funtasticko design

http://funtasticko.net

Laporan Pandu Uji: Proton Exora Bold CFE

104 Komen

Exora turbo lebih relevan

Oleh Yanti Zolidia Kassim

UMUM sudah mengetahui akan kehadiran MPV pertama rekaan dan buatan anak tempatan, Proton Exora. Dilancarkan dua tahun yang lalu, Exora dikatakan menawarkan apa yang diperlukan oleh rakyat Malaysia dari sebuah MPV. Rekaan yang modern dan sporty, kabin yang luas untuk tujuh penumpang dan kargonya serta kadar penggunaan bahan bakar yang boleh mampu.

Namun ketiadaan enjin yang sesuai membuatkan masih ada lagi yang kurang meminati Exora dengan alasan ia masih kurang bermaya di cerun-cerun bukit, walhal prestasinya hampir sama dengan MPV 2-liter buatan Jepun dengan casis ladder-frame. Apapun, Proton berusaha gigih untuk memuaskan kehendak pasaran dan hasilnya ialah enjin CFE yang baru dan lebih bertenaga.

Hanya dipasang pada variasi premium Exora, Bold dan Prime, enjin Charged Fuel Eficiency (CFE) dilengkapi dengan sistem turbo untuk menghasilkan sebanyak 138hp dan tork pada 205Nm. Sebenarnya, enjin CFE ini diasaskan dari enin Campro biasa, tetapi dengan perubahan sebanyak 70 peratus, ia boleh dikatakan sebuah enjin baru.

Pembaharuan terdiri daripada unit turbo kecil dari Borg Warner model KP39 yang sudah terbukti penggunaannya (ia turut digunakan oleh Volkswagen dan Audi), aci-engkol (crank shaft) dan rod penyambung (con rod) yang diperkukuhkan serta sistem peyejukan yang dikemaskini. Bore dikekalkan sama tetapi stroke telah pun diubah. Enjin CFE sebenarnya berkapasiti lebih rendah dari enjin Campro CPS – 1,597cc ke 1,561cc. Boost dibiarkan rendah, pada sekitar 0.75 bar melampaui tekanan atmosfera. Transmisi juga diubah kepada versi CVT dari Punch Engineering, yang telah pun digunakan oleh Proton Saga FLX sekarang.

Dari segi luaran, Bold dan Prime mendapat suntikan kosmetik yang penulis kira memang berhasil. Rekabentuk bumper baru yang lengkap dengan ducting (corong) di kiri dan kanan serta bodykit baru dan lampu depan belakang yang digelapkan menjadikan Exora ini kelihatan sedikit agresif. Warna coklat metalik juga seperti serasi dengan rekaan keseluruhan MPV ini; memperlihatkan lekuk dan garisan yang sebelum ini sedikit tersorok. Tayar dan roda juga telah dinaikkan saiz kepada 205/55 R16. Satu tindakan bijak kerana ia kini nampak lebih gah.

Di bahagian dalam, perubahan lebih kepada pertukaran warna panel yang lebih gelap dan balutan kulit yang lebih bermaya. Panel plastik di papan pemuka turut diubah konsepnya. Untuk model Bold, ia mengekalkan konsep tujuh tempat duduk tetapi bagi model Prime, ia lebih mewah dengan enam tempat duduk (barisan kedua ditukar kepada dua kerusi kapten, seperti kerusi pemandu dan penumpang hadapan).

Prime juga mendapat kemasan dan aksesori yang lebih mewah, sesuai dengan konsep premium yang dibawanya. Model yang dipandu uji oleh Auto Anda (AA) selama enam hari ini ialah dari variasi Bold, yang dijangkakan akan lebih popular dari Prime.

Kualiti buatan dari Proton tampak matang dan “refinement” juga sudah bertambah baik. Mungkin masih ada lagi ruang untuk kemajuan. Antaranya ialah kesenyapan kabin yang masih boleh ditingkatkan. Mungkin bahan kedap bunyi yang lebih baik boleh digunakan di tempat-tempat yang sesuai, seperti di pangkal tiang A (A-pillar) dan bulkhead.

Juga sistem DVD yang menggunakan frekuensi radio untuk berhubung dengan sistem audio. Melecehkan bila memandu ke luar kawasan. Lebih sesuai jika digunakan kabel sambungan biasa. Tahniah kerana Proton sudah boleh menggunakan paparan meter bercahaya ala Toyota. Namun cadangan penulis ialah tiap kali lampu besar digunakan, lampu amaran berwarna hijau patut diberikan agar pengguna tahu bahawa lampu utama sedang menyala. Jika tidak, pasti akan ada banyak kes di mana lampu tidak dipasang ketika memandu di sebelah malam. Mujur juga ada amaran buzzer jika kunci dicabut dengan lampu terpasang.

Selain dari itu, sistem audio lengkap dengan Bluetooth, pemain DVD serta skrin LCD pada siling tengah dan kamera undur melengkapkan MPV keluarga ini. Jika dikaji, enjin Campro CFE turbo hanya menghasilkan 13hp lebih kuasa kuda dari enjin Campro CPS tanpa turbo. Tetapi, dengan kuasa kuda maksimum kini tercapai dari putaran RPM yang lebih rendah (dari 6,500 RPM ke 5,00 RPM) dan juga lambakan tork setinggi 205Nm dari 2,000 RPM ke 4,000 RPM, pemanduan menjadi sangat menyeronokkan.

