funtasticko design

http://funtasticko.net

CADANGAN : Kereta Sport Bajet/Low Cost dari Proton. Apa pandangan anda?

37 Komen

Sketch asal Proton Ultimate

gambar dari autoworld.com, tq bro mosar sebab kasi gambar ni ye

Proton Ultimate/Lotus Europa

Proton PM 5

Setelah idea mengenai kereta sport (codename Proton Ultimate-tapi jadi Lotus Europa) dan PM5 (gambar di atas) sebelum ini tidak dapat direalisasikan atas faktor-faktor tertentu saya rasa Proton perlu menghidupkan semula projek ini. Pada zaman Tengku Mahaleel dioarang nak jadikan kereta tu sebagai Elise versi Proton tapi faktor kos harga jualan & model sperti ini adalah “niche market”, sukar perkara ini menjadi realiti. Cadangan saya ialah jadikan ia sebagai kereta sport bajet/low cost yang berharga kurang dari RM100 ribu.

Proton boleh membangunkan model ini menggunakan platform dari Satria Neo (kalau boleh “upgrade”), enjin Campro Turbo, gearbox manual 6mt/cvt & benchmark model ini sekurang2nya dengan Mazda RX8. Tidak perlu gunakan composite material untuk kurangkan kos & jadikan model ni 2+2 seater yang lebih praktikal.

Tujuan utama dia bukan untuk jadikan ia sebagai supercar macam Ferrari, Porsche & lain2 tapi adalah untuk membuktikan keupayaan kejuruteraan & membangunkan kereta sport pada harga rendah yang mempunyai enjin berkuasa & pengendalian yang mantap. Saya pasti kereta ini boleh dikategorikan sebagai “Global Bajet Sport Car” dan mampu melonjakkan lagi nama Proton di arena global. :)

About these ads

37 thoughts on “CADANGAN : Kereta Sport Bajet/Low Cost dari Proton. Apa pandangan anda?

  1. Hmm,memang platform satria neo ade potential besar untuk digunakan lagi,memang dah terbukti kehebatan satria neo di sukan rally,aku cadang agar lotus Dan proton hasilkan satu sub-brand baru(memang sebelum ni dah di cadang),tapi sub-brand ni Kira hybrid kereta sport(lotus) dengan kereta proton(low budget and practical),sama macam sub-brand toyota iaitu scion yang fokus diorang kepada golongan muda,aku rase proton and lotus Cuba fokus kat golongan muda,Dan elemen kereta tu mesti practical,fuel efficient,perfomance bagus,sporty design.Harga macam bro campro cakap iaitu bawah 100k,kalau boleh 80k pun lagi bagus.bab2 untuk design kereta ni,designer proton dengan designer lotus perlu bekerjasama,engineer dari dua company ni pun kena bekerjasama,bab engine tu rasenya campro turbo memang sesuai,tapi untuk brand ni engine di tune khas oleh lotus.hmm bab manufacturing pulak,kalau boleh kat malaysia harga dapat remain rendah,tapi beberapa expert lotus perlu dibawa masuk ke malaysia.

  2. wow… dtulu pernah ada spyshot kereta sport dari proton…

    kalau nak launch, berapa kerat je yang beli, sebab Malaysian lebih suka kereta untuk keluarga contohnya New Saga & Persona…

    Atau guna chassis Persona then offer limited edition, tp still org tak beli sebab spare parts mahal.. hehe..

  3. mmm… dulu proton dah ada proton putra dlm kategori sport car. Proton perlu hidupkan balik projek sport car putra nie dan dinaik taraf kepada sport super car yg low cost jer. Ala-ala Honda Acura NSX cam nie pun lagi baik ;).

    http://newreleasecarsuptodate.blogspot.com/2009/11/2010-honda-acura-nsx.html

    Janji ada segment tu :) Kow tim jer dgn lotus pun x pe;)

    cheers!

  4. idea yg sgt bagus.kalola proton dpt wat camni..tp sape tau kan..proton tgh fokus model2 mcm emas,persona utk kukuhkan nama dulu..myb pasni..mesti ada dlm perbincangan kan cume blom dpt drealisasikan..

  5. ni replica je, PM5 masa Abdullah ahmad badawi jd pm..

  6. satria neo CPS-T

  7. huhu korang pernah tau x pasal Esna Venere Sports Car? ni sebenar nye kerete sport buatan malaysia yang pertama tp sebab owner die dah meninggal jadi design die ni dh ditinggalkan..

  8. kalau x silap key people projek sports car Esna tu orang melayu kan?…
    sempat jg tgk clay model full scale kereta sports tu kat internet,mmg not bad design..

  9. if we want a budget sports it has to be from protons chassis. lotus lightweight aluminum is very expensive.
    it can use lotus principle that cars where it has to go through some diet like having a plastic rear door plastic front fenders ,bonnet. slim sport seat. its shaves all those weight and thus if using a campro turbo the power to weight ratio is huge like what the lotus do.

    if the car is so good. lotus can badge it as lotus, its a lotus sub brand so that it is an affordable lotus sports car. like lotus neo, or lotus gen2 or lotus persona.
    one day people will shop for proton based lotus rather than paying a huge money for a same power spec.

