funtasticko design

http://funtasticko.net


36 Komen

Perodua bina kilang baru RM790 juta

p2 logo

Perodua hari ini mengumumkan bakal membina kilang pengeluaran terbaru bernilai RM790 juta bersebelahan kilang sedia ada di Sungai Choh, Rawang. Dengan terbinanya kilang ini, 1,200 peluang pekerjaan bakal tersedia dan bakal menambah 100,000 unit lagi model keluaran Perodua untuk setahun. Operasi kilang ini bakal bermula pertengahan tahun 2014.

Selain menambah lebih banyak kapasiti, kilang baru itu adalah sebahagian daripada proses transformasi Perodua untuk menghadapi liberalisasi pasaran selepas 2016. Budaya dan amalan baru daripada syarikat/ kilang baru dan akan dilaksanakan di kilang sedia ada melalui proses Daihatsu yang dipanggil Yokoten.

sumber : paultan.org

iklan side bar salesman

IKLAN : Nak beli kereta? Cari jurujual berhampiran anda di sini!!!

IKLAN : Proton Inspira model 2010 untuk dijual, RM 68 000!!!


143 Komen

P3-22A warna putih ditemui lagi!

48ea8e6c4f3f11e2862522000a1f9c96_7

Kali ini spyshots terkini model P3-22A berwarna putih telah berjaya diambil oleh Faidzal Alang. Untuk pengetahuan pembaca blog, Faidzal Alang adalah nama yang cukup terkenal dalam sukan permotoran dan pernah berkhidmat bersama Proton. Jika diperhatikan spyshots ini secara teliti, nampak seperti rim sukannya ditampal dengan koyok hitam dan ada kemungkinan rim yang sebenar telah digunakan.

* Maknanya sekarang dah semakin kerap P3-22A menjalani ujian jalan raya. Bila pulak P3-22A nak buat ujian sampai ke Kuantan? Teringin juga nak jadi Mat Bond, hahaha… :)

iklan side bar salesman

IKLAN : Nak beli kereta? Cari jurujual berhampiran anda di sini!!!

IKLAN : Proton Inspira model 2010 untuk dijual, RM 68 000!!!


115 Komen

P3-22A ditemui lagi!

proton-preve-hatchback-p3-22a-1

proton-preve-hatchback-p3-22a-2

Nampaknya semakin rancak Proton menguji model P3-22A. Kali ini giliran blog paultan.org mendapat spyshots terbaru model ini. Kali ini imej lebih jelas walaupun spyshots diambil pada sebelah malam. Kelihatan ada sedikit perubahan di bahagian gril hadapan dan bumper kerana dibahagian tersebut juga ditampal dengan sticker camouflage. Nampak sedikit jalur lampu brek belakang dan jika dilihat dengan teliti nampak seolah-olah lampu belakangnya menggunakan CCFL (Cold Cathode Fluorescent Lamp).

Siapa lagi ada spyshots kereta ni nanti jangan lupa email kan kat saya ye funtastickodesign@gmail.com, hehehe… :)

iklan side bar salesman

IKLAN : Nak beli kereta? Cari jurujual berhampiran anda di sini!!!

IKLAN : Proton Inspira model 2010 untuk dijual, RM 68 000!!!


26 Komen

Qoros tunjukkan model produksinya yang pertama, GQ3

Qoros-GQ3-1[3]

Qoros merupakan jenama terbaru hasil kerjasama antara Chery Automobile Co. dari China dan firma pelaburan Israel, Israel Corp. pada lewat 2007 dan ini merupakan hasil pertama daripada pakatan strategik tersebut. Qoros GQ3 merupakan model sedan kompak yang bakal diperkenalkan secara rasmi di Geneva pada bulan Mac 2013.

Qoros GQ3 bakal berada dipasaran China pada separuh kedua tahun 2013 dan kereta pertamanya bakal tiba ke pasaran Eropah penghujung tahun yang sama. Model sedan bersaiz Ford Focus itu “direka untuk mencapai tahap tertinggi dalam ujian perlanggaran” dengan tambahan “ruang dalaman yang luas” dan keselesaan yang tertinggi selain ciri standard seperti sistem infotainmen yang mempunyai skrin berukuran 8 inci.

Setakat ini pembuat kereta dari China itu masih lagi berahsia mengenai ejin apakah yang bakal menjana model ini, namun dijangka enjin empat silinder petrol akan menjadi nadi utamanya sewaktu pelancaran rasminya nanti.

sumber : carscoop.blogspot.com

* confirm model ni kena boikot dengan negara-negara Islam yang anti Israel, hahaha…

KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ

iklan side bar salesman

IKLAN : Nak beli kereta? Cari jurujual berhampiran anda di sini!!!

IKLAN : Proton Inspira model 2010 untuk dijual, RM 68 000!!!


Tinggalkan komen

Senarai harga terkini model-model Chevrolet di Malaysia

Chevrolet-Sonic_2012_01

Chevrolet Malaysia telah mengeluarkan senarai harga terkini untuk semua model keluarannya. Anda juga boleh lihat gambar di bawah untuk maklumat lanjut.