Digabungkan pula dengan sistem transmisi CVT dan teknologi injap VVT yang telah ditala untuk enjin CFE, pecutan menjadi tangkas untuk MPV yang jauh lebih besar dari kelompok Toyota Wish dan Honda Stream. Oleh kerana pengecas turbo yang digunakan ialah dari jenis Low Pressure Turbo dengan saiz turbin yang rendah, hampir tiada turbo-lag dapat dirasakan oleh penulis. Ini bagus kerana pada putaran RPM yang rendah, sistem VVT memastikan enjin masih bertenaga.

Sistem suspensi talaan Proton dengan sentuhan Lotus itu pula menampakkan kematangan syarikat nasional ini dalam menghasilkan kenderaan bertaraf global. Prestasi pemanduan nyata lebih hebat. Mungkin tayar yang lebih lebar itu membantu, tetapi penulis mendapati cukup sukar untuk mempercayai bahawa MPV sebesar ini mampu mengambil selekoh dengan laju dan stabil tanpa sebarang olengan ekstrim.

Jalan-jalan kampung seperti di kawasan Kuala Klawang dan jalan lama Gombak ke Bentong membuktikan Exora ini lebih hebat dari versi lama, dan juga dari MPV jenama lain yang jauh lebih mahal. Sayang juga kerana tiada mod manual pada sistem transmisi CVT tersebut kerana jika tidak, pasti penulis akan terlupa yang penulis sedang memandu sebuah MPV tujuh tempat duduk, bukannya sedan sporty.

Dengan penumpang dan beban, Exora Bold CFE masih mampu menaiki bukit-bukit tanpa sebarang masalah. Malah, mampu memotong kenderaan lain ketika mendaki bukit. Di trek kosong, Exora Bold CFE mampu mencecah 190km/j (mengikut bacaan speedometer) dan meninggalkan banyak kenderaan lazim terpinga-pinga.

Penulis juga syak sistem brek telah dipertingkatkan kerana prestasi membrek nyata lebih baik. Pedal brek tidak lagi berasa begitu “spongy” dan aktuasi brek lebih sempurna atau “direct”. Bagi penggunaan bahan bakar, Proton menyatakan ia mampu memberikan pulangan sebanyak 7.8L/100km, lebih sedikit dari enjin Campro CPS pada 7.4L/100km. Perbezaan tersebut masih lagi rendah berbanding dengan tenaga tambahan yang diperolehi.

Bila sistem audio dimatikan, masih boleh terdengar siulan unit pengecas turbo berbunyi. Hairan juga penulis kenapa Proton tidak mahu mencanangkan penggunaan turbo pada model ini. Malah, tiada majlis pelancaran besar untuk Exora Bold ini dilakukan. Hanya cukup sekadar siaran di akhbar dan iklan walhal dengan enjin sebaik ini, Exora Bold ialah satu loncatan jauh ke hadapan untuk Proton.

Mungkin Proton tidak yakin penerimaan masyarakat terhadap teknologi turbo tetapi pendapat penulis, pasaran sudah biasa dengan teknologi turbo dari Eropah dan mungkin Proton sepatutnya menggunakan teknologi turbo ini untuk meraih lagi jualan. Apapun, Exora Bold dengan enjin CFE nyata menyeronokkan. Bagi yang kurang yakin dengan kemampuan tempatan, pandu uji Exora Bold dan keyakinan itu pasti bertapak semula!

Spesifikasi

Enjin: Campro CFE 1.6L 16-injap VVT 4-silinder turbo

Kuasa maksimum: 138hp @ 5,000rpm

Tork maksimum: 205Nm @ 2,000rpm – 4,000rpm

Transmisi: CVT

Ciri-ciri: Dua beg udara , ABS, EBD, pre-tensioner, DVD dengan skrin LCD, kamera undur, balutan kulit mewah, suspensi talaan Lotus

Harga: RM79,998 (untuk model Bold)

Sinopsis Auto Anda

Ciri positif :

- Pecutan segar hasil enjin CFE turbo

- Kawalan suspensi mantap

- Ruang kabin luas untuk harganya

- Lengkap dengan sistem DVD

Ciri negatif :

- Plastik kemasan dalam masih boleh diperbaiki

- Kedapan bunyi juga perlu dipertingkatkan

Jom “LIKE” page Auto Anda facebook Auto Anda

KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ

About these ads

104 thoughts on “Laporan Pandu Uji: Proton Exora Bold CFE

  1. saya berharap exora bold cfe ini akan mendapat byk anugerah dalam kategorinya… ini kerana dgn harga RM79998 (hampir sama dgn harga vios, forte, dan city dr segi harga malah lebih murah walaupun berlainan segmen) anda mampu mendapat sebuah kereta yg luas, enjin berkuasa dan suspensi yg mantap…

  2. selain melihat pada model exora yang pretty cool ni, sy jauh lebih tertarik dgn gmbar tu sendiri, seni HDR yg digunakan menghasilkan gmbr yg lebih lawa! huhuhu

  3. di meter tu tunjul penggunaan myk 10.2 L/100km..
    mesti driver br lepas lenjan kaw2…kalu stendek drive lbh kurang 7-8 je..kalu maintain bwk 60-70, barangkali bawah 7 L/100km..

  4. terbaik… kereta da perfect.. dr segi space, practical & accessories, performannce & design.. semua da ok.. marketing je fail.. brochure pon salah..

