funtasticko design

http://funtasticko.net

Exora BOLD & PRIME, apa pendapat anda???

232 Komen

Memandangkan post yang sebelum ini dah mula panjang jadi saya buka la post baru ni. Apa pendapat anda mengenai Exora BOLD & PRIME? Mungkin ada yang dah “test drive” atau sekadar test naik & lihat dalam showroom sahaja. Apa yang pasti majoriti dari anda semua berpuas hati dengan apa yang ditawarkan oleh kedua-dua variant baru Exora ni. Memang berbeza jika lihat secara “live” di showroom berbanding dengan gambar yang ada di sini atau di web lain. Setakat ni belum lagi ada kesempatan nak buat “test drive”, tengah cari masa yang sesuai, hehehe… ;)

About these ads

232 thoughts on “Exora BOLD & PRIME, apa pendapat anda???

  1. memuaskan..
    semoga selepas ini proton lebih fokus untuk meningkatkan kualiti interior kereta2 proton..
    cuba gunakan plastic soft-touch pula..lebihkan krom,leather.. itu saja masalah proton buat masa ini pada saya

    • ingat exora 1st generation, rupanya MC1.. tapi dia untung sebab dapat diskaun, dengan harga h-line jauh lebih murah dari m-line bold.. lepas ni proton kena hati2 la dengan pricing, benda ni boleh jadi isu jgak..tapi harga belum muktamad lagi, baru tentive price, jadi mesti akan ada penurunan harga sepertimana model2 sebelum ini yg hanya bagitau tentative price sebelum official launching.. banyak mana tu kita kena tunggu la ye.. :)

    • hmm kena aware dgn perkembangan automotif semasa, itulah gunanya internet dan blog cam f.d. nih

  2. off topic, tgk kat prtn edar, ada perubahan, tank masih lg 55 liter, tp century sprint bertukar, dr 13.3 kr 11.3 saat. Tp berdasarkan yg aku test smlm, rasa yg terbaru lebih tepat coz lebih cpt sampai dr gen2 cps auto aku test drive dl2

  3. Aku dah test… pickup memang dasat… aku tak pernah drive exora selama ni, so tak tau nak compare. Cuma aku boleh cakap engine dia memang power.

  4. sebenarnya info yg kat web Proton tu lebih tepat. info pada brochure Exora Bold ada beberapa kesalahan. sepatutnya brochure tersebut tak blh diberikan kepada pengguna dan kalau diberikan juga pembetulan secara lisan harus diberitahu.

  5. memuaskan… kalau ada daylight LEDs plus better noise insulation/dampening aku akan bg terbaeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeek…

  6. spare tyre die pakai sport rim sama size.terbaik.

  7. Salam
    Harga Naik 5k bagi Ecexutive ( M Line Auto) kenaikan yang begitu banyak dan dari exora MC…sedangkan enjin masih lagi CPS dan tiada penaiktarafan ECU …Rasanya proton patut semak semula harga ni…harap saudara campro boleh memberi maklumbalas kepada proton.. berkaitan perkara ini….naik yang begitu ketara……

    • saya pun berharap proton semak semula harga untuk versi m-line.. sebab m-line cuma ada perubahan kosmetik luaran sahaja… kenaikan tu agak ketara bagi tambahan kosmetik, harap pihak proton mendengar..

    • saya rasa tak ada sebab untuk Proton tingkatkan harga M-line, mungkin ada perubahan pada ECU dan engine dan juga Suspensi. Ada siapa2 disini boleh confirmkan tiada perubahan selain kosmetik?

  8. tadi dah p tengok kat showroom warna Putih memang terbaik lah!! rasa jealous ooo… huhu

  9. Kalaula exora Lantai rata cam mpv ________…
    lgla best!!

  10. kami da book… guna nama wifey… elegent brown… hehehehehe…. our first proton… hehehehe… book dulu BOLD premium; SA cakap, if Prime sampai, mereka akan bg tau; pasal kami nak tgk dulu featurenya, baru make decision…

  11. 1. Dashboard color matching and texture matching….Exora bold terlalu byk color…
    Korang try tgk dashboard dalam keadaan cahaya cerah..so leh nampak tona kaler setiap part lain2 walaupun gunakan kale hitam yang same…perlu improve untuk next model.

    2. Handle bukak pintu dari dalam tak berapa cantik sebab nampak installation skru, kalau sorok atau lekat penutup xdelah nampak murah sangat..sila blajar dari Honda Civic

    3. Cam bese, emboss logo Proton kat steering nampak murah, next model please guna krom..nampak brand strong sket

    4. Iklan xde pun kat tv…kasi la iklan ajar orang camne nak guna CVT dan ABS…

    Lain2 termasuk enjin..mmg mantap

    • proton pun malu ngan cfe, macam mana dia nk iklan. malu sebab tk confident lagi. proton nk bagi org test and komen.
      pasal finishing proton, mmg nampak murah pun. tk reti design.
      dashboard pun ditonjolkan simple sgt. toyota or chevvy pun jual kereta kat malaysia dgn basic spec, tapi tk la nmpak murah sgt.
      Protn, ko pegi la hired new designer dari luar. designer head yg korang hired sekarang ni lembap macam siput.
      macam mana nk jadi global car?

      • Diorang lebih kpd safe design…tapi dalam kondisi sekarang, Proton perlukan radical design untuk membentuk satu entiti semacam Kia dengan Tiger Nose, Hyundai dengan fluidic sculpture, Mazda dengan KODO dan Toyota dengan dugong design…hehe

        Perlu ade styling head baru!!

      • sblm ni aku dh komen bab2 ni..tp teruk aku kena kutuk kaw2 dgn pentaksub Proton… mcmlah aku ni anti Proton..aku just nk lihat Proton menuju Global.. buang sikap syoik sendiri.. pada SEMUA ASPEK..
        juga ingn ulang hal yg sama..sentuhan kosmetik yg padan akan naikkan ‘nilai’ keta ni.. selain dr perfromance..
        bila aku bg contoh keta Japanese.. kaw2 lg aku kena tembak.. pdhal kite kena akui japanese n korean mmg up todate dr segi interior… touch up sikit je trus nmpak MAHAL..sedap mata.. termasuk ergonomic design,,

        So, jgn pandang remeh psl precision pd interior..td pun aku tgk kt aircond vent Exora BOLD Exec..sblh pemandu.. ade lekuk garis..mcm moudling plastiknya x berapa kemas.. so? adakah itu tidak dipandang serius?

        hopefully improvement terbaik skrg di seiringkan dgn rekabentuk dlman yg ‘nyaman’ dan mewah pd kos yg terbaik..

      • sebenarnya kitaorg dah kritik kaw2 sebelum2 ni, kat post lama2.. tapi dah ada peningkatan dari segi pemilihan material, cuma dari segi design interior memang proton kena kerja lebih keras lagi lepas ni..

      • xpa, pelan2 kayuh, kalau jatuh x sakit sangat… kalau kayuh laju2, jatuh sakit susah nak bangun balik…

  12. orang proton yg masuk web ni.
    saya nk tanya, enjin cfe ni taraf dia seperti vvt atau advanced vvt?

    • ko ni hanya tau pasal vvt, vtec besau kecik, mivec je ke??? alahaii
      vvt tu variable valve timing sama cam CPS

      CFE tu turbocharge LPT (low pressure turbo)

      • biarkan la dia dengan vvt kebanggaannya tu bro, dia tak tau yang enjin cfe ni pun ada vvt kat intake.. kesian

      • tk payah ckp pasal definition. saya dh tahu.
        kalau takat jawab utk akronim, saya tak perlu jawapan kamu.
        saya guna vvt sebab itu term biasa dan senang faham.
        soalan saya, cfe ni takat vvt atau advanced vvt.
        maksudnya, teknologi variablenya berdasarkan vvt atau teknologi bau advanced vvt.
        kalau cfe sama mcm vvt biasa, maksudnya cfe ini bukanlah setaraf advanced vvt yg teknologinya lagi baru.

        saya tahu kamu penjilat proton. proton buat semua kamu puji.
        tapi pujian kamu tu takat kamu.
        dah26 thn wujud, sbg rakyt kita nk proon maju mcm comp lain.
        bukan hanya utk kenyangkan kroni shj dan buat kerja utk ambik duit rakyt kerana proton dilindng kerajaan.
        jgn jumudkan fikiran anda.
        nanti senang jd pak angguk.

        sekian.

      • penjilat proton ni sebab cari makan dgn proton so terpaksa la bro apa nak buat….

    • dah try test drive blom…

    • Salam bro.

      Apa maksud bro vvt or advanced vvt?
      Kasi highlight sikit…..

  13. Tested it today.., this MPV is sooo easy to drive… not to mention the power. The CVT is very-very good. My wife tested it too and she could not stop asking me when to book one.

    The interior is good but can be better, probably because Proton wants to make sure the price is below 80k. Especially the Proton logo on the steering, come on!.. Proton sendiri tak bangga nak letak logo betul dan smart kat situ ke????

    If I must criticise, the engine noise should be silenced further. This is family MPV, the quieter the better. Although I must admit I didnt test it long enough or fast enough to properly gauge the wind, tyre and engine noise.

    I think Proton can probably make a Supreme version where the interior is very luxurious, why not? The engine is certainly more than capable. The volume may not much but I think there is demand for luxurious MPV below 100k.

    Verdict, if you are looking for an MPV, look no further!

  14. Dah tgk prime kat plentong siang td. Ternyata sangat2 beza dr gambar. Wood effect tu msuk sgt ngan kete and nampak modern luxury x nampak old skool pon.sy yg muda ni rs teruja tgk. Thumbs up proton

    • Exora bold dan prime dah bertambah baik ttp salesman mmg hampeh sbb tak tahu kelebihan exora bold n prime especially psl enjin CFE dan transmisi cvt ni.

      • Dah memang SA mcm tu.. SA lain pun sama jgak… dia org tu apply SA pun pakai SPM je.. memang rasa agak mengecewakan tapi tu la SA.. yg penting sales dia capai target, nak lebih2 ikut initiatif masing2.. tapi saya sdn pun rasa SA patut tau la kelebihan produk yg dia nak jual.. tu je dah cukup. tapi kalau tanya terlampau detail memamg tak patut la.. ini biasa belaku kat show room.. mesti ada makhluk nak tunjuk pandai dgn soalan yg nk bagi SA nampak bodoh.. lps tu mengata mcm2 kat SA bila SA bagi jawapan x kena dgn lubang telinga dia.. kalau korang rasa SA patut harus tau detail tentang kete yg dia jual, mungkin kita perlu ramai lulusan ijazah dlm bidang automotif masuk ganti SA yg ada SPM je nih. Jadinya dah tambah kos operasi pulak kan?

      • Nk jd SA x semestinya kne ad ijazah bru bleh thu semua.dunia skrg di hujung diri. Smua boleh dicari dlm Internet. SA ptutnye bwt hw sblm jual produk bru. xkn nk explain cvt n cfe pn x pandai….

    • bestnye dpt tgk Prime..tmpt sy g td xde Prime..so xdpt komen pasal wood effect tu..tp rsenye mmg ok kot memandangkan rmi yg ckp wood effect tu nmpk cantik bile tgk live..heheh..

      • btul gak..salesman kt 3S northern cm low-profile sgt.. kita pulak yg kena publish info kt dia..bukan dia yg proaktif terangkan kelebihan CFE.. cmne klu org lain yg masih zero.. cmne nk convince? lepas tu plak just citer mcm citer kt makcik2.. xilmiah lngsung wpun kite tanye deeper.. sales PROTON.. ken aimprove juga seiring dgn kemajuan produk..jgn hanya nk kilik calculator dgn price list je… mcm xsabar2 nk cekau komisen tp lembab dlm menarik pelanggan…
        PROTON perlu ‘asah’ budak2 pemalas sales ni.. meluat tgkl takli leher tp PEMALAS!!!

