PM LANCAR ‘CABARAN MOBILITI HIJAU PROTON 2012’

PUTRAJAYA, 29 Februari 2012 – Perdana Menteri Malaysia YAB Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak hari ini melancarkan Cabaran Mobiliti Hijau PROTON 2012 (PROTON Green Mobility Challenge – PGMC 2012), iaitu satu cabaran yang dianjurkan bersama oleh PROTON Holdings Berhad (PROTON) dan Agensi Inovasi Malaysia (AIM) bagi membangunkan kenderaan elektrik mesra alam. Dalam cabaran yang julung kali diadakan dan dibuka kepada pelajar-pelajar universiti tempatan ini, mereka dikehendaki menukar sebuah kereta Proton Saga berenjin konvensional kepada sebuah kenderaan elektrik sepenuhnya.

Perdana Menteri berkata PGMC 2012 merupakan satu contoh yang baik bagaimana tiga komponen utama sebuah masyarakat madani iaitu pihak industri, akademia dan juga Kerajaan, dapat menjalinkan kerjasama bagi mencapai pelbagai matlamat yang dapat memberi manfaat kepada Negara. Kerjasama seperti ini juga dikenali sebagai ‘Triple Helix’.

PGMC 2012 merupakan salah satu projek ‘Innovation Accelerator’ Triple Helix (THX) yang dikendalikan oleh AIM dengan melibatkan kerjasama pelbagai pihak dari pelbagai sektor bertujuan mempercepatkan inovasi teknologi dalam Negara. Melalui sinergi sumber dan kekuatan yang dimiliki oleh semua pihak yang terlibat, mereka akan mendapat manfaat yang besar daripada kerjasama tersebut.

Kerjasama ini juga akan memperhebatkan lagi aktiviti-aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D) PROTON dalam membangunkan model-model kereta masa hadapan sekaligus mengukuhkan lagi aspirasi PROTON untuk menjadi sebuah pengeluar kereta yang benar-benar global. Inisiatif-inisiatif bagi mempelopori dan mengkomersilkan teknologi automotif yang canggih juga akan memberikan satu lonjakan yang besar bagi industri automotif Malaysia.

Teknologi baru yang bakal dihasilkan melalui PGMC 2012 bukan sahaja akan membantu PROTON untuk membangunkan kenderaan yang lebih mesra alam dan meningkatkan ilmu pengetahuan dan kepakaran pihak universiti, malah ia juga akan memberi impak positif yang amat besar kepada seluruh rakyat Malaysia melalui pembangunan harta intelek tempatan, industri, sistem dan komuniti vendor serta pengurangan kesan karbon dalam Negara ke arah pemeliharaan alam sekitar yang bersih untuk masa hadapan.

Universiti yang mengambil bahagian dalam PGMC 2012 adalah UNITEN; UTeM, UNIKL MSI, UMP, UNISEL, IIUM, UTM, UNIMAP dan UKM. Setiap pasukan perlu membuat modifikasi ke atas sebuah kereta Proton Saga mengikut peraturan yang ditetapkan. Peringkat akhir akan diadakan dari 4 hingga 7 Oktober 2012 dan pemenang PGMC 2012 akan ditentukan berdasarkan keupayaan kenderaan tersebut melalui pelbagai ujian termasuklah jarak pemanduan, tahap pecutan dalam jarak suku batu, masa terpantas  dalam dua pusingan serta kelajuan maksimum.

PGMC 2012 adalah selaras dengan objektif AIM untuk membantu membangunkan kekayaan intelek melalui inovasi. Sebagai sebuah badan berkanun kerajaan di bawah akta Agensi Inovasi Malaysia 2010, AIM memainkan peranan yang penting dalam menggubal strategi bagi membangunkan eko-sistem inovasi Negara dan arus pendapatan baharu Negara melalui inovasi.

PGMC 2012 juga dijangka akan dapat menggalakkan rakyat Malaysia untuk menjalani kehidupan yang lebih inovatif dan kreatif serta memupuk budaya dan semangat berdaya saing.

