funtasticko design

http://funtasticko.net

Penampilan baru MyVi, ViVa

39 Komen

Oleh Ahmad Farizal Hajat
2010/06/07
 

WAJAH baru MyVi penuhi cita rasa golongan muda.

Perodua rancang lancar model diperbaharui pada separuh kedua tahun ini

PERUSAHAAN Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) akan melancarkan dua model yang diperbaharui pada separuh kedua tahun ini untuk memberikan lebih kesegaran dan mempelbagaikan lagi varian kereta kompak keluarannya di pasaran.

Menurut sumber, dua model diperbaharui itu adalah MyVi dan ViVa yang kini adalah model paling laris di Malaysia dengan jualan masing-masing sebanyak 7,048 unit dan 6,671 unit pada Mac lalu.

Katanya, pengenalan dua wajah baru berkenaan seiring dengan strategi Perodua yang sentiasa membuat pengubahsuaian untuk terus memenuhi cita rasa pengguna. “Perodua akan melancarkan beberapa model ‘facelift’ (model yang diperbaharui) pada separuh kedua tahun ini dan model berpotensi untuk diberi wajah baru itu adalah MyVi dan ViVa.

“Perodua kini sedang mengemaskinikan sentuhan terakhir pada dua model terbabit. Apa yang pasti, pelancarannya bakal mencipta momentum keterujaan baru, sekali gus meningkatkan lagi keyakinan pengguna terhadap kereta keluaran Perodua,” katanya ketika dihubungi Berita Harian, baru-baru ini.

Difahamkan, bagi pembaharuan model MyVi, Perodua akan menggunakan badan model generasi baru Toyota Passo. Kapasiti kuasa enjinnya juga dipertingkatkan kepada 1.5 liter berbanding 1.0 liter dan 1.3 liter yang dilengkapi pada model MyVi sedia ada di pasaran.

Selain itu, beberapa perubahan dalaman dan luaran turut ditampilkan mengikut trend semasa bagi memenuhi cita rasa golongan muda dan ia dikatakan bakal mencipta satu suasana ‘populariti’ baru di kalangan kereta kompak di negara ini. Sumber itu menambah, bagi Perodua ViVa wajah baru, ia akan didatangkan dengan rekaan baru jeriji depan yang lebih ranggi dan bergaya daripada model sedia ada.

Selain itu, katanya, rekaan bamper depan pengganti kepada model popular Perodua sebelumnya – Kancil dan Kelisa, itu mempunyai lampu kabus yang lebih besar.

“Rekaan bamper baru berkenaan menjadikan model ViVa yang diperbaharui itu kelihatan seperti ‘mini Alphard’. ViVa wajah baru itu juga ditampilkan dengan kemasan tempat duduk dalaman yang lebih anggun menggunakan fabrik baru lebih bermutu,” katanya.

sumber : www.beritaharian.com

About these ads

39 thoughts on “Penampilan baru MyVi, ViVa

  1. sama2 kita nantikan rekaan bumper baru tu nanti ye..pasti mengujakan…viva fl kaka mini alphard..macam pernah nampak je photoshop kat atas tu, xsilap sy theophilus chin buat, selamba je berita harian cilok..hahaha :D :D :D

  2. anda pasti terpegun,,,huha.

  3. Hai, pusing-pusing cakap pulak?

    Cakapla Myvi dan Viva facelift. Kan senang?

  4. brpe bnyk facelift daaa???

  5. Hek eleehh.. 1.5?

    banyak blind user pakai Myvi sebab enjin 1.3L je.. kalau 1.5, baik angkut Persona terus 1.6…

    Kalu 1.3 Myvi facelift pun rege mahal dari Persona M-Line… 1.5 Myvi maybe mahal dari exora..

  6. berita harian dengan utusan selalu keluar cerita mengarut dan langsung tak betul tentang Proton dan perodua. Sumbernya tak lain tak bukan kat blog2 automotive la. Tapi dia tak mention. Dulu kan pernah keluar cerita hovercraft pakai Campro 1.8. mana ada Campro 1.8? Gambar tu pun photoshop cilok kat mana entah.

  7. MyVi akan pakai enjin 1.5? boleh ke? kereta Perodua memang boleh ke lagi besar dari Proton? kalau boleh, proton pun mesti boleh le keluar kereta pakai enjin 660cc kan?

  8. hehe…kalu betul la gmbo kt atas, aku tgk cm “re-skin” je.
    ntah la, tu pendapat aku je..hehe

  9. ntahlah…aku pun rasa kdg2 berita kt surat kbr ttg model proton/perodua kdg2 mcm baca rumours kt blog2..hehe..tapi kalau betul dorg nk buat facelift myvi/viva dgn design bumper viva mcm alphard, patutlah org gelar perodua ni tahu design bumper je..hehe..jgn marah pemilik2 perodua.

  10. MYVI replacement model aka d54t akan kuar end q1 2011 mmg ada enjin 1.5L.

    • bro ‘theraja’ ni cm perisik automotifla….igt p1 je,p2 pnya secret weapon pun bro tau2 je progress….atau bro ni terlibat dlm lapangan vendor kut?tu yg both side pun bole tau,kan kan?…jgn biar diri ni diselubungi misterius~

    • rasanya mcam viva fl je keluar dulu, pastu baru myvi..xtau tetiba p2 tukar plan..kan diorg dah tau emas akan keluar 2012, sebelum emas makan market diorg baik diorg curi dulu market emas sementara xlaunch lagi, betul x?

