funtasticko design

http://funtasticko.net

Brochure Myvi 1.3 Standard, Premium & Elegance

63 Komen

Myvi 1.3 Standard & Premium

Myvi 1.3 Elegance

Semakin hampir dengan tarikh pelancaran rasminya 16hb ni, ramailah peminat kereta Jepun akan teruja dengan ketibaannya… kita tengok sales Myvi ni, adakah dapat atasi rekodnya sebelum ni.. :)

sumber : http://www.buy-perodua.com/

About these ads

63 thoughts on “Brochure Myvi 1.3 Standard, Premium & Elegance

  1. sekali imbas nampak muka Myvi ni macam rabbit lak, hahaha… :D

  2. Perodua mcm tak kisah je gambar Myvi baru ni digunakan oleh salesman sebelum pelancaran. Kat blog, mudah.my ada je gambar2 baru.

    Strategi pemasaran kot.

  3. separuh feature tu sbnrnya very common..tapi itu lah cara marketing mereka yg cuba tonjolkan bahawa kereta ini byk feature2 yg baru..padahal lame dah…huhu tp meter ia mmg cantik designnya :)

    • carpet pun dihighlightkan tu, segala benda yang baru akan dicerita…ni semua taktik warisan keluarga Toyota, hahaha… Proton je tak pandai2 lagi bab ni, mungkin kena belajar skit2 taktik ni..

      • Memang Bro Campro..

        Perodua memang pandai bab meng-exploit customer attention. Walaupun ia sekadar carpet bercorak baru, Pembeli (biasanya perempuan) akan mudah tertarik. Ia kita katakan sebagai refreshment. Tukar design carpet pun print kat brochure..

        Kalau Proton, budget punya besar nak develop ciri2 spt ECU 32bit, Lotus Handling, BCM etc, tapi takde liputan langsung dalam brochure. Kalu ada pun segan2 je nak tulis.

        Nasib baik Lotus Handling ada dilukis gambarajah sikit2. (Dlm brochure Persona E). Jika dalam iklan TV, ada Persona yang dipandu perempuan mengandung nak bersalin..

        Harap feature lain diberikan liputan oleh Proton

      • proton kena belajar ilmu black magic ni, sebab ramai yg terpukau dengan benda ni..start dari saga fl phase 2 ni kasi taruk kaw2 skit..persona r nanti kena buat brochure ciri global la, sebab brochure macam perodua buat ni memang tak berkesan kat luar..kat sini je yg menjadi..

  4. boleh la.. bwk g psr beli ikan…..

  5. Features-nya sama sahaja macam model yang lepas..Cuma kali ini terdapat Build-in GPS dan DVD player pada varian Myvi Elegance..

    Meter combi memang cantik. Macam Camry sikit.

    Model kali ini akan seperti model Myvi sebelumnya. Attractive pada individu yang baru nak beli kereta pertama dan pembeli yang nak jadikan ia sebagai 2nd-3rd car. (Rasanya tak mungkin orang beli Myvi ini untuk replace Myvi lama)

    Overall, pusinglah macam manapun. Its still a Myvi..

    • Meter combi mmg cantik, warna-warni cam disco n pandai diorang susun…Varian yang ade build-in GPS (Elegance) tu RM57k..berbaloi ke? lagipun bukan ade jenama pun…blaupunkt ke, cikai2 clarion ke…hmmm…mahal sangat untuk engine 1.3

    • kn kete myvi premium wife aku enjin kaputt,
      salesman myvi bli dulu tanya. “nk amik myvi baru x? trade-in yg lama tu”
      wife aku ckp, “yg lama tu ada kt bengkel, dh nk amik yg baru?”
      kekeke

      frankly, this small car, is strictly for town usage at best.

      ps: i’m thinking of saga fl, exora cfe & suv rite now.