Pengerusi PROTON Holdings Berhad Dato’ Sri Mohd. Nadzmi Mohd. Salleh berkata usaha syarikat tersebut ke arah menerokai teknologi canggih dalam bidang automotif adalah selaras dengan fokus industri automotif global dalam bidang teknologi hijau serta mobiliti yang mapan

“Kreativiti menghasilkan inovasi dan inilah tujuan utama aktiviti-aktiviti seperti PGMC 2012 diadakan. Jauh lebih penting daripada cabaran ini, inovasi itu sendiri merupakan komponen yang amat penting bagi mencapai kejayaan dan menjadi lebih berdaya-saing dalam apa juga bidang ekonomi. Dengan menggunakan industri automotif yang pantas berubah sebagai platform cabaran yang sememangnya ideal, saya percaya cabaran ini akan dapat menyumbang ke arah mengukuh dan memajukan kepakaran teknologi Malaysia dalam semua aspek penting,” tambah beliau.

Kerjasama antara PROTON dan AIM ini juga menunjukkan komitmen PROTON terhadap usaha transformasi Nasional untuk menjadikan Malaysia sebuah Negara berasaskan ilmu pengetahuan dan berpendapatan tinggi seperti yang termaktub dalam Program Transformasi Ekonomi (ETP) kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebuah Negara maju menjelang 2020.

“Masa depan industri automotif bergantung kepada tiga faktor utama iaitu; kebolehan pengeluar kereta untuk membangunkan secara komersil kenderaan generasi baru dengan kos yang paling efisyen; sokongan pihak Kerajaan dan penggubal dasar untuk memformulasi undang-undang jangka panjang yang bukan sahaja membolehkan pengeluar kereta untuk merangka rancangan masa hadapan, lebih daripada itu untuk turut menggalakkan faktor yang ketiga iaitu, kesedaran dan penerimaan masyarakat kepada penggunaan teknologi hijau atau sistem alternatif seperti hybrid dan kenderaan elektrik,” kata Pengarah Urusan Kumpulan PROTON Holdings Berhad Dato’ Sri Haji Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir.

“PROTON berhasrat untuk bukan sahaja meningkatkan kesedaran pengguna terhadap faedah teknologi hijau dalam bidang automotif, tetapi juga merapatkan jurang di antara kewujudan teknologi baru tersebut dan penerimaan orang ramai dan pihak Kerajaan terhadapnya.”

Ketua Pegawai Eksekutif Unit Inovasi Khas (UNIK) Dato’ Dr Kamal Jit Singh berkata, inisiatif seperti PGMC 2012 dapat meningkatkan lagi kualiti tenaga kerja masa hadapan.

“Apabila pelajar diberi peluang untuk menyelesaikan masalah sebenar yang dihadapi oleh Industri, pengalaman itu akan menjadikan mereka lebih efektif dan relevan. Mereka akan lebih bersedia untuk menghadapi pasaran kerja apabila mereka tamat belajar kelak,” kata Dr Kamal.

Sementara itu. Ketua Pegawai Eksekutif, Agensi Inovasi Malaysia En. Mark Rozario berkata PGMC 2012 merangkumi nilai-nilai yang terkandung di dalam Strategi Inovasi Nasional yang dilancarkan AIM pada tahun lepas.

“Bagi AIM, PGMC 2012 bukan hanya sekadar satu usaha untuk mencipta kenderaan berteknologi hijau dan menyumbang kepada pemeliharaan alam sekitar. Ia juga bertujuan memacu Malaysia menjadi sebuah Negara inovatif menjelang 2020, dalam konteks pembangunan sumber pendapatan baru dan kemajuan eko-sistem inovasi Nasional,” kata beliau.

“Teknologi baru yang bakal diraih dari penganjuran PGMC 2012 bukan sahaja akan membolehkan syarikat kereta nasional kita membangunkan kenderaan-kenderaan elektrik yang lebih efisyen, tetapi ia juga akan memberikan satu impak yang amat besar kepada seluruh rakyat Malaysia.”

Turut hadir di majlis pelancaran PGMC 2012 yang diadakan di Pejabat Perdana Menteri adalah Pengerusi bersama Jawatankuasa Penganjuran PGMC 2012 Dr Abdul Reezal Abdul Latif, yang juga merupakan Naib Presiden AIM, serta Professor PROTON Dr. Mohd Azman Zainul Abidin, pegawai-pegawai dari rakan-rakan strategik yang terdiri dari Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Malaysian Green Technology Corporation (GreenTech Malaysia), Malaysia Automotive Institute (MAI) dan Society of Automotice Engineers (SAE) International, Malaysia, ahli-ahli jawatankuasa teknikal, penaja-penaja serta Naib-naib Canselor, Timbalan-timbalan Naib Canselor, Dekan-dekan serta pasukan-pasukan dari universiti yang mengambil bahagian.

