funtasticko design

http://funtasticko.net

Awas kaki pecut!!! Sistem Penguatkuassan Automatik (AES) bakal bermula Ogos ini

69 Komen

Sistem Penguatkuasaan Automatik (Automated Enforcement System) bakal bermula Ogos ini diperkenalkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi menguatkuasakan peraturan had laju dan mengurangkan kadar kemalangan jalan raya di Malaysia. AES merupakan sistem automatik sepenuhnya, terdiri lebih daripada 1,000 kamera tetap dan kamera mudah alih yang akan ditempatkan di beberapa lokasi di negara ini merangkumi lebuh raya, jalan persekutuan dan jalan negeri serta persimpangan lampu tanda isyarat. Kamera berdefinisi tinggi ini mampu merekod gambar pesalah trafik dalam apa jua cuaca serta keadaan, siang mahupun malam.

Sistem lengkap AES mempunyai kamera berdefinisi tinggi dan sensor berteknologi tinggi yang boleh mengesan pelbagai kesalahan seperti memandu melebihi had laju, melanggar lampu merah selain membantu untuk mengenal pasti pemandu yang disenaraihitamkan. Setelah data yang diperolehi diproses, sistem akan mencetak saman untuk dihantar terus menerusi pos berdaftar kepada pesalah yang didakwa.Teknologi ini juga disahkan oleh pihak berkuasa ujian antarabangsa yang diiktiraf oleh SIRIM sebelum ia digunakan untuk AES. Sistem kamera ini dengan alat-alat pengukur kelajuan juga akan ditentukur setiap lapan bulan dengan menggunakan standard pengujian tertinggi yang ditetapkan oleh SIRIM.

Dua buah syarikat telah terpilih iaitu ialah Beta Tegap Sdn. Bhd. bersama rakan kongsi teknologi Redflex Traffic Systems, syarikat kamera penguatkuasaan yang terbesar di dunia. Sebuah lagi syarikat yang terpilih ialah ATES Sdn. Bhd. yang mana pemegang sahamnya telah terbabit di dalam industri penguatkuasaan lalu lintas di Malaysia sejak 1985 lagi. Rakan teknologi mereka ialah JENOPTIK Robot GmbH daripada Jerman yang merupakan peneraju pasaran global dengan lebih 50 tahun pengalaman di 80 buah negara.

Di negara-negara seperti United Kingdom, pelaksanaan sistem penguatkuasaan automatik trafik telah berjaya mencatat statistik pengurangan pada kadar 42% untuk kematian dan kecederaan serius di 5,000 kawasan yang dipasang kamera dalam tempoh 4 tahun. Justeru, bukti ini jelas menunjukkan bahawa Malaysia perlu melaksanakan apa yang telah dilaksanakan di negara-negara maju dalam menangani isu keselamatan jalan raya iaitu menerusi pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES).

terima kasih kepada bro Arish Qutb Ahmad Khan kerana sudi berkongsi artikel ini

KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ

* nampaknya “speed trap” di mana-mana sahaja tak kira siang malam lepas ni, sendiri mau ingat ye… rugi la beli Bugatti Veyron kalau gini gaye nya, hahaha…

About these ads

69 thoughts on “Awas kaki pecut!!! Sistem Penguatkuassan Automatik (AES) bakal bermula Ogos ini

    • Rugilah siapa yang beli Preve. bawa laju sikit dh kena saman.

      • aktifkan je Autocruise pada 110kmh

      • tak jugak, kalau tak laju boleh la menikmati keselesaan pemanduan preve yg ala conti

      • oppss cuma satu je, klu 90km/h sentiasa utk jarak jauh boleh buat jadi ngantuk pulak huhu

      • baik buat no plate bagi huruf kecil atau fancy punya.. supaya no plate tak nampak kalau kena tangkap speedtrap. Saman no plate baru RM50~80. Sbb baru2 ni dah kena saman no plate. Saman speedtrap pula dah nak cecah RM300~ribu2.

  1. kalau macam ni baik pakai kereta yang 1.3 mcm tu ja… leceh r…

  2. Kalau sistem ni boleh juga diaplikasikan kepada pesalah trafik dan kaki pecut dari Singapura dan membuatkan mereka membayar saman kesalahan trafik di Malaysia saya sokong 120% !!

  3. Speed gun lama cukup sensiif dengan hujan, bila cuaca mendung je terus simpan..

    Sekarang ni dah ada radar/ laser detector dalam lingkungan beberapa ratus meter yang alert amaran jika sasaran dibuat kepada kenderaan yang dipasang radar tersebut. yang lebih canggih lagi jenis yang dapat pantulkan sasaran speed gun tersebut.

    kajian akedemia menunjukkan manusia lagi sayang duit dari nyawa. para pembangkang akan kata kerajaan nak kutip duit untuk pilihanraya, so boleh buat modal baru ni, kot-kot hapuskan semua speed trap di Malaysia ke..haha
    yang pro pulak kata mengurangkan kadar kemalangan..

    p/s: setiap ciptaan manusia pasti ada kelemahan. dan yang pastinya setiap kemalangan tu, Tuhan dah tetapkan ajal maut setiap makhluknya.

