funtasticko design

http://funtasticko.net

Toyota Avanza baru dilancarkan

92 Komen

Apa pendapat anda mengenai model baru Avanza ni? Saya langsung tak tertarik dengan rekaannya exteriornya yang nampak agak pelik, kalau nak bandingkan dengan model lamanya, yang lama jauh lebih menarik. Tu belum banding dengan Alza, Exora, Grand Livina & lain-lain lagi. Harganya dari RM64,590 hingga RM79,590. Enjin masih sama.

Interiornya lebih baik daripada model lama. Nampak lebih kemas & menarik. Adakah model ini bakal menjadi “kegilaan” peminat Toyota selepas ini? Tapi yang pasti akan ada peminat model ini yang akan membelinya nanti… :)

* bijak Toyota recycled model diorang, reskin exterior & interior, lepas tu enjin & platform  guna je yang lama, tapi yang ajaibnya masih lagi ada yang gilakannya, hahaha…

sumber : paultan.org

About these ads

92 thoughts on “Toyota Avanza baru dilancarkan

  1. Kalau tgk gambar, mmg tak menarik. Dashboard pun design lama. skrg susah nak tgk penutup airbag penumpang depan tersembul atas Dashboard.

    Cantik lagi Alza, tapi mungkin Avanza lebih luas sikit berbanding Alza/Livina.

    Tapi oleh kerana ini mungkin harga toyota termurah yg boleh dibeli, maka peminat toyota pasti tidak akan melepaskan peluang untuk membelinya.

  2. em, lawa gak…….awek baju hijau tu..hehe

  3. scuff plate avanza tu mcm kenal jer..he2

  4. Kalau proton buat produk recycle macam ni tak tau la kena kutuk macam mana agaknya… kenapa Toyota treated differently?

    • tak leh gak cakap mcm tu bro… toyota laverage pada model dorang yg famous mcm vios… so takde masalah dorang nak upgrade model lama jadi baru.. pasaran masih ada… mcm karipap lah… takde pulak complaint kenapa 10tahun lalu karipap..tahun nie karipap gak….. semua nie business tak leh kata apa2… takper lagi byk model di pasaran lagi byk option tuk pengguna

  5. oklah tapi kalau beli interst berapa ni

  6. exterior tak menarik, tp dalaman nampak agak kemas..
    oops, tang airbag tersembol tu mmg fail!!

    adakah masih mewarisi handling mcm sampan? kekeke

  7. klu rasa dh byk duit bole la sedekah kat umw hehe

  8. dulu time sales avanza tangah naik (2005-2008) time tu belum ada exora n alza lg.. yg ada pon naza citra.. so tak ada choice sgt untuk mpv bwh 80k.. n time tu ramai family yg sederhana suka dgn avanza ni sbb murah, boleh muat ramai, dan brand toyota..

  9. *troll mode~
    cantik….cantik sgt
    amoi model tu(kat pt)….hehehe

    toyota…
    why the ‘kasut sukan’ avanza so cheapo and not bigger one?
    why the engine still same?…
    why still use outdated 4 speed auto…
    why the air vent very 90’s style?
    why the rear end very ‘poke’ my eyes….hehehe
    why rear wiper not install on rear windscreen,this one look senget loh…

    haha aku masih igt lagi pendapat skeptikal dari basher atau apa2 la bile first time exora kluar,lebih kurang camtula …..
    kalau toyota buat…..oh my god so modern,smart, stylish mylish…look the meter so cool & 3d like…..bla2
    aku mampu tersenyum dlm hati ni….

    avanza ni,antena pun still 90 punya,hard plastic,tombol aircond besar bagak,rear end yg mmg out la tapi bg hardcore toyota no big deal la
    klu proton buat kat exora camtu kena kutuk kaw2 jwbnya

    aku setuju dgn bro campromania,avanza x lawa & blkg dia….omg why….

  10. tp yg lg pelik,toyota claim fc 9% lg better coz pkai low rolling resistance tyre, eps,lower weight,aerodynamic tp myvi perodua claim 10% dgn pkai aerodynamic simulation n eps sahaja. Nampaknya perodua lg bijak dr toyota :-)

    toyota kena blajo camne perodua bg jimat minyak, hu..hu..

    Toyota claim engine 1.5 rendah coz ikut euro 4,tp alza, perodua engineer claim(ada dlm suratkhabar cbt masa alza launch dulu), power figure rendah dr avanza lama sbb avanza rearwheel drive,kena power lebih, alza xyah coz frontwheel drive,power lg rendah,lg jimat minyak n power.

    Tp aper kes avanza nih powerfigure cam alza jek???

    Ini tipah tertipu@ tipah menipu. Kdg2 bile pikir balik pasal menda nih, betul ke myvi lg power lg best buat computer simulation aerodynamic???entah2 pun auta ajek. Jgn mrh yek salesman n engineer perodua, coz mmg confius, xsama langsung jawapan yg perodua bg n toyota bg.