F12 Berlinetta, kereta Ferrari terpantas

Ferrari telah memperkenalkan model terbaharunya F12 Berlinetta yang menggantikan model 599. Dikatakan sebagai model atas jalan Ferrari terpantas pernah dibina. Kuasanya dijana oleh enjin tengah hadapan berkapasiti 6.2-liter (6262cc) 65 darjah naturally-aspirated V12 yang menjana sebanyak 740 HP (544 kW / 730 bhp). Kotak gearnya pula menggunakan teknologi F1 dual-clutch.

Kereta ini mampu memecut dari 0 ke 100 km/j dalam masa  3.1 saat dan dari 0 ke 200 km/j (124 mph) dalam masa 8.5 saat. Ia juga telah berjaya melengkapkan pusingan penuh di litar Fiorano dengan catatan masa 1 minit 23 saat, lebih pantas daripada kereta Ferrari yang lain.

Ada sesiapa yang berminat ke? Kalau ada duit semua boleh jadi kan, hehehe… :)

LE TOUR DE LANGKAWI 2012 : PROTON jadi tuan rumah pemulaan peringkat ke-6

PROTON Centre of Excellence di Shah Alam hari ini menjadi tuan rumah permulaan peringkat ke-6 perlumbaan basikal LE TOUR DE LANGKAWI 2012. Cabaran yang paling getir hari ini ialah pendakian puncak Genting Highlands dengan jarak keseluruhan sejauh 108km.

PROTON telah menjadi penaja utama acara tahunan ini sejak ia bermula pada 1996 dan ini merupakan kali ke-3, PROTON menjadi tuan rumah acara permulaan selain Jersi Biru Raja Pecut. PROTON juga menaja kenderaan, bantuan teknikal, penyelenggaraan kenderaan, tenaga kerja dan juga pemberian cenderahati di setiap lokasi perlumbaan. Selain itu juga kenderaan PROTON menjadi kenderaan calvacade yang akan mengetuai rombongan LE TOUR DE LANGKAWI.

PROTON HOSTS START OF STAGE 6 OF LE TOUR DE LANGKAWI 2012

SUBANG JAYA, 29 February 2012 – Cycling’s elite competing in the 17th edition of the Le Tour de Langkawi Starts Stage 6 of the prestigious race at the PROTON Centre of Excellence in Shah Alam today and what awaits them is a challenging 108km charge to the peak of Genting Highlands.

 Le Tour de Langkawi 2012 has attracted a total of 122 cyclists representing 22 local and top international professional teams who are competing in a gruelling 1,414km stretched over 10 days.

As a long-time sponsor of the tour since it was first held in 1996, this is the third time the event has been flagged off from the PROTON Headquarters. As in previous years, this year’s sponsorship of the tour involves a fleet of vehicles, as well as in terms of technical support, maintenance, manpower and merchandise giveaways. PROTON is also spearheading the cavalcade which is a procession of vehicles that proceeds ahead of the main peloton as it races through the country.

This is also the third consecutive year PROTON is sponsoring the coveted Blue Jersey which will be worn by the Sprint Champion of every stage, as well as the tour’s overall Sprint Champion.

Meanwhile, in conjunction with the prestigious tour, PROTON had also, prior to the start of this morning’s Stage 6, organised Le Tour de PROTON, a short race for cycling enthusiasts within the company to promote healthier living. 200 PROTON staff, including members of the Group’s senior management, will be taking part in this race, which will begin at the PROTON Plant in Shah Alam and will end at PROTON Centre of Excellence before joining the main peloton as they begin Stage 6.

“Beyond the realm of racing, Le Tour de Langkawi has more importantly become a powerful, impactful and successful branding exercise for the country, in which it has not only contributed in terms of driving up inbound tourism but has significantly elevated Malaysia’s status internationally,” said PROTON’s Group Managing Director, Dato’ Sri Haji Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir.

“Branding is also a key objective we at PROTON hope to fulfill in our support and sponsorship of the Le Tour de Langkawi. It provides us with a fantastic opportunity to showcase our range of vehicles not only to the local audience, but also the international riders, teams, officials and television viewers who follow the race.”