  4. Kalau macam ni, kerajaan perlu wajibkan pemasangan speed limiter kat semua kenderaan. Jadi takdelah terlajak terlebih 90 kat jalan biasa, terlebih daripada 110 kat hiway. Nampak macam nak dapatkan income lebih aje. Cuba check siapa owner Beta Tegap dan ATES ni. Anda pasti terpegun. :-)

    • aku sokong speed limiter nih.
      so pasni, xperlu lah pakai merc bmw. naik kancil pn dh boleh smpi speed limit.

      sarcasm mode.

      • bmw pun tak berani nak cilok2 takut terlebih had laju, atau org poket tebal mmg tak peduli pasal saman, sebab kalau ada saman, bayar je la, apa susah huhu

    • Satu lagi projek mengenakan rakyat, tahniahlah kerajaan. Lebih baik tak perlu buat kereta preve CFE semua tu kalau semua nk saman. Sebenarnya tak lojik dah 110km/h untuk highway. Kereta kt malaysia ni skrg bkn mcm kereta dulu2. Ni semua nak kaut duit lebih je ni. Try check sapa owner Beta Tegap Sdn Bhd ni pasti rakyat geleng kepala. Entah la apa nak jadi dgn negara ku ini.

    • mana-mana parti politik mmg cari kroni lah..sama je mana2 parti..

      Kalau pembangkang nak boikot mudah je..buat kempen pandu perlahan atas nama boikot ala-ala bersih gitu….

      kalau berjaya bukan saja jalan selamat, company ATES dan Beta Tegap pun sakit nak bayar kos maintenance dan kos overhead..

      mungkin programmer boleh buat software yang integrated dengan GPS dalam kereta yang akan warning bila lebih speed limit.. kalau nak cut off speed kereta mamcam tak best pulak ..

    • Beta Tegap tak boleh cari tp, partner Commercial Cycle ada..

  5. Aku pakai plate no kecik size 50mm agak2 kamera 2 leh tangkap gambar x ?? any ideas fren

  6. Sistem yang bagus.. Sekurang2nya lepas ni hati aku tak bengkek kalau masa aku motong kat hiway ada keta kat belakang bagi lampu macam jalan tu bapak diorang yang punya. sebab ada harapan kena speed trap Sabo sikit tunggu aku siap motong boleh tak?

    • Lepas ni highway buat 2 lane je dah cukup.

    • ko tu lembab..mmg la kena lampu..kanan utk lorong laju phm tak bro?

      • Kanan untuk lorong memotong. Bukan untuk laju. Hiway/jalanraya adalah kemudahan bukan hak. Kemudahan itu disertakan dengan undang2 – contoh: halaju tak boleh lebih 110 atau 90 km/j. SIla masuk balik kelas memandu dan pelajari undang2 jalan raya. Tq

      • nk memotong, kena la laju.
        kalu dh motong, masuk la kiri balik, baru la xkena hi-beam.

        timbang rasa amalan mulia.

      • memang la lepas motong masuk kiri balik. Masalahnya yg dok sibuk hibeam dari jauh tu yang tak bertimbang rasa. Walau se-power mana pun keta, kalau bawak lebih drpd halaju yg ditetapkan, kena saman jangan pulak angin satu badan. tq

    • aku pantang driver buduh bawak slow lorong kanan..pastu tak mahu masuk lorong kiri…saja nk cari pasal…
      nk slow, pergi lane kiri…ikut suka la nk slow bnyk manapun…
      lorong kanan utkmmemotong dan laju…
      org malaysia otak sempit dan kemalangan juga disebabkan org yg pandu perlahan di lorong kanan..

    • Best ah nama ko : kokopai!

  7. nk kurangkan kemalangan wat la jalan raya tu elok2..takde tampal2..takde lubang2..jgn salahkan kelajuan..sbb dunia smkin moden..spe lambat dia ketinggalan..bodo la pemerintah malaysia nie..

  8. aduih..untungla jpj mcm ni….buat kete 500cc dah la jual kt malaysia..baru semua slow…taw nk saman je cehh…lau diorg bawa laju xpe..ini adil hahahha

    • siap ada polis escort lg.
      time jam pn boleh smpi cepat. awat depa xnaik helikopter?

    • ok klu kancil 850cc kelajuan maksimum dlm 130+ kan, klu waja aku bole la letak enjin 1,100cc kot, baru la melajuan maksimum mcm tu jugak

      bayangkan, waja dgn enjin 1066cc ~ 1100cc hehe

  9. siot tul la…
    dah la ada 7 saman tak bayar..

    kalau korang nk tahu, setiap saman yg kita bayar, rm16 akan diberi kepada operator sistem AES ni. lepas ni GST lagi gomen nk buat…jenuh la rakyat malaysia…
    pendapatan ciput, tanggungan tinggi….last2 bankmkt malaysia juga untung sebab rakyat asyik berhutang….

    yg untung, tycoon n miskin akan teruz miskin…

    kalau buat AES pastikan adil.
    kalau polis kena speed trap, pastikan saman tidak dipadam.
    baru adil.