    Ada sesapa bleh bg pencerahan?

  11. tax sama jek kena cam exora bold cfe, tp rega sama jek cam bold cfe. Tp org tetap beli avanza nih,mesti boom, dashboard soft plastik katakan,he..he.. :-).

    Tggu gak org yg komen prtn cheap plastik. Nak tau gak,klu toyota bg cheap plastik,aper komen korang plak

    • salam.. bro mat.. nak tanya sikit dan untuk pencerahan.. boleh terangkan tentang sistem cukai yg bro mat cakap nak terangkan dalam komen entry mana tah dulu.. xdan nak follow..

    • Tax tak sama bro. Kita tengok di pulau bebas cukai. Exora bold 75k. Avanza S 54k. Mana sama bro tax dia.

      • ada sebab kenapa kereta proton masih mahal di pulau bebas cukai…bro mat ke sapa ntah ada explain dalam comment post2 sebelum ni…

  12. Hee. Toyota ” bumping” dh keluar rupa baru

  13. Jangan terbang mcm Myvi ni dah le..

    • hebat :)

    • kita boleh bincang dan buat spekulasi kenapa benda ni terjadi..

      rasanya sebab enjin myvi amat power, maka pemandu tertekan minyak kuat sikit terus dia wheelie dan terbang..hahaha

      macamana la pemandu tu turun dari kereta, mesti lepas ni pemandu tu MENYESAL beli myvi..haha..

      So, nak beli Abang Alza (Avanza) atau Exora CFE? pikirlah sendiri….

    • salah satu keta yg terbabas ke luar bahu jln ms aku ke utara baru ni ialah myvi. bkn aku nk cakap apa..tp klu aku bwk myvi confirm aku tak brani bwk selaju waja buruk aku terutama kat selekoh . kat highway lurus jugak sbb myvi ni ringan dan handling dia…erm

      • Handling rubbish…umpama memandu tin kosong…tp harga lebih mahal dari kereta sedan…kelebihan myvi ni just kereta kompak tp dalaman sebesar kereta sedan tu jer…dan juga sesuai tuk org perempuan cam wife aku…

    • myvi tu habis minyak, van nak tolong ‘tow’ gi petrol pump je hehehe

    • http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0112&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_03.htm

      rupanya sebab langgar batu..hehe.. batu apa? batu loncatan kot..

      ni la kereta yagn dibanggakan tu, langgar batu pun melenting naik nak terbang… inikan pula melalui selekoh, konfem terbabas lah… nasib la pembeli myvi..

      sebabnya bukan ada crash test pun, semuanya dibuat secara computerized..alahaiii perutdua…

      Avanza pun satu, kalau duduk belakang tu memang muntah la jika perjalanan jauh…

      apepun, rakyat malaysia still BUTE MATA, BUTE HATI dan menyokong produk japang ni..

  14. aku confius skit psl fc exora 1.5 auto baru nih…
    12km / 1liter = 100km / 8.33liter

    tgk kt laman proton edar, exora cps auto plak…
    13.51km / 1liter = 100km / 7.4 liter

    kalo cmni exora lg jimat minyak lar…
    tlg sape2 bg penjelasan ttg ketepatan maklumat nih…

  15. tak lawa.. EXORA BLOD jauh lebih lawa

  16. ada toyota fanboys thumbdown aku. Aku nak tunjukkan, klu perodua engineers kata tuning engine pada alza xsesuai sampai low power figure xsesuai ngan avanza n apa yg kat avanza lama x sesuai utk alza, kenapa passo sette n daihatsu luminass pkai tuning power figure cam avanza lama masa laza launch, n sekarang avanza pkai tuning lower power figure mcm alza????

    Apsal, masih xpercaya yg diri tuh kena tipu bulat2 n buta2 ngan perodua n toyota ke???

    Klu dah tunig tuh xbgs, knp toyota pkai plak kan kat avanza.

    So,dah terang lg nyata,ada lagi yg xpercaya n buta hati. Xpaham betul ngan org2 malaysia yg mcm nih.

    Itu belum kira, toyota dah ngaku kete diaorg selama ini euro 2 jek kat malaysia, 2012 brlah nak bg euro 4 enjin. Prtn sejak 2004, sejak campro dah euro 4,enjin savvy euro 4, n skrg sah euro 5.

    Adakah rakyat malaysia xlayak dpt yg lebih baik???mgkin tidak,krn kebodohan kita :-)

  17. keseluruhan..hampeh org dh pakai avanza takan tukar pakai yg baru ni..tp tkpe toyota tk risau pn..ramai `penderma` hehehe…(aku pn pkai avanza..selain dr sbijik proton)

  18. pandanglah dgn mata hati… Bold tetap pujaaannnn haaatiiiiieee ku… he he…

  19. Tak puas tengok… Err.. nak mintak gambar lebih boleh???
    heehee..

  20. In terms of exterior looks, this all new Avanza + All New Myvi Lagi Best macam terencat jer walaupun spec agak bagus daripada model sebelumnyer…

  21. RM79k utk dapatkan 2 airbags dan 4AT? Lousy car daylight robbery..

    Baru sekarang nak pakai enjin Euro4? Lepas tu tanya Gov bila nak implement Euro4? Bila Campro awal2 lagi dah Euro4, baru kita tahu siapa yg susah payah tahan gov daripada implement Euro4.