“And after being involved with LTDL for 17 years, it has become something that all PROTONians look forward to every year. This year, to celebrate our long-standing involvement with LTDL, and to create excitement amongst PROTONians, we are doing something new called Le Tour de PROTON for the very first time.

It is more than a cycling activity to promote health, but we also see it as a different approach to strengthen the relationship between PROTON senior management and staff. And I’m happy to say that the response was very encouraging, so it was a shame that we had to limit entrants to 200. We certainly look forward to doing this next year too,” added Dato’ Sri Haji Syed Zainal Abidin.

Le Tour de Langkawi was flagged off with 20.3km individual time trial around Putrajaya on 24 February 2012 and will end on 4 March 2012 in Kuala Terengganu.

Honda Insight baharu lebih menawan!!!

Honda Malaysia Sdn. Bhd. hari ini telah melancarkan model terbaharu Insight versi dipertingkatkan yang lebih menawan.  Dengan rekaan yang lebih futuristik ia pastinya memberi saingan hebat kepada pesaingnya iaitu Toyota PRIUS. Bumper hadapan dan belakangnya telah diberikan sentuhan terkini, lampu hadapannya juga ditintedkan dengan warna biru selain grille yang mempunyai pemantul cahaya yang juga berwarna biru untuk menyerlahkan lagi rupa keseluruhannya.

Empat pilihan warna yang menarik ditawarkan iaitu Super Platinum Aqua Metallic, Premium White Pearl, Crystal Black Pearl dan Alabaster Silver Metallic. Harga jualannya pula ialah RM99,800 (OTR), manakala bateri IMA (Integrated Motor Assist) didatangkan dengan jaminan 5 tahun atau 140,000 km yang mana terlebih dahulu.

The new Honda Insight is bolder and greatly enhanced

 Petaling Jaya, 29 February 2012 – Honda Malaysia Sdn. Bhd. (“Honda Malaysia” or the “Company”) today introduced the bolder and more futuristic looking Insight. In addition to the new sporty outlook, the upgraded model promises to deliver better fuel economy along with a string of other enhancements.

The new Insight is poised to be a stylish hybrid vehicle that is fun to drive while being environmentally friendly. Enhanced with new features and advanced styling, the popular hybrid is considered a choice ride for everyday use. Being green effortlessly is a plus with its commendable fuel economy.

Noting the track record of Insight, Managing Director and Chief Executive Officer, Mr. Yoichiro Ueno highlighted that “Honda Insight has been clocking impressive sales numbers since its official launch in December 2010. Within a year, Honda Malaysia has sold an industry record of 4,568 units, which surpassed the company’s initial target of 4,000 units. In 2011, according to estimation, a total of 8,394 units of hybrid vehicle have been sold. Insight was the best selling hybrid capturing 54.4% of the market share.”

“In this upgraded model, the changes and enhancements are in line with our Honda’s principle, which is to offer high quality products to achieve customers’ satisfaction. Thanks to our customers’ continuous support, the new Insight offers a bolder character, improved comfort and practicality,” he added.

Fitted with new front and rear bumper design, the new Insight is set to make more heads turn with its even sleeker look. On the front, the headlights now have a tint of blue highlight; the new grille has a blue reflector underneath, giving it a glamorous glow. As a whole, the new Insight boldly exudes an air of advanced style.

Fuel economy has always been the central aspect of a hybrid vehicle. Appearance aside, modifying the aerodynamic devices also improves the aerodynamics of the car, reducing the running resistance, which directly results in better fuel economy. The engine has been improved to achieve better fuel consumption. As a result, the power-train efficiency is largely improved with reduced friction and enhanced CVT (Continuously Variable Transmission) efficiency. With the modification of the engine control and installation of power-saving fuel pump, the power consumption has also been subsequently reduced.

As an ideal city ride, it is important to ensure a smoother, more comfortable and quieter ride. Hence, the new Insight is added with noise insulation materials for better NVH (noise, vibration and harshness) performance. The result is a more comfortable ride that makes driving pleasurable.

As for the interior, the seats are upholstered with a new fabric. Backseat passengers now enjoy a more spacious cabin with an extra head clearance of 15mm following some adjustments on the shape of the roof lining and the hip point of the rear seats.