  10. mula2 nak naikkan saman smpai beribu ringgit.
    then psg speed trap yg org tk boleh nk elak.
    i smell something fishy here……

  11. Ni macam dah xde keje lain dah..dah la banyak jalan kat Malaysia ni speed limit tak masuk akal..jalan bengkang bengkok yang menghala kuala pilah tu speed limit 90km/jam..highway plus area kajang yang jalan tegak lebar semacam tu pun speed limit 90km/jam..tak ke bodoh tu..accident bukan sebab laju je der..60km/jam kau sibuk main sms pun boleh eksiden!

    • Kenyataan yang kau buat menunjukkan kebodohan kau itu sendiri..

      Yang tentukan speed limit adalah Jurutera, mereka reka sesuatu jalan berdasarkan Level of Service dan kelajuan yang sesuai. Polis, JPJ dan yang terbaru syok sendiri ni LPKP a.k.a SPAD hanya memastikan had laju dipatuhi.

      Kenapa kenderaan muatan tinggi tak boleh masuk jalanraya? Sebabnya Jurutera rekabentuk untuk beban tertentu sahaja, kerana halangan kos. Kalau overdesign, kos tinggi, pembangkang yang biol akan kata RASUAH berlaku. So, buatla design setakat anggaran capacity 20 tahun, dan polis, jpj membantu dalam memastikan tiada lori atau jentera berat lebih muatan lalu atas jalan.

      Kenapa denda DUIT yang dikenakan bukannya denda ketuk ketampi ke, denda pusing padang ke, denda jalan itik ke. Ha, ni satu lagi, cuba kalau kena ketuk ketampi dalam Jail, mahu jadi satu isu besar pulak. So, kajian dibuat menunjukkan denda DUIT yang paling berkesan. nah, RM300 maksimum tak cukup ummph. Tu pasal nak naikkan sehingga Ribu RM, tapi itu pun yang melibatkan situasi tertentu. kat sini yang membangkang dapat point lagi nak pedajal katanya kutip duit rakyat. Kalau mereka dapat tawan kerajaan, mereka akan hapuskan semua Speed Trap? Mereka akan rujuk Jurutera jugak, then bila dinasihatkan jangan dengan bukti2 kukuh, mereka tak boleh buat apa. Kalau semua sepakat bawa ikut speed limit takde pun hasil yang mereka dapat.. Kalau semua bawak under speed limit, pastu jalan2 tergelincir, boleh je saman balik syarikat konsesi yang buat jalan tu sebab tak jaga maintenance jalan yang baik.

      Kalau 60kmh pun eksiden sebab bawa sambil main sms, tu kebodohan kau yang nyata. Jangan kata bawa kereta, yang sedang bawa moto pun sempat main sms atas moto.. haha.. mentaliti rakyat malaysia yang tak berubah.

      So, nak marah kat POLIS dan JPJ lagi??? Atau marah kat Jurutera Designer jalan tak design untuk maksimum 300km/h?? Marah kat kerajaan sebab tak bagi duit banyak untuk design jalan yang bagus??

      balik2 kena pada diri sendiri sebab kebodohan diri tak belajar tinggi2..
      Sebab tu orang kata, sekali ko tuding jari kat orang, 4 jari akan tuding kat ko balik.. atau seperti Meludah ke langit, akhirnya kena diri sendiri..

      Sekian, ceramah bulan ramadhan..
      selamat berpuasa semua..

      • kebodohan dan metaliti berbeza bro.

        bagi aku org malaysia bukannya bodoh. cuma negara kita nie rakyatnya belum bersedia dengan bnda2 mcm nie disebabkan mentaliti rakyat dan pemimpin tu sdiri.ubah dulu mentaliti pemimpin baru lah rakyat boleh berubah.

        aku sokong letak speedtrap cam nie tp mestilah ada caranya. jangan main letak je just utk tembak dan duit. letak di kawasan yang high risk dan terbukti dlm statistik kemalangan paling kerap. lepastu highlightkan kepada driver yang ada speedtrap kat kawasan tu dan confirm driver akan perlahankan kenderaan seterusnya mengelakkan terbabas dan kemalangan sebagainya. kamera tu mestilah warna yang terang untuk org tengok di malam hari sebab main objective speedtrap nie untuk kurgkan kemalangan dan kematian bukannya mencari kesalahan dan buat duit.

        sekiranya pemandu masih lg berdegil dan tetap pandu laju barulah di saman berapa ribu pun yang telah dipersetujui. lagi satu, setahu aku kerajaan ada target dalam speedtrap nie. jadi mmg sah2 la kerajaan cuma nak buat duit supaya income dpt di generate siang dan malam.

        oh ye. jalan di malaysia mmg terbukti tak sebagus jalan di negara lain pun. kualiti ACBC dan ACWC dalam penghasilan jalan raya malaysia hanyalah sekadar cukup makan atau below standard. sebab tu jalan kita tak bagus dan cepat jahanam bila hujan. ko boleh try tgk waktu diaorg ambil sampel test jalan tu. waktu depa tebuk jalan tu tuk sampel. kandungannya mesti kurg dr piawaian standard terutamanya jalan2 kampung.kalau highway mungkinla elok sebab kita bayor dan syarikat konsesi pun xnak pening untuk maintain terlalu kerap. sebab kos nak award contractor bukanlah murah plus nak byr consultant lagi.