    Low end Avanza 1.3 pun langsung takde airbag? Mana standing kerajaan sekarang nih?

    UMWT, low rated product – tapi people still blind.

    • susah juga bro.. wa bukan memihak mana2 pihak skang nie.. tp avanza rasanya tetap di kira model lama… kecuali dia kata model baru.. totally new then baru airbag tu wajib… rasanya lah… pemain industri permotoran nie pun bijak jugak putar belitkan undang2 nie…. mau idup mah…

      mcm exora boleh jer tak pasang airbag kalu nak… model lama cuma facelift jer

    • hahahaha. yep

    • Betul Taboogen,

      Mungkin UMWT apply pada Gov bahawa Avanza ni model facelift. Model facelift memang tak wajib ada airbag. Serupa Saga FL, FLX. Tak wajib pasang airbag sbb ia model facelift berasaskan model sebelumnya.

      Tapi UMWT guna istilah ‘All New Avanza’ dalam pelancarannya. Ni seperti belakang cakap lain, depan cakap lain..

      Vios dan Camry Euro berapa? ada siapa2 boleh beri info?

      • “all new avanza” tapi takleh lagi nak define samaada new model or upgrade model… rasa bila gov kata new model… maknanya bila di buat dari scratch… testing baru..rnd baru.. segala baru.. bkn yg dah ada dalam pipeline… rasa mcm tu lah….

        kalu mcm tu gamaknyer.. avanza nie derive dari model lama.. tak wajib ada airbag depan
        tu logiknyer lah

      • Betul,

        Dalam undang2 yang diimpose oleh Gov, ada clause ‘Model Baru’ dan ‘Model Sedia Ada’.

        Dalam isu ini, Avanza ini sebenarnya berasaskan ‘Model Sedia Ada’, iaitu model facelift derived daripada Avanza lama.

        Kalau kita lihat Myvi LB/Myvi LPLB, ia adalah ‘Model Baru’ dan ia wajib mempunyai airbag.

        Isu yg saya tak puas hati disini, UMWT letak tagline ‘All New Avanza’. Walhal mungkin ia sebenarnya adalah model facelift.

      • nak buat mcm mana, umw. kalau proton dah lama dah kena..

      • rsenye ni mmg avanza bru sbb nmpk lbih panjang 3rd window bebanding avanza lama.psal airbag tu ad 2 possibility sme ada umw menipu dgn mengatakan ni model facelift atau gov yg x enforce lg rules ni n juz ckp kosong…..

  22. bizzbizz says:
    January 11, 2012 at 12:46 am
    Boleh percaya ke dengan kereta jenama automatif dari China ?
    itulah soalan paling famous yang ditanya rata2 rakyat Malaysia kepada pembeli Chery Eastar.
    Untuk meyakinkan anda,
    saya kemukakan hujah- hujah berikut
    1) Chery Eastar walaupun produk China tetapi ia direkabentuk oleh firma rekabentuk terkemuka Itali iaitu Pininfarina yang juga telah merekabentuk kereta hebat seperti Ferrari, Lamborghini, Audi dan Alfa Romeo.
    2) Chasis Chery Eastar 2.0 telah direkabentuk oleh Lotus, iaitu salah satu pengeluar kereta sport terkemuka di Eropah malahan cukup popular namanya di Malaysia. Oleh kerana itu Chery Eastar telah berjaya melepasi Euro NCAP Crash standard dan mendapat 4 star. Rating maksimum adalah 5 star. Sebagai perbandingan, proton Impian ( Proton Waja ) mendapat 3 star bagi ujian ini. Ia membuktikan Chery Eastar 2.0 adalah MPV selamat untuk keluarga anda.
    Sebagai tambahan, ia juga dilengkapi dengan air bag dan apa yang menariknya air bag nya dibekalkan oleh pengeluar alat keselamatan kenderaan terbesar di dunia. Untuk itu anda tidak perlu risau mengenai keselamatan kenderaan ini. Bahkan jika anda meragui besi keluli kereta ini, cubalah anda ketuk kereta ini dan kemudian ketuklah mana- mana kereta Proton dan lihatlah mana lebih berkualiti.
    3) Chery Eastar baru berusia 15 tahun. Ia ditubuhkan pada tahun 1997. Sungguhpun begitu, ia berjaya mengeluarkan 1, 000, 000 keretanya dalam tempoh lebih singkat berbanding mana- mana pengeluar kenderaan dari Jepun dan Korea.
    Manakala dalam pembinaan enjin, ia mula membangunkan enjin sendiri pada tahun 2004. Dalam tempoh hanya 5 tahun, ia telah mempunyai 19 model enjin ACTECO ( kerjasam Chery – firma Austria ) dari kapasiti 800 CC hinggalah 4000 CC, daripada L3 hinggalah V8 dan daripada diesel hinggalah gasolin. Bahkan ia berjaya mencipta kereta elektriknya sendiri.
    Enjin ACTECO telah diakui enjin berkualiti dan menjimatkan minyak apabila Fiat iaitu gergasi automatif dunia menempah lebih 100, 000 enjin ACTECO untuk dipasang pada kereta Fiat bagi pasaran antarabangsa termasuk China sendiri.
    Untuk makluman, sehingga kini Chery Eastar telah berjaya mengeluarkan hampir 40 model daripada compact car, MPV, SUV hinggalah kepada kereta mewah limosin walaupun baru berusia 15 tahun .
    4) China mempunyai 19 pengeluar kenderaan, dengan 90% model kereta seluruh dunia boleh didapati di China. Kereta- kereta import di China tidak dikenakan cukai yang terlampau tinggi sebagaimana Malaysia. Ini bermaksud persaingan di China amat sengit sekali. Walaupun begitu, Chery Eastar berjaya menjadi antara MPV paling laris jualannya di China. Bahkan MPV ini telah dianugerahkan sebagai MPV of The Year di China.