  5. memang teringin sangat nak test drive Exora Bold nih.. dan rasa nak suruh bapak saya beli lagi satu untuk buat jalan jauh huhu..

  6. Harga untuk premium skrg bukan ker sudah 80…dan stok agak terhad…betul ker

    • premium RM 80,012 nek sket je sebab kenaikan premium insurans. Stok mmg agak terhad terutama warna elegance brown. tp warna merah n putih cepat cket dpt.

  7. flx se or exora bold,,i found that if we enter tight corner at high speed something is a miss. ,,,downshifting.
    ..well using L is too abrupt in term of deceleration. so the best for punch cvt is have a flappy pedal for deceleration. using brake is scary bit but to flip (-) one or 2 step down downshifting ,the will behave in a grip manner.

    thanks that they will have it in p321a.

  8. SA patut bagi test drive exora bold kt jalan yg menyerlahkan potensi engine cfe…bukan pusing kwsn kedai je. mane nak compare…btw, nak test drive cari test drive car yg ade plate number, bukan trade plate. confirm SA kasi main dalam je. cane nak tau engine pawa x pawa? hehe.

    Igt hari tu leh jumpe bro Naz (kwn nak test drive Saga FLX SE)…tapi die otw to Johor. btw, exora Bold tetap cun lua dalam.

    • Lokasi menarik utk test drive Proton – cawangan Setiawangsa. Aku test drive kat situ utk model Exora Bold ni, area showroom tu sendiri di lereng bukit. Keluar area situ, masuk jalan besar menghala ke Jusco Aeon Setiawangsa, terus masuk ke Duke, masuk Duke je entrance dia terus mendaki bukit, time ni aku tekan, memang takde tunggu2 lagi der… dia punya pegi macam much2 smaller car. Tgh2 mendaki dlm jalan susur naik ke Duke, masuk terus ke Duke masih mendaki juga, aku terus potong kereta2 lain yg datang dari entrance MRR2 yg sah2 tgh speeding dlm 80-90km/h minimum. Bold ni terus menerus menambah kelajuan sedar dah smpai 120km/h tu beb. Memang tak terasa langsung berat kereta ni.

      Aku bawak kat Duke tu tak jauh pun, entrance, pastu exit 1km kat dpn tu je kot. Turun bukit, susur keluar amek lap, tak membuang. Rasa macam sedan. Brek pun mmg responsif. kalau orang tanya, mmg aku reccomend la Exora Bold ni. Dengan specs dia yg padat, interior dia pun terasa kemewahan. Kalau bukan aku ni blom ada anak berderet2, mmg aku dh nk angkat Bold ni la. Tapi so far, P3-21A la dulu. hehehe..

      Anyway yob, yong, sape2 nk test drive dgn route yg menarik tu, silakanlah ke showroom Proton di Setiawangsa yer.. Ada jalan kecik, jalan besar, traffic lights (bleh try acceleration from standstill), ada jalan berbukit, sedikit highway, ada medium speed corner (bleh tgk kestabilan cornering), turun bukit (test brake). Beli terus kat situ pun ok. Brother salesman tu pun ok, aku suka. Ada satu tempat tu, aku masuk buat tatau.. hampeh tul. Oklah, ni just pengalaman aku memandu uji. Nak lagi best mmg korang kenalah test drive sendiri. Pasti teruja. hehehe

  9. nasib den xmampu..klu ada duit ngn fmily rmai..ini pilihan trbaik..

  10. Nak tanya la.. sebab tak penah test drivebold ni..

    performance dia compare tu perd V6 engine macammana ek? ada sapa2 pengalaman drive bold .. dan penah bawa perd V6 .. kalau lebih kurang atau better .. dah cukup bagus.. P3-21A mesti power dari V6 la jawabnya..

    • aku biasa bawak perdana v6, bold pn dh test drive aritu..aku rs, enjin v6 tergolong dlm segmennya yg tersendiri..
      kedua2nya dapat merasai keseronokan memandu..enjin perdana v6 pakai gearbox lama 4gear, so tarikan dia tu power bila gear drop..exora bold pakai cvt punya gearbox, enjin tak menjerit mcm enjin v6 ketika gear drop tp exora bold still move kedepan tanpa kita sedar rupanya odometer dh nk cecah 100 kmh lbh sbb enjin dia tak mengaum mcm enjin v6..
      1 sudut, keseronokan nk dgr enjin mengaum tu dh takde..tp bg org yg mencari ketenangan ketika drive, exora bold adalah yg terbaik

    • kalau ada p3-21a versi campro cfe dengan versi engine perdana v6, aku akan pilih v6 kalau aku nak beli..bunyi enjin dia paling best..sama ada duduk kat luar atau dalam kereta, bunyi dia memang best kalau dengar..enjin pun dah terbukti okay..cuma gearbox je problem..

  11. cerita more to spec kereta jer…

  12. pug 5008 speedo meter sampai 210 je, exora sampai 240
    jgn salah faham lak bkn nk kata top speed exora lagi baik tp just for info..

    http://www.peugeot2u.com/peugeot-5008-mpv/

  13. in general, good product from proton. tahniah.

    cuma yg aku kurang faham, kenapa proton tak gunakan cvt gearbox kepada middle range exora bold yg guna engine campro cps. bukan ke mpv macam exora bold ni perlukan torque (pulling power) yg cvt gearbox boleh bekalkan?

    ada sape2, bole bagi pencerahan, di persilakan. :)

    • senang jer..cvt gearbox tak di setup tuk cps pnya enjin.. ada pin iafm plus biasa dan cfe…. cps dah end of life cycle..