        Kos jalan raya takdelah tinggi mana kalau ko buat sdiri bro. maslaahnya pembahagian projek terhadap kroni2. jadi bila bg kat kroni, kompemla ko markup sikit utk bg komisyen sikit kat kroni2 dan seangkatanya. x percaya? cuba ko beli air secara bundle dapat harga murah ke mahal? kalau beli harga mahal maknanya ko x pandai negotiation la bro sebabnya kalau beli secara borong kompemlah harganya murah.lagi murah if kita yang buat sdiri. betul x? mcm tulah konsepnya dgn mudah.

        bab sms tu aku sokong ko 300%.

        bg aku, xda org marah polis or JPJ jika telus. jgn hanya tembak org kebanyakkan.tembaklah VVIP sekali (tembak masuk aku tembak speedtrap ye, jgn salah faham).aku rasa xda org marah kerajaan if jalan di design baik dan berkualiti. bnda elok, xkan org nak complain, ye x? masalahnya semuanya melibatkan nyawa. jgn buat bnda kononya nak kurgkan kemalangan dlm masa yg sama utk generate income. perbaikkan mana yang perlu dulu dalam masa yang sama mendidik bukannya mencari kesalahan.

        knp rakyat mencari kesalahan kerajaan? sebab kerajaan pun mencari kesalahan rakyat.tu yg aku ckp, ubah mentaliti pemimpin dulu.

        yang x belajar tinggi nie aku setuju. sebab pemimpin kita bukan belajar tinggi sangat pun. kalau setakat belajar tinggi di kolej berbayar, xda gunanya. kelayakkan ko sebab ada duit bukan sebab talent atau genius.
        kalau nak ckp rakyat bodoh, aku rasa ko pun termasuklah sekali sebabnya rakyat malaysia pandai cuma pemimpin yang membentuk kita sebegini.

        Sekian, hujah aku di bulan yang penuh barakah iaitu bulan selepas syaaban dan sebelum syawal ini.

        selamat beramal di bulan puasa dan bukannya sekadar berpuasa.

      • bro lu nak twist ape lagi sampai masuk spad bagai..admit it la dalam speed yang sama tetapi satu jalan banyak blind corner, 2 lorong sempit plak tu..kiri kanan banyak rumah diletaknya speed limit 90km/jam..satu jalan lagi highway 3 lorong letak speed 90km/jam jugak..apa rasionalnya bro?tak payah nak cerita jurutera sume laa..bangang..aku nak cuba sampaikan yang kelajuan bukan penyebab utama eksiden..tu yang aku cakap kalau kau bawak 60km pun..sibuk main sms pun boleh eksiden..bawak laju kalau jalan banyak kereta itu baru la bangang..bawak laju kat jalan kampung itu baru la bangang..susah ke nak dapat ape yang disampaikan atau maybe kau pandai sangat nak cerita guna BI? ke nak aku masuk fizik skali?

      • Hahaha..

        ko google Road Safety Audit.. bace jela kat situ.. malas aku explain.. speed, signboard, semua kerja engineer.. tak guna marah si pakcik polis, jpj, mereka melaksanakan enforcement je..

        kamera laju ni pun bukan main2 pasang je.. kena prove dulu kawasan mana blackspot dll, sebab sebijik kamera ni berjuta harganya kalo tak silap..

        pendek kata nak bawak laju boleh, tapi jangan libatkan nyawa orang lain, kalau takut kena saman, guna gadjet dan features yang ada.. autocruise ke ntah apa radar detector ke..

        yang terlanjur kate dan terkasar tu maaf zahir batin le di bulan baik ni.. selamat berbuka.. hehe

  12. kite tgk je la.start ogos kn.so raya pun bulan ogos.time tu kn ke ade ops sikap kn.kite tgk same ade tujuan asal bende ni utk kurgkan kemalangan atau kadar kemalangan meningkat @ sama je dgn taun2 sblom ni.

    p/s:baik kuatkasakan undang2 kepada pemandu2 idiot a.k.a selfish a.k.a bapak dier punye hiway yg menyalahgunakan line kecemasan time hiway sesak. dh la pandu dgn laju kt lorong kecemasan tu.last2 nnt masuk ke kiri jugak.yg kt blkg ni ape nk jadi.ko sorg nk cepat org lain xpyh cepat ker?serius aku paling benci sikap manusia yg camni kt mukabumi ni.dh la kebnykkan kete besar2 yg ikut kt lorong yg kecik tu.harap kete besar otak kecik nk buat ape.(mood aku mmg marah dgn org camni kt hiway)

    • yang gunakan lane kecemasan ni aku setuju kenakan denda maksimum RM2000.. hahaha..padan muka.. biasanya laluan kecemasan ni myvi dan vavi suka lalu kononnya kereta mereka kecik boleh mencilok..

      biar jela moto je yang lalu, kalau mereka masuk lane kereta kite jugak yang sibuk nak potong..

