funtasticko design

http://funtasticko.net

Proton Artiga buka mata peminat kereta di Jepun!!!

96 Komen

Nampaknya ramai peminat kereta di negara matahari terbit dah mula berminat dengan Proton sejak CUSCO jadikan Satria Neo sebagai kereta rali & memenangi kategori yang disertainya. Kali ini Proton membawa kereta konsep Artiga untuk dipamerkan di Tokyo Auto Salon 2012. Adakah Proton akan mengeksport lebih banyak modelnya ke Jepun selepas ini, sama-sama kita nantikan.

* harap kat Jepun lepas ni ada geng “Malaysian wannabe” pulak,  kat sini bersepah “Japan wannabe”, hahaha… 🙂

96 thoughts on “Proton Artiga buka mata peminat kereta di Jepun!!!

  1. bro…selain dr proton Artiga,model apa yg proton pamerkn kt sana…

  2. terbaiiiiikkkkk………… 🙂

    bangga tgk kete proton ada kt japon…..

  3. peh…kalaulah p3-22 gempak designnyew cm nie…mcm mne lak anggapan diorg…??

  4. tp tgk audience.. takdak.. hehehe..

    • mungkin time photograper ni ambik gambar tu orang tak ramai kat booth proton kot

    • derang x heran kot ngan artiga ni…

      nmpk pun mcm kureng jee…wide body yg x menjadi…

      tggu p3-21 la kuar pastu tuning baek2 punyer…

      pastu anto jepon tgk…mesti terbeliak mata sepet derang…hu3

  5. Saga R3….dua2 menarik..sy amat bangga bla jenama proton akn dijual di jepun…

  6. bro campro,gambo saga r3 pnye xde?

  7. pandai proton letak nama. melayukan sebutsan R3, jadilah Artiga.

  8. simple & comel head lamp artiga ni. front profile memang aku suka. 🙂

  9. Spec : Power 180hp / torque 200nm & Supercharged!!
    Pergh..meleleh..!!

  10. Top speed : 235km/j
    0-100km/j : 7.6s !!

  11. Artiga ni bukan under Proton.. Kalo x silap saya Artiga ni under Youngman…

  12. Artiga ni dulu kan Youngman pernah pamer kat China. Sebab tu steering dia sebelah kiri. Tapi ni sebenarnya Youngman ke Proton yang buat sebab nampak Ah Beng sangat.

    Kat Malaysia ni memang majoriti naj jadi Japan wannabe. Hatta kereta pakai badge Jepun tapi kat Jepun pun takde jadi kegilaan konon-konon datang dari Jepun.

    Untuk rakyat Malaysia yang tak tahu, boleh la saya jelaskan satu-satu kat sini:-

    1. Model Vios 2nd generation
    -Model ni develop oleh Toyota Thailand based on Yaris platform. Kat Jepun tak jual langsung, dan totally design & made in Thailand.

    2. Nissan Grand Livina
    – Model ni develop oleh Dong Feng China, syarikat JV Nissan di China. Ada version pendek nama dia Livina (takde grand pun). Ni pun tak jual kat Jepun.

    3. Toyota Innova/Fortuner/Hilux
    – Model ni develop oleh Toyota Thailand bawah IMV project. (Innovative International Multi-purpose Vehicles) Project ni share satu platform untuk spawn 3 model utama ni. Innova pun takde jual di Jepun.

    4. Toyota Rush/Avanza
    -Model kompak MPV derived daripada Innova juga. Ni target khusus kat Indonesia. Sebanrnya develop oleh Daihatsu, anak syarikat Toyota. Tahukah rakyat malaysia yang Toyota Avanza di Malaysia sebenarnya dipasang di Kilang Perodua rawang dan bukannya dibawa dari Jepun? Enjin dan CKD kitnya pula dibawa dari Indonesia. Di indonesia ada versi Daihatsu Xenia bagi Avanza ini.