    5) Chery Autombile telah berjaya muncul di ranking ke5 dunia dari segi jualan pada tahun 2009 ( januari – mei ) . Ia adalah pencapaian membanggakan bagi pengeluar kenderaan berusia 12 tahun
    6) Chery Automobile juga dalam proses membeli firma Gergasi Volvo iaitu kenderaan mewah yang diiktiraf paling selamat di dunia. Ia bermaksud, Chery Automobile mempunyai sumber kewangan yang amat kukuh di saat gergasi automatif lain seperti GM ( no 1 dunia ), Ford, Mitsubishi di ambang muflis.
    7) Chery Automobile di usia 12 tahun telah berjaya menembusi lebih 70 buah negara di dunia dengan jualan kenderaan export melebihi 400, 000 unit. Ia termasuk negara maju seperti Amerika, Jerman, Singapura, Dubai, Rusia ( negara berpengaruh ), Australia dan lain- lain. Di Amerika ia berkerjasama dengan gergasi automatif dunia, Chrysler yang memiliki jenama hebat seperti Jeep, Dodge dan Chrysler sendiri. Melalui kerjasama ini, Chrysler yang pernah memiliki firma gergasi Mercedesz Benz dari Jerman akan mengedar kenderaan keluaran Chery ke negara- negara seperti Amerika, Amerika Selatan dan Eropah dengan menggunakan jenama Jeep, Dodge atau Chrysler.
    Chery Automobile di China mempunyai lebih 1400 tenaga profesional dan separa profesional di Jabatan R&D nya ( research and developement )
    Apa yang lebih menarik, sebahagian besar tenaga R&D nya adalah mereka yang mempunyai pengalaman dan latar belakang cemerlang dalam dunia pemotoran. Majoriti tenaga di bahagian R&D nya adalah bekas eksekutif dan eksekutif kanan teknikal di gergasi pemotoran seperti Mitsubishi, Ford dan lain- lain syarikat pemotoran di Amerika, Eropah dan Jepun.
    9) jenama2 berpengaruh dunia seperti BMW, Volkswagen, Honda, Ford dan lain- lain juga sedang membina kilang pengeluaran di China. China akan dijadikan pusat pengeluaran kenderaan- kenderaan yang saya sebutkan tadi bagi pasaran eksport. Untuk itu, menjelang tahun 2011, BMW, Honda, Volkswagen, Ford yang dibawa masuk ke Malaysia adalah kereta ” made in China “. Ia sempena mengambil kelebihan kos buruh yang murah di China, dasar mesra pelabur, mudah mendapatkan bahan mentah berkualiti pada harga rendah, pekerja berkemahiran dan lain- lain.
    Untuk makluman pada hari ini, 70% jenama- jenama popular yang dijual di dunia ( barang original – asli ) seperti HP, Compaq, Sony, Adidas, Nike, Nikon adalah ” made in china “.
    10) lebih 60% barang yang dijual di hypermarket terbesar dan no1 dunia, Wall Mart adalah barang2 made in chine ( original ). Malahan ia termasuk barangan yang dijual di hypermarket Wall Mart di Amerika. Untuk makluman, Wall Mart adalah pengasas konsep hypermarket di dunia di mana kita dapat membeli semua keperluan di bawah satu bumbung

    mohd ali chery branch 0123317657

    skyjuice says:
    January 11, 2012 at 8:44 pm
    “Oleh kerana itu Chery Eastar telah berjaya melepasi Euro NCAP Crash standard dan mendapat 4 star. Rating maksimum adalah 5 star. Sebagai perbandingan, proton Impian ( Proton Waja ) mendapat 3 star bagi ujian ini.”

