Varian baru Exora Star menggunakan aksesori buatan Indonesia dilancarkan

* Gambar sekadar hiasan

PT Proton Edar Indonesia, pengedar kenderaan Proton di Indonesia telah melancarkan variant terbaru Exora Star yang menggunakan aksesori buatan Indonesia. Dengan dua pilihan transmisi manual dan automatik, varian yang ditawarkan adalah Exora Star Automatic, Exora Star Executive dan Exora Star Supreme. Tiga pilihan warna yang boleh dipilih iaitu Tranquility Black, Genetic Silver dan Solid White. Enjin masih menggunakan Campro CPS dengan kotak gear dari Mitsubishi.

Aksesori buatan tempatan Indonesia yang ditawarkan pada Proton Exora Automatic ialah head unit 2 DIN (USB, Bluetooth, CD), door visor, side body molding, tint glass dan mark top variant. Exora Star Executive pula ditawarkan aksesori buatan tempatan Indonesia seperti head unit 2 DIN (USB, Bluetooth, DVD), semi leather seat, alloy wheel, rear parking sensor, rear garnish body color, pillar B & C black colour, outside mirror cover, fog lamps, rear spoiler + HMSL (High Mount Stop Lamp).

Manakala Exora Star Supreme ditawarkan aksesori buatan tempatan Indonesia seperti head unit 2 DIN (USB, Bluetooth, DVD & GPS  Monitor Roof Mounted), full leather seat, front parking camera, rear parking camera, rear garnish crome, door handle crome, bodykit front, rear and side serta rear spoiler + HMSL (High Mount Stop Lamp).

Harga yang ditawarkan pula ialah :

    • Exora Star Automatic M/T : Rp. 154 Juta (RM 52,279.17)  A/T : Rp. 165 Juta (RM 56,013.40)
    • Exora Star Executive : M/T Rp. 168 Juta (RM 57,031.83) A/T : Rp. 179 Juta (RM 60,766.05)
    • Exora Star Supreme : M/T : Rp. 188 Juta (RM 63,821.33) A/T : Rp. 199 Juta (RM 67,555.55)

RM 1 = 2,945.72 Rupiah kalau ikut Currency Converter

sumber : otomotif.antaranews.com

* JOM UNDI FUNTASTICKO DESIGN http://www.socialmediaweek.com.my/awards/category.php?id=17

Jom UNDI Funtasticko Design!!!

Kepada sahabat-sahabat Funtasticko Design, inilah masanya untuk membuktikan sokongan anda kepada saya. Jom UNDI Funtasticko Design sebagai Best Auto Blog. Mana la tau dengan berkat sokongan anda semua blog ini akan lebih maju di masa akan datang. Buat masa ni takde la apa manifesto atau janji-janji pilihanraya yang boleh saya buat, cuma nak berikan yang TERBAIK buat anda semua. UNDILAH Funtasticko Design!!!

http://www.socialmediaweek.com.my/awards/category.php?id=17