SPYSHOTS : Interior P3-21A!!!

Yang kita nak lihat sangat-sangat selama ini telah muncul muncul!!! Tu dia spyshots yang lebih jelas interior P3-21A, yang telah sempat diambil oleh Daud yang telah menjumpai 3 buah “test unit” model ini di tempat letak kereta Genting Sempah.

Jika kita perhatikan, jelas kelihatan perubahan yang amat ketara dalam rekaan dashboard Proton kali ini. Nampak mewah & lebih cenderung kepada gaya rekaan Eropah. Kita boleh lihat ada push start button, paddle shifter & steering wheel yang sama dengan Exora, tetapi ada perubahan pada susunan butang. Selain itu tombol gear CVTnya nampak menarik. Meter panelnya pula ada “multi info display” yang berlatar belakangkan merah. Apa yang saya tahu meter panel display ada lining luar keliling warna merah, manakala nombornya berwarna putih seperti Saga FLX SE & Exora Bold.

Kenapa ye logo pada steering wheel tu ditampal dengan koyok? Adakah menyembunyikan logo Proton yang dah dibuat chrome atau nak tutup logo macam steering wheel sekarang. Harap Proton dengar la kata orang ramai kali ni, buat la cantik sikit logo/emblem pada steering wheel tu. Tu je la tempat yang boleh letak logo Proton pun kat interior, betul tak?

Apa pendapat anda semua bila tengok interior P3-21A ni? Saya rasa memang sangat lain dengan interior model terdahulu. Kali ini nampak lebih kemas & praktikal, harap “fit & finish” masa production nanti kena tip-top, kalau tak hampeh gak, betul tak?

sumber : paultan.org

PROTON melanjutkan tarikh akhir pemasangan percuma tali pinggang tengah belakang

Proton kini melanjutkan tarikh akhir pemasangan percuma tali pinggang tengah belakang percuma kepada pemilik model Saga LMST dan Gen.2 yang dibuat antara 2004 dan 2008. Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, pelanggan boleh menghubungi Proton i.Care di 1-300-880-888, e-mel kepada i.care @ proton.com, atau melawat www.proton-edar.com.my

SUBANG JAYA, 29 December 2011 – PROTON today announced an extension of the end date of its free rear centre lap belt installation service from 31 December 2011 to 31 January 2012, as part of its ongoing Rear Centre Lap Belt Campaign.

Since the Government first announced in June 2008 a new ruling to make it compulsory for vehicles to be fitted with the safety device, PROTON had been installing rear centre lap belts at no cost to owners of Proton models affected by this, which are the Saga LMST and Gen.2 models manufactured between year 2004 and 2008.

“We would like to urge our customers with the affected cars, and Malaysians in general, to not only comply with the new ruling to avoid getting fined by the authorities, but to adopt the practice of using seat belts for rear occupants in the name of safety. We also urge parents to take up the habit of ensuring that their children who are seated at the back are properly belted up,” said PROTON Holdings Berhad Group Managing Director Dato’ Sri Haji Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir.

Dato’ Sri Haji Syed Zainal Abidin added that the move was crucial, as research had shown that rear lap belts are 32 percent more effective in reducing fatalities when compared to unrestrained back seat occupants. Furthermore, rear lap belts help prevent unrestrained occupants from being thrown out of the vehicle in the event of a crash.

In September 2011, PROTON embarked on a massive outreach programme, consisting of road shows and other on-ground activities around the country to create awareness on this. This included setting up special hospitality and safety marquees at highway rest stop areas in Dengkil, Ayer Keroh, Gunung Semanggol and Temerloh, and pamphlet distribution at selected tolls in collaboration with the National Road Safety Department.

And to further intensify efforts, the PROTON Mobile Teams – which consisted of eight teams of four technical personnel – were also dispatched beginning early this month to used car outlets and other locations such as mosques, hypermarkets, petrol stations around the country to reach out to Proton car owners.

“Our priority is always the safety of our customers, and when it is hard for them to come to us, due to constraints like time and distance, then we must go to them. This is also part of our ‘Committed to be Better’ brand promise,” said Dato’ Sri Haji Syed Zainal Abidin.

However, only about 17 percent out of the 225,930 affected Proton vehicles have been installed with the rear centre lap belt, to date.

“While the number of vehicles that we had managed to reach in the past few months had improved, especially after utilizing the Mobile Teams, the overall response is still very poor, which was why we decided to extend the offer so that more owners can send their cars in for the installation.”

With this extension, Proton car owners who have yet to get the rear centre lap belt installed can make an appointment at their nearest authorized PROTON Service Centres to have it done. Installation will take approximately 15 to 20 minutes per vehicle.