    Kesimpulannya, adakah cukup ‘Jepun’ model-model badge jepun di atas? Fikir-fikirla sendiri. Orang bijak tak kenal erti kalah, tapi orang bodoh tak reti mengalah.

    • Mmm… info yg menarik. Cuma di jepun, model vios dikenali sebagai toyota Belta dgn spec yg lebih cun melecun:)

      Cheers!

      • Vios Belta kat jepun tu 3rd generation VIOS. First generation Toyota Soluna, jual di Thailand sahaja, yang second generation tu baru masuk Malaysia. Vios Belta ni dikenali juga sebagai Vios Dugong kerana rupa parasnya.

    • owner vios ni maknanya ‘thai wannabe’ la ye…hahahahahaaa…

    • nh nak share kat FB nh..

    • 1. Model Vios 2nd generation
      -Model ni develop oleh Toyota Thailand based on Yaris platform. Kat Jepun tak jual langsung, dan totally design & made in Thailand.

      ………………
      yeke bro..psal aku ade tgk gmbar lepas tsunami jepun..
      ade vios dugong sidai lepas kena banjir tu

  13. td gua sembang dgn salesman proton yg br blk dr kursus psl exora bold kt proton s.alam. (gua dh t’pikat dgn exora bold ni…) dia ckp bln 2 ni ade krsus lg utk model baru tp bkn persona R…ade model baru pakai enjin 1.8…dia ckp bkn mpv,mgkin sedan…

  14. innova – mpv dgn suspension lori

  15. mgkn lbh cun nanti klu p322a ada varian 3 pintu gantikan neo. pastu buh cfe dan supercharge, mesti meleleh punya

  16. Just sayin’. Do any of you guys noticed the name “Artiga”. Somewhat means, Ar = R and Tiga = 3. It’s just a freaking fierce looking Japanese version Satria Neo R3.

  17. bro campro, macam mana anda tahu lebih ramai peminat proton di jepun??
    hahaha…

    speedhunters ambil gambar tak kisah dengan proton pun 🙂

    • bila masa sy cakap ada ramai peminat proton kat jepun bro? sy cakap “harap kat Jepun lepas ni ada geng “Malaysian wannabe” pulak, tu je…

    • Speedhunters pun baru buat coverage utk TAS 2012 Day 1. Saya ada post komen kat sana pasal benda ni (http://bit.ly/AqirhK), so hopefully dalam coverage utk day 2, ada la 1-2 gambar.

      *bro campro, tlg deletekan komen sebelum ni. typo pulak tang nama saya tu.

  18. R3 pun sekarang dah ada Sub Brand ” Artiga ” …. hebat

  19. Manalah tahu suatu hari nanti kereta Proton juga digunakan di dalam filem “Fast And Furious” hahahha…

    Filem negara kita sepatutnya menggunakan kereta Proton lebih banyak juga dalam cerita aksi seperti KL Drift dan lupa satu lagi filem….lupa namanya…

    cerita kereta kejar-mengejar… kereta polis bolehlah pakai Proton Inspira dan bukannya Mitsubishi Lancer…

    Bukan mahu rakyat malaysia terikut-ikut apa yang dibuat di dalam filem… hanya untuk menonjolkan kereta Proton dan tidak lupa dengan pemanduan “Lotus / Proton Ride and Handling”….

    Apa pendapatkan sekalian?

    • dan kalau boleh, Biar Penjenayah pakai kereta lain. Sebenarnya banyak cara kite nak promote local product. Tengok mcm korean variety show ” RUNNINGMAN”- sapa yg tengok la. Deorg kalau ada misson yg perlu drive kereta ke satu tempat, x ada satu pun episode die pakai kereta lain selain Kia. Kia Forte, Kia Morning a.k.a New Picanto, Kia Ray, Kia K7 and Hyundai Sterex. Seronok tengok deorg pakai local product.
      Malaysia? Polis pun nak pakai lancer. Org Biasa x d pun nak pakai persona, Waja, Exora, Saga. Mungkin x nampak mewah kot. Tapi saya lebih suka guna local product. Kalau boleh tepon guna la CSL ke. CSL ok aper, model MI 410.