  6. esok kita pakat2 tengok kereta ni di showroom perodua, kat situ kita akan jumpa spesies qc tak bertauliah yg akan buat r&d testing untuk pintu & bonet belakang..hahaha…

  7. myvi E yg bg aku xde laa special sgt or “X” Factor…upgrade kat kedai ahbeng pun still xsampai sampai RM2K utk upgrade LCD monitor,bodykit..,karpet baru…?haha…lawak rr perotdua….

  8. Lagi cantik Myvi lama,bagi aku Myvi baru ni girl2 sgt……ala2 patah gitu…aaaauuuuuwwwwwww….

  9. aku xksh sgt myvi ni, cme tggu saga fl phase 2..xkan xde ape2 info baru

  10. hahaha… hangpa ni bias la .. hihi. aku tak minat p2 dan harap p1 akan kalahkan p2 nanti.. tapi aku tak pernah pun bias dan meremehkan apa yg dibuat p2 .. tapi kalau dilihatkan nada komen2 hangpa kat sini.. jangan marahlah kalau ada org cakap blog ni bias dan anti p2.. hihihi. anyway .. majulah automotif negara…. khususnya Proton.

    • Nak buat mcm mana. Kalau fan Merc komen tentang BMW pun mcm nh. Dan sama la kalau Fan bmw komen ttg Merc. Vies Versa gak…
      Tapi yg pasti. Pusing la mana2 pun still kereta itu jugak.
      Dan dlm kes bak kata Bro FRIDZMAX, pusing la mcm mana pun, still myvi jugak.

  11. Satu je ungkapan yang sesuai untuk myvi baru ni. Sama tapi tak serupa.

  12. tengok logo dan grill depan teringat perodua nautica..

  13. weh..weh..

    yg door pull handle tu ada kt bhgn depan je ke? bhgn blkg xde?

    xsusah ke nk tekan switch pw kalu ada handle tu?
    (itu pasal gen2 lama yg ada door pull handle tu switch pw dia kt sblh handbrake)

    aku bash? xde. aku pk psl COST-CUTTING & ERGONOMIC.

    • Yup,

      Kalau letak pw switch kat handle tu rasanya lebih ergonomic. Macam kat EMAS..

      Tapi kenapa pintu depan je pakai door handle?..

      Secara peribadi, saya tak suka jenis door handle ni. Sbb susah nak tutup pintu dan selalu pintu tak ketat. Spt Waja dan Merc. Pintu berat pulak tuh..

  14. Off Topic,

    Siapa tengok Lunar Eclipse (aka Gerhana Bulan) pagi tadi?

    Ingatkan malam ni..rupanya pagi tadi..aiseh..

    Malam ni Launching Myvi – Bukan gerhana..huhu

  15. mak aii,perang papan kekunci dah hangat dah kat topik myvi paultan….aku rasa aku nampak bro fauzan ke farghmee kat sana tgh ‘melawan arus’….aku rasa baik bro biarkn mereka dgn labunya…
    mana taknya sebelum ni asyik2 keluar elitela,exclusive,se,jambu edition pusing2 kat situ,la ni dah keluar myvi baru peminat2 tegar p2,jemaah jdm bersorak gembira sambil membuat mata ala2 kartun manga..hehehe…
    lg satu awat p2 tak guna enjin baru sama mcm abang long dia kat jepun?x silap ada cvt kan,tu dah boleh celen saga cvt nnti…

    gua tak kira lu abang long ka abang besar ka,sapa yg ramai beli kereta dia,dia no 1,..1 malaysia gua pegang~
    …ujar p2 yg begitu yakin akan menguasai dan merajai liga automotif negara….hihihihihi….

    • aku ke tu yg melawan arus perdana? hehehe
      xkesah la :)

    • Saya pun nak join perang keyboard kat Paultan..(tu pun kalau paultan tak spam comment aku)

      Punyalah buta punya penyokong New Myvi ni..(yg mostly salesman P2). Boleh claim New Myvi lebih baik daripada Ford Fiesta..Buta mata dan buta hati ke dorang nih?..

