
* Gambar sekadar hiasan
Sebagaimana yang kita ketahui, Pengerusi Proton, Datuk Mohd Nadzmi Mohd Salleh merupakan salah seorang daripada individu & syarikat yang berminat untuk membida 42.7% saham Proton daripada Khazanah Nasional. Selain itu DRB-HICOM & Kumpulan NAZA juga berminat untuk membida saham ini. Beliau merupakan orang yang paling dekat dengan Proton & tahu selok belok serta potensi syarikat terbabit.
Kilang Proton di Tanjung Malim tidak digunakan sepenuhnya, cuma 52% sahaja. Banyak pihak luar yang berminat untuk mengadakan pakatan strategik dengan Proton termasuklah GM yang dikatakan bakal membeli 50% kepentingan kilang tersebut untuk memasang kenderaannya. Jika ini berlaku kilang tersebut akan digunakan sepenuhnya & bakal menjana pendapatan sekurang-kurangnya RM400 juta hingga RM500 juta.
Mengenai Lotus pula, beliau bakal menjual sebahagian besar saham Lotus kepada pembeli yang berminat & masih mengekalkan 20%-30% saham tersebut. Menurutnya, Proton lebih baik tanpa Lotus buat masa ini.
Beliau bukan sahaja mahu membida saham Proton semata-mata, tetapi telah mempunyai beberapa perancangan untuk masa hadapan Proton. Selain peningkatan penggunaan kilang Tanjung Malim, Proton dalam proses transformasi untuk menjadi pemain automotif global dengan pengenalan model “P3-21A” yang menjadi model global sulung mempunyai DNA Proton yang baru. Model tersebut amat berbeza sama sekali dari segi penggunaan bahan yang lebih baik selain rekaan dengan ciri-ciri moden. Harganya pula tidaklah terlalu tinggi.
Beliau juga berharap banyak lagi kolaborasi akan diadakan & menumpukan pasaran yang berpotensi besar seperti di China, Iran, India & negara Asean. Mengenai potensi kolaborasi pembangunan enjin bersama Mitsubishi pula, Proton dapat menjimatkan kos pelaburan pembangunan enjin baru cuma RM600 juta berbanding RM1.7 bilion ke RM2 bilion jika membangunkannya sendiri. Mitsubishi juga bakal berkongsi teknologi elektrikya bersama Proton.
Kerjasama dengan Hawtai pula merupakan peluang yang baik buat Proton untuk mendapatkan kembali pelaburannya dalam pembangunan sesebuah model. Sebagai contoh model Waja & Exora yang tiada dalam barisan model mereka, Proton boleh menjual rekaan tersebut kepada mereka.
Mengenai barisan model yang sedia ada, ia umpama memperbaiki kesilapan yang lalu umpamanya model Exora, walaupun agak lewat diperkenalkan ia adalah lebih baik daripada tiada langsung & dengan pengenalan versi terkini ia bakal menambahkan jumlah permintaan.
sumber : biz.thestar.com.my
Like this:
One blogger likes this post.