif global yg disegani nanti.. :) bagi la sedikit masa utk DSZ membuat transformasi & reformasi dalam Proton terlebih dahulu..sy jangka Persona R la yg akan jadikan Proton dikenali selepas ni..

  42. Pingback: Ulangtahun ke-25 Proton « funtasticko design

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 1,459 other followers