    saya tgk kat laman web euro ncap, xde pun crash test result utk chery eastar/v5 nih…tlg bagi link utk maklumat en tuh…
    jgn main copy paste jer…

    bizza says:
    January 12, 2012 at 12:28 am
    aku rasa kau ni fanatik sgt dgn web.. skit2 link, skit2 link…ko ni rasis lah…puak2 mcm ni masih bangang lg ke.. nanti aku bg link kat mana kubur yg sesuai masa ko nak mampus nanti..hehehee..

    skyjuice says:
    January 12, 2012 at 9:57 am
    fanatik ke bendanya, aku tanya mana bukti dia tulis yg psl crash test tu…

    rasis???tang mana aku tulis yg menunjukkan aku ni rasis?cuba ko terangkan kat aku ni…

    bangang kalo kite trima bulat2 ape saje org ckp or bgtau kat kite.sbb tu org ckp kalo nk blaja kene cr guru yg lbh pandai n tahu drp kita.dan plg penting ilmu yg dia bg tu tepat dan bukan maklumat palsu/ ajaran sesat/’hearsay’ semata-mata atapun stakat copy n paste…huhu…

    aku nk mati bila n kubur mane aku nk disemadikan tu aku n family aku pnya psl, xyah ko nk kecoh2…tlg jaga lubang kubur sendiri dulu jgn nnt mati tanpa disemadikan n tiada kubur jer utk ko…

    bizzbizz @ bizza ni org sama ker or adik-beradik?huhu…

    – utk renungan bersama, sori ayat aku kasar skit…huhu…

    • salesman proton pun xpayah nak explain panjang cam gini nak jual savvy atau exora, kesian huhuhu, good luck utk capai target sales 2012 ya

    • aku selalu jek usha post ce vs xora tu.

      klakar pn ada..hahaha

      • aku ada post dh kt thread tu.
        salesperson tu copy blk apa yg dia post dulu2..

        utk pt. no. 2, Lotus yg diorg gebang2kan tu kn Proton yg punya?

        siapa punya? Proton yg punya…hahahaha <– ikut style cerita P.Ramlee Ahmad Albab

      • err..ada sapa2 ble bg link crash test chery easter (CE) nih?
        tq

      • Sebenarnya mentaliti kite jer yg susah nak ubah. Sungguh saya kara CE mmg ok. Crash test die mmg 4. Sebab saya ada terbaca dulu. Susah kite nak ubah mentaliti ” kereta china teruk. Saya pun dah kena.
        Sekarang nh company nak beli van full 15 seater sebab kitorg travel agency. Kereta dlm list.
        1. toyota hiace
        2. Nissan Urvan
        3. Era Jinbei (china)
        4. Era Komuter (china)
        5. Chery Transcom
        Cube teka aper jawapan pegawai saya bila saya bagi list nh. “oi, kereta china x payah la, sparepart susah”. Jenuh saya terang.
        Toyota Hiace & Urvan ok, tapi harga yg mahal dengan seat yg terhad. Dah la x d extent roof. Susah org nak jalan keluar masuk. (100k above otr)
        Jinbei la dengar jer kata sparepart susah la itu la ini la. Tapi harga kompatetif (rm 72k otr 14 seater). Engin setahu saya semua toyota cume muka alphard jer. Best pasal extent roof.
        Era komuter mmg luas. Ala sebijik toyota hiace lebar thailand cume logo jer berbeza. Full 15 seater dengan seat mcm bas. (107k otr)
        chery transcom lak sama jugak. Cume engine jer 2.0 acteco. (92k otr)

        So saya nak tanya la org2 kat sini, mana yg sesuai.

      • pada aku, xde hal nk bli kete ape pun.

        yg penting, $ utk maintenence tu ada.

        hatta china pn xsemestinye teruk.
        setiap benda ada “gred” nye tertentu.

        yg psl CE tu, yg panasnya ialah sebahagian pemiliknya yg beranggapan bhw jika ciri2 spt CE tu xde dlm MPV lainnya, maka MPV lainnya itu tidak sesuai digelar MPV..xke sengal gitu?

    • saya xde mslh psl jenama ataupun made in china ni…
      tp sy nih mmg nk tau jwpn yg btl2 sahih ttg pernyataan dia tu jer…
      yg si bizza tuh merepek psl rasis n kubur per cer???huhu…

      sy xde pon bangkit soal kete buatan org cina jgn beli, itu baru rasis namanya…

      xpun tanpa pengalaman sendiri ckp kt org jgn beli kete chery sbb kualiti teruk…itu plak bias namanya…

      sbb tu sy jarang memberi komen or pertanyaan kt laman2 automotif ni, jd sakit hati plak dgn komen balas yg bkn atas fakta atau melalut krn faktor emosi…:-)

    • yang peliknyer bila baca.. member kerja kat HICOM pakai kereta optra… oleh kerana dia kata MPV proton underpower dia beli CE ini… tp bila beli dia kat luar ok lah tuk kereta china.. tp dalam finishing mmg out…. tp dengan harga yang di tawarkan dia beli jer.. lepas nie dia kata dia jual balik ambik yg lain bila ada model2 baru….