      • aku pon pernh gak pakai csl as backup, ringan dan kecik
        siap ada azan lagi cuma button dia agak keras
        pastu hp tu hilang, huhu

      • CSL? sori ar bro nak cakap..kualiti teruk..huhu
        ada satu model pernah aku beli RM599 regenya..

        pakai 4bulan cas tak masuk, pergi tukar wayar ok.. skrg ni tak masuk lg, waranti dah habis takbley tukar..

        pakai hampir setahun, casing mula tanggal colour chrome..huhu..

        button sgt keras, application tak smooth dan tak user friendly,

        waktu azan? huhu..satu lagi masalah, tak accurate dengan waktu sebenar..

        sekali pergi pasar malam terjumpa model China hampir sebijik mcm model aku pakai tu..dijual rege RM150 mcmtu je..huhu.. Sbb CSL ni dgr kata barang2 China, pasang balik kat Msia..

        last2 aku dah tak pakai CSL tu, biarkan ianya menjadi kenangan..

      • itu yg lama… saya pun pernah pakai.. Dah try yg baru, Mi410 dan terutama yg pakai android. Bagi saya pakej mi410 nh mmg puas hati la. Harga pun ok.

      • gua suka idea promote keta lu tu.. tapi ikotkan bkn stakat running men je, cite korea mmg byk tunjuk diorg pakai local cars sbab nasionalism diorg tinggi. kalu cite tu nak tunjuk watak kaya gila, baru diorg pakai keta luar yg up.

        tp serius bro. idea lu pakai keta sendiri dlm filem2 besar cam best gak. neo r3 main kat hway ke, preve jadik keta executive atau bos2 ke.nk lg up roger neo s2000 main kat federal.fuhh…

  20. “Hang Li Po, Hang Tuah Tak Pernah Wujud – Khoo Kay Kim”

    Proton Tuah?

    Konsep 5 bersaudara?

    p/s: rasa tertipu dengan sejarah.. rasanya nama Proton Tuah akan jadi pertikaian nanti, perlu ada nama baru..huhuhu

    • kalau Hang PC macam ne bro? hahaha… jap lg ada lak bro Hang PC datang… 😉

    • “Absence of evidence is not evidence of absence.”

      Prof. Khoo kata takda bukti bertulis, tapi tu tak bermakna Hang Tuah 5 bersaudara, Puteri Li Po tak wujud. Mungkin bukti nya dalam cerita lisan turun-temurun, ataupun dlm bentuk lain.

      King Arthur pun mcm tu, terbukti cuma fictional character, takda bukti kukuh yg dia wujud, tapi rakyat Britian takda pun rasa tertipu. Rasa ingin tahu yg makin mendalam, ada la kot. 🙂

      Psl nama model baru tu, rasanya takkan guna nama Tuah kot. Tu cuma part of the concept utk KL motor show haritu.

      • ye ke tak wujud, jadi tapak kaki dengan perigi tu bukti yang tipu la ye selama ni…hahaha… mungkin kisah hang5 tu mungkin lebih kepada kisah mitos atau lagenda supaya ada la sesuatu utk diingati oleh generasi akan datang…

    • boleh guna bahasa cina pergi cari di baidu ….. di sejarah China memang xda peteri Hang Li Po ….

      jika ada Hang Li Po , kenapa Hang Tuah Hang Jebat jadi pahlawan melayu, mereka buka orang cina dari China ?

      kerajaan BN ubah semua sejarah ….