Thanks to customers’ feedback, Honda has changed the wiper motor garnish and reduced the thickness of the tailgate garnish. The change, from a safety standpoint, helps driver see the rear more clearly.

The new Insight has obtained a 6-star JNCAP safety rating for driver and 5-star JNCAP safety rating for passengers. This upgraded model comes with a safety feature called Hill Start Assist (HSA) that enhances the existing Creep Aid System. Other safety features includes dual SRS Airbags, Vehicle Stability Assist (VSA), Advanced Compatibility Engineering Body (ACE), Active Head Rest, ISO Fix, Anti-Lock Braking Systems (ABS), Electronic Brake Force Distribution (EBD) and Brake Assist (BA).

The wave key has been changed to a more compact jack knife key and there are four colors for customers to choose from: Super Platinum Aqua Metallic, Premium White Pearl, Crystal Black Pearl and Alabaster Silver Metallic.

Selling at RM99,800 (on the road), the new Insight’s IMA (Integrated Motor Assist) battery comes with a 5-year or 140,000 km warranty, depending on which comes first. The warranty is currently the longest warranty period offered in Malaysia. Fully aware of the current demand of the new Insight, Honda Malaysia has shortened the waiting period to less than two weeks.

Starting today, customers can visit any authorised Honda showrooms to view and test-drive the new Insight. For more information, please call Honda Toll Free number at 1-800-88-2020, or log on to Honda Malaysia’s website at www.honda.com.my.

KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ

* Kini HONDA pula memilih Funtasticko Design sebagai sebahagian daripada media. Terima kasih kerana memilih blog kami. :)

Lagi tambahan info spesifikasi yang ada pada P3-21A

Info terkini mengenai P3-21A saya ambil dari blog proton-sales.blogspot.com

  • P3-21A ini didatangkan dengan 2 point ‘Front strut bar‘ yang memegang kedua-dua roda hadapan kereta. Strut bar ini berfungsi untuk mengurangkankan body roll ketika kenderaan berada di selekoh-selekoh tajam, sekaligus mengembalikan cengkaman pada kedua-dua roda tersebut keatas jalan raya.

  • Boot Hinge tidak menggunakan sistem absorber seperti Persona, tetapi hanya menggunakan sistem seperti Saga. Kedua-dua sistem ini sama sahaja fungsinya dan tidak memberikan apa-apa perbezaan malah Honda City juga menggunakan sitem yang sama. Mungkin ini adalah salah satu cara untuk mereka menjimatkan kos supaya mereka dapat fokus kepada bahagian yang lebih utama.

  • Saya difahamkan bahawa tiada lagi lining Chrome di bahagian belakang untuk versi Premium P3-21A ini. Untuk kesemua versi lining tersebut akan di cat mengikut warna kereta.

Untuk maklumat yang lain mengenai model ini klik sini : http://funtastickodesign.wordpress.com/2012/02/14/panas-gambar-info-lengkap-mengenai-p3-21a/

* Dengar cerita tarikh pelancaran model ini ditunda hingga ke hujung Mac, atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan. Nama model ini masih lagi menjadi tanda tanya, ada yang kata bermula dari huruf P & hujungnya bukan lagi berakhir dengan A, yang pasti kata sumber tu perkataan yang dijadikan nama model ini BUKAN perkataan Bahasa Malaysia/Inggeris… JOM KITA TEKA :)

KIA K9 jelmaan BMW 7 series versi K-POP???

Perbandingan dengan BMW 7 series, klik untuk besarkan imej

Adakah ini kebetulan atau disengajakan? Jika dilihat pada gambar model flagship dari KIA yang dikenali sebagai K9, jelas rekaannya hampir sama dengan BMW 7 series. Mungkin juga ini versi K-POP bagi BMW 7 series, hahaha… Apa pendapat anda?