      • ni satu lagi kelemahan yg sy detect kat SA Proton, sebagai front line diorg umpama askar yang kena berjuang di medan perang, kalau askar ni malas, takde ilmu mendalam mengenai teknologi & produk, sia2 je la proton buat model yang bagus… ni belum model global keluar, lagi la banyak kena study, kira macam ni la, kalau nak lulus exam dengan gemilang, kenalah study betul2, kalau nak jadi SA yg cemerlang kenalah ada ilmu mengenai produk tu lebih dari org yang dah tau pasal tu..secara tak langsung akan pengaruhi keyakinan orang untuk membeli.. :)

  15. saya da test drive da td kat Proton Kuala Selangor (sy dok s.alam tp td saje berjalan dgn family ke sane tetibe jumpe showroom proton memandangkan x test drive lg)..memule abah sy malas nk test drive sbb dlm mood nk bersantai..tp lepas dipaksa oleh sy dan salesman tu, bru lah abah sy nk..maklum la orang lme nie xbrape nk amek tau sgt pasal perkembangan automotif..so td die bwk mcm bwk family g bercuti je walopun salesman tu suh bedal laju2..review sy sbg penumpang xde ape2 yg luar biase..cume mse cornering mmg tak terasa membuang..pikap die sy salute habes!..tekan sikit je da naik 2500rpm..abah sy bg ekspresi yg kagum..hehe..sedar xsedar abah sy da pecut 100kmh jalan lurus tp berlopak2..mse nie mmg handling Proton digunakan sepenuhnya..part nie sy mmg teruja..memandangkan salesman tu bosan kot cre abah sy bwk..die tnye sy pandai bwk kete ke tak..sy rse tu satu signal untuk diberi test drive..sy pn ckp la pandai walopun xde lesen lg..haha..mse sy test drive, sambil tu sy bg penerangan kat abah dgn salesman psl exora bold nie berdasarkan info2 yg dikongsikan bro kat sini lah..smpi salesman tu tnye sy amek automotive study ke..hahha..iyekan sajee~..ok..review sy sbg pemandu plak..dr sudut ruang, sy terasa mcm budak kecik bwk kete dgn ketinggian sy hanya 170cm je..mcm abah sy td, sy kagum dgn daya pecut die..sy test lepas hujan..so jalan area kg mmg byk lopak air lepas hujan..sy redah je langgar lopak air tu smua..mengagumkan steering xlari pun walopun sy laju time tu (mungkin guna tayar mahal spt bro mat ckp tu kot)..lps tu mse kat T junction, time nie mmg sy sengaje nk uji handling dgn driving skill sy..heheh..sy pecut 80kmh n corner tanpa brek.. amazingly, mmg sharp gile cornering!..xrse bwk MPV plak time corner tu..gian lak sy..hahah..steering die mmg responsive..mcm tau2 je bile mse kite nk corner..cengkaman brek mmg mantop..tekan sikit je da melekat..tu je yg sy dpt test td..yg sy lupe n xdpt test reverse guna reverse cam tu, function L kat CVT, naik bukit (sbb xde bukit kat situ..ade tu ade tp bukit tu time weekend digunakan untuk tujuan perlancongan..so kete xleh masok) dan last skali lupe nk test auto-flip side mirror tu walopun xbrape penting sgt..heheh..FC sy xdpt komen sbb bab nie sy xpandai lg nk kire2..hehe..lps tu,

    komen abah sy :
    - ciri2 MPV mampu milik yg mantap dan fun to drive..mcm bwk sedan..
    - cume bunyi enjin je kuat bile idle..

    komen sy :
    - interior nice..lebih gelap drpd exora 1st batch..u get what u pay
    - engine bay yg kemas dan nmpk penuh..wiring die teratur..
    - body NVH bunyi enjin mmg senyap..xdgr dr dlm..cume td ade wind noise ler..sme mcm waja abah sy..huhu..harap improve lg lps nie..sy bg 4 drpd 5 untuk exora bold nie..

    lps test drive, maka mmg konfem la exora prime jd piilihan keluarga sy..insyaAllah xde aral melintang pertengahan tahun depan abah booking..hehe..teruja lak sy walopun xbyk org muda mcm sy minat MPV..heheh

    • lupe lak sy nk ckp..penggunaan siri tayar 205/55/16 mmg buat exora nie nmpk tegap dan tayar belakang nmpk sme selari dgn body..lps tu, LCD kecik kat rear view mirror tu agak menganggu sikit sbb time drive bile tgk cermin tu nmpk bayang2 gelap bentuk segi empat..huhu

    • haha..
      umur berapa ni?
      bagus2 boleh buat review

  16. ok…kelemahan utama cfe ialah bunyi enjin kuat bila idle….ooooo patut letak cvt….kalau tranmission biasa dah sah macam lori exora ni…

    • kalo da dasar pengutuk, komen negatif yg sikit ak bg td pun nk ketengahkan..apesal ko xnk komen psl semua skali yg aku bg review td?..so ape point ko sbenarnye?..ape yg ko cube buktikan?..ko pndi buat enjin?.. enjin kete TAMIYA pn lum tentu dpt buat..orang tua kutuk~

      • ;) jrg tgk org muda mrh org tua.. eh, ke akupunya ni sekolah lg? ;) no harm…speculation only..

    • prrrfthhh org tak tau pasl keta nak cite pasal keta camni la jadinya???
      apa kena mengena bunyi bising bila idle dgn CVT lak??
      dan bunyi bising tu datang dari aircond blower sama seperti model exora sebelum ni dan takde kena mengena dgn CFE

      CFE pon dia tak trau apa dia

      prrrtfhhhh

      • hehe aircond klu nak complain bising gak tak bley tolong la bai
        erm ada tak aircond yg senyap, takde bunyi langsung?

    • menginovasi dan mengaplikasi teknologi.. menjadi peneraju teknologi.. buka balik RMK-10, fahami semula apa itu wawasan 2020.. kalau masih ada mentaliti yang tak boleh terima teknologi dalam produk buatan negara sendiri, amat sukarlah negara mencapai status negara maju.. Exora Bold & Prime ni boleh dikatakan usaha baik dari Proton menginovasikan produknya.. termasuklah CFE dengan CVT tersebut.. takde nye laa Exora tu jadi lori kalau bertransimisikan MT & AT biasa tu..

      *aku cakap ni sebab aku sedang membuat research tentang kemajuan Malaysia dalam industri pembuatan.. aku bangga dengan Proton.. kalau ada yang tak suka inovasi yang dijalankan oleh Proton, biarkan je la.. eak.. wheee~ whee~ whee~ :D

    • kalau ikut komen bro buaya owner exora cps, dia cakap enjin cfe lagi senyap banding ngan cps.. so apa yg akupunya ni cakap cuma la karut semata2.. ada ke nak kurangkan bunyi pakai cvt, hahaha… lawak paling hebat abad ini… orang nak kurangkan bunyi tambahlah sound insulation/ sound dampening supaya bunyi tu dapat diserap semaksimum yang mungkin.. lawak tul la sorang ni

      • pe lg bro, org mcm ni patut diajar,hehehe :p

      • betul bro.. saya sendiri pemilik exora cps (ayah punya) bila dibandingkan dgn BOLD ni enjinnye lebih senyap berbanding enjin cps… so bagi saya bunyi bising tu kurang tepat kot..

      • lepas sorang test drive, sorang lagi test drive, start enjin, lepas tu mati enjin, lepas tu start balik enjin, lepas tu mati enjin balik, dalam masa yang singkat, mungkin sebab tu enjin bunyi, sebab baru nak sejuk, kena panas balik, lepas tu sejuk semula, lepas tu panas balik hahaha cuba on off on off computer banyak kali dalam masa yang singkat, apa jadi? hahaha

        p/s – yang ni aku agak je, jangan percaya bulat2 pulak

    • encik akupunya…silalah test drive…kami taula exora bold ni x sama dgn kete tuan yg senyap mcm dlm library tu…dah lepas test nanti cite kat kami ye..nak bash pun xpe..

  17. Saya owner exora hline cps batch awal. Pagi tadi, balik pasar kebetulan ada showroom lengang n salesmen pun dah kenal, aku pun try exora premium pusing jalan meru klang lalu highway shapadu. Oooff, mcm bwk sedan aje. Suspension feel lagi syiok dari model dulu. Sempat lipat selekoh dpn Jaya Jusco. Kereta accelerate at lower rpm, tak rasa gegaran pada steering dan lebih senyap compared dgn cps. Silap tak sempat lenjan above 130 km/hr. Dapat pen door gift. Hebat proton.

    • setuju bro buaya.. sy pun owner awal exo. mmg NVH ada improvement terutama byi enjin ke cabin, (sy cdgkn proton rechck byi aircond plak, sbb kete dh syp..hehe). ride sgt firm berbanding exo sy, suspension setup best, exo lama nyunyut skit bila bumper tp bold ni xde..linear je.
      bab pickup sy xnk komen, sbb semua dh komen…mmg the best, sym je sy press pedal smpai xsedar meter dh 140km/h.

      just nk ty theking, BCM je ada update jgk ke utk bold ni?

      • saya pengguna exora cps.dah tesh 2 kali exora bold premium.memang power,hentakan pun mantap nvh ok tak bising.dengan semua ciri yg ada dan pada harga rm80000 sangat berbaloi berbanding livina 1.8 yg harganya dekat 100000 atau innova lebih rm100000.dgn bhp138 lebih tinggi dari livina 1.8 126hp dan innova 2.0 136hp.

      • Sebut pasal NVH, saya perasan waktu tutup, bunyi pintu ‘gburg’, tk da lagi ‘kpeng’(ulang ayat sales manager tmpt saya test-drive) menunjukkan ada peningkatan pada sistem penebat bunyi. Sapa beli exora cfe lps ni boleh lah tutup pintu sebelah kereta luar tanpa segan silu (dgn dada kembang dn kepala tegak).
        Seperkara lagi yg menarik, mari kita ‘search’ toyota wish atau honda stream specifications dan kira nisbah kuasa/berat atau daya kilas/berat berserta value for money. Bandingkan juga dgn VW Touran atau Peug 5008. Mungkin angka2 berbeza sedikit tapi saya yakin proton sudah boleh membuat pemain2 lain nervous dan penyanjung kereta import yg keterlaluan merendahkan nada sedikit.
        Sebagaimana sebelum ini saya jemput rakan yg terlalu skeptikal jln2 atau minum menaiki exora saya. Lepas tu rata-rata memuji atau terus bungkem/senyap.

      • buaya, aku pon buat benda yg sama masa beli keta. and aku test mmg byk kali opn and close pintu tuh… dekat 20 kali kot… mmg ada beza… mmg tak ada kpeng… cuma gburg dia kurang mantap… tapi gburg jugak lar… aku da tya SA, kalau aku wat sendiri sound insulation/dampening material, void tak warranty; dia cakap tak. so lepas dpt keta, aku da plan nak tambah lagik kat area pintu or mana2 yg patut…

        harap2, prime punya gburg lagi bagus n center console dia lawa… so, leh amek prime jerks…

  18. masa petama kali launching…aku pg tgk laa….fuhh…mmg best..cantik dan mantop…luaran dan dalaman bg aku..kira bagus la….tapi yg paling TAK BEST EXORA BARU NI..TENTANG HARGA YANG MAHAL GILA..!!! upgrade sikit jer dari model lama dah jadi 79k… 10% deposit byar bulan dalam anggaran rm850…..macam tak BERBALOI…sebab SEMUA RAKYAT MALAYSIA TAHU….KERETA PROTON MEMANG TAKDE HARGA…kalo dah bayar bulan2 dah hampir2 RM1000….better beli kereta luar jer…market pun ada…nak jual pun senang…..aku rasa better amik NISSAN GRAND LIVINA….walaupun kecik..VALUE TETAP ADA…ADA JENAMA…..so sebelum BELI PROTON EXORA…RENUNG RENUNGKANLAH..DARI SEGI HARGA PASARAN……

    • sejak bila lak exora takde resale value???yg takde tu keta kawan ko keta korea and keta2 conti

    • tu terpulang pada citarasa & pilihan masing2, yang penting proton dah tawarkan macam2 benda yang tak ada pada grand livina, citra/rondo, avanza & innova yang dah tentu harga jauh lebih tinggi.. bab resale value bukan semua harga 2nd hand kereta proton jatuh teruk/takde harga, kereta jenama import pun drop value juga.. bab harga yang mahal tu boleh diterima, tapi kena ingat, ini baru tentative price…

    • awak belilah livina tu kami rasa lagi tak berbaloi,rm80000 siap ada reverse camera.disc brek depan belakang.livina 1.6 pun rm87000 tak ada reverse camera,disc brek depan je dvd pun takda.hp pun baru 107.livina 1.8 rm98000 tapi exora bold ni boleh makan mudah je kalau kat hway.nanti kami potong kat hway awak tengok jelah

      • mungkin dia dah rasa tergugat kot dengan kemunculan bold & prime ni…takleh cari makan dah lepas ni, proton sudah kacau line, hahaha

    • 79k exo – enjin turbo … cfe 1.6 @ 205Nm
      98k livina – enjin N/A 1.8 @ 174Nm

    • ok la meh saya kirakan, bodo2 je la kan,

      Nissan Grand Livina 1.6 Auto
      harga beli : RM86,600 (tahun 2009)
      harga jual : RM68 800 (tahun 2011)
      harga rugi : RM86,600 – RM68 800 = RM17800

      Proton Exora 1.6L Auto M-Line Solid – RM69,548.00
      harga beli : RM69,548 (tahun 2009)
      harga jual : RM 53,500 (tahun 2011)
      harga rugi : RM69,548 – RM 53,500 = RM16048

      lagi rugi jual balik livina drpd jual balik exora, kecuali kalau bole jual kaw-kaw punya tinggi, tp mustahil la bole jual tinggi sgt kecuali org yg beli tak buat survey dulu

      sources :
      1.http://www.mudah.my/Nissan+Grand+Livina+1+6+Auto+Muka+RM500+09-12587588.htm
      2.http://paultan.org/2007/12/20/nissan-grand-livina-16-and-18-unveiled-in-malaysia/
      3.http://www.mudah.my/Proton+Exora+1+6+Auto+M+line+09-12120472.htm
      4.http://paultan.org/2009/04/15/proton-exora-malaysias-first-mpv-from-rm69998/

    • la mampu nak lak beli gran livina..kata exora tu mahal gila.

