Kereta “Software Test Engineer” bakal menerima Makeover dari R3

Nampaknya tak lama lagi kereta “Software Test Engineer” , Norzamzarini Mohd Bajuri, bakal menerima Makeover dari R3 setelah terpilih sebagai pemenang “Very Important PROTON”  Makeover. Norzamzarini yang berusia 35 tahun dari Muar, Johor menjadi pemenang ketiga program ini selepas Sashideran Radha Krishnan. Kereta Proton Iswara Aeroback tahun 1996 ini bakal diberi sentuhan Makeover dari R3. Kereta ini dibeli secara second-hand pada tahun 1998.

Norzamzarini juga seorang peminat F1 dan amat meminati lagenda F1, Michael Schumacher. Banyak pengalaman manis beliau bersama dengan kereta kesayangannya ini & tambah menggembirakan beliau baru sahaja menimang cahaya matanya yang ke-4, Nur Mawaddah pada minggu lepas. Mungkin ini adalah tuah & rezeki anaknya juga. :)

Beliau dijangka menerima kereta “versi barunya” pada bulan Januari 2012. Pastinya team R3 yang diketuai Tengku Djan Ley bakal memberikan sentuhan terbaiknya untuk Proton Iswara Aeroback ini. Kita nantikan hasilnya nanti.

* Saya ramal kereta ini masih mengekalkan warna merah, tapi kali ini dengan Merah Ferrari, warna kereta Michael Schumacher ketika dizaman kegemilangannya… baru la ada kena dengan jiwa Norzamzarini ;)

20 Responses to Kereta “Software Test Engineer” bakal menerima Makeover dari R3

  1. Ni last winner untuk VIP la nampak gayanya. Tapi promotion masih lagi kurang Proton ni. Chako ni apa yang dia fikir sebnarnya.

    Ada berita baik dari Lotus. Sales Evora SE@Extreme nya yang limited 25unit CF di China dah melonjak sampai 125. Jadi Lotus akan keluarkan lagi 100 la nampak gayanya. Kalau macam ni, Lotus ni ke arah pemulihan seperti dirancang. harap-harap bila dah nak untung ni janganlah Khazanah lepaskan. Bila rugi, duit rakyat melalui Khazanah kena tanggung. Bila untung, individu tertentu je yang dapat makan sorang2.

    Orang lain dapat makan daging kambing, kita dapat hirup sup kambing tu aje. :-(

  2. Makeover R3 ni sebulan sorang ke ye? Makin kerap nampak. Bagus stratergi ni, supaya makin ramai minat guna proton dan tak sabar untuk kereta mereka dipilih..hehe..

    *out of topic
    engineer..tapi guna kereta lama je..bukan kutuk..tapi realiti hidup sekarang..antara salah satu sebab makin ramai engineer demotivate tentang kerja..(bercakap secara umum..tak tumpu kat mamat ni pon ye..hehe)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s