      • yup tepat bro.finishing mmg out habis.satu lg chery ni sparepart payah.dulu pernah ade part dlm enjin rosak,engineer chery dr china datang mai.tp xleh setel jgk.boleh tanya kedai chery kota bharu pasal kes ni.hehe

      • jgn kata ce jer.. member aku pnya 308 turbo rasa bln nie dah 3 bln dah tersadai kat svc ctr.. enjin blok ada masalah… svc ctr naza kat sini tak berani nak usik… moral of the story mana2 kereta ada pros and cons dia…

    • errr… sbnrnye cherry eastar ni xlepas nk jual kt mesia ni.. tp dorg gune dasar ala2 mngugut… klo mlysia x bg… nti…. tutt…… fhmkn la sendiri..

    • Rasanya crash test tu hanya china crash test dan bukan euro crash test (baca wiki). Tak jual pun di UK? Masa Waja dapat 3 star adalah euro crash test dan masa itu ia lebih baik dari satu jenis mpv besar buatan korea kalau saya tak silap. Waja masa keluar juga di puji oleh majalah auto UK yg kata handlingnya lebih baik dari model VW golf masa itu.

  23. Kalau pasal seni, memangler diaorg ni buta. Sesuai untuk org yang buta seni gak. Kalau ler Avanza ni pakai independent rear suspension, dah memang aku beli yg burok punye.

    Aku berangan buat Locost punye chassis (buku Haynes dah ada). Ada org kampung yg sesuai diupahkan untuk buat kimpalan. Pastu cari donor vehicle yg sesuai. Ker patut aku cari Merc lama?

  24. Haha…idea copy from exora…Center row seat can be foldable…pastu split 50:50…agak2 selesa ke orang yang duduk kat tengah2 tu…? nampaknye proton lebih bijak dengan exora seat split 60:40…

    • Aku punya Hyundai Trajet tahun 2000 pun sama. 7 seater; row tengah 2 aje. Ada isle tengah so boleh ke hulu ke hilir. Cuma sakitnye Trajet ni nak keluarkan seat dah xleh. Tali yg sambug ke cengkam kerusi tu dah putus…

  25. ha..ha..samalah bro, baca sume akta kastam yg termasuk akta utk zon bebas cukai.

    Menda locals yg dieksport dr semenanjung ke langkawi masih dikenakan duti eksais.

    Yg free duty tuh free import duty, free excise import duty n free sales tax.

    Excise import duty n excise local duty sama jek jumlahnya, tp sebab dlm undang2, istilah import tuh menyebabkan apa2 menda termasuk kenderaan luar di bebaskan dr cukai, tp excise local coz nama local,xterkecuali, kena bayo.

    Dlm akta zon bebas cukai dah nyatakan aper2 menda tempatan termasuk kenderaan yg dieksport dr semenanjung ke langkawi di kenakan duti eksais. Cume sales tax sajek di kecualikan.

    Nanti bro campro publish. Sebahagian file telah dihantar kat tuan tanah, ada sebahagian lagi, akan nyusul,email ada prob ckit,asyik2 fail attch file.

    Paling senag,masuk jek laman web kastam, maa n miti. Sume dokumentasi adek. Rajin2lah membaca yek

  26. pasal crash test cherry tuh,auta ajek, g lah kat australian ncap, mmg xda cherry eastar coz kete lama, tp tgk kete br cherry n suv dia tahun 2011 n yg suv tuh rasa ada jual kat malaysia,tiggo rasanya,punya crash test result,jgn tgk bintang, tp tgk offset crash test n side impact crash test punya markah.

    Banding ngan s16 saga. Depa punya markah offset crash bwh 5 dr 16 markah, s16 9++ dr 16 markah. Itu kete baru 2011, tp cherry eastar nih dah lama, so,paham2 jelah, hancus chasis klu tgk gambo crash test kete n suv tuh…

    Salesman pun,klu nak auta, jgnlah melampau. Waja punya result offset lg baik dr cherry punya result. Itupun waja platform lama.

    Itulah org malaysia, nak cari mkn pun,jgnlah menipu org, ini nyawa org.

    • tu la.
      CE kt euro-ncap xde, kt oz-ncap xde, kt china-ncap xnmpk.
      so petik mana yg kata CE ni 4*? ke 4* compliance je?

      avanza bape 4*?
      ni chassis lama, kn?

      • Avanza ada crash test ke farghmee? ke sekadar perli?