    • Betul2..kete import confirm berkualiti.. baik ko beli cherry ester… harga dia paling excellent kental.. memang tak rugi org mcm ko beli kete luar nih.. lupakan Turbo CFE nih.. engine cherry 2.0 lagi bagus kan.. cukai pun murah.. spare part mudah dapat, resale value pun TERBAIK!!!!!!

      • harga dia paling excellent kental menakjubkan teruja bombastic fantastiko yg plg teramat sekali! ko nk ckp mcm tu kan sebenarnya? kan kan kan? hahaha.. keter import confirm berkualiti? confirm ek? betul ni? tipu dosaaaa… :D

      • Esbedon ,
        suci tu tengah perli la.. hahahah.. :P

        bace balik ayat last beliau.. :)

      • ”resale value pun TERBAIK!!!!!!”

        hahahhahah….statement lawak yg pernah aku baca…..

        member aku yg pakai chery…jual balik bawah RM60000 jer….baru pakai 1 tahun lebih….yg sorang lagi tuh menyesal tak sudah beli chery….banyak problem katanya…sparepart lambat…kena tunggu 4 5 bulan pas sc order…bukan sekali…acapkali…tapi nak jual balik…rugi sesangat…revalue down!

      • Alongusop, aku tau.. Sje tmbh lauk ;)

    • blh pulak nak beli grand livina kan…

  19. Besok nk ajak ayah sye gi showroom tgok Exora Bold pastu try test drive he he he

  20. mmg betul klu kabin senyap akan jd selesa bila memandu, tp perlu ada batasannya sbb driver masih pakai deria asli masa memandu, lain la kalau semua bunyi, pergerakan, jarak dan penglihatan semuanya dapat dipantau secara elektronik melalui teknologi yg cangih dlm keta, termasuk ukuran kedalaman lopak2 yg ditempuh dan ukuran hayat tayar yang sentiasa dikemaskini ..itu dah lain citer la kan huhu

    apa pun masih ada trade off antara keselesaan dan keselamatan..penting oo klu dah tak dengar apa2 pun bahaya gak, malang tak berbau

  21. rasanya exora tak masuk fasa facelift lagi sbb saga fl/flx blh nampak perubahan ketara kt exterior dia

    • nie dh facelift la tu.. secara kasar dh nmpk beza bumper dpn blkg.. lampu pn dh lain kaler.. xmcm exora mc dulu.. nama pn mc jer.. minor change.. takat tambah skirting jek.. secara kasar beza tu xnmpk sgt..

      tp sekurang2nye owner2 exora lama kalu nk convert jd rupa cam bold pn xpyh susah2 sgt.. bumper, lampu plug n play je.. xmcm saga fl/flx.. saga lama kalo nk pakai bumper saga fl/flx ni comfirm byk benda nk kena tukar.. lampu, fender, dll..

      dari segi design change utk facelift ni, setiap model ada limit masing2.. bergantung pd hasil jualan model tersebut sebelum fasa facelift.. sbb tu saga fl/flx leh buat major exterior make over sbb sales volume tinggi.. so boleh tampung kos utk buat facelift yg agak drastik.. kalo exora nye sales volume mcm saga gak xmustahil proton leh invest skit tukar byk lg termasuk bentuk luaran..

  22. Info yg sy tahu,
    hyundai tucson ix35
    163hp+ dual cvvt + 2.0 + timing chain lg,
    pun tekan enjin mengaung kuat (new kia sportage pun enjin sama theta11).
    So pd basher jgn mengaung kuat2.
    Search tucson @ paul tan mayoritas kata enjin mengaung termasuk sy.

  23. Assalamualaikum semua, as a proton fan, saya memang sangat bangga & yakin dgn prestasi proton kini. Saya pasti semua yg dilakukan berasaskan keinginan & kemampuan rakyat. “pay as you go, pay as you get”…

    Ada kemusykilan sikit, sudah dimaklumi sebelum ini bahawa CFE ada VVT.. puas saya baca dlm brochure exora bold, namun tidak dinyatakan. Ramai juga yg tidak faham atau tidak sedar kewujudannya. tak kurang juga yg cuba membandingkan dgn DVVT,VVTi dan sebagainya..mungkin lebih baik pihak proton “highlight & explain” edisi exora bold ini dgn hi-tech yg setanding atau lebih baik dari pengeluar lain.

    Seperkara lagi, tentang TIMING BELT vs TIMING CHAIN..inilah hujah biasa salesman lain terhadap proton. kata2 Sinis & skeptikal, itulah yg menjejaskan keyakinan potential buyer terhadap produk proton…secara teknikalnya, salesman proton juga mungkin kurang arif. namun sebagai tindakan wajar, PROTON perlu hilangkan kekaburan & ketidakyakinan bakal pembeli melalui iklan, rencana, dokumentasi, dll..

    Ini semua perkara remeh bagi org yg arif / pakar.. namun jumlah mereka yg kurang arif & terikut budaya taklid buta yg menyesatkan adalah lebih ramai…mereka ini perlu diberi pendedahan & pengalaman (teori & praktikal)..langkah ini amat wajar utk proton mencapai sasaran prestasi yg lebih cemerlang. Inilah aspek PEMASARAN yg amat penting..PEMASARAN YG KOMPREHENSIF !!(IKLAN, DEMONSTRASI, RENCANA TV, FREE GIFT, AFTER SALES SERVICE, PILIHAN WARNA & AKSESORI YG PELBAGAI & BOLEH DIPILIH DLL)

    Ucapan tahniah & setinggi-tinggi penghargaan atas jasa baik & penat lelah funtastickodesign dan blog2 lain yg berusaha mempromosi & menyampai maklumat positif PROTON khasnya kpd rakyat…

    Saya dan semua peminat MENYOKONG 100% Proton & funtastickodesign !!!!!
    ~ No hard feeling / jgn marah dgn komen saya ye..budak baru belajar nih..
    ~ tak kan xde kredit@ganjaran bagi blogger2 yg menjulang proton?? didoakan ada InsyaAllah…he he he

    • saya setuju sangat dengan pendapat bro, sebab saya tak lihat sampai sekarang info khas mengenai CFE, hatta di web rasmi atau fb Proton.. ini adalah sesuatu yang amat merugikan, ada teknologi baru yang baik tapi tak di war2kan, nak harapkan SA diorg ni pun susah nak explain kat customer.. jadi proton perlukan platform yang terbuka untuk bagi awareness kat public mengenai CFE pula, CVT sebelum ni dah ada video dari Hezeri Samsuri.. lagi 1 proton perlu buat press release/media release dlm bahasa malaysia supaya mudah sampai ke golongan sasaran dengan lebih berkesan.. bukan semua memahami & fasih bahasa inggeris, jadi proton kena utamakan semua tu, harapan saya sekali lagi, harap proton mendengar, terima kasih

      • Dkt FB rasmi Proton Holdings pun x de info pasal Exora Bold ni…. macammana marketing dept buat kerja ni, dah jenuh dah sy bising dkt wall diaorang buat x tau pun, mcm saga se launch aritu lps seminggu baru ada update dlm fb rasmi…..dah basi dh, produk dh terbaik tp promosi hampeh……

      • Proton nak kena lantik agensi PR yang baru. Yg sekarang ni slow sgt la. Ke bagi kat kroni….

    • Betul, pengalaman aku sndiri saja2 pi test Exora & Alza 2 bulan lepas (kat showroom Perodua & Proton sebelah Giant S.Alam) mmg nampak salesman Perodua mempunyai ‘karisma’ mengayat yg meyakinkan, kalau tak baca blog2 permotoran cmni mmg mudah trmakan ayat.
      Dan sememannya seperti yg diutarakan di sini (dan juga oleh beberapa org lain) benda2 seperti timing chain, toyota engineering, compact mmg depa ckp dgn penuh yakin mcm org MLM.
      Bila kat Proton pulak, SA mcm ada budaya rendah diri dan mcm tak konfiden dgn produk sndiri. Benda ni mungkin kebetulan aku jumpa SA Perodua yg bagus dan SA Proton yg lembab, tp mmg kena do something la.
      SA mmg kena tau la produk, benda2 basic mcm nak set meter FC tu pun x tau camna (aku lupa SA mana satu yg tak reti haritu), tu belum bab2 yg lebih teknikal pasal enjin.

  24. Tadi dah tgk prime n bold dan test drive kat mutiara damansara… sape yang nak kutuk proton lagi tak payah kutuk lebih2… nanti jadi meludah ke langit… seat teramat selesa dan lembut compare ngan exora lama… enjin…. jgn main2… saya bukan kaki racer… tapi ade la pengalaman ciput… untuk mpv lain… jgn cuba main2 cucuk angin ye… mungkin cfe ni bukan lawan tuan.. interior design… ok n cun… memadai dgn harga… mmg selesa superb.. lengkap… puas… padan dgn harga… mmg layak dipanggil mpv untuk semua… tahniah proton…

  25. product proton sekarang hanya satu2nya ada dimesia.. dulu masa proton rebadge mitsubishi keta jepun.. salesman tak perlu ilmu lebih dan cukup bagitau kat pelanggan engine dan keta proton menggunakan technologi jepun… sama seperti salesman perodua sekarang

    tapi bila proton mula mengeluarkan product sendiri.. kena la belajar nak promote kelebihan product dan dah tak leh bergantung dgn nama jepun cam dulu2

  26. bro.. nak tanya mmg 1 nat skru absober depan slah kiri takde ke??
    bila tanya juru jual mcm katanya… tercicir atas lori, lupa pasang, pasang kemudian.. yng kelakar lagi.. ada yg kata nnti tak blance pulak…
    adoihh.. tlggg skit bg pentadapan…. he he…
    takan 80k nut tu kena beli lain pulak

    • mmg dari mula2 exora keluar dulu xde nut tu bro, sebab diorg spare untuk benda lain kat situ

    • Tu la psl.. Salesman ni kan ada pi training product knowledge.. Xkan x diajar??? Klu benda ni jadi kat perodua diorang cakap jepun design mmg camni.. Terus org mesia terangguk 2 dan tak byk tanya lagi

    • bro udeng, saya ada tulis panjang2 kat post sblm post ni, yg udeng tanya soklan yg sama. Nanti udeng bace yek,letih karang panjang2. Pastu,sapa2 salesman proton, sila baca jugak k.
      Saya freelance,jual kete gak,cume stahun dua nih jd malas,tp sapa kat ktn nk beli,bleh aje hello,aper2 aje kete,i.allah diuruskan,tp klu prtn lg best. Aku bukan salesman.
      Dan akupunya, byk yg ngatakan bunyi enjin kuat coz xbiasa dgr bunyi cvt n pasti akupunya pun xpenah bwk cvt. Klu org penah bwk cvt,dia tau itu bunyi cvt, bunyi enjin dh senyap dalam kabin berbanding cps, yg bunyi kompressor kuat tuh klu duk luar kete,tp dh berkurang jugak coz ada hood insulation. Tp dlm kete xdgr bunyi kompressor sgt pun. Yg penting,dlm kete,bkn luar.

      Saya ulangi,kbanyakan yg xpenah bwk cvt akan ckp bunyi enjin kuat coz xtau bunyi tu bunyi cvt.
      Xcaya, gla test sylphy n lancer. Tp masih bleh diimprovekan sampai klu ada lipas terbersin dlm ketepun bleh dgr.