    • theking,

      Model d54t guna enjin yg sama dgn Alza ke? Kita sedia maklum Toyota-Daihatsu ada enjin 1NZ-FE (Vios) dan 3SZ-VE (Alza,Avanza). Jadi paling logik mesti Perodua guna 3SZ-VE..

      Design yang menarik sudah tentu memikat pembeli.

  11. waa… mcm myvi baru gie buat plastic surgery ar… ok la kot. ;)

  12. theking mungkin betul, sebab abg saya yg keje kt perodua pun ada ckp myvi 1.5 nak keluar

  13. ok la tu… lebih cun dari MyVi skrg.. hehe

  14. aiyak.. artwork theo tu.. isy3.. hehe~
    mini alphard..? menarik juga bunyinye tu..

  15. MD P2 yang lama dulu Syed hafiz pun ‘melawak’ juga masa beritahu media yang P2 akan keluarkan MPV a.k.a. Alza. Masa tu setahun sebelum Alza launch dia cakap kat wartawan yang MPV P2 ni rupanya macam Wish yang kecil sedikit. :-) Ada rupa Wish ke? Yang ni Viva rupa Alphard pulak dah.

    • MD tu bukan tau pape pun pasal design, dia pun guna keta bmw… huhu… sepatutnya ckp seakan2 toyota passo sette… kekeke~

  16. Ini mcm photoshop jek? tgk kat paultan myvi 1.5 lain ler. ini kalau tak silap mcm Kia Soul. cuba korang tanya pakcik google klu nak tgk design Kia Soul

  17. perghh.. mini alphard tu.. tp mmg laa beside manufacturing & technology the most important is marketing and after sales.. the 2 main point yg proton tak strong.. especially after sales… it really sux! thats why perodua leh beat senang2 je produk2 len… even kete kecik tp harga mahal… nak kata quality, ermm i dont think so. sbb myvi & viva byk gak komplen, as i heard from my kliks at perodua… dsbbkan kapasiti yg tinggi so quality kkdang terabai.. nak kejar production je… tp tu smua leh pejam mata dgn staff2 after sales yg pndai tackle pengguna.. pikir2kan…

    • itu saya mmg x leh nak kata apa2.. after sales proton sekarang sedang diperbaiki dan disesetengah tempat alhamdulillah kualiti after sales servise dah meningkat.. dan saya harap kualiti nya akan meningkat lagi..
      dan bercakap mengenai p2, sah2 brg T ngan D. jd lagipun produk ini untuk orang luar negara, kene a jaga kualiti untuk tarik minat org luar.

    • Baru2 ni p2 buat customer service utk dengar komplen2 pengguna alza. n ni dah menunjukkan after sales p2 mmg superb…. thats why p2 punya product always high sale… proton must update after sale diorg…

  18. sebenarnya satu cabaran bagi team selepas jualan proton utk mejadi lebih baik daripada perodua. design model dari sketch, from A-Z plus service pengguna selepas jualan tentu besar gak cabarannya berbanding perodua yg bleh concentrate kat servis lepas jualan diorg bila model n platform dah serah tugas kat Tn D :)

    cheers!

  19. ala pkai proton bkn bgs sgt.. dh la duduk tggelam..nk bgn pun ssh.. dh la byk cmplain tntg buatannye.. enjin x bgs lgsng.. tgk perodua,pkai enjin toyota.. walaupun dia kereta kompak, yg pntng ddk x tggelam mcm proton tu..x selesa lgsng nk drive.. sorry ye pengguna proton.. ini realiti bkn fantasi.

    • leh x explain skit apa yg dimaksudkan dduk tenggelam tu? masalah xcukup ketinggian@pendek ke seat kereta yg terlalu lembut yang menyebabkan jadi macam 2? ;)

  20. mmm… kualiti toyota mmg bagus kn? Sampai kena recall beribu2 lemon. Tapi japan wanabe nie tutp mata jer… siap bleh cakap begitu la perihatinnya diorng kepada pelanggannya … peergghh. Sy cukup x suka bila org cakap bukan dgn fact tapi dengn hati yg buta (sorry… bulan2 puasa nie)

    • Ha yela..bila time Toyota recall kereta dorg, ckp Toyota prihatin. Tapi bila Proton recall, xpulak ckp prihatin?

      Yg hairannya. semua produk luar yg terjual di Msia, semuanya defect-free. Toyota, Blackberry..(kenapa blacberry di Msia xterlibat dgn penarikan jualan?, sbb Blackberry kat Msia xoriginal kot?). Lawaklaa beb.

      Kalau camni laa org Msia berfkir, alamat lagi 50tahun laa Msia jadi negara maju.

  21. itulah org yg bru tgk kereta padahal klau aku otw g keje bnyk je kete luar yg lampu akuarium, bile gerak bnyik gesek2 dn x lupa dgn kete yg dibangga2 problem brake dpn.. Hehe, common problem la bro.. Cuma owner nye je yg x rajin bkak mulut@menulis.. Maybe sbb dah lali kut.

    • kalau gi kat mana2 forum club kereta apa2 pun mesti ada cerita pasal problem kereta tu…xde satu jenama pun yang perfect & bebas dari masalah walaupun kereta yang berharga jutaan ringgit…cuma masalah orang kita bangga kat jenama luar terutama dari Jepun & lebih rela menjadi bangsa “pengguna” je buat selamanya dari jadi bangsa yang “mencipta”…tu la bezanya bangsa yang menjajah & dan bangsa yang pernah dijajah…

  22. mmm…betul! betul! betul!
    yg terbaru nie plak mazda3 n mazda 5 kena recall beribu2 lemon gak kat US n amerika selatan sebab masalah power stering.

    cheers!

  23. penampilan tidak memuaskan

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 1,461 other followers