      • entahler compliant@x coz yg cherry 2011 kat ozncap, klu ikutkan offset crashtest, 2 star ajek markahnye, yg dpt 3 star keseluruhan coz markah dual airbags, abs,ebd n 3 point elr utk cetre seat xsilap aku. itu kete 2011 lah, eatar rasa tahun 2009 kat malaysia,kat luar,xtau bile, klu ikut logik,yg brpun stakat low 2 star compliant,klu yg lame,mgkin lg kurang, xtauler kot cherry cipta sejarah,yg lama 4 star compliant,yg br 2 star ajek :-)

      • bukan perli yg pasal avanza bape * tu.
        cuma nk tau, produk yg bakal dibeli oleh pengguna lain ni berapa * nye.

        kalu exora tu, mmg ncap compliance.

        yg inhouse test ni aku susah nk percaya (kalu kata avanza & easter ni ada la * nye)

        yg ozncap tu pn bukan Easter pn. model Tiggo & apentah (J11 & J1)

        haha

  27. satu lg, cherry eastar mana ada jual kat europe,camne dpt rating euroncap??? Xdapun kete cherry dlm euroncap???yg ada australian ncap.

    Klu ckp ncap sajek,bleh lah aku percaya ckit, tp bila tgk crash result kete cherry kat ancap, secara logiknya,klu kete br pun teruk offset crash testnya, klu yg lama,lglah teruk.

  28. lupe nak ckp,ozncap, utk dpt 2 star compliant, offset crash test minimum 4.5 dr 16 markah, n yg cherry tuh,satu dpt markah minimum, yg satu lg, xcecah markah minimum 2 star, satu star ajek.

  29. Fuyyoo !!! ‘All new Avanza’ pkai Gear AT 4 kelajuan tuuuu !!!!

    #Hey come on lah,Proton Juara lagi cantik dari ‘All new Avanazak’ nih !

  30. bila aku bg fakta dr sumber yg sah,ada jek yg thumbdown aku, salesman cherry ke@ cherry owner? :-), i know, truth hurts, but u need to get the true picture.

    Xmau trime lantaklah, tapi yg penting, org lain dpt info yg sah dr sumber yg sah, bukan petik dari langit n auta bertingkat2.

    • bro mat klo fakta to sah2 belaka…sejuta thumbdown pun xpe…..
      apa yg penting kbenaran fakta to….
      cnth tgk pd bas2 rapid kl yg diimport khas dr sana sudah…. :-)

  31. Saya ada baca tentang syarikat Toyota ni. Toyota ni semuanya dia buat in house, daripada enjin hingga le ke design kereta. Sebabnya, Toyota tak percaya dengan konsep outsource. Hasilnya Toyota keluarkan kereta design unclish, enjin yang sama digunakan berkali-kali (ni berkaitan dengan reliability, bak kat orang kampung “if it’s ain’t wrong, don’t fix it) dan teknologi agak ketinggalan (Toyota adalah pengeluar kereta terakhir guna front wheel drive dan masih gunakan rear wheel drive dalam akhir 70-an. Berdasarkan pembacaan tersebut, Toyota lebih berpegang kepada ketahanan kereta (susah masuk workshop) berbanding design dan teknologi yang baru.

  32. GO FOR EXORA BOLD PREMIUM 1.6 CVT… BARU 79K… MEMANG PUAS HATIII…
    Baru pergi tengok semalam… Enjin Yg lebih power (Turbo), Interior yg kemas, Lether Seat lagi…

    Banyak eksesori tambahan…

    Ada folding side mirror,
    LCD, DVD, USB,
    Reverse Camera,
    Break Disc depan belakang,
    Rim Sukan 16″,
    Complete Skirting,
    Smoked Lamp,
    Auto cruise,
    EBD, ABS,
    dual Air-beg,
    Lampu LED,
    GPS & mcm2 lagi la…

    Kira tak payah tambah apa2 lagi da… Value For Money MPV….
    Kalau compare dgn Avanza ni.. Rasa memang jauh ketinggalan…
    Dari segi design, Enjin, Kualiti & Aksesori memang tip top…
    Kalau Org Malaysia X hargai usaha Proton nie tak tahu la…

    Yang Penting Pergi tengok dulu N test drive 2 2 model…
    Baru buat keputusan…
    Memang Teruja nak Angkat 1…

    • org buta dengan toyota jer x perasan benda nh. Bagi deorg, toyota adalah perfect. Nampak sangat pemikiran sempit.

  33. aku pakai gen2…dan avanza..jiamt ke avanza?…mmg jimat dr gen2 tp beza tk jauh pn..kalo isi rm20 jarak sama gen2 dh mnyala merah avanza tnggal lg skit..stay kna topup gak..tkde beza jimat nye,pahtu toyota bln2 kna byr mahal dr proton..pusing2 sama je kna klua duit..cumaaaa nak jual balik je la keta jepun ni ade rege, ..jimat la sgt!..kalo dh petrol tu patrol gakla…nk jimat ngv la..or pakai moto..pis

  34. exora bold pilihanku. berbaloi-baloi…Anda pasti terpegun…hidup proton..