      Tahula New Myvi ni dikatakan ‘bagus dan lagi best’. Tapi jangalah puji melambung sampai tak masuk akal..huh

      • Orang lain-lain, pendapat pun lain-lain. Ada kata bagus ada kata tak bagus. So, biarkan. Siapa suka beli, siapa tak suka diam je. Duit diorang gak kan nk buat loan beli myvi tu….peace

      • Mee,

        Saya bukan menidakkan pendapat orang lain. Itu hak peribadi, sesiapa pun boleh puji apa yang mereka suka. Tapi bukanlah puji sampai tak masuk akal dan tak bertempat dan tak logik.

        Bila memberi komen, katakan dengan benar dan jujur. Bukan dengan kenyataan yang menipu diri sendiri dan akhirnya orang lain jadi meluat dan menyampah nak baca..

        Saya sendiri kata New Myvi ini lebih bagus dari model sebelumnya..(terutama sekali material pada interiornya). Tapi tidaklah sampai kata lebih baik dari Fiesta (model global tu..macam siang dan malam bezanya)

  16. aku dah tengok myvi bau nie tadi bagi aku kurang menari mahal pulak tu

    • bagi saya myvi baru ni lebih kompak sebab rekaannya telah berjaya kecilkan kereta ni, kalau nak ikutkan interior nampak lebih luas terutama dibahagian depan..plastik dashboard pun nampak ok, tak la nampak cheap sangat…sempat gak la tadi belek2 kereta ni, signal dia sama macam persona elegance punya style…cuma myvi ni nampak lebih feminin berbanding dengan abangnya…sesuai sangat la untuk awek2 yang baru dapat lesen kereta, hahaha.. :)

      • Yup bro campro,

        Apa yang bagus Myvi ini, interiornya ada banyah perubahan. Material bagus, design wise, gap tampak lebih sepadan.

        Air vent kat bumper belakang tu bak kata Perodua adalah untuk free-flow-kan udara. Wpun rasanya macam tak logik untuk Myvi (yang tak berapa laju) ini, mungkin ia membantu untuk kurangkan masalah bumper belakang yang bergegar dan melayang semasa memandu laju.

        Ciri yang paling saya suka pada Myvi ini ialah center rear seat-belt yang dibuat tergantung pada siling kabin. Ia seperti Hyundai ix20..Tapi ia masih perlu diperkemaskan. Nampak macam kren bila tidak digunakan. Proton masih tiada feature seperti ini..

      • 3-point middle rear seatbelt dah ada kat Proton Waja.. nmpak lebih kemas dan proper. patutnye Proton teruskan je kt semua model..

      • Bagi saya takde seatbelt tu pun takpe sebab rakyat Mlaysia kat depan pun taknak guna tali piggang keledar, inikan pula di belakang. :-)

      • Yela Savvy88,

        Waja ada pakai 3-point ELR rear center seat belt. Mungkin disebabkan penggunaan rear seat yang boleh dilipat rata, center seat belt dibuat secara gantung dibumbung. Cuma ia kurang kemas apabila seat belt tersebut tidak dipakai.

        Anyway, its nice..2-point ELR macam yang ada pada Savvy dan Saga sebenarnya amat bahaya jika berlaku collision. (Badan melambung kedapan, pinggang ditarik kebelakang..seram juga)

  17. live kt tv3.. cepat2

  18. dah ada 8000 booking tu sekarang, bak kata tv3…tak tau la betul ke tak..tapi memang “gila dog” la kalau betul…memang kereta ni bakal membanjiri jalan raya la… tagline new myvi ” rabbit & hamster rule!! “

  19. Korang tgok PT compare Myvi baru ngan Myvi lama…serius lama nya lagi cantik.

  20. Saya dah pun melihat New Myvi 2011 di salah sebuah pusat jualan Perodua di Meru Klang.

    Berikut adalah sedutan perbualan saya dan Sales Adviser (SA) Perodua;