      • Susah2 bagi dia test skuter je senang, klau boleh jgn cari model Yamaha ego,caro model Suzuki Vs125/150 body dia berat,baru dapat dgor dgn jelas sikit bunyi melahu Cvt tu….hahahh

  27. salesman tido kot time training…ngeh3…

  28. satu lg, aku punya kantoila, lu kena beb. Ada ke tanya vvt @ advance vvt. Syarikat kete dlm dunia ni pun rasa malu, klu guna nama advance vvt.
    Tp maklumlah,akupunya br nk blajo bab vvt, meh aku terang ckit, vvt ni mekanism yg merubah darjah camshaft samaada ke advance degree utk pickup @ retard degree of cam, utk top speed mengikut keperluan@rpm enjin kereta.
    Tau x ape benda advance n retard dlm vvt? Yg advance,aku malas nk cite pnjang,nanti ko pening, tp klu yg retard tu engkolah…jahatnya mulut aku :-)

    • x pe bro, patut bg je sekali sekala ngan org cam ni,hehehhe

    • Enjin yng guna VVT memang terkenal dgn penjimatan minyak kerana ia dpat mengubah timing atau valve lift mengikut keadaan pemanduan,dikawal oleh hidraulik ataupun motor.skang ni pun dh kuar Dual VVT mcam Dual VVT-i ngan CVVT

      kalo salah sila betulkan,sye muda lagi bnyak bnda yng sye blum belajar he he he

      • inilah yang saya maksudkan tentang level CFE itu. nampaknya orang yg mengaku faham teknologi tidak faham soalan mudah saya. saya sengaja letakkan advanced vvt merujuk istilah seperti anda tuliskan iaitu dual vvt dsbgnya. saya malas nk tulis semua tu nanti org kata saya ni japanese wannabe, tapi malangnya, soalan mudah saya pun diorang tak faham.

        jgnlah terlalu mudah emo, fikir dahulu sebelum emo sebab bila emo, soalan pun dah tk boleh fikir.

        korang beli proton pun sebab murah dalam malaysia ni sebab cukai rendah. kalau model luar tak kena import, korang pun tak kebulur nk puji proton nih.
        ayat nih dah bnyk kali saya tulis. masih tak faham2 jugak macam soalan mudah saya itu…

        hehe…korang ni yang syok sendiri, tp yg ada dalam proton tu jugak kenyang sambil main angry bird tak payah pikir duit masyuk sebab dpt marketing free..ingatlah proton ni glc dan dalam glc ramai kaki politik…tune sikit kepala otak korang tu…

        kalau tak faham jugak, teruskan menjilat…

      • bro akupunya klu dah kayo sgt xyah pki proton…pki je bentley ngan ferrari…xpon pki lambo….xyah bg komen2 yg x membina dlm blog nie…kami dlm blog nie berdiskusi cmne nk naikkn proton…even vw n audi mse diorg sbaye ngan proton xde la bagos mne…org2 mcm kami nie cuba nk bntu proton utk kaizenkn lg produk diorg….bro akupunya komen mmg lngsung xde idea bernas…tau nk bash je…..come on la bro….stop doing this shitty stuff….

      • puji kat tempatnya la, takde la nak puji lebih2 pun cam handling proton cam lambo ke. kalau best takkan nak kata tak best pulak kan

    • hahaha.. aku pun time tgh baca td bila smpai part ‘retard degree’ terus aku terbayang dh si mamat ‘akupunya’ yg retard tu. bila smpai ujung komen ko, terus aku tergelak. :D

  29. antara benda yang aku suka kat blog nie ialah ramainya orang2 yang ilmiah dan berpandangan terbuka. komen negative dengan tujuan untuk meningkatkan lagi quality dan memartabatkan proton. klu kita fkir2kn dan tengok memang ada benarnya, proton perlu tingkatkan lagi marketing dia. jika dibandigkn dgn sblm nie mmg dah ada peningkatan tapi masih perlu ditambahbaik lagi. proton perlu pilih company global utk dijadikan benchmarking dia dalam segala2 segi. pada aku itu yang terbaik cnthnya proton jadikn opel astra sbg benchmark p321a so benda yang sama juga apply tuk marketing dia wat research cari cam ne bmw,vw, n yg lain2 marketkn keta dia. dalam masa yang sama kena tau juga cnth kat malaysia nie marketiing mcm mana yg sesuai n akn sampai pada semua. sa juga perlu tingkatkn ilmu mengenai kereta proton. kena bnyk baca, jgn nk mkn gaji buta ja, klu bnyk baca bnyk tau pandai layan dan tackle customer so leh la dpt jualan yg bnyk so dlm masa yg sama masuk lah bnyk skit pulus. jgn nk kencing ja sana cnie. ingt ada dkalangn pembeli lebih mengetahui dr kita so nk kena bhemah nk tackle customer cm nie. bknnya dgn cara kencing sana cnie. proton juga mungkin boleh mengambil inisiatif dgn mbantu sa meningkatkn jualan melaui tranning dan latihan yg berkaitan. dalam masa yg sama proton perlu pandai promote diri, ini pn marketing juga. biar semua org tau keta2 terbaru proton, kelebihan2 dia, benda2 yg kecilpn perlu dia tonjolkan dlm iklan2 majalah2, blog2, dll yg berkaitan. web proton edarpn layout dia pada saya kurang memuaskan. cuba masuk bmw internationalnya web cam ne, vm globalnya cam ne, apa yg dia ketengahkan, best kn dia nya layout. rasa nk jimat kos skit nk wat layout nie ambik stud practical dh 2 bagi kat dia project just sub kan dari keseluruhn web 2 so at d end leh dpt web n stud practicl pn dpt knowledge n gain experience. cfe engin yg bagus so perlu seluruh malaysia tahu apa itu cfe. wat cam ecoboost, dia mjaja engin dia, promote engin dia. proton perlu educate public biar kt org semua tahu. so baru proton senang nk move forward. im committed to support proton to be better.

    • bro, komen mmg cun.. cuma aku nk komen sikit je, kalo buat perenggan lagi bertambah cun bro.. senang nk baca. hehe jgn marah bro.. komen ikhlas :D

    • Btw bro, sebut pasal promosi, aku masih igt satu ketika dulu, Toyota ada buat promo dan berita khas Toyota, dlm sisipan suratkhabar Mingguan Malaysia, bahagian Pancaindera. Rasanya 4 kali setahun kot.. aku tak sure.. tapi lebih kurang la.. ke tiap2 bulan. aku tak ingat pasal dah lama.. dlm late 80s ke early 90s..

      Seingat aku, benda tu antara yg membuatkan aku teruja dan suka pada brand Toyota. Wpun pada ketika tu aku masih sekolah lagi. Dlm ruangan tu (4 mukasurat), ada bahagian cerita pasal berita2 umum terkini Toyota, Toyota motorsports (seingat aku masa tu byk la cerita pasal Toyota Celica dlm WRC, time tu mmg Team Toyota tu world champions kalau tak silap aku), pastu ada ruangan cerita pasal teknologi2 terkini dari Toyota. Memang mengujakan bagi aku dan cukup informatif.

      Kalau kita tgk, strategi Toyota meletakkan promo mereka tu dlm sebuah akhbar mingguan yg terlaris(pada ketika itu), telah sedikit sebanyak mendidik dan memberi pendedahan yg bagus terhadap jenama Toyota pada banyak lapisan masyarakat.

      Jadi memang aku rasa Proton haruslah belajar sedikit sebanyak dari pengeluar kereta terbesar dunia ketika ni (ke dah jatuh no 2 pasal kes tsunami, tak kisah la, still top 2). Proton sebenarnya dlm proses penjenamaan semula secara tak langsung, pasal diorg nk buang perspektif negatif yg telah dilabel oleh masyarakat sejak sekian lama.

      Nampak diorang bekerja secara senyap, bagus juga org kata diam2 ubi, berisi. Tapi dlm dunia moden sekarang, takleh la diam2 je.. Org lain pakai internet, takkan nk tunggu telegram lagi kot.. (ni kang ada budak2 muda kat blog ni yg tak penah dgr telegram plak. haha)

      Anyway, gitulah.. Proton, aku harap kena aggresif lagi.. Product dah mula nmpk byk perubahan, tapi adakah org ramai tau? Berapa ramai je yg tau.. ada buat survey tak? Taja satu rancangan TV ke.., cuti2 malaysia ke apa.. sambil hos akan naik exora.. Sambil2 rancangan tu, selit2kan features baru Exora, hos boleh main2 button lipat side mirror ke apa ke.. cerita pasal enjin CFE ke.. pandai2la cari idea kreatif. Korang kan lagi terer.. yer laa.. aku ni xde SPM..

      • Err.. toyota tahun nie dah berada di tangga ke 4, first ranking GM, 2nd VW. kalau tak silap ar.

        cheers!

  30. Tadi aku ada pegi melawat satu Proton showroom ni. Kecewa gila bila salesman ckp takleh testdrive, next week baru boleh. Adoilaa.. tp dpt duduk dlm, start enjin, masuk reverse gear tgk lcd monitor kat rear view mirror. hehehe.. canggih wooo.. macam cerita james bond pulak.. haha.

    Anyway, aku dok baca komen2 dlm post sebelum ni, cerita pasal salesman tak cukup ilmu, tapi main belasah janji nmpk cerdik. Sekali tadi aku dgr dgn telinga sendiri tu beb.. Ada brader sorang ni tanya, apa fungsi button SAT dkt gearbox tu. Salesman ni terus jwb “Button ni kalau kita masuk highway, tekan, nnti dia jadi 6 speed. Boleh lagi laju” Mak aiiii…. tu dia engko.. terbaek dari ladang.

    Salesman tu dh blah, aku pelan2 citer kat brader tu.. Tatau la kat org lain apa salesman tu dh citer. Aku pun heran kenapa takleh test drive tadi n esok. Isnin baru boleh. Hmmm..

    Apa yg aku boleh komen, interior experience mmg dah improve! Memang leather bits byk membantu. Dan juga texture material pada dashboard. Ada rasa upmarket lah Exora Bold ni. Rasa kalau dok dalam Bold ni kalau terperangkap dlm jem pun kurang sket la rasa stress tu.. Kerusi pun selesa, kusyen sedap duduk.. Tu je la aku boleh komen pasal tak dpt test drive.. Grrrr… haha

    Satu lagi aku just nk mention pada regulars dkt blog ni, dan tuan blog, rasanya tak lama lagi, mmg akan makin byk laa komen2 yg mengutuk tak tentu arah dan hala tujuan yg terpaksa kita semua baca kat sini. Blog ni pun dah makin top, pastu pulak, Exora Bold ni memang impact dia agak dasat, memang membuatkan salesman2 rival takleh tido malam.. tu yg contohnya kita boleh la baca kat atas2 tu, rasanya korang pun tau yg mana satu.. keh keh keh..

    • abis tu butang SAT tu utk ape bro? aku pun bukan phm sgt…he3

      • SAT tu maksudnya Simulated AT. Iaitu dia simulate auto gearbox. CVT ni takde gear.. so memang takde gear changes, sesetengah orang tak biasa.. nak jugak rasa mcm AT tu.. sebab tu la ada butang SAT.

      • SAT mode tu maksud dier step AT mode. Mmg dier akan simulate kan auto gearbox nyer feeling untuk org yg x biasa pakai CVT. Tapi bagi aku takde pon xpe..gimik je nie :P

    • hmmm masih confuse lg…bile time nak gune butang SAT?

      time nak potong eh? kasi pick up & laju?

      • bila2 pun boleh bro, kalau enjin CFE bro make sure tekan smpai RPM dia 2000-4000 untuk dapatkan tork yang maksimum, CVT hanya membantu mempercepatkan kelancaran enjin je, sebab CVT ni xde gear, dia ikut pada kita tekan paddle minyak, CVT akan bagi ratio yang sesuai…

      • nmpk gaya ramai lg yg masih xclear psl cvt nie.. nmpk sgt marketing & sa proton x buat kerja..

        cam bro mat citer sblum nih.. bg sape yg biasa drive cvt.. bunyi dia agak bingit skit berbanding gbox2 lain.. kalo yg xpernah merasa tu leh try bwk skuter mmbr2 kalo nk feel cvt tu cane..

        utk model saga flx & exora bold nie.. cvt dia ada function SAT.. cuma kurang function manual mode je mcm inspira 2.0.. bila SAT off.. TCU akan lock gear sebelah engine @ peak torque rpm semasa memecut.. kalo peak torque @ 4000rpm, bayangkan ler.. mau x mengaum enjin tu.. pecutan dlm mode ni sebenarnya lebih cepat cumanya kita x rasa pecutan tu disebabkan factor inersia/momentum.. xcaya masa pecut jgn tgk tachometer tp speedometer.. bila SAT on.. enjin rpm akan naik secara berperingkat mcm bawak auto biasa.. maksudnya TCU xkan lock gear pd certain rpm dlm jangka yg lama.. secara ringkas nye..

        SAT off = better acceleration, higher noise
        SAT on = lesser acceleration, lower noise

        terpulang pd selera masing2.. kalo rase nk bagi keta lain makan asap.. off je la SAT mode tu.. kalo saper2 yg xbiasa bawa keta tanpa rasa “henjutan” dan xsuka bunyi yg agak kurang selesa.. leh la on kan SAT mode tu..

        satu lg function yg ada kt cvt nie.. kat gear cvt tu ada selection utk “S” (Sport) mode (ntah nape yg ni letak “L” plak).. bila nk pecut/potong keta lain.. just drop je gear dari “D” ke “S/L”.. TCU akan increase rpm enjin utk extra pickup.. sama cam bawa auto dari “D” turun ke “D2/L”..

    • aku igtkan mcm butang NOS tu…kasi power mase nak overtake…

      rupenye just nak kasi feel fungsi AT yg lama…oh2

  31. Proton masih lemah dalam product advertising Saga FLX dan Exora Bold (ataupun malas nak buat tapi bagus plak buat advertising dalam iklan teaser Exora & pengenalan CPS dlam paper tahun 2009 !)

    Baru petang tadi baca paper Metro.Nampak iklan Exora Bold tp cuma terangkan basic thing aja,tak agresif pun.Kan bagus kalau terangkan dengan lebih lanjut tentang kelebihan CFE ni,penggunaan fungsi baru VVT pada enjin,penjimatan minyak,kelebihan light turbo boost pada enjin,penggunaan gearbox terbaru

    Ramai yang ingat Campro CFE ni mcam
    Campro biasa + Turbo = Campro CFE !