      • hmm. agak merugikan proton jugak pada aku, sebab carry masalah yg sama pd exora auto sebelum ni, iaitu kurang torque pd rpm rendah. kalau ada effort sikit utk guna cvt pd campro cps, mungkin bole tingkatkan lagi jualan proton.

        maybe proton knows better. anyway, good luck to proton.

    • correct me if im wrong.
      cvt have a very low final ratio. therefore it need engines with good low and midrange torque. the newly revised cam profile is meant for that purposed mention and it is called iafm+ . cps is different in character. although it has variable intake for midrange ,its is not as good as a newly altered cam profile in iafm plus togather a repogram 32bit ecu with new mapping and so on.

      during hard drive iafm+ with cvt 4000rpm the car is travelling at almost 170kmh. so it means that the higher end in CPS seemed less practical in this combo.

      but im sot saying cps is no good but imagine if VVT combined with CPS (or in toyota its a VVTiL)
      this combo provide a wide range of engine performance from low to the highest. and its adaptable to any type of gearbox.

      why i said VVT is superior in extracting torque, the reason why it is used in CFE engine to generate significant torque at sub 2000rpm.
      why not use normal iafm in CFE, so we can answer that.

      so my list of the best low end.
      1 vvt
      2 iafm+
      3 iafm and vim.

      so CVT opt to number 1 and 2.

    • Aku rasa, torque tinggi dibekalkan oleh enjin CFE yg ada low pressure turbo tu. CVT tu hanya gearbox aje, ada bleh alter torque output ke? Aku rasa macam takde kena mengena. Sebab tu kalau letak CVT pada CPS engine, xde la beza dari segi torque pun, cuma dpt teknologi CVT yg boleh kasi lower fuel consumption je lah n smoother drive. Anyway, ini hanya pendapat aku, kalau salah tolong la sape2 yg terer tu betulkan ye.

      • gearbox selection must agree with engine characteristic like power and torque band.

        iafm and iafm+ have the same torque peak but they have a different torque spread.

        yes you can put vt 2 cvt at your cps 1.6. but the cvt vt2 need to be reprogrammed in order for it to match the engine characteristic of 1.6 cps.

        if u just plug and play the existing vt2 i suspect the undesired response when driving due to both gearbox and engine are not to the designed specification.

        correct me please.,,

      • Aku rasa, torque tinggi dibekalkan oleh enjin CFE yg ada low pressure turbo tu. CVT tu hanya gearbox aje, ada bleh alter torque output ke?

        1. due to high torque the gearbox selection is VT3.
        2. gearbox selection doesnt increase the engine torque.
        3. gearbox selection will determine how the rsponse of the car. weather its undergeared, overgeared or just nice and economy.

        xde la beza dari segi torque pun
        1. although 2 engine has the same torque peak. they may different in torque spread. type of different are, weather torque is linear or almost flat or it peaks at early range or in later range, so for cvt, let say vt2 cvt in order to perform the best and efficiently they need a designated engine characteristic, therefore proton design a mild modification of 1.6 iafm to 1.6 iafm+ in giving a desired charateristic to match the cvt vt2 ratios.

  14. exterior dah ada rupa elegan, interior pun dah nampak improvement..

    pakej lengkap untuk MPV mampu milik.. good job..

    • gambar-gambar pun cantik, angle yang menarik..

      cuma gambar engine bay tu sepatutnya bersihla dulu engine kasi nampak cuci sikit..baru sedap mata memandang..hehe

  15. kurang mewah dan dari artikel ini dan komen, nampak cfe tidaklah segah mn untuk sebuah mpv.

    • xperlu gah dan mewah sbb exora ini utk org kebiasaan, bukan org2 kaye-raye yg mmg xkn beli proton…ckuplah dgn enjin yg reliable, interior dgn exterior yg simple dan sedap mate memandang, dan hrge yg berpatutan utk org2 biasa

      klu gah sgt sampai org x mampu nk beli pun x guna jugak sbb proton bukan pembuat kereta mewah…dan basher tegar kt sini yg kaya-raya tahap milionaire pun mmg xkan beli proton pun…..so wat ape nk kecoh2 cite psl gah dan mewah nie???

    • Memang tak segah mana pun CFE tu, cuma lagi hebat dari enjin Wish, Stream. Innova/Livina jgn cerita la, jauh ketinggalan tu. Avanza/Alza, better takyah sebut lagi bagus. Err.. tapi betul la, tak la segah mana.. hehehe

      • ape pun..Proton mesti berkerja lebey kental lg..masih terdapat org pandang rendah pada engine CFE..kite doakan supaya proton lebey berjaya pd masa depan..

      • Hahaha…. ambik ko!

    • aku dah pakai Exora bold cfe ni selama 3 minggu …bagi orang macam aku EB dah gah dan mewah dan aku puas hati bro degan ciri-ciri yang diberikan..nak compare dengan kete mewah dan gah tu tak taulah aku sebab tak pernah pakai lagi…test drive pun tak pernah…

  16. banyak soft plastic = perfect

    • stuju. Hrp2,pas p321a, exora r,akan guna soft plastik gak. Interior design,mgkin bleh amik flow p321a,yg ada sekarang,skdr ok,harus dipertingkatkan. Klu prtn berjaya dgn p321a,aku percaya,org xkisah byr exora r mahal ckit asalkan berbaloi.