For enquiries and further details, customers can contact Proton i.Care at 1-300-880-888, email to i.care@proton.com, or visit www.proton-edar.com.my

* harap lepas ni Proton bagi NEWS RELEASE versi Bahasa Malaysia pula untuk media Bahasa Malaysia. Lagi mudah penyampaian dibuat. Bukan pe, takut silap terjemah lain jadinya..Google translator pun bukannya betul gak, hahaha… :)

Proton bantu mangsa banjir

SUBANG JAYA, 28 Disember 2011– Proton hari ini melancarkan program ‘PROTON I-Care Prihatin Banjir’ untuk membantu pemilik kereta Proton yang mengalami kerosakan akibat banjir. Program ini akan bermula pada 29 Disember 2011 sehingga 29 Februari 2012.

Melalui program ini pemilik kereta Proton yang terlibat boleh mendapatkan pemeriksaan secara percuma, servis tunda percuma untuk jarak dalam lingkungan 5km dari pusat servis Proton terpilih & juga diskaun sehingga 20% untuk Alat Ganti Tulen PROTON.

Selain itu, program ini juga melibatkan road show dari PROTON di beberapa lokasi di Kelantan, Perlis, Pahang dan Johor. Road show tersebut telah bermula lebih awal iaitu pada 23 & 24 Disember 2011 bertempat di Kompleks Perniagaan Saidina Ali, Kok Lanas, Kelantan dan juga di SCH Service Center Kangar, Perlis pada 24 & 25 Disember 2011. Untuk road show yang akan datang, lokasinya adalah seperti berikut :

 

Tarikh

 

Tempat

30 Disember 2011

Stesen minyak Petronas , Jalan Johor, Pontian, Johor

30 & 31 Disember 2011

Pekan Kerayong, Bera, Pahang

Pihak Proton akan mengumumkan lokasi road show yang lain dalam masa yang terdekat. Semasa road show berlangsung, juruteknik Proton akan berada di lokasi tersebut & akan memberikan tips untuk mengendalikan kereta yang rosak akibat banjir. Pemilik kereta Proton boleh melakukan “18-points safety check” dan pemasangan tali pinggang belakang secara percuma.

Untuk servis tunda & keterangan lanjut, sila hubungi PROTON I-Care Centre di talian – 1300 – 880 – 888 atau 1800 – 888 – 398

Lotus World Car Concept

Adakah ini rekaan terbaru yang berkaitan dengan Lotus City Car (Ethos) / Proton Global Small Car (EMAS)? Jika diperhatikan rekaannya lebih “fluidic” & tidak lebih dari sebuah kereta konsep semata-mata. Tetapi jika “styling cues” dari lakaran ini diambil & dimasukkan dalam elemen styling Lotus City Car (Ethos) / Proton Global Small Car (EMAS), sudah pastinya model ini bakal menjadi perhatian dunia.

Sedikit info mengenai Lotus World Car Concept ini :-

  1. Enjin 50 HP 600cc
  2. Berat 1,150 lbs
  3. Pecutan dari 0 ke 60 mph dalam masa 8-9 saat
  4. Top speed 120 mph
  5. Tayar bersaiz 155/80R13
  6. Penjimatan minyak 84 dalam bandar & 127 di lebuhraya

VIDEO : Spyshots P3-21A!!!

UPDATE : Preview sikit interior P3-21A

Video ini telah diberikan oleh shabat kita bro Narakka, menurutnya video ini telah berjaya dirakam oleh rakannya Pak Teh Smartsound production. Kereta ini ditemui disekitar Lebuhraya NKVE. Terima kasih bro2 sekalian ye… Dah boleh nampak dashboard kereta ni, ala-ala BMW skit style dia.. :)

Kereta “Software Test Engineer” bakal menerima Makeover dari R3

Nampaknya tak lama lagi kereta “Software Test Engineer” , Norzamzarini Mohd Bajuri, bakal menerima Makeover dari R3 setelah terpilih sebagai pemenang “Very Important PROTON”  Makeover. Norzamzarini yang berusia 35 tahun dari Muar, Johor menjadi pemenang ketiga program ini selepas Sashideran Radha Krishnan. Kereta Proton Iswara Aeroback tahun 1996 ini bakal diberi sentuhan Makeover dari R3. Kereta ini dibeli secara second-hand pada tahun 1998.

Norzamzarini juga seorang peminat F1 dan amat meminati lagenda F1, Michael Schumacher. Banyak pengalaman manis beliau bersama dengan kereta kesayangannya ini & tambah menggembirakan beliau baru sahaja menimang cahaya matanya yang ke-4, Nur Mawaddah pada minggu lepas. Mungkin ini adalah tuah & rezeki anaknya juga. :)

Beliau dijangka menerima kereta “versi barunya” pada bulan Januari 2012. Pastinya team R3 yang diketuai Tengku Djan Ley bakal memberikan sentuhan terbaiknya untuk Proton Iswara Aeroback ini. Kita nantikan hasilnya nanti.