    Fridz: RM57k utk Myvi Elegance? Tambah 2k boleh dapat Persona Elegance, siap auto-cruise, navigator, leather trim dan boot belakang…
    SA: Myvi ni tak macam Persona encik. Enjin campro wpun 1.6 tapi memang tak kuat. Saya sendiri pakai Persona. Jadi saya tahulaa. Saya baru je beli 1bulan lepas.
    Fridz: Kalau awak pakai Persona, kenapa awk syorkan saya Myvi ini?
    SA: Saya pakai Persona sbb senang nak balik kampung, anak 5orang, boleh bawa banyak barang.
    Fridz: Kenapa tak pakai Alza?
    SA: Alza kecil sikit encik.
    Fridz: (Diam dan tercengang. Kemudian saya ketawa kecil dan saya tukar topic lain)
    SA: (Buat muka malu-malu alah)

    Namun demikian, Perbezaan Myvi lama dan Myvi baru diterangkan dengan begitu baik sekali oleh SA berkenaan.

    Hasil lawatan ke bilik pameran tadi saya dapati, Persona boleh muat 7orang dan lebih besar daripada Alza..

    • maknanya SA Perodua tu ngaku la Alza pun sempit, hahaha..mpv baru Proton, Persona 7 seater… ye ke dia pakai Persona, kadang2 orang leh kelentong je..biasa lah, cari makan.. :)

      • Dia kelentong laa tu..cuma saya tak paham apa yang dia nak sampaikan. Kejap kata Persona tak bagus, kejap kata Alza sempit atau dia nak promote New Myvi..

        Dia juga terkejut bila saya tunjuk dalam bumper depan Myvi tu ada polystyrene.

        Kesudahannya, dia berjabat tangan dengan saya sambil berkata; biasalah, ‘cari makan’ (sambil malu2).

        SA mana2 kedai pun kena study produk dulu..nanti buat malu je dgn customer..huh

    • “Hasil lawatan ke bilik pameran tadi saya dapati, Persona boleh muat 7orang dan lebih besar daripada Alza..”

      Persona muat 7org???? hang biaq betul fridz

  21. dh tgk rasanya lg kecik dr old myvi dari segi kelebaran, tapi panjang sikit..
    door handle dia cam gen2, waja.. keke geng2 yg dulu2 kutuk dalam paultan takmau telan air ludah balik ke??

    part blkg plak ada tali kren utk seat belt tengah..
    dr segi pemanduan plak kne dptkan sesi test drive la .. baru leh komen..

  22. kalau nak beli pun, beli yg baseline model je, 47k tapi dgn hrg tu dh blh beli saga auto 1.6, mmg kena test drive dulu sape nak beli,
    lcd screen tu kalau rosak mahal nak ganti, rasanya warranty x sampai setahun utk alat electronic

  23. kualiti myvi baru ni terbaik dlm perodua, terutama kualiti dalaman , rasanya meterial yang lebih baik digunakan. saya suka dalaman dia, lagi kemas lg alza. cuma tang harga yang tak berapa bestt

  24. walaupun harga tinggi sket dari model lama, rasanya berbaloi dgn kualitinya. saya jangka myvi baru ni akan dpt sambutan yang sama dengan myvi lama terutama bagi penggemar kereta kompak.

  25. bg yg bercadang nak beli saga fl 1.6 ini dyno campro 1.6iafm vs 1.3iafm, beza torque yg ketara dgn minimum torque 1.6 sama dgn maximum torque utk 1.3, http://www.sheryna.com.my/a/userlogo/sudimampir_1_1306990667.JPG

  26. Premium Atau Standard???ke ambik je standard,carik barang kat luar sendiri lg murah??
    Mane 1 yg better ye?????

  27. Aku dh beli new myvi ni..S series..mmg best..terpancut kuar air drive keta ni..

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 1,459 other followers