    Proton perlu tahu tentang kepentingan pengiklanan pada pengguna kerana ia adalah medium komunikasi antara pengiklan dan pengguna,sye sendiri mengakui bahawa pengiklanan adalah amat penting dan kbetulan pula ia adalah subjek yng sye blaja di IPT semester ni.

    Sye amati blog2 dan forum lain dlam internet,ada yang puji dan ada juga yng kutuk Exora ni,contohnya :

    ’138hp saja ke…macam x de power saja…saya fikir kalau turbo, lebih kurang 150-200hp…airtrek turbo lebih kurang 170hp pe…’

    ‘Kalau pakai turbo besa dua kali pecah, nampak sgt laa enjin proton tak berapa nak lasak..kancil l2s pun pakai turbo dari subaru’

    ‘apa kata exora turbo ni kluar nanti,aku suruh epul speed test power ngan keta dia.kita tengok alza power ke exora power’

    Ramai juga yng komen di PT,pertikaikan kenapa CFE dpat 138hp aja walaupun dah pkai turbo,yang paling best skali diorang siap banding dgn enjin Pug5008 ,
    sye sndiri yng umo 19 tahun pun tahu sebab Proton apply light boost pd CFE ni,agaknya diorang tk ingat kot DSZ kata ‘penekanan kpd penjimatan minyak’ time press conference dulu….

    besok nk ajak ayah gi test drive pastu try uji/tnya soalan kt salesman proton ni samaada dier menguasai atau tidak tntang Exora Bold ni he he he

    • aku dh jumpa thread tu , dh bc pun, nk tergelak aku huhu
      http://www.myalza.com/phpbb3/viewtopic.php?f=67&t=5780

      • huhu pasni diorg gelak kat aku plak , no offence coz aku pun drive p2 kdg2

      • Hahah..saya dah baca kelakar2,

        Nak dijadikan cerita semalam lepak ngan geng2 foreman Turbo kampung melayu Subang,diorng tanya aku Exora turbo yang ko tag dalam FB tu pakai turbine apa?td05,td04 ke?? so dgn rendah diri aku cakap turbo kecik jer bang “Borg warner”…..terkejut diorang(buntang mata depa) fuhhhhh..terbaik Proton “Borg warner” tu..gilalah.aku pun bercerita la sikit spec engine dgn depa,pastu dgn selamber depa cakap “bagus la Proton pasang Turbo low Pressure,sesuai la dgn penggunaan harian” bukan nak p Drag pun mcm kami,sekurang kurangnya Proton ada improvment…hari ni dgrnya depa nak p test pulak!!!!!hahahha…

    • biasala bro,rasenye yg banyak komen dalam PT tu adalah orang2 yang mungkin x pernah bawak kete proton model yg terbaru (bukan saga lama,wira dan juga waja= enjin mitsu)..mereka komen berdasarkan apa yg dipaparkan dan hasil penilaian logik dan pengalaman menggunakan jentera jepun.kene ingat proton x sama seperti kereta jepun sbb dihampir kepada ciri-ciri kereta conti..tapi persepsi ni mungkin akan bertukar kalau mereka ni mencuba utk test drive dahulu baru komen…..andaian sahaja,mungkin saya salah

    • Depa ni jenis dengar cakap orang je, tak mau kaji/baca betul2…kalau rajin baca, enjin tu bukan enjin turbo macam enjin evo, tapi enjin baru proton yang digelar CFE, boleh dikatakan sebagai permulaan evolusi proton ke tahap yang lebih advance…orang kata bodoh nanti marah, kata sombong pun marah, tapi memang jenis bodoh sombong, nak buat macam mana…

    • mgkn masalah komunikasi antara engineering ngan marketing, yg marketing tak paham ape yg engineering cerita, bila dh camtu, si marketing mudahkan ikut ape yg diaorg paham….

  32. mienz92, vvt tuh lebih kuranglah mcm aper awak phm.

    Suci, no offense k, respect pandangan awak, ini hanya pandngan peribadi jek, rasanya,xperlu ada degree automotive nak tau pasal teknikal asas auto motive nih, janji rajin baca, bertanya klu xtau, yg penting passion terhadap bidang ni.

    Saya sendiri degree bidang akaun, jauh langsung dari automotive. Tp dah lama minat,suka membaca n bertanya,dulu silent reader jek, bila dh phm,dh jelas,br saya berani berforum.

    Maklumlah,latar blakag akaun,jd fakta amat penting bg sy. Xsuka melulu buat keputusan. Nanti klu ada masa, saya mintak tuan tanah bukak post psl cukai kenderaan plak.
    Bkn nk berpolitik, berkongsi informasi yg kdg2 kita sendiri tak sedari yg tiada lagi cukai 300%@200%. Byk menda nanti kita boleh kongsikan bersama supaya tiada lg kedengaran suara2 sumbang berdakyah yg prtn anak tirikan rakyat msia, jual kat luar murah, kat msia mahal. Kalau kita open tax, kita bleh beli vw jetta lebih murah dari saga coz jetta kena tax 300%, saga tax free,dpt rebet lg, n mcm2 lg dakyah2 yg menampakkan betapa cetek ilmunya kita rakyat msia terutama melayu yg mudah diperkotak katikkan oleh org lain.

    Balik kpd mienz97, cume vvt nih lebih kpd timing cam vvti,vvt pd swift,cvvt,mivec,dvvt n etc manakala yg satu lg lebih senang dikenali sbgai vvl@variable valve lift, yg lift cam vtec, vvtl, vvtl-i, cps, variocam n etc.
    Kedua2 teknologi ini dah lama, tapi sentiasa diperbaharui. Kedua2nya bleh berada sama ada kat exhaust port@intake port. Ada juga gabungan cam valvematic toyota, tp agak complicated n mahal utk dihasilkan.
    Klebihan vvt lebih kpd low end pickup tanpa mengubah ketinggian tujahan valve dlm combustion chamber, dlm masa sama, bleh juga tingkatkan top speed. Ianya lebih kpd mengubah power band n torque band drpd maningkatkan kuasa secara keseluruhan. Menjimatkan minyak, tp bkn jimat gile,bergantung juga material pd enjin,emisi rendah.
    Vvl@vvtl nih mengubah profile camshaft dari low ke high profile, akan nampak penambahan kuasa yg ketara tapi hanya berlaku pada rpm tinggi. Kelebihan, lg power dr vvt, mmg terasa tujahan dia, lg laju top speed dia, kelemahan, emisi tinggi, kuat minyak klu selalu berada dirpm high profile, low end torque kureng ckit. Klu penah bwk b16b, phmlah apa yg dimaksudkan.
    Sbb tuh cps didatangkan dgn vim utk cover low rpm dia coz vim nih berfungso mcm vvt jugak,mengubah band torque,tp pd cost yg lebih rendah n lebih mudah diaplikasikan dan penjagaan n tuning dia berbanding jika cps digabung dgn vvt.
    Ramai perlekehkan iafm nih @ vis@vim nih coz xse famous vvt.

    • Saya like komen ni !

      VIM-Variable Intake Manifold kan ? kalo tk silap la

      #eh komen awak skejap mienz92 pastu mienz97 he he he,sye lahir thun 1992 jd sye ltak nickname ‘Mienzz92′ ^_^

    • setuju sbb ramai rakyat MALAYSIA lbh mempercayai vvt,vvti,mivec,dvvt,vtec etc…sbb dlm kepala mmg dah di setkan mcm tu,sbb benda2 ni da msk lama kat negara kita,so bila ada something yg baru dibawa dan diguna pakai oleh proton ni selalunya akan di perlekehkan kerana kurangnye pendedahan penggunaan teknologi enjin yg digunakan oleh proton kepada masyarakat umum serta ilmu pengetahuan tentang teknikal pengguna…sbb kebanyakkan rakyat malaysia lebih suka mendengar,mempercayai dan mendapatkan info dari mulut ke mulut,khabar angin ataupun dari sesuatu dari sumber yg tidak kukuh kebenaranya…mmg enjin campro yg digunakan pada kereta proton version NA yang awal2 dulu mmg kurang dari kuasa dan penggunaan minyak (inilah yg menjadikan rakyat malaysia tidak mempercayai keupayaan sebenar enjin campro dan menjadi main point untuk SA syarikat kete lain untuk mempengaruhi buyer untuk tidak membeli proton)..tetapi dgn usaha peningkatan RND proton,enjin campro sekarang ni mmg dah maju,malah setanding dgn enjin2 yang lain…malah enginer automatif jepun sendiri dah mengakui kehebatan dan ketahanan enjin campro..

      • prtn kena advetise lebih byk (istiqamah), iklankan supaya jd makanan ruji tiap-tiap hari, lama2 br leh msk minda msykt malesia ni….

  33. tp,klu tgk enjin na skrg yg moden, dh byk gunakan smula vim ni coz ada klebihan mcm enjin gdi hyundai yg gabungkan dual cvvt n vim sbb vim ni adalah berkonsepkan supercharger tp yg rendahlah.

    Xprasan plak cfe kat intake dia standard@ ada vim coz xda cite plak. Tp iafm+,tanpa vvt n vvl, tetap power. Mmg hebat jurutera prtn coz dlm kos yg rendah,dpt hasilkan result sama dgn kete yg gunakan teknologi yg canggih n mahal utk hasilkan.
    Cfe tuh bkn xleh bg power lg,tp tgklah limit gearbox tuh. Klu x,lama dah prtn perah lg power dia n torque dia.
    Tp walupun xguna gdi,xda guna twin skroll,xda guna twin charger, tp dpt hasilkan result yg cukup baik.
    Buat aper nak ikut org,buat mahal2 klu kita bleh dptkan result yg sama dgn cara lebih mudah n murah.

    Sbb tuh gua tabik spring engineer proton sama lotus. Ada dgr iafm+ n cfe dpt sdkit sentuhan bekas head amg merc, walupun di saat2 akhir.

    • Kbetulan pula Wolf Zimmermann ex-AMG masuk Lotus jd Chief Technical Offiicer…

    • Rasanya VIM tu dihasilkan oleh Bosch. Proton tak cukup engineer fdgn masa nak improvekan enjin dia, so oursource je la. Hasilnya, Bosch boleh pakai know how tu buat enjin Tata Nano yg kecik tapi power.

  34. buy toyota suzuki or nissan cuz of vvt,
    now now proton is vvt togather with turbo

  35. pada pendapat peyno ;.. CFE ni tak gunakan cps, or what ever similar cam vvt, dvvt, vtec, mivec sume tu

    btw… jepun punya vvt tu ke propa je lebih… keta2 europe pon byk guna tech sebegitu tapi tak kecoh dan rakyat mesia pon byjk tak tau… tu yg tau vvt je cam AKUPUNYA tu..hihi

    pertama.. engine yg menggunakan force induction semmgnya memerlukan compression ratio yg rendah utk mengelakan tekanan tinggi pada combustion
    biasanya bawah 9.0:1

    biasanya manufacturer akan redesign cylinder head, atau kurangkan stroke utk merendahkan compression ratio ni…

    jadi pasti la CFE ni bukanla bolt on turbo yg selalu dibuat oleh ah beng kat sunway tu….

    berbanding CPS atau NA yg memerlukan compression ratio yg tinggi utk kuasa
    biasanya 10:1

    jadi conflict CPS NA + Turbo ni menyebabkan engine tak mampu menahan tekanan..

    sebab tu mana ada car manufacturer atau standarf factory fitted engine yg gunakan VTEC TURBO atau MIVEC turbo..

    cam mitsu.. bila turbo dia gunkanaengine khas utk turbo dan takde kombinasi mivec turbo utk engine lineup mereka

    hanya after market ah beng je suka modify buat camtu dan mmg tak tahan lama

    anyway ni hanya pendapat peyno… klu salah tlg tunjukkan

    • apa kelebihan variable-geometry turbocharger ? kenapa takde dalam cfe?

      • VGT macam kat hyundai starex tu kan??peyno tak aris pasal VGT.. sesiapa boleh membantu dan berkongsi ilmu

      • variable geometry turbo tu biasenye pakai tok kete2 performance di mana die nak ade boost tgi xmcm CFE yg boost rendah.. fungsi variable geometry tu sbb die nk kurngka tubro lag.. seperti sedia maklum boost tgi akn ambil mase untuk ‘kick in’ jadi tekan minyak xd lajak la, tgu lame ckit bru lajak sbb die nk build up preasure tok boost tu. so nk kurngkn lag ni pakai la variable geometry. mule2 akn boost kecil then akn ke boost besar so xd la lag. phm ke? haha

  36. E-Prime guna manual Air-con ke dah up fully auto??

  37. Owh ya, SA kat Kluang nih, yg DZul nih bagus… bila aku tya pasal CVT, dia ada cakap yang CVT utk FLX mmg ada masalah (first batch), tp yg FLX SE da tak der da. SO dia cakap rest assured, BOLD nih pon tak der problem.