      • Setuju. Btw, kalau ikut leaked photos aritu, meter panel P3 tu nampak macam plain plak sket. Dari segi graphic utk rev counter/speedo meter. Macam agak plain kalau nk compare even dgn Exora Bold yg baru ni. Taktau la kalau tu blom final lagi. Tapi kalau utk kasi harmoni dgn keseluruhan design cabin, tu aku tak pasti la plak pasal aku x dpt tgk design tu dari segi keseluruhan. So kena la jugak tunggu. hehehe

      • esbedon,ini pendapat peribadi aku jelah k, aku dah tgk gambo meter panel p321a sepenuhnya ketika menyala(bukan ketika enjin off), secara peribadi, jauh lebih lawo n canggih dr exora bold n mmg kena ngan keseluruhan dashboard.
        Tp itu kat mata akulah,tp kat mata org lain,mgkin lain coz beauty is subjective.

      • bro mat, kalau lagi lawa dari Exora, kira ok la tu. Dah cun la agaknya. for the mean time, aku kena percaya ckp ko je la dulu :)

        Anyway, kalau design yg terlalu kompleks sgt pun tak best jugak. Nampak macam toys plak. Bagi aku la, aku lebih suka yg ada ciri2 futuristik sikit tapi pada yg sama kena nampak elegan

  17. askm… Exora CFE saya telahpun diservis 1ooo km baru-baru ini. Alhamdulillah setakat ini saya amat berpuashati dgn prestasi exora ini. Ruang dalaman yang luas serta enjin CFE yang cukup responsif apabila pedal ditekan. Penggunaan minyak pada awalnya 10.5 l/ 100km dan 11.3 l/100km semasa hendak diservis. Agak tinggi jika dibanding dengan brochure proton tapi saya memang dah biasa dgn f.c. sebegini kerana dulu saya memandu KIA spectra. Mungkin bila enjin dah loose sikit boleh dapat f.c. yang lebih baik.

    Setakat ini cuma ada dua masalah yang agak besar bagi saya..
    1) Enjin apabila dihidupkan pada waktu pagi atau dihidupkan semula selepas 2 jam enjin dimatikan akan ada bunyi “kerkkkk” yang kuat selama 3 -4 saat dari enjin bay. Setelah dirujuk ke SC di Alor Star mekanik yang servis cakap mungkin turbin ada masalah tapi tak boleh confirm sebab chief dia cuti… saya kena bawa kereta sekali lagi untuk diperiksa oleh chief setelah dia balik cuti. sekarang tengah tunggu dia call. Mekanik cakap dah ada satu kes yang turbin rosak di SC lain di Alor Star dan telah dirujuk ke HQ tapi dah 2 minggu turbin baru tak sampai lagi…

    2) Pedal brek kaki akan berbunyi semasa brek dilepaskan sewaktu tuil gear berada di kedudukan P. Mekanik kata bab ni dia orang (proton) tak terangkan semasa kursus dan dia akan refer ke chief dia balik. Tapi bila membrek tiada masalah cuma bunyi tu mengganggu.

    Bab lain pasai exora ni bagi saya memang berbaloi. Saya akan update sekiranya ada perkembangan terbaru untuk rujukan forumer semua. Salam sejahtera.

    • adoi baru beli turbin dh kong huhu..

      • erm,nak slhkan prtn, dh amik oem yg dikira antara yg terbaik supply turbo, borg wagner, so, borg wagner kena rectify menda nih. Lainla klu prtn amik turbo ntah dr syarikat ntah aper2,blehlah slhkan diaorg.

        Dah nak kena jugak,wat camne. Hrp2,xda masalah besar,cume masalah terpencil ajek. Diharap borg wagner amik perhatian. Jgn supply default unit kat prtn walupun prtn nih company kecik.

        Ni dah buktikan,walupun dah amik yg terbaik, nothing perfect, masih ada yg faulty. Tp atleast prtn cube yg terbaik dgn amik reputable oem yg supply kat company2 beso.

        Tp cambiasalah, org ttp akan slhkan prtn. Kdg2 aku kesian, dh amik vendor yg supply kat kete2 terkemuka, tiba ada masalah, prtn kena tibai. Klu amik vendor ntah aper2,aky stuju tibai prtn coz xpilih antara yg terbaik.

        Tp dh pilih antara terbaik, so bg aku, ok dah. Cume sc kena main peranan,lyn customer dgn baik. Walupun rega xmahal sgt,tp masih mahal coz org masih berhutang. Jwpn seperti biasalah kete prtn,biasalah kete murah xbleh diterima. Jwn secara profesional,bukan cam sembang kdai kopi.

      • Salam,
        bagi permasalahan saudara yang no. 1 itu berpunca daripada VVT rattling due to no oil retain dalam tuh. itu adalah secondary effect. Sebab utama ialah kerosakan pada valve one way yang terdapat pada bahagian top face cylinder block. Minta SC tukarkan valve tu sbb part tu dah rosak/deformed so ball bearing dlm tuh dah jammed then minyak xboleh maintain dlm vvt. so bila cranking pagi2 vvt akan rattiling, bila minyak dah masuk bunyi tu akan hilang serta merta.

    • Just pendapat saya.
      1) Ni bukan problem turbin. Bunyi ni may cause by VVT. Try check one way valve for VVT mechanism.
      2) Ni bukan bunyi pedal brek. Ni maybe bunyi shift lock mechanism kat gear lever. Mechanism ni utk lock gear from P to R. Kalau nak shift P to R kena tekan pedal brek baru boleh shift.

