SPYSHOTS : Persona R (P3-21A) di test track Proton!!!

Nampaknya Proton sengaja je nak kasi sneek preview model ni kat wartawan yang buat test drive Saga FLX baru-baru ni. Gambar ini telah berjaya dirakamkan oleh cbt.com.my. Makin kurang tampalan koyok pada model ni, jelas kelihatan bentuk tingkap sepenuhnya & juga sebahagian gril depan yang menmpunyai “cues” dari Proton EMAS.

sumber : cbt.com.my

 

EKSKLUSIF : Video rangka Persona R!!!

UPDATE : Gambar dari Facebook Bshamsul Atoque\’s

VIDEO 1 :

VIDEO 2 :

Secara eksklusif dari Funtasticko Design, ini merupakan rangka sebenar bagi Persona R yang bakal dilancarkan tahun depan. Nampaknya Proton telah bersedia untuk melakukan production untuk model ini dalam masa yang terdekat. Video ini telah dikirimkan kepada saya oleh seorang sahabat yang tak nak namanya disebutkan di sini. Terima kasih diucapkan kepadanya kerana telah sudi berkongsi video ini dengan kita. Dapat tengok rangka dulu pun jadi la..sekurang-kurangnya kita dapat agak besar mana kereta ni nanti.. :)

VIDEO Skodeng di test track Proton dari bro Unknown

Video ni saya dapat link dia dari bro Unknown. Nampaknya bersungguh-sungguh bro Unknown mendapatkan video ini untuk kita. Walaupun dalam keadaan yang kurang selesa namun bro Unknown dapat juga merakam beberapa kereta tengah testing time tu. Terima kasih bro Unknown kerana usaha anda, :)

* macam ne nak tegakkan video ni ye? teleng leher saya tengok, hahaha…

Lagi gambar Saga FLX dari bro MyDear!!!

Spesifikasi :

Lagi gambar Saga FLX, kali ini lebih fokus kepada bahagian yang penting seperti enjin & kotak gear telah diemailkan kepada saya oleh bro MyDear. Jelas kelihatan pada gambar pertama button SAT (Stepped Automatic Transmission) dengan 6 kelajuan. Rasanya ni la CVT2, CVT3 7 kelajuan untuk Persona R & Exora Turbo nanti. Dengar khabarnya soft launch bakal dibuat Isnin depan, manakala pelancaran rasmi pada bulan Ogos. Menurut info theking, IAFM+ tiada VVT atas faktor kos, tetapi CVT & ECU 32bit telah berjaya meningkatkan keupayaan enjin tu walaupun pada asalnya memang nak dimasukkan VVT. Jadi senang cerita enjin masih IAFM tetapi yang dah improve. Nampaknya kita kena test drive dulu untuk tau macam ne perbezaannya. Terima kasih bro MyDear kerana sudi berkongsi gambar ini. :)

Daihatsu A-Concept kacukan Indonesia & Jepun

Video :

Ni la dia Daihatsu A-Concept kacukan Indonesia & Jepun yang diperkenalkan di IIMS (Indonesian International Motor Show) 2011. Hasil gabungan staff Daihatsu Indonesia yang dihantar untuk berguru di Jepun untuk mempelajari selok-belok pembikinan kereta. Ini mungkin persediaan Daihatsu untuk menjadikan Indonesia sebagai hubnya di rantau Asia, setelah mereka bakal membina pusat R&D di sana tak lama lagi.

Jika diperhatikan rekaannya banyak dipengaruhi oleh rekaan Hyundai, terutama di bahagian depan. Belakangnya pula lebih menjurus kepada rekaan Aston Martin Cygnet.  Tetapi jika dibandingkan dengan rendering EMAS Proton (gambar diatas), macam hampir sama je lampu & bentuk grill dia. Adakah Proton & Daihatsu bakal menjalinkan usahasama pada masa depan? Adakah Perodua bakal “rebadged” atau istilah yang lebih baik “mengadakan kerjasama teknikal” untuk menjadikan kereta konsep ni sebagai pengganti Viva pada masa depan? Kenapa Daihatsu tidak menjadikan Perodua hubnya di Asean setelah Perodua terbukti berjaya memikat hati pembeli di Malaysia? Hanya Daihatsu yang mempunyai jawapannya. :)

sumber : paultan.org