* Saya ramal kereta ini masih mengekalkan warna merah, tapi kali ini dengan Merah Ferrari, warna kereta Michael Schumacher ketika dizaman kegemilangannya… baru la ada kena dengan jiwa Norzamzarini ;)

KIA Optima K5 2.0L Dual CVVT telah dilancarkan!!!

KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ

 

Berita ini saya baru sahaja dapat dari sahabat kita bro nadzri myusof. Sebentar tadi baru sahaja berlangsung majlis perlancaran KIA OPTIMA K5 di First RED CUBE di Federal Highway, Petaling Jaya yang telah dirasmikan oleh Datuk Syed Abdull Hafiz Syed Abu Bakar (Bekas MD Produa) , kereta ini berada dalam segmen D yang biasanya didominasi oleh jenama Toyota &  Honda. Beberapa info yang yang boleh dikongsi bersama :-
  1. Harga private RM 143,888.00
  2. 3 pilihan warna
    -Snow white Pearl
    -Bright Silver Metalic
    -Platinium Graphite
  3. CBU Fully imported – kemungkinan akan ada versi CKD tak lama lagi.

  4. Satu Variant sahaja. Belum ada Variant 2.4
  5. 8 speaker Infinity dengan subwoofer.
  6. Penghantaran sekitar bulan Mac 2012.
  7. 6 airbag
  8. LED daytime running light dan Xenon HID Lamp with washer.

Terima kasih kepada bro nadzri myusof kerana sudi berkongsi info & gambar ini dengan pembaca funtastickodesign.

* Saya memang berkenan sangat dengan rekaan KIA Optima K5 ni, patut sangat la menang Red Dot Design Award. :)

Apa pendapat anda kalau P3-22A (hatchback 5 pintu) rekaan belakangnya macam ni ?

Apa pendapat anda semua mengenai topik baru ni? Saya dengar-dengar cerita rekaan belakang model P3-22A (hatchback 5 pintu) rekaan belakangnya style lebih kurang macam ni la, mungkin trend hatchback sekarang macam ni kot. Apa pendapat anda? Bagi saya kalau betul la style dia macam ni memang lagi menarik model P3-22A, sebab saya pun peminat kereta hatchback. Kita tunggu la “spyshots”nya mulai tahun depan, model ni dijangka masuk pasaran 2013. :)

Proton perlu sertai GENEVA 2012, SETUJU atau TIDAK?

* Gambar sekadar hiasan

Saya sengaja nak tengok pendapat ramai mengenai topik ini. Pada pendapat saya inilah platform terbaik yang perlu Proton sertai untuk memperkenalkan & melancarkan P3-21A, model sulung globalnya kepada dunia. Selain itu Proton juga boleh memperkenalkan bakal model akan datangnya dalam bentuk kereta konsep, iaitu P2-30A, GSC (Global Small Car) & P3-22A (Hatchback 5 pintu) yang dijangka keluar tahun 2013. Ini semestinya bakal membuka mata dunia & menonjolkan jenama Proton secara global. Sebelum ini, Proton cuma memperkenalkan EMAS melalui ItalDesign di Geneva 2010. Dah sampai masanya Proton sendiri memperkenalkan dirinya kepada dunia, JANGAN MALU-MALU YE, hahaha… :)

* dengar-dengar cerita P3-21A akan dilancarkan pada pertengahan bulan Mac, Geneva 2012 pun bulan Mac, 8hb – 18hb Mac 2012. Elok sangat la buat launching serentak di Malaysia & Geneva. Buat “live video conference” dengan sana masa tu, kena pasang skrin besar kat booth Geneva & tempat launching kat KL. Sebelum launch biar la ada video “the making of our 1st global car”, tonjolkan semua tenaga kerja dibelakang tabir projek ni, biar diorang bangga & bersemangat lagi lepas ni, glamer tu… tak gitu, kena la keluar bajet lebih sikit, tapi berbaloi-baloi… :)

Satria Neo S2000 bakal beraksi di SWRC tahun depan!!!

Ini berita yang pastinya mengujakan kita semua. Proton buat julung kalinya bakal menyertai WRC kategori S2000 tahun depan dengan mempertaruhkan 2 pemandu Per-Gunnar Andersson dan Giandomenico Basso yang akan memandu jentera Satria Neo S2000. Mereka akan beraksi dalam 6 perlumbaan terpilih untuk musim hadapan termasuk di Rali Monte Carlo.

Selain itu Proton juga akan mempertahankan 8 kejuaraannya dalam APRC tahun depan, dengan Per-Gunnar Andersson serta Juara APRC tahun ini, Alister McRae yang juga memandu jentera Satria Neo S2000. Tahun hadapan Proton tidak akan menyertai IRC. Semoga berjaya!!!

* kali ni kalau Proton menang 1 stage dalam SWRC mesti satu kejayaan besar & akan melonjak jenama Proton diperingkat global.