  10. if we want a budget sports it has to be from protons chassis. lotus lightweight aluminum is very expensive.
    it can use lotus principle that cars where it has to go through some diet like having a plastic rear door plastic front fenders ,bonnet. slim sport seat. its shaves all those weight and thus if using a campro turbo the power to weight ratio is huge like what the lotus do.

    if the car is so good. lotus can badge it as lotus, its a lotus sub brand so that it is an affordable lotus sports car.
    one day people will shop for proton based lotus. and will be exported and lower seat adjustment to accomodate taller people.

    and simply to differentciate it from lotus high end cars. we can name it as lotus junior
    like lotus junior 2(satria neo based)
    or lotus junior 4 (persona or gen2 based)
    who dont want a cheaper llotus,,,,

  11. salam,

    bro..ni sketch concept sportscar proton masa tahun 2000 dulu…

    http://www.autoworld.com.my/v2/news/nb_details.asp?keyword=&MainCat=&CarMake=&hidAction=Search&awReviewID=342

    apa2pun, lotus europa tu dulu almost could be proton 1st sportcar..tp maybe sbb feasibilit issues, last2 cuma market sbg lotus…harap2 proton boleh develop budget sportscar base on elise chassis, bagi extend sket length width height (supaya practical sket, senang nk kuar masuk kete)..guna campro cps+, vim+, turbo bagai…manual gearbox..tu pun dah ok sgt dah..

    even better, kalau diorg buat production version lotus evora 414e hybrid concept tu & jual kat malaysia…

  12. Bawah DSZ kebarangkalian untuk projek ni takkan ada. Sebabnya, sekarag ni lebih tumpu pada mass volume cars. DSZ banyak kali sebut SAGA, PERSONA, EXORA. Untuk 10 tahun ni rasanya lebih baik macam ni. Bila untung dah banyak dan stabil insyaAllah baru kita ada peluang tengok Proton initiate projek ni.

    • mungkin la, tapi bila dah ada sales volume nanti boleh la keluarkan versi macam ni nanti

    • Projek satria neo GTi tu memang diorang ke buat,bukan ape umur satria neo tu baru 4 tahun,kurang2 ade lagi 2 tahun sebelum kena lupus,so dalam 2 tahun ni proton kena buat sesuatu untuk naikkan sales neo macam keluarkan versi GTi,tengok sekarang S2000 banyak masuk international rally,mungkin orang luar Malaysia berminat dengan neo,kalau ade demand boleh export dapat tambah sales.Saya pun teringin nak satu kalau keluar,hehe.:)

      • ada kemungkinan versi turbo satria neo ada kot, harap2 tu la pengganti satria gti..kalau boleh buat bodykit baru la..kasi widebody

      • Bukan bodykit je bro,satu kereta ni termasuk exterior dengan interior kena refresh biar nampak modern and futuristic sikit,tapi suspension ngan brake takpayah mahal sangat macam ape yang neo lotus racing pakai,top speed tu patutnya lebih Dari top Speed gti sebelum ni,baru orang dapat tahu kemajuan proton selepas terciptanya satria gti.

  13. roger~pagi td aku jumpa saga dgn exora trade plate masing2 color hitam;putih…
    yg pelik saga tu aku jangka yg facelift pnya but kali kedua tgk bumper mcm spysyot sblm ni tapi headlight guna current model…yg exora tu biasa je follow belakang

  14. sokong sesangat!!cuma cadangan saye kalu boleh design(design je,bukan dalaman) die perlulah nmpak mcm future car dan tak yah la nak gunakan designer orang luar(banyak lagi pereka tempatan yang berbakat).setakat ni blom prnah lg saye nmpk keta yg mcm lamborghini tapi Low Cost(melainkan honda city 2009 yg harga die tak sepadan dengan design yg nmpk mcm concept car).

  15. off topic:

    bro campro, td nampak bro kat bazar ramadhan, bro pkai baju pink kan… xsempat nk tegor.. sedar2 dah ilang dah..

  16. Pastikan jenis Pacuan 4×4 atau FD

  17. Pandangan aku untuk Proton sportcar – tak payah dulu belum masanya. Jangan gelojoh dan membuta tuli macam management mahalel dulu buat kerja gila lingkupkan Proton.

    Focus betul2 untuk control market kereta dibawah harga RM50k apa yang customer mahu beli dengan accessories yang value added dan design yang up-to-date.

    Hyundai-Kia buktikan yang kereta murah juga boleh memiliki design yang best dan premium. Market kita nie pentingkan design, harga dan fuel ekonomi. Majoriti pembeli kereta kita nak buat apa beli sportcar.

    Satu lagi segmen yang Proton boleh start ialah SUV/4WD daripada buang masa dan budget untuk sportcar development. Sekarang nie market untuk pick-up double cab sekali lagi kontrol oleh Toyota dan harga RM90k untuk pick-up yang cikai memang tak logik. Kalau boleh rebadge Mitsu Triton (dengan berbeza luaran, bumper etc) dan dapat lah Proton pickup. Bila lagi kalau tak sekarang nak start Proton 4WD.

    • betul jugak tu, sy pun bagi cadangan ni utk Proton pertimbangkan setelah model2 core diorang macam Persona R & Emas dah berjaya kat market barulah boleh diberi pertimbangan utk cadangan ni.. SUV termasuk dah dalam perancangan diorang, cuma ni je belum ada lagi.. at least Proton ada model sport ala2 coupe tapi 4 pintu, macam Mazda RX8.. ;)

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 1,459 other followers