      • tp bro, ada exception.
        kdg2 polis trafik yg suruh kita lalu kiri skali.
        ada announcement dlm radio sekali skala.

        tp xselalu la..

      • loro treler pun kengkadang perasan kecik nak lalu lorong kecamsan.. heee~~

      • ko pye comment mmg bodoh2 belaka… patut la rmi rate down… perlu ke nk mention myvi n viva yg slalu masuk lrg kecemasan??? x kire kereta ape… klu da mentaliti mcm ko mmg akan redah je…

  13. mana yg baik, aku sokong je. lg pun benda ni dh digunakan di negara2 maju. rasanya utk pemandu berhemah, benda ni bukan masalah. ia lebih baik daripada saman ekor.

    tp bg yg kaki pecut, benda ni pasti akan mengganggu mereka.

  14. Sistem ni ok. Memang telah lama establish di negara-negara maju. Lagi satu ia akan mengurangkan man power utk enforcement.

    Cuma utk bagi adil kepada rakyat, Kerajaan perlu siapkan dulu High Speed Railway (HSR). Kelajuan dah sekat sekadar 110km/j, tapi rakyat takde alternatif lain utk sampai ke destinasi lebih cepat.

    Nak harapkan Airasia, flight dua tiga kali delay, serupa naik bas je. Naik flight pun banyak kerenah. Kena check in la, scan xray la, tak boleh bawak durian laa…bla bla bla..

    • correct bro…
      gomen kita suka tiru…tapi tiru tk pakai otak…
      apa jadah ada keta enjin 3.0 tapi tk bagi laju..
      kan senang haramkan sj kereta cc tinggi…AES pun tk yh beli…

      projek ni semua nk kenyangkan perut kroni…
      konon2 nkmaju, tapi tdk otak…

      jom pakat pangkah selain be end masa pru13…
      bg aku, ini tk adil…
      kita laju nk kejar masa dan kita laju dgn cara yg selamat…
      kelajuan tinggi selamat asalkan kenderaan elok dan keadaan jalan yg baik…
      bodo punya gomen….

      • kau pun tak pakai otak bila buat statement..

        datang sini nak pengaruhi undi ke? haha.. aku akan pangkah berdasarkan calon, bukan parti, sebab orang yang aku pangkah akan bantu membangunkan kawasan aku.. kalau calon PKR macam taik, aku takkan undi dia… kalau calon BN pun macam taik..aku pun tak undi, kalau dua2 macam taik.. tengok yang mana lebih kurang mudarat..so ko tak payah la nak kempen politik kat sini.. 2008 aku undi calon PKR dan dia menang, tapi mmg macam taik, aku pun tak tahu ape dia buat kat kawasan DUN dan parlimen tu..gaji bute ke..cisss..

        jalan kat Malaysia design untuk 120kmh je..speed limit 110kmh tu sebab kalau tertekan 115kmh ke, masih selamat lagi, kalo announce 120kmh, kompom la terlebih 120kmh. Ko marah la kat Engineer kenapa design untuk 120kmh je. Mereka akan tanya ko balik, mak bapak ko nak bayar ke untuk kos bina jalan??

        Bila berlalu setiap kematian, ianya dikira sebagai losses kepada kerajaan, bukan saja hilang nyawa, tapi nak repair semula furniture dll. Kereta engin 3.0 tak semestinya untuk kelajuan la bongok. Pikap pikap!! kalau berat kenderaan tu tinggi, takkan nak letak engine 1.6cc… nanti orang macam kau bash kata Exora under power pulak.. Dan takkan pengeluar luar negara nak downgrade engine semata-mata nak masuk pasaran malaysia yang kecik ni? WTFish… (kecuali untuk kereta Perutdua) haha

        Kalau laju nak kejar masa tu membuktikan seseorang tu gagal dalam pengurusan masa.

        p/s: hehe..salam ramadhan.. maaf zahir batin..

      • bro Jiie, jgn emo sgt.

        aku boleh faham nape engineer design jalan cmtu.
        engineer akan ikut spec. masalahnye, spec ni siapa yg tentukan?
        bajet sapa yg bg?

        bab undi mengundi hak masing2.
        sendiri ada akal, boleh pikir.
        aku nk hidup senang di dunia, selamat di akhirat.

        jgn ckp org gagal pengurusan masa etc.
        kita xtau mgkn dia ada kecemasan, so bg je la dia laju.