      Thanks.

    • Askm… terima kasih kpd yang memberi pandangan. SC dah call pagi tadi mengatakan akan report ke HQ. sekarang ni pending kelulusan HQ utk replace turbin yang defective tu.

      Saya tak menyalahkan proton kerana jika dinilai dgn harga yang dibayar memang exora ni lebih dari berbaloi dan teknologi yang diberikan oleh proton amat memuaskan hati saya. Cuma harapan saya agar SC akan memainkan peranan yang efektif dalam memuaskan hati pelanggan. Setakat ini saya berpuas hati dgn SC.

      Saya akan update lagi jika ada perkembangan terbaru. Salam sejahtera.

      • kalau tukar turbine tp valve xsettle, pasti akan berbunyik sampai bila2…

      • Salam bro.
        Setuju dgn pandangan GC8EJ20. Minta SC tolong tukarkan one way valve tu. Turbine jgn usik.

        Thanks.

    • sy pun dah pakai exo CFE tapi belum cecah 1k km lagi.. tapi 2 problem yg baya ckp tu ada kat exo sy… tunggu svc nanti nk tanya… lain2 puas hati je… nanti klu dah jumpa chief engineer tu kongsi2 ler..

      • sebenarnya bunyik rattling ni xakan effect pon kat VVT, Mitsubishi Colt pon pakai vvt tp xguna valve tu pon. Jadi bila start dgn bunyik abnormal tu benda biasa. Tp CFE dah dilengkapkan dgn valve ni baik tukar aje selagi ada dlm warranty…

  18. lambat lagi ka nak review saga ni..wawawaaaa…

  19. pada owner,cube praktik bawak bwh 2k rpm dlm bando, sekitar 1.5k rpm ke 1.8krpm jek coz dah cukup. Pastu,tekan pedal gradually,jgn tekan terus cam bwk kete auto. Elakkan guna sat coz dlm sat xda economy mode. Cvt yg punch nih,dlm economy mode klu bwk rpm bwh kelajuan 80kmh. Klu tekan 2k rpm,dah set kelajuan pergi 90kmh++,so dah off economy mode utk cvt.
    Utk enjin plak,seperti mana org powertrain ckp, 2krpm turbine akan berpusing max, so, air fuel ratio berubah dimana lebih byk minyak akan di pancitkan utk imbangi kemasukan udara yg byk.

    Enjin based campro nih, biasanya 10k km,dia akan optimum,utk prestasi n fc. Smoga ini dpt membantu.

  20. review kat ataspun dah ckp,klu banding ngan innova,exora cps punya performance hampir sama jek. Pug 3008 pun ada offering prince na 1.6 walupun brt lebih krg exora.Pug 5008 yg berat lebih 1600kg pun ada offering enjin prince 1.6 na. Cume kat malaysia jek diaorg xjual coz persepsi.
    Klu ikutkan,xda salahpun utk offer 1.6 cps pada mpv berat 1400kg ++. Pwr cps dh ok,cume xbest,klu nak extract power kena drop gear n main rpm 4k keatas coz cps activate kat rpm itu, so,agak annoying jugak coz enjin meraum.

    So,cfe nih dh dihasilkan utk ikut khendak org malaysia yg hendakkan power yg lebih. Klu ikutkan, exora bold cfe dh jd direct competitor ngan wish n stream,tp pd rega yg lg murah. Klu nk slhkan tax,bacalah psl tax terlebih dulu kat post sblm nih. Exora bold lebih murah berbanding ngan stream n wish jika rega tanpa cukai.

    Cume aku akui,secara peribadi, stream lebih cantik, wish ngan bold,dah on par dr segi kecantikan. Tp dr segi rega versus equipment, comfort,performance n ride n handling,bg aku, exora bold dh menang. Cume klh tang brand n logo ajek. Prtn kena usaha utk improve branding image cammane hyundai n kia buat.
    Semoga berjaya

  21. klu banding ngan myvi, tang meter ajek, aku rasa myvi lb premium n lblp extreme@se lg lawo coz ala lexus gitu.

    Tp klu secara kesuluruhan meter panel, aku rasa,p321a lg cantik n nampak lg canggih coz mcm2 ada kat meter panel,tp tetap x crowded walupun ada mcm2. Tp bile nyala lah, klu key off, mmg nampak dull ajek. Cam bold cfe,klu key off, nampak dull, tp biler own, terang,simple n menarik walupun bukan meter panel plg cantik dlm dunia.

  22. eemmm… cite mcam nie yang mahal nie.. bukan nk mengutuk.. tapi sama2 kita kongsi & dapat pengetahuan awal jika ia berlaku pada kita.. hehe… jgn malu2 @ segan2.. teruskan ek..

  23. lai lai lai p321a on the road…

  24. **keluar topik**
    saya tak jelas cara penjagaan CVT nih, SA ada terangkan katanya kalau nk jaga bagi tahan lama, masa kt lampu isyarat merah jangan tgu dgn Gear D, kasi free katanya… free gear tu pakai P ke nak pakai N.. apa beza N dgn P ni?
    abang2 tolong..