      • Sejarah di sekolah baca untuk exam ….. lepas exam boleh lupakan

      • kisah hang tuah, hang li po dan macam2 ‘hang’ lagi telah diceritakan secara turun temurun sebelum wujudnya BN, PKR, DAP, dan sebagainya…malah telah diceritakan sebelum tanah melayu merdeka…cerita2 tersebut mungkin tiada dalam simpanan sejarah China mungkin kerana kitab sejarah tersebut telah hilang (terbakar, terjatuh dalam laut, dan sebagainya) semasa orang2 China sendiri memberontak menjatuhkan Empayar Maharaja China dan menyokong Komunisma…

        ironicnya, orang2 melayu tidak pernah menentang menjatuhkan kesultanan melayu yang adil dan saksama ketika dahulu, kecuali orang2 tanah melayu yang menjadi talibarut penjajah berbuat demikian….

        didalam buku Sejarah Melayu dan Hikayat Hang Tuah yang dikarang sebelum Malaya merdeka, ada menceritakan perihal Hang Tuah….mungkin sesetengah orang berpendapat bahawa ini hanya rekaan semata2, tetapi sejarah indonesia ada juga menceritakan perihal taming sari yang juga mempunyai kaitan dengan hang Tuah….

        ketika tanah Melayu dijajah, mungkin sebahagian besar manuskrip sejarah telah diambil oleh penjajah untuk dibuat kajian mengenai penduduk peribumi di tanah Melayu, maka hanya sebahagian kecil manuskrip sejarah dapat diselamatkan oleh kesultanan Melayu….jika tidak percaya, cuba cari manuskrip2 ini di Eropah…

        sekian…

        p/s: maaf tuan blog sebab offtopic

      • tak perlu sebut mane2 parti poitik ler sini.. ganggu mood forum automotif..hehe

        Tapi wujud ke tak, aku still anggap Laksamana Hang Tuah dan lima saudaranya wujud..

        Itu jela HERO yang bangsa kita ada..Walaupun banyak Malaysian yang minat Kamen Rider, Ultraman..

        p/s: Shin Chan VS Mat Jenin/ Pak Pandir …

      • abe,

        banyak lagi pahlawan melayu. Cume 5 sahabat nh yg diwar2kan banyak. Kalau baca buku sejarah lama (warna coklat), banyak cerita tentang berapa banyak rakyat biasa yg menentang dan ada juga berjaya melawan penjajah. Tapi seperti biasa, bila penjajah dah pegang, semua cerita diputar belitkan dan kata org malaya melawan penjajah yg kata “come in peace”.
        Sama la mcm Iraq. Rakyat yg menentang penjajah dipanggil pengganas manakala penjajah yg menjajah negara mereka dipanggil hero. Sedangkan 500k org awam irag mati, dan Penjajah 15k org jer.
        jadi, fikir2 kan la.

    • Mmm… nama 5 ‘hang’ bersaudara tu dlm model2 proton tu hanyalah nama2 konsep utk pameran sahaja. Tak de maknanya proton nak bagi nama begitu utk mass production:) Tapi kalau dilihat secara tersirat begitulah inspirasinya semangat pahlawan berjuang.

      Kalau rasa tertipu dgn sejarah, terpulang… Apa yg Khoo ckp tu pendapat peribadinya. Tak semua sejarah dpt dibuktikan dan dicatat. Adakalanya cerita2 nie disampaikan turun temurun dari satu generasi kepada generasi seterusnya. Kalau nak bukti n fakta mmg payah. Kena ar buat kajian berterusan dn prosesnya tidaklah semudah dgn hanya persoalkn ‘mana bukti?’. Kalau cam tu, mahsuri pun tak wujud, parameswara pun entah betul entah idak, kerajaan langkasuka pun mitos bla bla bla… kn? kn? knn?

      my 2 cents.

      cheers!