      • Terbaiklah jawapan bro jiie.

        Macam aku cakap sebelum ni, kalau benda ni baik, aku sokong jer. Takde masalah punya. Rasanya kita pun tau sikap@attitude kebanyakan pengguna jalan raya kita macamana. Lagi pun kerajaan dah buat mcm2 cara utk bendung sikap pemandu yg tidak berhemah. Aku percaya saudara2 kat sini pun dah pernah tgk dgn mata kepala sendiri sikap2 pemandu kita yg tidak berhemah.

        Dulu waktu saman ekor, aku tak berapa sokong, sebab takde bukti..kalau sistem ni ada bukti kukuh pemandu langgar peraturan, takdelah argue lagi kan.

      • bro, jiie. boleh bg x fact dr mana ko tahu yang jalan kita didesgn utk kelajuan 120km/j? setahu aku jalan raya kita didesign base on maximum weight yang boleh lalu.

        aku xnk sentuh politik sebab aku x bminat, aku cuma berminat dengan sistem yang diamalkan serta cara pemikiran.

        aku rasa ramai je mak bapak rakyat malaysia bayar tax. so duit tax tu la yang digunakan sedikit sebanyak utk buat jalan dan pembangunan.dah nama pun duit kerajaan. xtaula kalau duit tax yang di gain dr rakyat, kerajaan letak dlm akaun lain dan tak guna utk buat jalan. tax disini bukan setakat tax dr income ye. tax belian makanan, kereta dan sebagainya pun dikira tax dr mak bapak rakyat malaysia.

        aku setuju bila eksiden, losses pada government. tapi setahu aku semuanya dibayar oleh insurans. jd tang mana gov rugi?mungkin gov hilang bab kepakaran jika yang meninggal tu pakar sains ke, pakar mengajar ke or pakar buat cerita dan seangkatan dengannya.haha…

        aku setuju ada kereta yang didesign enjin besar utk pikap. tp ada juga kereta yang didesign berkapasiti besar untuk laju. sebab setiap kali review kereta mesti dia ada cerita top speed kereta tu. bukannya dia cerita bab pikap je.kalau nak pikap je, baik buat meter panel tu smpai 110km/j je.x pyhla smpai 260km/j dan sebagainya.

        Masa nie ibarat emas bro. ada waktu ko x terkejar walaupun ko genius arrange masa. mungkin kerja ko setakat duk rumah, surf tenet bro. ada org mengejar masa utk case emergency bro. jd bab nie, aku xleh nak omen apa sebab emergency nie adalah different story. cuma memandulah dengan berhemah walaupun anda laju. sebab yang memandu slow x smestinya berhemah pun. kdg2 masuk simpang main redah je.

        Salam almubarak, Maaf jika terkasar just my 2 cents.

      • Bro Noob,

        boleh search google je la pasal tu.. Untuk Road ni, banyak cabangnya, Traffic Analysis ( untuk analisis traffic, beban dll), kemudian pavement, (untuk pilih kualiti terbaik berdasarkan spec dan keadaan di sesuatu tempat), geometric design (rekabentuk alignment, horizontal dan vertical curve jalan, sagging dan hogging jalan dll biasanya guna spec JKR Arahan teknik atau REAM standard).. dan lain2.. alaaa..taip REAM je kat google) cuba google dan download standard dari Arahan Teknik JKR dan REAM

        kalau design semata2 untuk maksimum weight yang boleh lalu, habistu friction factor jalan, longitudinal force, gravity force yang belajar masa fizik tingkatan 4 tu apa dia? cuba baca balik buku sains PMR dan Fizik SPM..haha

        Losses kepada kerajaan tu dari segi insan yang dibangunkan dan kerosakan road furniture..kalau yang mati tu mat2 rempit, penjenayah, kaki rogol pembunuh, alhamdulillah la..hahaha.. cuba ko goolge kat JKJR dan MIROS, diorang buat artikel dan jurnal tentang ni..

        Speed ada gunanya ketika diperlukan.. tapi mestilah tak membahayakan orang lain.. dah ada function Autocruise macam bro2 kat atas bgtau tu guna jela..

      • 3.0 untuk pickup? pes time aku dengar beli keta enjin 3.0 untuk pickup…
        habis tu 1.5 boleh cecah 200 km/j ka? 1.6 boleh cecah 220km/j ka?

        kenapa org nk cc tinggi? satu sebab nk jimat minyak, satu nk speed, satu lagi nk stability…takkan ada manufacturer design kereta 3.0 body kancil…
        lu kencing lebey la bro….

        kalaun takat pickup kancil pun boleh pixkup, tapi makan asap la lepas 10 meter….

        lu rasa dulu kereta 3.0 baru lu tau…jgn gebang la bro…driver yg waras akan speed bila rasa selamat utk speed…bukan tunjuk lagak tk kena tempat…..

        speed bukan masalah tk reti nkmmanage masa, tapi sebab time is money. mana lu mau pilih, naik keretapi dari alor star ke kl 10 jam atau naik firefly 45 minit saja? adakah sebab tak reti urus masa?

        lu bnyk sembang la…. nampak kebodohan sebab tk faham apa org cakap.
        bodo mcm gomen jugak.