    Well, problem or not, belum tau lagik, pasal tak bawak lagik. BUT at least dia honest and bg tau yg CVT proton initially mmg ada masalah…

    leh sapa2 share, waht is the issue of the CVT for the 1st LFX?

    • ohh.. saga flx cvt 1st batch mmg de mslh cket iaitu bhg cooling cvt. mmg proton de wt personal recall time tu n production pn dgntung skjp. tp skrg dh ok dh.

  38. Dkt FB rasmi Proton Holdings pun x de info pasal Exora Bold ni…. macammana marketing dept buat kerja ni, dah jenuh dah sy bising dkt wall diaorang buat x tau pun, mcm saga se launch aritu lps seminggu baru ada update dlm fb rasmi…..dah basi dh, produk dh terbaik tp promosi hampeh……

  39. mcm ade yg x kene dgn marketing proton nih…mcmla jualan 10ribu sebulan,kalau tgk dan perati..kat radio kerap kali dengar adv produk P2 walaupun da produk tu da releast 1-2 tahun yg lepas,kat tv dlm sebulan purata 5-6 kali kadang2 lebih..proton last adv x silap bulan april tahun lepas tu pun sekejap je.kalau mcm ni mcm mane nak lepas target sales..dan meningkatkan kesedaran rakyat terhadap kehadiran model proton yg terbaru dan yg paling penting persepsi kepada proton nak berubah…war-warkan la kat media..mase paling berkesan iklankan pada masa berita…

  40. smlm singgah kt proton area stadium shah alam tuh…
    dpt tgk exora bold cfe premium…
    kaler putih lawa bro…
    xdpt test drive sbb dh mlm…

    aku mmg plan nk amik mpv exora nih…
    tp skang tang installment tuh sakit lagi…
    mmg mampu byr tp ‘xmampu pergi jauh’…huhu…
    lgpn kalo amik skng mmg xbape nk fully utilised la jwbnya…
    anak br sorg la bro…huhu…

    tp aku harapan aku…
    bila proton buat new model exora nnt:
    1- rendahkan skit roof line
    2- redisign bonet blkg dan lampu
    3- body shoulder bg lg cantik

    my dream mpv…:-)

    • guna dulu kereta yang sedia ada…simpan duit…nanti dah cukup, bayar cash atau bayar muka tinggi…ntah2 nanti bila duit simpanan dah banyak, ada kereta model baru lagi bagus, lagi banyak pilihan…

  41. nnt ramai la owner exora cfe yg modify kete nih…
    plg awal mesti tang intercooler dia…
    dr left side font mount ke centre front mount…huhu…
    lgpn skng ramai yg pakai mpv ni range umur 35 ke 40 thn…
    mst smngt main kete tuh kuat lg…huhu…

    *aku yg 29 thn ni pn dh terasa nk pakai mpv, ape kes?hehehe…

    • tu bro yg 29..sy yg 19 nie pn da teruja dgn MPV..ape kess?..hahah..exora CFE nie wujudkan fenomena minat MPV tak kire umur..member sy yg xpernah suke proton umur bru 20..tgk gmbr exora CFE nie kat FB sy..terus mcm2 die tnye kat sy..minat semacam die..haha

    • ramai yg bujang pakai Exora…pas mod lagi bergaya bro….

  42. nak tanye….CFE in injin baru sama skali ke ? Atau improvement/modification drpd CPS yang sedia ade ? Ada info bole saya rujuk ?

    Saya dah test drive, meme mantap….nak tau lebih lanjut ttg injin seblum booking..he he..

    • CFE ni bukan enjin baru sepenuhnya, boleh dikatakan versi upgrade Campro tetapi dengan pengubahsuaian secara total… based dia masih lagi Campro dengan tambahan low pressure turbo & vvt kat intake dia, tapi kebanyakan komponen enjin dah berbeza dengan Campro..

  43. semalam ada terserempak dgn exora prime, agaknya staf proton edar yg bawak jln2..aku try follow dgn neo cps aku ni…tgk pick up dia mmg boleh puji la even dlm tu ada tak silap 4 org..tapi dapat lari dr crowd jln tu laju je..

    jadi exora baru ni lebih senyap la? bagus la..sbb neo aku ni bising tak hengat..bawak 120kmh dh rasa mcm bwk lori, ckp pun dh kene pekik2..

    maybe next week aku try test drive exora prime tu di kedai proton edar member aku..teringin nk rasa power engin CFE cam mana..

    • boleh ke test drive Exora Prime bro…aku dah tanya SA….Exora Prime hanya utk display jer…..yg customer test drive (H-Line CFE Premium) sekarang ni mmg same dgn yg Prime punye…..

  44. wow..banyaknya komen.

    aku mungkin tak perlu beli Exora ni coz belum masanya hehe, tapi aku tertarik dengan teknologi CFE ni, cadangan membina aku ni je :

    1. Beritahu kpd org awam tentang pencapaian teknologi ni melalui PROMOSI di TV & ELECTRONIC BILLBOARD..surat kabar & internet ni sebagai desert sudah la. jangan cerita teknikal sangat, bukan semua org tau apa tu Torque & HP pun. buat iklan simple sudah..contoh jalan cerita..seorg pemandu kereta Wiralution/wajalution (tak payah la tunjuk logo MMC tu hehe) follow blakang 2 buah lori trelar angkut FLX SE & EXORA BARU panjang..jalan lurus 2 lane je..dia muka resah tak yakin nak pintas ke tidak, bunyi enjin ada kepish2, interior ala racing penuh dgn meter gauge, seat full bucket etc..masuk keluar masuk keluar..tup2 exora bold/prime dengan muatan penuh, cermin langsung tak tinted nampak semua muka 1 family happy selamba dek je potong, sorang anak kecil yg duk blakang buat simbol LOSER (jari bentuk L kat dahi kpd pemandu wiralution/wajalution tu), lepas selekoh terus masuk selekoh tajam..and then terus masuk grafik fokus kat keselesaan & enjin baru… – moralnya..banyak produk proton boleh disiarkan dlm 1 iklan, perbandingan boleh dibuat tampa perlu burukkan jenama lain..wira @ waja walaupun dah di modified masih lagi kereta proton jugak.. simple je..semua faham, engin Bold/Prime ni pick up kuat dan handling power..

    ataupun kalau special nak buat iklan PRIME je, buat la ala2 iklan ala2 VVIP aing (mat salleh – semoleknya ambil VVIP muka ala2 barack obama hehe)sedang berucap, tiba2 kalut spt ada org nak tembak @ bom, bodyguard bawa lari ke kereta (Perdana) tapi driver takde coz pegi tandas, sorang bodyguard guide ke kereta dia (prime), masuk kat belakang..video luar tunjukkan ride & handling, pick up Prime tu keluar dr kekalutan, dlm pula vvip tu buat trkejut buka dvd, kerusi selesa siap..tuang air lagi..and then tunjukkan keberkesanan brek baru bila sampai kat hotel. bila buka pintu, dgn headphone di kepala, vvip masih lagi tidur..dia dikejut & keluar dr exora masuk ke hotel, dan toleh ke belakang lagi sambil senyum, grafik tonjolkan logo proton kat depan tu…

    2. Proton sepatutnya buka satu website ala Mudah.my @ Ebay.com.my utk membolehkan penguna2 membeli Spare Part original semua kenderaan proton tampa perlu melalui Proton Servis. sebab bukan semua kawasan dekat dengan proton servis. lagipun, boleh kami semua buat nilaian harga sebenar spare part tu. pakai Pos Express je, support POS malaysia sikit hehe. IsyaAllah takkan menganggu rezeki Proton servis nya, sebab bukan semua org tau kerja mekanik nie..nak tak nak yang besar2 kena pegi Proton servis jugak.

    3. R3 pula, apa salahnya buat Pakej utk transplant engin CFE ke neo, wira dan jual turbo kit, enjin CPS, CFE, IAFM, CAMPRO semua kereta2 lama. siapkan skali ngan Endorse Puspakom etc.. satu lagi, seandainya saya ada kereta kereta bukan Proton (eg Honda @ Toyota), tapi saya nak hantar untuk buat Ride & Handling Proton/Lotus kat R3 ataupun beri wajah baru pada kereta2 lama proton saya, buat la pakej tu skali. barulah R3 dilihat betul2 sbg Performance Wing of Proton. Kedai R3 sepatutnya ada di setiap bandar2 besar..bapaknya susah nak beli barang ori R3, yg ada wakil2 pun, punyalah mahal..ikut suka jer nak mark up.

    4. Logo kat stering tu, . adusss mahal sangat ke kos sampai dah ramai yg bising pun masih tak buat2 lagi.. Exora Prime pun takde jugak..

    5. Mana2 penulis automotif berkaliber blog (eg FantasticoDesign, Paultan etc) dan Majalah2 Auto – ambil 2 wakil blog.. 2 wakil majalah dan 1 org penerbit filem, KRU Studio pun ok coz diorg mahir bab2 ajinamoto dan efek nie hehehehe,. buat shoutout EXORA BOLD/PRIME vs WISH vs LIVINA vs INNOVA vs STREAM vs RUSH vs CHERY EASTER vs PUG 5008..bandingkan antara mereka berdasarkan benda2 ni..

    a. harga
    b. kuasa (performance) berdasarkan berat maksimum (7 org penuh)
    – kelajuan
    – low, mid & end
    – pemanduan di bandar & highway, dlm hujan dan jalan2 teruk
    c. Brake & ciri2 keselamatan
    c. Exterior
    d. Interior
    e. Fuel Consumption
    f. Comfort/Keselesaan
    – bunyi dlm dan luar kokpit
    – seat, keluasan & etc
    g. Fungsi
    – barangan eletronic, butang2 yang ada, ICE (In car entertainment) etc
    f. Ride & Handling
    g. maintenance (kos daily, weekly, monthly & yearly)

    bagi penerbit filem buat rancangan nie dlm 1 jam setengah ke..buat ala2 Top Gear pun ok..jual hak penyiaran kat Proton, TV3, TV1, astro dan indonesia serta semua negara2 yang Proton target nak bawak masuk Exora nie.. tapi laporan jangan la pulak Bias, org bukan bodoh sangat!!

    6. Salesman Proton kena mahirkan diri dengan kelebihan dan keburukan produk2 jualan masing2. pembeli yg kena bercerita balik kat diorg ni, hmmm nampak sangat tak jadi.

    7. servis biasa kenderaan proton buat dari rumah ke rumah pun ok.. tapi pemilik kena tanggung la kos minyak dan tambahan upah 25%.. ala setakat tukar minyak hitam, oil filter etc bukan ape sangat pun…lainlah kalau buat major servis.. proton servis pun dapat duit lebih, penguna pun happy. kalu ada sy pun nak, drp tunggu kt SC malas la.

    8. produk2 SE proton spt Satria Neo R3 sepatutnya di jual juga di negara2 lain..dlm jumlah limited seperti Thailand, Indonesia, England, Afrika Selatan, Australia & Arab.. bukan apa, sebab produk ni banding dengan yg biasa adalah lebih bagus, dan define kesungguhan proton..beside negara2 ni ada kelab2 proton mereka tersendiri.

    9. promosi proton cam Jelajah Proton tu semua ok..tapi lenkali jangan buat pameran macam jual kat pasar malam je, ada artis semua tu ngarut la. org datang nk tgk aksi, stakat nak tgk pegun camtu baik pergi bilik pameran, aircond pun ada.. apa kejadahnya bawak kereta Neo S2000 tapi pegun je situ…buat la drift sikit..demontrasi brek, pick up, parking Exora bold/prime, FLX SE etc..yang lebih nya saleman duk sibuk suruh org beli tu ni.. bila tanya, apepun tak tau..alih2 kita lak yg bercerita kelebihan produk tu nie..bukan semua rakyat malaysia tak mampu, suruh la saleman jual kereta Lotus skali..

    10. sbg promosi & penjenamaan proton.. buat la pertandingan design kereta proton…bukan design kereta baru..tapi versi baru (ada ciri2 lama – eg Mustang 70an dan Mustang baru) spt Putra, Neo, Wira, Iswara, Perdana, savvy, gen2,..buat official pertandingan ni 3 kategori 1 untuk student2 universiti, 1 lagi untuk org awam dan satu lagi untuk student sekolah rendah & menengah. generasi baru ni yang menentukan kelansungan Proton sebenarnya!!! hadiah bagi la kaw sikit..sebiji Neo r3 ke, yang utk budan sekolah tu cukup la bagi biasiswa sepanjang pengajian sekolah rendah/menegah & pelancongan akademik ke kilang proton dan jauh sikit ke jepun ke, melawat sekolah & kilang2 automotif di sana (ala brapa sangat biasiswa budah sekolah nie pun, kalau setahun proton taja 5 ribu, 6 tahun sekolah baru 30 ribu ringgit!!)..confirm saya masuk hehehehe. pertandingan gambar dah buat, sekarang buat pertandingan video iklan pulak berkenaan kereta2 proton.. buat 30 – 45 saat sudah. siar balik kat tv, billboard & internet.