Proses Makeover kereta pemenang ke-4 sedang dalam pembikinan

Nampaknya proses makeover kereta pemenang ke-4 sedang dalam pembikinan. Satria GTi ini yang asalnya berwarna silver, telah bertukar menjadi warna hijau British Racing (macam kereta F1 Lotus Racing dulu). Gambar-gambar ini telah diambil dari http://www.facebook.com/ProtonCars

HONDA MALAYSIA MELABUR RM40.12 JUTA UNTUK PUSAT PRE-DELIVERY INSPECTION (PDI) DAN VEHICLE QUALITY TEST COURSE

HONDA Malaysia telah membuat pelaburan sebanyak RM40.12 juta untuk membina pusat Pre-Delivery Inspection (PDI) dan Vehicle Quality Test Course yang terletak di kilang Pegoh, Alor Gajah, Melaka. Jumlah ini termasuk proses pengambil alihan tanah, bangunan dan kelengkapan. Fungsi pusat ini ialah untuk pemeriksaan kenderaan, pemasangan aksesori, penyimpanan, pemeriksaan terakhir, car tracking & tempat mencuci kereta supaya kualiti produknya menepati piawaian ketat (PDI) Honda. Majlis pecah tanah telah disempurnakan pada hari ini,bakal disiapkan menjelang bulan Jun 2012.

 

HONDA MALAYSIA INVESTS A TOTAL OF RM40.12 MILLION ON NEW PRE-DELIVERY INSPECTION (PDI) CENTRE AND VEHICLE QUALITY TEST COURSE

Alor Gajah, 28 February – Honda Malaysia Sdn Bhd (Honda Malaysia or the Company) today held a symbolic groundbreaking ceremony for the new Pre-Delivery Inspection (PDI) Centre and Vehicle Quality Test Course at Honda’s Pegoh Plant in Alor Gajah, Malacca. The investment amount for both the new PDI Centre and the Vehicle Quality Test Course in Malacca, which is expected to be completed by June 2012 is RM40.12 million. This cost includes land acquisition, building and equipment.

The functions of the PDI Centre include incoming inspection, accessorization, warehousing, final inspection, car tracking and washing to ensure the product quality meets Honda’s stringent pre-delivery requirements. Speaking at the groundbreaking ceremony, Mr. Yoichiro Ueno, Managing Director and Chief Executive Officer of Honda Malaysia said, “With this new PDI Centre, we will be able to expedite the delivery process of new cars to all our dealers nationwide. The PDI Centre serves a very important role in ensuring the highest standard of Honda cars are met and delivered to our customers.

The new PDI Centre will be able to process 30% more vehicles. This also means that we will be able to offer more job
opportunities for fellow Malaysians,” added Mr. Ueno. Currently, the existing PDI Centre operates on a single shift with 51 Honda associates processing 180 units of vehicles at any one time. The new PDI facility covers a total site area of 57,000 square metre and is specially designed without sidewall for good air circulation, but equipped with a loading bay with roof to facilitate loading process during bad weather. Its total built-up area of 6,570 square metre is equipped with the capacity to park 1,522 vehicles.

Upon completion, the new PDI Centre will be able to process 410 vehicles at any one time when they begin operating on two shifts. It will be a one-stop centre to accommodate all PDI processes. Meanwhile, the new 2.148km Vehicle Quality Test Course will be able to fully test new vehicles on various road conditions such as roads that are slippery, pot-holed, hilly, bumpy and cobbled-stone. At the test course, new Honda vehicles will also go through different dynamic testing zones at maximum speed of 140km/h to check on body noise, wind noise, hard brake, car pulling, steering spoke angle, transmission function and reverse function. The new Vehicle Quality Test Course will be able to test two cars per session.

“The objective of the new Vehicle Quality Test Course is to help us improve the quality of all Honda vehicles produced in Malaysia. This is in line with Honda Malaysia’s commitment towards overall customer satisfaction, especially with the quality of their new car. At Honda, we place great emphasis on quality control in our products and manufacturing processes. With this new Vehicle Quality Test Course and PDI Centre, we will continue to uphold our commitment to supply and deliver products of the highest quality at reasonable prices to our valued customers in Malaysia,” added Mr. Ueno.

The new PDI Centre and Vehicle Quality Test Course in Malacca will process completely knocked-down (CKD) models produced at the Pegoh Plant such as the Honda City, Civic, Accord and CR-V. Honda Malaysia has another PDI facility located at Bangi, Selangor which processes Honda’s imported Completely Built-Up (CBU) vehicles before it reaches Honda dealers nationwide. The PDI Centre in Bangi was built in 2008 and is able to process 60 vehicles in one shift operation.