    • klu tggu lama kt trafik bubuh N laaa…
      klu tggu jap biar kan kat P…
      klu nak parking bru guna P…
      klu dah mati kan enjin, Guna la P…
      klu…
      klu…

    • P = Parking
      N = Normal, free gear..

      kalo traffic light tu tukar N le..macam eidda cakap kalau kejap je takpe dalam position D, tapi tekan brake kan nanti sondol kereta orang..

      kereta auto biasa pun jaga macamtu, kena menatang macam minyak yang penuh.. baru engine 15 tahun pun mantap lagi…

  25. Hairan yek..haritu masa sya jumpe P3-21A kat fraser hill tu, tengok meter model tu sampai 220km/jam je sedangkan exora cfe ni sampai 240km/jam..maybe P3-21A still ada model pakai cps/iafm agaknya..sbb tak logik plak klau cfe cuma sampai 220 km/jam je kan

  26. sy baru booking exo bold..test drive mmg pueh ati..cumenye my faovourite color black x ada..walhal for me black and white mesti ada utuk setiap keta..standard color…amik putih gak le..

  27. Saya baru tempah Proton Perve Premium kerana injin dia sama dengan Ixora. Saya suka sedan dan tak berapa suka body yang besar-besar macam Ixora tu, senang nak parking sikit.

  28. Alhamdullilah suami saya telah membeli exora bold utk kami sekeluarga tanpa di pandu uji. main redah je.. selama 3 bln kami menggunakan exora bold ni memang amat sangat berpuas hati, jimat dan yg paling penting kelajuan engin x dapat disangkal serta mantap.. terbaikk.. terima kasih Proton kerana sentanding dgn pengeluar lain.. sama2 lah kita menghargai dan bangga dgn buatan negara kita..

    • em..ni la hasil kerja keras DSSZ and semua staf Proton..
      dari beli MPV luar yang harga lebih seratus ribu, baik angkat Exora Bold CFE..
      sy pun minat jugak, cuma family belum besar lagi..kalau family dah besar, mmg akan angkat EB CFE… dah cukup perfect..

      mmg exora menawan dunia.. masih ingat lagi tgk speech DSSZ time pelancaran tu..fuhhhhh

  29. akan ada masalah bold ni bila nak tukar tayar nanti..balancing body x bleh n buat sbb gearbox cvt..
    sesapa ada cara??

  30. Bagi pendapat aku..RUGI BESAR KALAU BELI EXORA CFE….harga MAHAL…letak downpayment 15K pun bulanan MAHAL lagi…..SECOND VALUE PROTON memang takde…kalau beli guna sampai HANCUR..! bagi aku bagus beli kenderaan yang berjenama..TOYOTA…HONDA..atau NISSAN…beli secondhand pun puas HATI dari beli EXORA BARU…!

    • alahai,
      kesian abang kita sorg nh. Duit tu kan masing2. Beli la aper nak beli. X d sapa suruh bagi kome x membina mcm nh.
      Beli la beli. X d sapa memaksa ko beli.

      p/s: letak nickname mcm org GB. letak la nama yg sedap disebut..

      • Tulaa…..mamak ni pokai kot….dah namanya MPV takkan nak letak downpayment rm1000 kot. Beli keta viva jer laa yer….rm0 downpayment.

  31. salam..saya tgh tunggu info dari pihak RnD proton tentang gear box cvt tu..
    masalahnya sy tukar rim ke saiz 17″..nk spin tayar untuk buat balancing body ta bleh sbb semasa kereta x bergerak system EB rpm 3000 injin cutoff jd spin tayar x laju…yg kedua kalau jack tayar dua2 pusingan tayar jd berat jd n guna balancer yg mcm naik kuda tu motor dia x kuat…….

    • bro, elok bro tanya terus ke fb proton. Sebab deorg akan ajukan ke team yg berkenaan. kat sini kalau ada Bro Awak ker, theking ker dan beberapa org lagi boleh la jawab.

  32. Booking Exora Bold CFE colour Brown Elegan bulan Mei lg masih xdpt hingga sekarang waaaaaaad

  33. Salam…..saya nak angkat Exora Bold CPS….tapi bila baca komen2 dalam internet tentang gear box & other problem, jadi was-was plak nak angkat CPS engine…..

  34. Salam…..dah2 bulan menunggu EB ni,minggu dpan insyaallah mungkin dpat.dah tak sabar nak test drive.nak tgk juga apa masalah yg saya dpat apabila dgr komen dari kawan2.harap2 tak ada masalah la yer……..

    • jgn risau..memg puas hati pakai exora ni. sblm ni sy pakai yg cps memang xde mslah pon..kalo yg cfe ni memang dah mantap dah…
      1. body besar
      2. luas
      3. aircond spi blakang
      4. cvt gearbox
      5. reverse camera
      6. autofold side mirror
      7. rim pon besor
      dan yang paling best..
      8. engine turbo
      9. handling memang terbaikk.