    11. Proton dan R3 masuk pertandingan rally IRC, APRC, EV kat england itu ini..tapi sayang semua kemenangan tak diwar2kan spt sepatutnya,.. bukannya susah sangat pun, bayar la kat TV3 tu..upah jurukamera ikut 24/7 siar pukul 12.30pagi 30 minit seminggu sekali pun takpe.. recording rally proton ke, merdeka endurance, etc..nie stakat 4 x 4 inci berita kat suratkhabar..ape cer.. kedekut sangat nak promosi!!! jgn belanja kat bini muda jer (Lotus), bini tua pun nak jugak. ambil Tengku Djan & Alex Yong & sorang lagi Zizan raja lawak jadi hos (mamat nie pun brapa kali dah pakai satria gti, r3, neo r3 – asyik kena curi jer haha..last2 subaru..sayang ikon/artis terkenal camni patutnya molek dijadikan duta proton) , confirm meletup hehe

    12. di negara2 yg mana proton ada export ke sana, cari artis muda glamer di sama, bayar dan beri NEO R3 sebiji sorang jadikan diorg duta Proton.. biar jenama proton dkt di hati generasi muda di sana..org tua susah dah nak betulkan..skali dia cakap proton tingkap rosak, sampai mati dah tak caya dah!!!

    hahaha..nampak sgt aku takde kerja nie.. panjang le pulak…sori tuan rumah..

    • aku suke idea kau seputura tang iklan tu…kretip2…

      apsal la org2 proton ni x kretip mcm ko…

    • panjang mcm bro mat la hehe. ada idea yg dh diposkan kat f.d. terpulang la kat proton kaji balik semua cdgn2 yg pernah ada kat f.d., then nak buat atau tak je.

    • Good…otak awk berada diluar kepala awk..

      Harap ramai lagi orang macam ni..

    • takpun letak iklan sampingan (kebolehan exora)…contohnye…

    • idea ni memang best.

      kalo ada yg ni lagi best, kompem sy bawak honda city sy tu pegi buat kat r3

      “satu lagi, seandainya saya ada kereta kereta bukan Proton (eg Honda @ Toyota), tapi saya nak hantar untuk buat Ride & Handling Proton/Lotus kat R3″

  45. syabas team R&D proton yg bertungkus- lumus tingkatkan kualiti & teknologi proton. semoga proton lebih kukuh dalam arena global. org luar negara pun tabik kpd kereta2 proton. kat australia&united kingdom ramai rakyatnya memandu proton . kita lihat serta dengar pun tersenyum lebar dan bangga menjadi rakyat Malaysia.

  46. Tuan Tanah ade info about that?

    Exora Prime guna manual Air-con ke dah up fully auto??
    Bank maner yg offer I.R (kadar faedah) terbaik?

    TQVM

  47. aku baru jer test drive tadi bawak bini ngan anak, anak baru satu jer. haha memang best la bawak rilek jer tekan skit tgk2 meter dah 80km/h. aku terus booking tadi kat proton edar baiduri auto ttdi jaya shah alam.

  48. dah test drive. Tapi paling best masa naik bukit speed 60km/j dlm 2000rpm. Dan paling best ada bunyi turbocharge yg mmg buat saya teringin nak tekan minyak lagi. Tapi kereta pun baru, so x berani saya. kalau rosak jenuh nak menjawab. Bagi saya interior ok la berbanding dulu tapi tang performance mmg 2 thumbs up.
    btw, saya jumper satu gap kat lampu. Ada part problem ker. Siap ada gam lagi. Saya tanya sa die pun mcm keliru. Ada sesapa boleh jawab???

  49. tuan tanah, x nak buka post baru ke… dah panjang gler nie…

  50. nape x ambik gambar bro..kite org pun x perasan mase test drive,xkan nak check mengalahkan qc proton kot kan..mungkin xsemua kot..so sesape yg blm test drive blhla tgk pada part yg bro prolever ckpkan tu..

    • ada . Satgi/esok pagi saya email kat bro campro. Saya dah la baru balik dari outstation, terus test drive. Penat. kalau dan sama email hari nh..

  51. tgh godam2 pasal exora baru terbaca pulak kat satu web site uk ni…

    http://www.autocar.co.uk/CarReviews/FirstDrives/Proton-Exora-1.6-H-Line/258248/

  52. Lagi satu. Broshure exora bold yg betul x d lagi. Baru dapat tahu ada kesilapan so semua broshure dihantar balik. (ada 2 3 kesalahan). Broshure dlm masa terdekat nh mmg x d. So yg tunjuk tu ada salah la. kalau nak tahu banyak boleh tel proton yer.

  53. Td just pgi tgok exora ni ,interior mmg bnyk improve.value 4 money. Tp td test, reverse camera die terbalik. SA tu pun terbelek2 reverse camera tu. Sblm akupunya menghentam, at least camera je terbalik n bleh dibetulkan dgn mudah berbanding jenama pujaan ko ( yg ad vvt ) mslh pedal acceleration yg bleh mengancam nyawa…. All d best proton abaikan si akupunya yg ntah ap yg dia punya. wheelbarrow kot…

  54. Baru jer balik dari Proton Edar Mutiara Damansara melihat dengan mata sendiri kecantikan Exora Bold & Prime.

    Kemasan “wood” pada panel Exora Prime sememangnya cantik dan match dengan dashboard Exora dan sama sekali berbeza kalo dilihat menerusi gambar yang dipaparkan di internet.

    Cuma tadi tak berkesempatan nak test drive Exora Bold akibat kesuntukan masa.Hanya berkemampuan test drive Saga FLX SE 1.6.

    Keputusannya adalah sangat MENGAGUMKAN!!!

    Cuma sedikit kecewa dengan penerangan daripada sales rep. Proton tersebut kerana beliau mengatakan bahawa Saga FLX SE 1.6 ini menggunakan enjin baru iaitu enjin CVT!!!Bukankah CVT itu transmisi dan bukannya enjin!!!

    Sekian…

    • hehe kan dh tertukar enjin dgn gear hmm apa2 la, kesian kat customer dapat maklumat salah

    • rosak2…kalau gini gayanya, lingkup la proton, hahaha

      • tak leh nak salahkan sales rep… coz benda keluar sangat cepat… and lagi satu…. selalu yg silap bagi info tu wakil dari edar yang tak pergi kursus.. lg satu pasal lampu depan.. ingin di ingat… kereta test drive tu adala pre production punya kereta.. bukan production….sbb tu bagi buat test drive.. kereta akan di pulangkan balik ke kilang untuk di lelong kepada pekerja.. rasanya lah….

      • biar btul kete pre-production??

  55. kalau dah marketing proton ni lembab sangat bagi bro campromania jela yang merketkan…huhu…bro open booking kat cni jela..hahha

    • mana boleh bro, sy bukannya dealer proton… yang sy boleh bantu cuma buat orang faham apa yang proton dah buat selama ni & apa teknologi yg kita akan dpat pada masa depan… kalau ada dealer proton nak jv ngan saya untuk buat sales ok jugak, kira ada komisyen la nanti, hehehe

  56. tu la pasal… sa nie pn sebenarnya mencerminkan proton… klu marketing power even produk yg teruk pn leh jual gak… waktu blajar lu kwn aku ada ambil marketing mmg dia kena jual produk yg truk yg x pernah ddengar tu sbg assngment dia… dlm proces nak melahirkan sorg marketing yg power…

  57. bold premium mmg puasht..bg aku yg mementingkan kuasa dr makeover.

  58. erm.. aku rasa proton ni dah bergolok gadai sampai kehabisan duit buat product development sampai takde duit dah nak advertise banyak2.. segala hasil jualan dilaburkan semula, nak buat CFE la, test CVT la, EV / Hybrid lagi, pastu P3-21A plak, brape billion proton dah spent untuk development? kos nak buat satu unit “crash test car” kalau tak berjuta pun makan ratusan ribu tuu, tengok Proton quarter financial report, brape je depa untung baru2 ni?
    memang berbeza la dengan Perodua.. apa je yang derang develop? new bumper? new speedometer?… adehhh.. memang derang bleh blanje juta2 nak buat marketing, tadak hal! bonus pekerja pon sampai 4 bulan tuu.
    Proton dalam masalah… product dah develop, dah test, Exora RE-EV pun dah menang 2 kali pertandingan kat UK, tapi nak produce plak dah takde duit… kos nak prepare production line saje dah makan berbilion RM! mereka memerlukan market yang jauh lebih besar, bukan Malaysian market je. Berbeza dengan Hyundai-Kia, rakyat Korea pun terpaksa beli kereta “nasional” mereka, tapi saiz market kat sana 2 kali ganda malaysia.. lebih sejuta kereta setahun. Hyundai-Kia jual +/- 600,000 kereta di Korea, Proton dpt jual 150-200k jek… harapnye, dengan Exora CFE dan P3-21A nanti, mereka mampu mencapai market luar yang lebih besar dan menghasilkan sesuatu yang lebih baik dari masa ke semasa.. dengarnya Exora CFE bakal masuk Australia dan UK bersama-sama Saga FLX awal tahun depan…
    All the best, & GOOD LUCK!

  59. aku dah test drive semlm. ni kira pendapat aku la..

    sekarang aku naik satria neo. dah 4 thn. alhamdulillah takde major problem. hanya prob kualiti kecik2 aje. nak membandingkan direct 2 kereta ni mmg tak adil sebab sebuah kereta dua pintu yg mempunyai antara handling terbaik dan satu lagi mpv gedabak.

    test drive kat saleng. singgah jap menggatal nak tgk. hehe… first skali tgk bhgn enjin. cover enjin yg agak lawa berbanding sebelum ni yg warna grey. enjin kelihatan kemas cume bhgn cover turbo tu mungkin boleh dikemaskan lagi.

    pastu masuk dlm plak. sebelum ni dah prnh masuk yg h-line. mmg selesa. dahsboard yg pd aku kene dgn console radio tgh tu. tone dan corak yg digunakan pada dashboard tu nmpak mcm gune soft plastic tapi bile dirasa baru la tau sebenarnya masih guna hard plastic. tapi bagi aku dah mmg bagus sbb boleh menimbulkan ciri kemewahan hanya pada tone dan corak aje. glove box siap ada damper. steering yg sedap2 nak pegang. tak brp halus dan brp besar.

    pastu aku mintak test drive. salesman tu bagi. 3 org semua skali. aku, salesman dgn bini. pecutan dari pegun rase mcm bawak kete sedan. mula dia suruh test kat kaw lapang sebelah showroom. suspension setup mmg bagus. tak keras begegar mcm alza dan tak lembut sgt mcm saga blm. lalu lubang pun tak rase ape2. try tekan mmg terase pegi kete besar tu. pastu amek corner dan tekan lepas corner mcm ada rase torque steer sket. aku rase patut ada tcs atau mungkin lsd. (ade ke lsd utk cvt?).

    pastu keluar ke tmn blkg ngala ke jpo. lalu bumper pun boleh laju sket dari kete neo aku. tak terase laju kete ni tapi tgk speedometer dah 110kmh. pastu sekali lagi nak uturn balik showroom dpn jpo ada rase torque steer. dpt gak test reverse camera time nak msk blk show room tu. hehehe..

    ape yg aku boleh dpt simpulkan lepas test drive ni ialah:
    -enjin yg mmg mantap dan smooth. hanya dgr bunyi compressor je.
    -interior yg sudah bertambah baik dari sebelumnya baik dari segi tone dan kualiti.
    -sistem brek yg memuaskan
    -cuma perlu tambah tcs je pd pendapat aku.
    -aircond yg bagus tak mcm alza (sekali lagi)

    tapi mmg rase janggal dari bawak neo ke exora. tak bleh nak lipat mcm biase. rase mcm dah nak book je semalam. tapi ttp nak tunggu p3-21a gak.

  60. salam,

    saya dh test smlm kt proton glenmarie, saya pergi test dgn rakan rumah sewa saya. kami naik 5 orang + 1 SA Proton. so mmg penuh 6 orang lelaki dewasa di dalam exora bold.

    apa yang boleh saya kongsi adalah kuasa CFE mmg terbaek, meluncur dgn begitu lancar. suspension pun not bad. membe saya yg duduk seat belakang sekali cakap kereta tak membuang time saya blasah corner at 80km.

    lepas tu kami buat sprint test, sempat la cecah 100kmj utk jalanraya sepanjang 200 meter. pick up mmg terbaik.

    interior pun not bad, much better than alza yg nampak murah. leather seat dgn hand rest utk driver mmg acceptable. lots of improvement been done to exora.

    but im still waiting eagerly for so called Persona R for my final review towards proton and who knows it might be my 1st proton car :)

  61. en sd, yg bosch buat tuh,iafm, yg vim tuh lotus yg buat, n cps cost rendah ckit pada vtec coz simple ckit mekanism dia, tp achieve menda yg sama, vim kos dia mahal dr iafm coz dia ecu activated n ada link dgn cps punya actuater(dr segi operasi).