Perodua seeks more engagements with regulators

RAWANG, 28 Feb : Perodua is seeking to have more engagements with regulators prior to the implementation of new guidelines that affect the automotive industry as such discussions will help smoothen the implementation of any new policy. Perodua Managing Director Datuk Aminar Rashid Salleh said that the recent meeting with Bank Negara Malaysia and industry players had been beneficial as it addressed serious issues regarding the automotive industry as a whole.

“We are committed to support the government’s initiatives, in particular to address the rising household debt, but we would also appreciate it if the government and its regulatory bodies would consult the players to better understand the impact to the industry prior to the implementation of any new initiatives or measures,” Aminar said. The Malaysian Automotive Association (MAA) reported that January sales have fallen 25% due to the short working month, the impact of the new financing guidelines as well as the parts shortage due to the flood in Thailand.

Aminar said that partly due to the implementation of the new financing guidelines last January, the inventory of vehicles has risen and if left unchecked may need a downward revision to the production planning. He added that the automotive ecosystem has also been hit as approval time for loans has also lengthened and thereby affecting sales of automotive dealers.

On financial institutions, Aminar said: “We wish to thank the local financing institutions for their strong support in the past and during these trying times and we do hope that they continue with their support by giving a fair as well as due consideration when interpreting the new guidelines set by Bank Negara.” He said that the new guidelines should be implemented in stages as to allow a soft landing for both the players and consumers to allow prudent, responsible and transparent retail practices.

Aminar said the financing institutions should also take into consideration of the government’s desire to see growth in the industry by increasing competitiveness as well as a better business environment for all, in line with its comments on the soon-to-be announced revised National Automotive Policy. “We hope that more engagement with the respective stakeholders on this subject matter will take place to ensure that the problems raised are rectified as soon as possible,” Aminar said.

Pandu uji – Mitsubishi i-Miev

BILA bercerita tentang kenderaan menggunakan bahanapi alternatif, pasti kita tidak dapat lari dari kenderaan electrik (EV). EV sudah mula dijual dikebanyakkan negara maju, seperti di China tetapi di Malaysia, ia masih lagi satu teknologi baru yang sedang dikaji oleh pihak kerajaan.

Tahun lalu, Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) menjadi syarikat kenderaan pertama yang berjaya mendaftarkan kereta EV i-Miev untuk kegunaan jalanraya umum (Modenas sebelum itu telah berjaya mendaftarkan motosikal elektrik C-Tric). Walaupun bukan untuk jualan, MMM telah pun mendaftarkan dua unit i-Miev yang digunakan untuk kempen promosi dan juga untuk kajian.

Minggu lalu, MMM menjemput para media untuk memandu i-Miev di pulau Langkawi, dan nyata ia adalah satu pengalaman yang menakjubkan. Walaupun sebenarnya i-Miev ini dibina menggunakan model i-Car yang berenjin petrol, bentuk futuristik kereta kompak ini memang sesuai untuk dijadikan sebuah EV.

Enjin petrol digantikan dengan motor elektrik synchronous yang ringan dengan magnet kekal. Tenaga datang dari 88 sel bateri lithium-ion berdensiti tinggi yang diletakkan pada lantai i-Miev. Hasilnya, ruangan kabin yang masih luas serta berat kenderaan diletakkan rapat pada pusat graviti untuk memastikan stabiliti tetap baik.

Sistem komputer canggih pula memastikan arus elektrik sekata dan tiada kebocoran tenaga berlaku. Sistem transmisi cukup mudah – hanya satu reduction gear yang digunakan. Ini bermakna, tiada gear yang perlu dikawal oleh pemandu. Namun begitu, tuil gear tetap wujud tetapi ia digunakan untuk mengawal mod pemanduan.

Mod biasa seperti P, N dan R masih wujud. Mod baru ialah D (drive, di mana proses generasi-kembali tenaga berlaku), mod B (proses generasi-kembali tenaga berlaku secara maksimum) dan mod C (tiada proses generasi-kembali tenaga berlaku, bermakna pemanduan lebih lancar). Kawalan lain serupa dengan kereta biasa, dan pendingin hawa juga ada beserta radio dan pemain CD.

Jarak perjalanan untuk sesi pandu uji cuma lebih kurang 8 kilometer dengan permulaannya dari Four Seasons Resort. Antara objektif Mitsubishi ialah memastikan pemandu tidak perlu belajar sesuatu yang baru bila memandu i-Miev. Penulis langsung tidak kekok untuk memandu i-Miev buat pertama kali.