      • tu la pasal bro, org yg ada sekarang ni pun diorg bukannya hidup masa zaman tu, jadi teori yg diorg buat tu mungkin la tak berapa tepat… yang boleh dipercayai kalau ada artifak/peninggalan sejarah atau fosil2/tulang yg ditemui…kat situ boleh buat research secara scientific lagi

  21. kesimpulan:

    peminat web funtasticko&japan wannabe je suka dan anggap keta proton best..yg laen anggap keta proton hanyala kereta cap ayam..masa time sembahyang JUMAAT kt masjid setiawangsa minggu lepas, ade SA plotong buke booth show keta EJORA bold..time tu sy gan kawan sy tegah makan nasi byani depan booth..kawan sy cakap,”EJORA!!!..malas aku nk tegok,kalu keta japan nk gak aku tegok,same je..xde ape beza pom”…ni satu contoh,byk lg contoh2 yg m’yedihkan hati dan perasaan bile mdengar…

    • kereta yang bezanya jenama je, tak semestinya buatan luar tu semua bagus & buatan sendiri tu tak elok… ikut pada kemampuan, keperluan & minat masing2… kalau mampu pakai jenama mewah pakai je, rezeki masing2…

      • tapi ade yg pakai HONDA CIVIC FD,Lancer..tp bagi susu kt anak pom bg susu murah,insuran anak pom xde..PTPTN pom sankut…x cukup bulan,da ikat perot..penin2…bile tegok keta proton hina sepuas-puas..macam la die dulu time belaja kat MIT,ecole polytechnique,caltech,california berkeley,maryland..

      • mcm species akupunya jer…ker die dah tkr nme lak kali nie…

      • pagi td ada dgr iklan exora bold kat radio
        antara intipati : kenderaan yg jimat, berkuasa (1.6 turbo @ n/a 2.0)dan ruang yang selesa
        harap proton dpt teruskan iklan sebegini

    • ayat yg contradict antara satu sama lain.

      “peminat web funtasticko&japan wannabe je suka dan anggap keta proton best..”

      “..kalu keta japan nk gak aku tegok..”

      kesimpulan;
      mentaliti beruk. beruk masuk rmh orang dan beruk buat kucar kacir dlm rmh orang tersebut.

      • x x..

        aku faham ayat plotoncapayam tu.

        plotoncapayam kata kt FDesign ni ramai yg suka proton,
        sedangkan ada kawan dia yg xsuka proton.

        kawan kpd plotoncapayam yg kata “..kalu keta japan nk gak aku tegok..”.

        reaksi kpd komen kawan dia, plotoncapayam kata “ni satu contoh,byk lg contoh2 yg m’yedihkan hati dan perasaan bile mdengar…”

      • Proton cap Harimau la, mana ada cap auam. 🙂

    • Mmm… satu contah jer?… contoh yg banyak seperti; EJORA terbaik, power, hebat dlm kelasnya, value for money dll. yg org sedang perkatakan tu buat2 tak dengar la plak yek?:)…

      cheers!

  22. sebagai pemilik satria neo..hanya satu sahaja yg menarik pasa Artiga nie..lampu depan..yang lain… tersangatlah hodoh.. macam design ah beng gile babas.. rear view.. fuhhh neo tetap eo.. tapi bayang jika Nora Danish besarkan punggung 3 kali ganda drp biasa & pakai baju bling2..

    p/s : 1000% kali lagi hensem Satria Neo Turbo yg display kat KLIMS tu.. BERGAYA, GAGAH & PERKASA.. nie barulah pendekar dari nusantara!!!!

    • betoi sebagai pemilik neo tgk design nie terlalu over tp design depan cun..rasa mcm nak convect lampu depan msk lampu blm mcm artiga 😛

  23. Nora Danish? kalo Nora Elena tu ok gak…

    Jujurnya, memey side nampak tersangatlah AH BENG..

    kalau buat side mcm Satria GTi still nampak ok..

  24. http://paultan.org/2012/01/18/reports-drb-hicom-to-cut-protons-costs-review-lotus/

    harap DRB-Hicom tukar Proton to become a damn good solid quality carmakers!