    Iafm yg bosch buat tuh collaboration ngan prtn engineering dept. Bkn bosch buat sorg2 jek, tp iafm unit, sama dgn vis pada unit alfa@fiat dl2(bosch juga yg design), cume beza, iafm pkai flap utk tkr long to short runner, yg alfa@fiat dulu,dia pkai mcm turbular design. Nk citepun pyh coz xda nk bg reference.

    Tp saya rasa info nih kira betul coz ini yg dibgtau sendiri oleh org yg bukan sebarangan dr pwrtrain dept prtn, bhagian engine coz dia juga yg terlibat dgn projek pheonix nih….he…he…

  62. Aku dah test ngan Family exora Bold ni dan kami memang puas hati.Bank mane yg boleh bagi interest loan kereta paling rendah ???Salesman kata maybank boleh bagi 2.9 kalau netxt year naik lagi tinggi tak tau le…termia kasih kepada sesiapa yang boleh berkongsi informasi.

  63. bleh tuan tanah bagi balik email dgn no akaun maybank..coz ingat nak book la..nak bukak forum yg terdahulu malas la..hehehehe…

  64. Sesuai ke exora bold enjin CFE ni pakai ron 95 …minta nasihat

  65. Just to clarify some matter to all you guys…
    VVT = Variable Valve Timing- fungsi dia tuk ejas pemasaan cam. Biasa dinyatakan dalam bentuk degree. Siapa biasa tengok cam spec macam HKS dia bagi duration 272 degree. Biasa terdapat dalam enjin vios dugong, alza suzuki. Untuk cfe pemasaan cuma di sebelah intake sahaja. Tujuan di pasang adalah untuk mendapatkan lebih pecutan dan top end dan membantu penjimatan minyak. Cara berfungsi untuk accelarate pemasaan biasanya di advance( bahasa melayu dia, valve intake bukak awal kasi cepat minyak masuk) . bila di rpm tinggi kasi retard untuk top end kasi top speed.

    Tapi enjin cfe TAKDE VVL- atau variable valve lift. Biasa state dlm ukuran mm contoh 11mm 12mm. Teknologi ni dipakai dalam vtec, mivec, cps. Kalau research image cam boleh nampak beza. Biasa yg ada vvl ada 3 lekuk. Manakala normal cuma 2 aje. Kelebihan sistem ni dapat integrate race cam dlm tanpa bunyi idle yg mengarut. Power of cos la.

    Turbo Cfe adalah dr brand borg warner. Sudah sah. Teknologi yg ada pada turbo ni adalah IGV (inlet guide vanes) sebab tu kat turbo ada lebih 1 hose dari turbo yg biasa dilihat dr high power turbo. Kelebihan: Membantu untuk eliminate turbo lag. Supaya respon enjin lebih cepat. Nak explain panjang lagi baca sendiri camana sistem turbo. Kalau nak tambah power tukar turbo or kasi up boost lg. Tp problem cvt transmission cuma rated sampai 220nm aje. So kalau problem menangis la..

    P3-21A akan dikeluarkan dgn tranmisi manual 6spd dr getrag rated 280Nm. Tapi clutch je yg rated 280nm (pasal kos) takkan nak letak super single clutch lak kan.. kalu upgrade no hal boleh sampai 400Nm. Cuma kena hati2 takut enjin tak tahan. Kalau nak upgrade ambik P3-21a manual la. Sebab cvt not design to handle higher torque.

    Sekian.

  66. sori aa, mau tanya sikit pada yg pakar.
    saya dah seminggu pakai e.b ni..mmg sgt puas hati…dulu berkenan rupa exora tp bkn pd powernya..tp bila dah power cam ni, apa lagi..terus angkat..

    soalannya.

    biasanya member2 pakai turbo ni diorang pakai timing enjin..bila dah off switch, enjin masih jalan,sbb katanya untuk stabilkan turbo-enjin,gitula lebih kurang..tp e.b ni x der timing…tp dalam manualnya ada cakap kalau enjin agak panas dan jln jauh, bila dah stop, bg enjin running seminit dua baru offkan enjin…jadi kan bagus kalau pakai timing je..

    masalahnya adakah ia perlu untuk enjin CFE ni.
    dan kalau pasang, ada efect warranty ka, enjin ka…tlg bg penjelasan saintifik.tq

  67. dah test drive premium semalam ngan family 4 org+ 1SA .Confirm booking sebiji. Masalah kaler la pulak. White solid mmg mengancam pada aku la..tapi wife minat elegant brown pulak. Tolong bagi pandangan sikit geng…

  68. aku drive RB1 Odyssey kat plus dah 170km/h tgk kat meter, pandang cmin belakang laju je EXORA & cucuk blakang……..memng laju, lepas tu dia cilop tepi tepi je terus memecut……tgk kat belakang tulis CFE, memang berdezut, tabik gua……

  69. salam suma pengomen2…sy suke proton…heheh…sy just lalu kt cnie…exora CFE mmg best a…br 2 mggu dpt..dh lm berkenan kt MPV nie..w/pn ank br sorg…tp mmg best a…power giler…x pnh test drive pn..ats dasar percaya ngan membe2 yg keje kt proton trus sambar 1 tp mmg x mengecewakan…selesa,power,minyak jimat…g dr klang g penang x abis Rm100 utk minyak…bwk dlm 100km-120km…bwk laju skt utk test dpt a 160km tu pn lum abis tekan ag..cepat smpi…x goyang,slmba jer ptg keta2 ln…tekan skt pickup x hengat….aircond sejuk giler…utk org blkg pn x yh On blower dieorg pn dh sejuk kt blakng…syabas proton….TERBAEEEEEEEEEEKkkk…

  70. proton exora prime save minyak x…. kalau balik as berapa ya… tolong komen …n air sejuk x…

  71. air cond sejuk x…i mean penumpang belakang cukup sejuk macam penumpang depan x…sekarang i pakai toyota wish… air-cond belakang x rasa sangat …anak2 selalu complaint…

  72. salam…memang bnyk tul komen2 yg membina..

    sya baru guna EB Premium hampir sebulan..stakat ni amat2 berpuas hati dgan twaran harga yg amat berbaloi2 disamping spec yg sya rsa x kurang hebatnya jika dbndingkan dgn mpv negara luar..

    Jika nk tnya soal pickup..terang2 sya ktakan…memang pickup..x caya?tanya lah pnguna yg dh memiliki EB CFE ni..

    Sya beli EB ni x gi test drive pun..brdasarkan shabat2..pomen2..& sya prcaya kemampuan enjin turbo tu..terus sambar Premium solid white..& kbtulan nk dijadikan rezeki sya dpt dgn kadar segera..(stok already kut..)

    Dah buat first service..Saja try ats highway tekan2 x sdar meter dah 150km/j..(yalah time meter 0-1000..x leh nk tekan tinggi)try lg tekan kt highwy jln lurus mghala ke a/star..boleh p smpai 190km/j..tupun boleh lg rasanya..tp sya ni bukan lah jenis kaki racer..x berani dah!!!cuma nk pastikan keupayaan enjin..ternyata ianya benar belaka..mcm x prcya pun ada..body besar..enjin 1.6 ja..tp laju..hahaha…tersenyum aku sorang2 dlm keta..x sangka plak proton boleh buat enjin mcm ni…TAHNIAH PROTON..

    Nak tanya la pada pakar2 keta ni..Apabila enjin dh stop masih ada bunyi kipas nk sjukan enjin tu..kalau tukar kipas agak2 boleh pelan sikit x bunyi tu?ka..memang bunyi mcm tu?

    • kipas tu mmg cenggitu function dia. xyh risau. bunyi kuat je la.

      ibu mertuaku ada EB cfe.

    • kipas kapalterbang bunyi senyap ke bising?
      kapal terbang boleh pergi lebih dari 400km/h…

      bior jela bunyi kipas tu, yang penting kabin dalam senyap.. kereta lain yang engine power2 pun ada bunyi kipas.. kecuali kereta elektrik..

      Teringin gak nak pakai Exora Bold… tunggu gaji naik bnyk skit..hehe

  73. saya trade in toyota vios kerana nak pakai mpv, dah book dah exora bold,tp rasa sedih jugak sb vios x memberi apa-apa masalah,minyak jimat,injin senyap dll, bila teringat keluarga ramai…teringin kat mpv…nak pakai 2 biji x mampu…bagi komen bro ….betul ke tidak tindakan sy ni…risau jugak baca komen bro-bro semua tentang exora…….berikan komen pada sy…exora bold lambat lg boleh dpt….dekat raya kot…loan dah lulus..x sain ja lagi…tengah fikir….

  74. jgn risau sahabat..pilihan sahabat tepat..sya sndiri dh guna EB ni 3 bulan..so far x dak masalah..puas hati lah mpv 1.6 tp mempunyai kuasa 2.0..road tax pun murah..psl muatan..jgn risau..memang luas..kuasa enjin…x perlu diragui..memang power..memang sesuai utk knderaan family..dia punya design pun makin mantop!!berbaloi……

  75. tq…sahabat ady9090…senang hati dengar komen sahabat…takut juga..diaorang komen macam2 tentang EB…..sekarang masih menunggu EB…x sabar nak pandu melalui lebuhraya timur..barat…camna dgn bukit grik tu…ya..harap2 x ada masalah panjat bukit grik tu…..

  76. jgn risau sahabat..naik bukit x dak msalah..tmbh2 shabat ambik yg premium yg ada turbo mcm sya punya..comform power..tp klau sahabat ambik yg biasa tu x tau plak nk komen..tentang komen2 yg lain2 tu x tentu lg dorang tu pengguna EB @ x..kdang2..pengodam je bnyk..

    • Tq…sahabat…sy memang book EB premium…x sabarlah pulak rasanya nak bw balik ke trg ni…harap2 sama seperti sahabat kata….dah 3 minggu dah..EB x dapat2 lagi…ramai sangat yang booking kot…..penggunaan minyak EB premium ni camna sahabat..?..ok ke ?..bagi sikit maklumat?

      • utk pengetahuan sahabat..memang agak lmbt nk dpt EB ni..sya pun dlu 1 bulan bru dpt..tu pun nasib baik lah dpt cari kedai no 1 yg boleh dpt stok cepat..ada member sya book lebih awal dr sya dpt kemudian..bergntung pda tmpat sahabat book tu..

        tentang minyak…sebenarnya brgantung pda penggunaan sahabat sndiri..klau jenis suka pecut..mana2 knderaan pun kuat minyaknya..tp pndapat peribadi sya..EB CFE Premium ni..memang jimat

        Sblum ni pun..sya guna Gen-2..sya buat prbandingan..dapati penggunaan petrol yg agak baik..1.6 cam pro biasa je..pergi balik perlis (dari penang)dlm rm25-30 shj(kelajuan 80-100km/j)..Tp..mcm x prcaya pun ada..naik EB..Body besar..enjin 1.6 soft turbo..Rm18-23..(tp pada kelajuan biasa 80-100km/j)..kalau sahabat tekan smpai 160km/j..laju jgk minyaknya..

        Pendapat peribadi sya..EB ni memang sebuah mpv yg jimat dr segi pnggunaan petrol..percayalah..sahabat akan berpuas hati..

      • Terimakasih sahabat dengan maklumat tersebut…..maklumlah orang baru nak pakai EB….

  77. Orang Melayu ni aku hairan sungguh, beli proton pakai proton tapi kutuk proton, apa bingai bro, kutuk pulak macam proton ni teruk bangat, sudah berjuta kereta proton atas muka bumi malaysia ni, dan kereta saga tahun 1985 pun masih ada lagi atas jalan, ini menunjukkan mutu proton adalah terbaik. Teksi Iswara berjalan 10 sehingga 12 jam sehari ok je….jadi kalaulah ada orang Melayu yang mengutuk proton ni mereka adalah dari puak PAkatan Rakyat yang memng terkenal dengan kehaprakan mereka. Kutuk, kutuk, politik politik tak habis2.

  78. Saya baru beli seminggu exora BOLD CFE premium.. Komen saya prestasi engin sangat menakjubkan. Weekend semalam saya test pergi ke Cameron Highland.. Bawak exora cam bawak kereta kecik yang sangat pickup. Naik bukit mmg takde masalah pun. Selamba je potong CRV dan exora CPS yang lama. Mmg terbaik la CFE ni. Komen saya cuma sound proofing je kalau boleh pertingkatkan lagi. Yang lain dah MANTOP.

  79. Exora bold Premium/prime baik dan bagus. Cuma berada di dalamnya sewaktu pemanduan, bunyi bising yang amat sangat. semakin laju dipandu, semakin bising . Radio yang dipasang tidak jelas didengar. suatu kelemahan yang perlu diperbaiki.
    Juga cermin lampu depan senang dimasuki air. .. Entahlah.. tak habis-habis masalah proton..

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 1,458 other followers