Kereta apakah ini???

Saya baru dapat gambar ini melalui email. Pengirimnya cuma mahu saya & sahabat-sahabat yang lain meneka kereta apakah ini. Saya pun tak pasti kereta pe, ada sesiapa yang boleh memberi jawapannya tak?

* nampak macam design TUAH sikit, mungkin P3-21A kot?

JOM UNDI FUNTASTICKO DESIGN http://www.socialmediaweek.com.my/awards/category.php?id=17

DRB-HICOM bakal rombak pengurusan

Nampaknya pemilik baru Proton akan membuat rombakan pada kumpulan pengurusan kanan dan ahli lembaga pengarahnya dalam tempoh dua bulan lagi. Yang pasti akan digantikan ialah Pengerusi & Pengarah Urusan Proton. Mereka bakal digantikan dengan bakal Pengerusi baru Datuk Nik Hamdan Nik Hassan, yang kini adalah Pengarah Automotif Kumpulan DRB-Hicom & juga bakal Pengarah Urusan baru Datuk Lukman Ibrahim, yang kini adalah Ketua Pegawai Operasi DRB-Hicom. Mereka juga pernah berkhidmat dengan Proton sebelum ini.

Apakah strategi yang bakal dibuat mereka nanti? Diharap dengan rombakan ini Proton terus berada dilandasan yang tepat sebagai pengeluar automotif utama di rantau ASEAN & bakal menerokai pasaran global. Agak sedikit terkilan kerana Datuk Seri Syed Zainal tidak dikekalkan setelah berjaya merubah persepsi ramai tentang kualiti Proton. Tapi ini adalah hakikat yang terpaksa diterima kerana Proton bukan lagi dibawah Khazanah Nasional. Kemungkinan dengan pengalaman bakal peneraju Proton yang baru boleh memberi sesuatu impak yang positif selain dari meneruskan kesinambungan program yang telah dirancangkan sebelum ini.

Apa pendapat anda?

* Jika Proton lebih banyak “rebadge” kereta lepas ni standby la untuk kena “bash” ye, hahaha… :)

sumber : http://www.bharian.com.my/bharian/articles/DRB-Hicomrombakpengurusankanan/Article

JOM UNDI FUNTASTICKO DESIGN http://www.socialmediaweek.com.my/awards/category.php?id=17