  25. Saya nak tanya. Satria neo nh mmg die jual Untuk compete rally kelas N sahaja ker ataupun boleh OTR.

    • Kereta rally sepatutnya road legal. Sbb tu Neo Gr. N yang Karamjit Singh srive ada no plate WVB 4981 dan Neo S2000 berpendaftaran YN10 GOK dan YN09 KWT.

      Lagipun, kereta rally perlu bergerak atas jalanraya (Pilot kena drive sendiri) sebelum masuk stage by stage.

      Kalau tak silap, kereta rally nak masuk Malaysia pun kena buat clearance Kastam dan JPJ.

  26. offtopic: ada pihak mengatakan Lotus Group menjadi punca Proton Holding tidak menjana keuntungan dan mengatakan lebih baik DRB Hicom menghapuskan pengkalan proton di United Kingdom itu. sumber Berita Harian.

  27. offtopic:

    ada sa proton plentong bitau production satria neo dihentikan buat sementara utk beri lalulan pada satria neo r3 dan satria neo lotus edition. satria neo lotus dijangkakan berharga rm150k.

    ada sesape dpt sahkan? satria neo r3 mungkin yg turbocharge spt klim dan satria neo lotus mungkin supercharge?

    • setahu saya, satria neo lotus edition yg harga Rm115k tu la. Yg warna hijau tu. Satria Neo r3 yg baru warna merah, tapi x silap mmg deorg nak hardcore kan lagi satria neo pakai supercharge.
      BTW, Neo kan akan di EOL kan. So nh kira finalized before phase out la.

      • im a fan of neo, both shape and driving it,

        , yes there will be hatchback replacement but its not satria neo , satria neo is different its truely hatch, SWB and its only oassionally to be driven with 3 passanger normally just alone or with partner.

        imagine satria neo CFE. i believe it gathers more fan. ive seen even pensioner drive neo CPS to the mosque. simply he like the car, looks nice, sporty he said. they dont need 4dr ,kids are married , grown up ,

        not to mention the satria neo fans itself who does have an MPV or sedan at home, so, no weak point to have satria neo around.

        last but not least,, i rally want to see satria neo CFE, period.

  28. apepun..hamba masih menanti utk sambar adik neo skrg bila dah keluar..harga tak kisah sangat asalkan berkuliti, power supercharge/hybrid/turbo tak kisah asalkan >150hp & 230Nm, ada GPS, usb & dvd, ada town mode, rural mode, save mode & Sport Mode kat gear & bonus kalau 4wd..RWD pun ok gak, boleh drift hehehe!!! oh ya, satu lagi. Dashboard kaler kena gelap..baru rasa jiwa kelajuannya tu..nie kelabu..ish ish rasa murahan jer..dan glove box..besar la sikit!!!!!

    di harap jangan jadi design macam saga la, masih lawa, cuma takda kesinambungan.. at least buat la mcm Austin Mini tu.. kekalkan design yg sama..cuma adjust dr design bulat2 kepada design modern sikit spt seat ibe concept (seriously sebijik neo!!!) tapi still garangg.. ada pintu ke 3 belah blakang driver pun ok gak..buka hanya boleh dr dlm..buat ketat bg tak nampak. cam Hyundai Volester..senang nak campak brg hehehe.

    p/s : dlm tak kisah harga pun..harapnya jangan la cekik darah sangat, ie bawah RM90k ke..carik la untung dr luar negara, kata nak global kn..utk sesama malaysia ni, jual harga anak beranak sudah hehehehehe

    • kalaulah mana2 staff Proton baca nie.. dgrlah keluhan pemilik neo pulak.. betul2 dr hati semua tu. hanya jauhari mengenal manikam..

      p/s : taukay dah baru..jangan nak memandai cari easy way out je, SATRIA NEO ni walaupun pasarannya tersendiri, tapi sebab keta nie la nama Proton naik balik kat luar tu haaa… so be veryyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyy careful in creating his lil’ brother k.. handling, power, design & gadget mesti selari kalau tak. hmm baik kekalkan yg ada sekarang je!!!!