    • Dah jauh tersasar dah ni…Saya harap tuan-tuan faham maksud kenytaan saya.

      Kita ada 772km lebuhraya Plus Utara-Selatan dan beberapa lagi pemegang konsesi lebuhraya lain seperti Litrak, MTD dan lain2. Dengan jarak yang jauh begini, pernahkah Kerajaan terfikir cara utk rakyat memendekkan masa perjalanan?

      Disini buka soal merancang masa perjalanan. Saya disini bercakap soal kepentingan masa. Kalau dengan had laju 110km/j, berapa banyak masa kita buang berbanding kita memandu dengan 160km/j?

      Isunya disini, Kerajaan tetapkan hadlaju 110km/j di sepanjang2 lebuhraya. Dalam masa yg sama Kerajaan tak provide alternatif kepada commuters untuk mengurangkan masa perjalanan. Maksud saya disini, kita taknak buang masa di atas jalan.

      Sebab itu saya sebut High Speed Railway. Pernahkah kita terfikir utk travel dari Perlis ke Melaka hanya dalam 2jam lebih dengan tambang RM120? (Saya buat kiraan tambang keretapi laju TGV dari Paris – Amsterdam).

      Saya tidak stress out pasal faktor design hiway. Sebab design boleh kita ubah ikut keperluan kita. Kita nak design masa kita digunakan dengan sebaik mungkin.

      Sebab tu, my standing, instead of Kerajaan impose hadlaju, adakah rakyat diberi pilihan untuk sampai ke destinasi dengan lebih cepat? Langsung tiada…

      Dan tuan-tuan perlu ingat, whatever anda pangkah dalam PRU13 nanti, whatever parti yang menang dlm PRU nanti, Kerajaan Malaysia tetap Kerajaan yang sekarang. Tak ubah pun Dasar Kerajaan. Cuma yg berubah bagaimana ahli politik tu promote Dasar Parti dia.

      • “Dan tuan-tuan perlu ingat, whatever anda pangkah dalam PRU13 nanti, whatever parti yang menang dlm PRU nanti, Kerajaan Malaysia tetap Kerajaan yang sekarang. Tak ubah pun Dasar Kerajaan. Cuma yg berubah bagaimana ahli politik tu promote Dasar Parti dia.”

        yang ni aku setuju.. PM announce sesuatu bukan hasil kerja dia pun, tu dia ambil kesempatan atas kerja yang dibuat oleh kakitangan Kerajaan.. setiap perkara bagus hasil cetusan kakitangan kerajaan akan digunakan oleh parti politik yang memerintah sebagai ‘hasil mereka’..

        harap Electrified Projek Double Track Ipoh to Padang Besar tu beri manfaat la..dengar kata KL-Penang less than 3 hours..

        aih..kalau dolak dalik bab politik ni tak habis.. aku tak defend mana2 parti, dua2 ada kepentingan.. haha

      • Bro Jiie,

        Projek Electrified Double Track tu rasanya belum boleh provide masa perjalanan yang pantas. Tapi KTMB quote train boleh lari 160km/j. Kalau KL-Penang ambil masa 3jam, memang menarik juga. Kalau 1jam lagi bagus. Pagi2 pergi pejabat di KL macam biasa, mesyuarat di Penang pukul 10am dan balik berbuka puasa dengan anak isteri di rumah..Disini yg saya maksudkan, masa telahpun dimanfaatkan.

        Cerita pasal politik…rasanya rakyat Malaysia ni masih fikir Kerajaan itu BN dan BN itu Kerajaan. Yg lagi ortodok, ada pula yg takut kalau Pakatan memerintah, penjawat awam hilang kerja. Saya tak pasti samada rakyat Malaysia yg tidak faham konsep Kerajaan dan Parti ataupun kita ini kurang penerangan daripada Kerajaan.

      • klu ada pengangkutan awam yg cekap tak payah la aku redah jam tiap2 hari. tak payah pikir pasal petrol, insurans, cukai jalan, servis, spare part

        dan best klu takpayah drive sbb ada driver, projek mrt mgkn bole jadi satu alternatif tp utk dlm kl je la. aku agak2 mmg ramai penumpang nnti, mcm sesak2 dlm komuter tiap2 hari. bila la nk senang dpt tempat duduk huhu