  35. prestasi mantop beb…dh tempah ….fuhhhh gua tk sabar nk belasah exora nih

  36. sy dah pakai Exora Bold Cfe hampir 8 bln, 2 jan 2012 dah dpt kete, sy berpuas hati kl ke terengganu . penggunaan minyak jimat Dari dungun ke Buterworth Rm 80 jer jimat sama ngan kete sy 4X4 Nissan. Tahniah proton telah capai tahap yg begitu tinggi setanding toyota. skrng dah bergerak 30K, tiada masalah cuma lampu msuk air ckit, apa2pun tahniah prtn

  37. aku dah pakai 2 bulan lebih EB ini…takat ni x de apa2 masalah pun…bahkan terasa rugi tidak memilikinya lebih awal…bgi yg merasakan kenderaan malaysia ni low class….sebenarnya pemikiran anda masih lagi diJAJAH di JAJAH DAN DIJAJAH….hidup proton… hidup malaysia….MALAYSIA BOLEHHHHHHHH…..wakaakaka

  38. Aku memang minat gila dkat EB CFE nih…Hidup Kereta Nasional

  39. Aku nk let to go wira 1.3 eroback tahun 2001. Dah habih byr dahpun. Nk cari buyer (kalu harga leh pi 13k) dh kira baikk. Aku plan nk sambar ezora cfe ni. Ada sesiapa keh tolong cari buyer utk wira tu tak?

  40. kawan2 kata E B cfe ni baguih… P prtn edar AS yang ada keta test drive je. Pisang panas la katakan. Tengok je terus booking. Kena tunggu giliran laa pulak lbh krg 2 bln. Nak pujuk hati layan laa forum ttg exora. Tau tau keta yang dipilih merupakan pilihan yang terbaik. kalau cam ni..kena ikat perut pun ikatlah. thank semua atas sgla info.

  41. adakah enjin cps terlalu tidak berkuasa untuk exora sbb teman tak da duit nak beli yang cfe? Minta pendapat tuan tuan dan puan – puan.

    • Enjin CPS dah memadai untuk Exora, cuma bagi siapa yang nak prestasi yang lebih tinggi belilah CFE. CPS utk exora top speed 165+-km/h. CFE exora top speed 190+- km/j. Pickup pun CFE mmg lebih laju banding dkn CPS, tapi CPS x da lah beza jauh mana, utk manual cps beza 2 saat, auto beza 4 saat, 0-100km/h. Lagipun enjin CPS ni problem kurang dari CFE, neo,waja,gen pun pakai cps gak. Dengar khabar proton dah mula buat project supercharge utk cps, kang natang tu siap boleh la sumbat masuk CPS hang tu hehehe ;)

  42. http://www.mudah.my/Sprintex+Supercharger-18174616.htm?last=1 . tgk link ni untuk supercharger campro cps, sesiapa yang berduit boleh le taruk, kita tgk siapa yang memang, cfe ke cps ha ha

  43. Anak 2org jer…berbaloi ker nak pakai EB nie…nak pakai hari2 keta bt keje..tpikir plak fuel comsumption nyer agak tinggi… Jiwa mmg dah meroyan gila ngan Eb nie sejak test drive br nie… Please tlg bg pendapat korg…

    • hentam saje bang…jgn duk fikir2 lg.

      • saya pkai exora dh 2bulan…dah ada problem…
        1. tkan pedal je..mesti dengar bunyi ‘berdesup peginya…’
        2. pasang aircond jer…mesti mem ngan ank2 komplen..’sejuk la ayah….’
        3. masuk gear reverse je…’mesti ada gambar kt blkg..’….
        hmmmmmhmmmmm……

      • hai kena pikir jugak bro..nak pakai keta nie kena byr 9thn….anak ke-4 mungkin 10 tahun lagi..mgkn memadai MPV kecik kot..tp dok baca MPV kecik pn xbeza sgt pnggunaan petrol nyer….

  44. saya pun anak 2 saja…sethn n 3 thn…tp dah tak sabaq nak ambik exora sebab tak tahan xtifnya…nak kena cari yg besaq….dah test estima…dah test wish…n exora….anak n bini cuma bleh terima keluasan exora saja…n satu lg sebab ekon sampai belakang….dah try cfe…mmg beza ngan yg exora asal…lagi power…..yg untungnya…murah n dpt baru…kalau ambik wish yg bwh rm100k….hari ni beli dah umor 10 thn…..utang 9 thn…abis byr brapa nak jual balik?…keta dah umoq 19 thn maa,,.exora baru umoq 9 thn masa tu..tp 7 thn dah abis byr

  45. ambe pakai exora bold cfe dah hampir setahun setengah,ODO +- 25K, ambe dudok di kemaman,terengganu dan stakat ni,kalu area selatan,ambe dah sampai melaka/muar,kalu area utara,ambe dah sampai ke kuala perlis,nasib baik dok bleh bowok sapa ke langkawi (kat langkawi,ambe sewa avanza utk 3 hari…aduyai..memang terasa sangat perbezaan dari segi pemanduan,space tu satu hal,hal-hal yg lain pun banyok jugok…wakakaka…), Kalu KL,dok-soh cerita ah,dah beberapa kali ambe sapa dgn exora bold cfe tu. Setakat ni,memang tak-dok masaloh seperti awok2 nim royak tu,hok bunyi sana-sini sikit2 tu,ada la.. tapi dok serius mane pun, dia bunyi malu2 je…bunyi skejap,pahtu dia senyap ah… tapi hok ambe paling suka,bila balik kampong,jalan nok ke kampong ambe tu,ade satu selekoh patoh,dan ambe sangat suka ‘layan’ selekoh tu dengan exora ambe…memang terbaeekkk….. Atas highway,pernah sekali ambe henjut sapa 195km/h… tapi masih belum rapat lagi pedal minyak ambe tekan… teramat bebaloi… kalu orang tanye ambe,boleh beli ke dok,ambe akan rekemenkan..boleh beli sesangat..dengan nilai pulangan wang di berikan….boleh sangat nok rembat sbutey!!..

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 1,459 other followers