  35. proton tu jenama keta malaysia…bagus tuuuuuuuu,tapi sayangnya utk kegunaan orang tempatan , buatannya macam hampas,,,tp kalu nak ekspot , bukan main bagusnya……saya rasa ini yang patut kita ubah…betul lah pepatah orang tua” “kera dihutan disusukan…anak dipangkuan mati kelaparan” …kalau kita transformasinya kepada dunia pemotoran di malaysia …samakan…bunyinya…
    …kalau kita tak dpat ubah perkara ni…lama-kelamaan orang tak percaya dah keta malaysia….kesian kat Dr M…dia buat penat2 nak membangunkan dunia pemotoran….org bawahan buat perdajal….elok juga Dr M ..tinjau-tinjau mereka tu..kalau patut dibuang…buangkan…kalau tak dibuang..nanti jadi virusssssss….fikir-fikir..lah

  36. haiya…. avanza baru lancar pun dah kluar iklan kat tv. exora bold bulan 12 lagi lancar takde lagi iklan kat tv. cam mana org nak tahu kewujudan exora bold. package dah bagus hebahan hancur.. harap pada internet jer nak dapat info

  37. Saya menggunakan avanza 1.3 sejak tahun 2005, model 2004. Amat teruja bila exora bold di lancarkan, maklumlah dalaman cukup memikat lebih luas dari avanza, Harga sama exora bold dan avanza 1.5s. pergi test drive exora bold di dua tempat. apabila soalan di ajukan kpd salesman mengenai turbo, kedua-duanya memberi jawapan berbeza dan tidak meyakinkan, tak apa. buat test drive bersama isteri dan anak. buka je pintu depan, rasa berbeza dengan avanza, pintu exora kena tutup dengan kuat. tak apa lagi, buat test drive, memang exora ada power ini di akui. malangnya bunyi enjin exora amat kasar bagi kereta baru, dari segi suspension pun exora agak kasar. Selepas tu pergi buat test drive avanza. Susah juga nak buat pilihan sayang pada exora yang eksklusif, dan suka pada avanza yang selesa dan akhirnya tanya isteri dan anak nak yang mana satu, kedua-duanya pilih avanza. Bukan nak condem exora, tapi kelemahan tersebut perlu di perbaiki. sebab yang beli kereta jenis ini bukan orang yang kaya, perlu hutang 7-9 tahun.

  38. saya dalam dilema, avanza atau EB…
    1. tiap-tiap minggu drive serdang selangor ke kemaman.
    2. ke tempat kerja yang jauh ke damansara tiap2 hari
    3. kuat round satu semenanjung malaysia, kereta lama saga kereta kebal dah 7 tahun, km sudah 211,000, dah 2 kali tukar timing belt

    avanza, maintainence murah, atas paper, salesman beri skedul servis. EB pula macam mana dgn maintainence? boleh sape2 yang pakai EB beri pandangan. anak baru 2 orang. dua-dua dah test drive.

  39. Saya rasa Exora lagi selesa dari Avanza. Lain orang lain pendapat. Lagi pun Exora boleh bawa sehingga 7 orang dewasa dgn senang manakala avanza 5 dewasa dan 2 kanak-kanak belum sekolah.

  40. zool, memang diakui EB luas dan berkuasa, saya nak tahu maintainence EB macam mana? ok tak?

  41. lau 1.8 kn best..huhu

  42. Exora bold CFE pon dh bnyk complain, problem kt enjin CFE, yg paling famous problem One way valve, time start enjin bunyi semacam je, pstu dh ada kesan leaking, kata power, power pebenda klu kualiti enjin CFE mcm ni, dh ada leaking dan bunyi pelik, cmni ke kata produk kualiti kebanggan malaysia,

    • apa fungsi one way valve?

      apa bunyi yang semacam tu? kepishhhh kepishhh ke?

      leaking kat mana?

      nak tau jugak la kan dari expert macam bro..

      • drp pembacaan aku, sebahagian kecil enjin cfe ada problem pd one-way-valve (OWV).
        jgn risau, OWV ni problem kecik je.

        OWV ni ialah nama lain bagi Check Valve.
        fungsinye ialah membenarkan fluid (gas/liquid) lalu pd 1arah (1way) saja & tidak boleh patah balik..1way maa..

        utk CFE ni, aku xsure apa medium yg di-1way-kn.
        myk utk vvt ke? EGR ke? serius aku xtau.

        ada video kt utube psl OWV problem. sila google.

    • mak mertua aku ada EB CFE.
      buat anta bapak mertuaku berubat.

      pakcik driver tu ckp, kalu ayah mertuaku bg isyarat potong kete depan,
      dgn selambe je potong..turbo mah!

      bunyi cfe mmg agak kuat, +lg kalu compressor aircond berfungsi.
      tp weh, kalu duk dlm tu, mmg senyapla, mcm myvi premium wife aku.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 1,461 other followers