  29. http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/drb-hicom-open-to-lotus-sale/

    Kalau berita diatas benar berlaku adakah proton akan terus bertapak di negara luar kerana nama lotus ia berada ditahap sekarang.

  30. Benda yang paling lawak ialah bila proton terpaksa bayar lesen fees yang mahal atas semua teknologi lotus yang dia pakai dan semua orang especially bank analyst akan salahkan drb kenapa dijual lotus tu. Tapi time tu aku nak gelak pun tak sampai hati.

  31. alternativenya pd aku jual lotus xpe… tp kena pandai…tarik n bawa masuk semua technology lotus 2 dlm proton…. waktu 2 dah jualpn x kisah n may b tarik gak a few person yg core dlm lotus engineering 2… so semua benda yg bagus proton dah ade… so jual je la… proton leh terus kn utk ke global…

    dari sudut positive mmg baik drb n lakukan penambahbaikkan terhadap model yg sedia ada n dlm masa yg sama wat jv n global plyer cam vw, gm or sesape tp dia kena pandai… dia kena jadi role player… sbb base on plan drb katanya 3 thn ptama nie main fokus pd local dan 2 start ke asean n 2 yr utk prepair n start tawan global market…

    • Mmm… kalau DRB nak jual lotus, itu hak dia. Tapi adalah lebih bijak keputusan utk melupuskan lotus dibuat setelah program plan 5 tahun lotus itu dinilai n dilihat perkembangannya; berjaya atau gagal. Kalau gagal, baru ar lupuskan sahaja supaya tidak menjadi liabiliti. Mmg ar puak2 yg mmg nak sambar lotus nie, sedang buat mcm2 provokasi n tekanan supaya proton melalui DRB melepaskan lotus nie. Harap sgt gambaran besar nie dpt dihidu oleh DRB dan beri sikit masa. Sia2 la perancangan selama nie dgn apa yg telah proton laburkn kat lotus selama nie dgn plan pemulihan yg mendapat sokongan drp bank2 M’sia tu.

      Semua company kereta pun ada hasrat utk masuk pasaran global, semua bleh cakap. Tapi berapa kerat jer company2 nie menyerlah di pasaran global dgn model2 baru mereka? Atleast proton ada kelebihan brand lagenda lotus dari segi pemasaran nanti. Pasal lotus nie, mgkin la ramai yg anggap company kereta2 biasa jer. Sedangkan ia adalah antara company kereta sport mewah yg ringan di dunia.

      Mcm nie la… Kalau kita ada kereta mewah, mantenance pun turut mewah (tinggi), kereta2 murah mantenance pun murah. cuma kita mampu atau tidak menanggungnya. Tapi kalau kita tahu nilainya n percaya potensi dan masa depannya. kita sepatutnya sanggup melakukannya apa saja utk memastikan kereta mewah tu adalah milik kita.:)

      my 2 cents.

      cheers!

  32. payah gak sebenarnya. Sebab biasanya tech akan libatkan patent. Dan patent ialah benda paling berharga untuk company selain dari orangnya. Sebab patent ialah protection dari orang lain. Imagine tiba-tiba Toyota saman Proton sebab guna teknologi yang hampir sama dengan VVT. Selama ni kita ada Lotus untuk protect kita tapi bila dah jual nak buat macamana lagi. Ini bukan benda lekeh. Buktinya tengok Google yang sanggup belanja dekat 13 billion USD untuk safeguard diri dia.

  33. saya beli CSL mi320 ok jer… siap jatuh banyak kali lanyak jugak ok jer….

Tinggalkan Jawapan kepada prolever Batal balasan