Cuma mungkin bila butang Start ditekan, penulis tertunggu-tunggu bunyi enjin sebelum memulakan perjalanan. Bila teringat ia tiada enjin, penulis terus masuk ke D dan mula memandu. Bunyi yang senyap memang dirasakan janggal, tetapi hantaran tenaga dan pengendalian casis memang ternyata seperti kenderaan berenjin konvensional.

Antara kelebihan tenaga elektrik ialah daya kilas atau torque sudah tersedia dari mula. Tekan sahaja pendikit dan 180Nm sudah bersedia untuk memecut i-Miev ini.Di sebuah jalan lurus dan lengang, cukup mudah untuk penulis mencapai kelajuan maksimum i-Miev ini, iaitu pada 130km.Penggunaan bateri pula dijangkakan bertahan sejauh 150km (jika dipandu laju, pastinya akan kurang dari jarak tersebut).

Bila kaki diangkat dari pendikit, terasa kenderaan perlahan dengan sendiri kerana proses generasi-kembali (regenerative process) berlaku di mana motor elektrik menjadi dinamo dan menghasilkan bateri. Mitsubishi juga menggunakan kepakaran mereka dalam menghasilkan jentera rali dunia untuk memastikan pengendalian i-Miev ini sempurna walaupun saiznya yang kuncup dan tinggi.

Selekoh boleh diambil dengan yakin, walaupun jika dipaksa, tayar depan yang kurus itu akan mula hilang cengkaman dan pemandu akan merasai understeer (i-Miev sebenarnya ialah sebuah RWD atau rear-wheel-drive). Untuk memastikan i-Miev selamat dipandu di kawasan yang ramai pejalan kaki, Mitsubishi memasang sistem bunyi yang menghasilkan bunyi seperti kipas pendingin hawa. Mungkin Mitsubishi boleh meminjam teknologi akustik Lotus di mana kereta EV menghasilkan bunyi enjin V12 atau V8 dari pembesar suara yang diletakkan di luar.

Memang seronok memandu i-Miev – mungkin kerana pecutan yang tegar dan bersahaja. Sayang sekali, MMM tidak bersedia untuk menjualnya lagi dipasaran tempatan. Auto Anda/Funtasticko Design difahamkan antara sebab ia masih tidak lagi dijual kepada umum ialah kerana prasarana untuk kenderaan EV masih belum lengkap di Malaysia. Pusat pengecas segera perlu dibina (pada kos RM150,000, dan mampu mengecas 80 peratus bateri dalam masa 30 minit) dan insentif perlu diberikan kepada mereka yang membeli EV.

Buat masa sekarang, kenderaan memberikan kelonggaran bebas duti import untuk kenderaan hybrid dan EV. Selain dari itu, kos cukai jalan juga diberikan potongan 50 peratus (cukai jalan i-Miev selepas potongan ialah RM10 setahun). Mungkin pembeli EV boleh diberikan pengecualian dari tol dan rebate untuk kereta EV seterusnya yang akan dibeli. Ini penting kerana EV mempunyai jangka hayat (baterinya) dan kos untuk menggantikan bateri ialah lebih dari separuh harga kenderaan.

Paling menakutkan, rakyat Malaysia tidak nampak apa relevannya kenderaan EV yang mahal ini (i-Miev dijual dalam harga RM130,000 di Eropah, selepas subsidi kerajaan; tanpa subisidi, harganya melebihi RM200,000 seunit). Kos untuk satu cas bateri ialah lebih kurang RM3.00, dengan kadar elektrik semasa TNB. Murah tetapi dengan harga kenderaan yang begitu mahal, pasti ramai yang menggelengkan kepala. Selagi minyak dijual dengan harga yang rendah akibat subisidi kerajaan, konsep kenderaan bahanapi alternatif tidak akan mendapat sambutan ramai. – Auto Anda/Funtasticko Design 2012

Nota : MMM kini mengadakan kempen Eco-Tourism dengan Four Seasons Resort di Langkawi selama dua bulan. Penginap di resort tersebut boleh menggunakan i-Miev ini untuk dipandu di sekitar pulau. Sayangnya, dengan harga bilik yang mahal di resort tersebut, rata-rata penginapnya ialah orang asing dan bukan rakyat Malaysia.