      • Projek keretapi double track dari perlis ke johor bahru bagi saya bukan projek keretapi laju.. Sebabnya saiz gauge landasan keretapi KTMB yang masih di takuk yang lama (1 Meter). Standard saiz gauge landasan bagi bullet train di Jepun lebih kurang 1.4meter lebar…bila KTMB claim new train electric boleh dilarikan 160km/j sebenarnya suatu kerja yang gila. Ia diibaratkan seperti orang gemuk yg berlari dengan kaki rapat. Risiko kemalangan keretapi adalah sangat tinggi sebenarnya. Tapi saya faham nak tukar gauge ke gauge yg lebih lebar makan kos tp kerajaan leh fikirkan untuk benefit masa panjang.

        cadangan saya KTMB/kerajaan buka lah laluan baru untuk perkhidmatan keretapi dan diperkenalkan keretapi laju mengikut design dan spesifikasi terkini. Sekurang2 nya tidak semua orang akan bertumpu di lembah klang. kerja di KL, rumah di N9/Melaka..maka pembangunan akan lebih seimbang dan tidak bertumpu di Kuala Lumpur sahaja. Ini buat jalan dan highway bertumpu di KL tp jalan jem jugak..huhu

      • I like statement orang gemuk yang berlari dengan kaki rapat tu.. itulah realiti KTMB Komuter..huhu

        KLIA express guna 1.2m gauge kan kalo tak silap?, tu pasal laju semacam…

        Quote: ‘rasanya rakyat Malaysia ni masih fikir Kerajaan itu BN dan BN itu Kerajaan. Yg lagi ortodok, ada pula yg takut kalau Pakatan memerintah, penjawat awam hilang kerja’

        haha..ni betul ni, tu pasal pembangkang dok kutuk org keje kerajaan, (polis, tentera, guru, doktor, engineer, peguam dll) , padahal kalau mereka menang dan mentadbir nanti, orang sama je pun berkhidmat dengan mereka..alahai..

        PM najib umum bonus untuk kakitangan kerajaan, sebelum tu dia tanya kementerian kewangan dulu.. ha nampak kan, dia tak boleh buat decision terus tanpa tanya staf kerajaan yang tertentu. nanti kalau tak terbuat mampus kena bambu. So, advantage dapat kat dia la dengan buat pengumuman tu. kalau parti lain memerintah, diorang pulak dapat advantage.. huh..sama jela mana2 parti pun
        nanti duit bonus tu bolehla bayar2 sama AES ni kalau kena masa OPS sikap ke..hahaha..

  15. Kalau pakai topeng kena saman x sbb ada negara wajibkan muka pemandu diambil sekali
    Org nak bwk laju sbb public transport x cekap

  16. Apa susahnya…kan ada BR1M tue…hari2 sampai 5,6 kali iklan…aku tgk dari niat murni dah jadi nak menunjuk2…kalau betul bg ikhlas, tak perlu nak canang2kan satu dunia yang aku dah bg duit RM500 utk repair rumah, beli baju…..kalau aku ada power, nak jer aku bgtau siaran TV jangan lagi siarkan…baik bg iklan lain…tp apakan daya, aku pun bukannya pangkat besar…

  17. tak setuju. Kelajuan bukan penyebab utama kemalangan. Tapi kelajuanlah yang jadi ‘mangsa’ kerana nak kerja mudah (Mudah nak saman dan banyak boleh saman).Pemandu yang cekap dan baik tidak merbahayakan orang lain.

  18. naik honda ex5 je pasni.. x leh lari speed limit.. trade in keta cepat.. ramai2 pakai ex5.. kaya la boon siew

  19. mgkn bole bg feedback klu rasa x puas hati dgn pelaksanaan aes atau lain2 yg berkaitan kat sini:

    http://www.spad.gov.my/contact-us/feedback

    • ya..yang mana rasa dia anak Jantan ada telor, silalah buat feedback jika tak puas hati.. takde guna berhujah kosong disini, haha..

      Aku pun tak suka AES, tapi dari segi keberkesanannya..kalau dulu Polis tangkap pesalah guna ‘batang pancing’ yang kadang2 tak mampu tangkap ikan yang besar, kali ni guna PUKAT TUNDA TERUS!!! semua akan kena termasuk bot-bot kecil okay…

      so,hati-hati la memecut, nasihat kepada bloger funtastiskos dan diri sendiri jugak. kena buat kempen jom pandu perlahan..haha..

    • bro wajarian,

      aku bukak web tu tp utk complain la..

      xkan nak complain bnda belum buat? confuse gak aku.

      x silap aku sistem nie implement hujung bulan 8 nanti.

      pape pun kita tgk la dulu apa jd nanti. So far alhamdulillah aku x pernah

      kene speedtrap. musim2 nak raya nie memandulah dengan berhemah

      semua. aku pcaya suma dlm blog nie high educate punya org. so

      memandulah dgn waras.

  20. speed kat jalan elok n highway 130 hingga 150km/h tu kira ok la…tapi kalau jem..apa boleh buat. potong q tak patut la…amacam?

  21. Baik ko saman org yg potong Q tu lg bgus. xda kesedaran sivik langsung. cam harem!!!!!

  22. Hati2 kalo ke putrajaya, speed camera di antara presint 11 menghala ke picc

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 1,460 other followers