Berikut adalah senarai harga tersebut :

  • Cruze 1.8 LT – RM 104,716.40
  • Captiva 2.4 LT (Petrol) – RM 160,185.20
  • Captiva 2.0 LT (Diesel) – RM 166,877.20
  • Captiva 2.0 LTZ (Diesel) – RM 169,877.20
  • Colorado 2.8 AT LTZ – RM 106,008.00
  • Colorado 2.8 MT – RM 96,008.00
  • Colorado 2.5 MT – RM 90,267.00
  • Sonic 1.4 Sedan LTZ – RM 77,508.00
  • Sonic 1.4 Hatchback LTZ – RM 79,508.00
  • Orlando 1.8 LT – RM 119,766.40

KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ

iklan side bar salesman

IKLAN : Nak beli kereta? Cari jurujual berhampiran anda di sini!!!

IKLAN : Proton Inspira model 2010 untuk dijual, RM 68 000!!!


Tinggalkan komen

Ducati Malaysia muncul pemenang berganda di Pameran Motosikal Antarabangsa (EICMA) , Milan

DSC_001

Ducati Malaysia (Next Bike Sdn Bhd), sebuah syarikat di bawah konglomerat nasional Kumpulan NAZA, telah dinamakan pemenang ‘Acara Terbaik 2012′ dan ‘Jualan Terbaik 2012′ kategori di Pameran Motosikal Antarabangsa (EICMA) ke-70 di Milan, Itali. Pameran EICMA 2012 telah diadakan dari 15 – 18 November, menyaksikan penyertaan 1046 jenama dari 35 negara yang berbeza.

Ducati juga memilih majlis itu untuk mempertontonkan beberapa model dari pelbagai produk 2013. Anugerah ini telah disampaikan semasa Ducati World Dealer Conference, yang diadakan bersempena dengan EICMA, di mana Ducati juga melancarkan model terbaru untuk 2013. Ducati Malaysia telah berjaya memenangi 2 daripada 4 anugerah untuk kategori Asia Pasifik.

Cristiano Silei, Naib Presiden Jualan Global Ducati Motor Holding dan Mirko Bordiga, Ketua Pegawai Eksekutif Ducati Asia Pasifik telah menyerahkan dua anugerah tersebut kepada Datuk Wira SM Faisal Tan Sri SM Nasimuddin, Pengerusi Eksekutif Bersama Kumpulan Naza semasa lawatan khas mereka ke Malaysia baru-baru ini.

Datuk Wira SM Faisal Tan Sri SM Nasimuddin, Pengerusi Eksekutif Bersama Kumpulan Naza berkata; “Ducati Malaysia telah menyaksikan pertumbuhan yang konsisten dalam jualan dan kesetiaan pasukan mahir kami memastikan Ducatisti di Malaysia dan seluruh rantau ini disediakan dengan program gaya hidup yang bertaraf dunia. Kedua-dua anugerah menunjukkan bahawa komitmen kami kepada kejayaan jenama ini di Malaysia adalah lebih kuat berbanding sebelumnyai dan kami bersyukur bahawa usaha kita telah diiktiraf di peringkat antarabangsa. “

iklan side bar salesman

IKLAN : Nak beli kereta? Cari jurujual berhampiran anda di sini!!!

IKLAN : Proton Inspira model 2010 untuk dijual, RM 68 000!!!


13 Komen

VIDEO : Ujian kemalangan dari Insurance Institute for Highway Safety (IIHS) untuk model 2013

Menarik untuk kita tonton. Insurance Institute for Highway Safety (IIHS) merupakan sebuah badan bebas yang dibiayai oleh syarikat insurans. Jom layan video ni :)

iklan side bar salesman

IKLAN : Nak beli kereta? Cari jurujual berhampiran anda di sini!!!

IKLAN : Proton Inspira model 2010 untuk dijual, RM 68 000!!!


2 Komen

Harga terkini model NISSAN & IMPUL

Nissan Almera 1.5L CVTC

* Gambar sekadar hiasan

Nissan dan Impul telah mengeluarkan senarai harga terkini untuk model-model mereka. Jika anda bercadang untuk memiliki ssalah sebuah antara model tersebut, anda boleh memuat turun fail di bawah sebagai rujukan.

Harga terkini model NISSAN & IMPUL

Price List – Impul updated 181212

Price List – Nissan updated 181212


82 Komen

P3-22A versi Photoshop daripada Amirul Fikr!

150682_461484070556084_287348555_n

337183_460998817271276_120559698_o

Kali ini sahabat kita Amirul Fikr telah membuat versi Photoshop terbaru P3-22A dengan berpandukan gambar spyshots sebelum ini. Nampak lebih realistik dan kemas. Adakah model sebenar P3-22A seakan-akan gambaran Photoshop ini? Kita nantikan spyshots yang lain nanti. :)

 

iklan side bar salesman

IKLAN : Nak beli kereta? Cari jurujual berhampiran anda di sini!!!

IKLAN : Proton Inspira model 2010 untuk dijual, RM 68 000!!!


12 Komen

Proton Inspira model 2010 untuk dijual, RM68,000!!!

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Kepada sahabat blog Funtasticko Design yang berminat untuk membeli sebuah Proton Inspira model 2010, sahabat kita Nurazree Mahmud ingin menjual keretanya dengan harga  RM68,000. Kereta ini didaftarkan di Pahang dengan nombor pendaftaran bermula dengan CBA (nombor tidak dinyatakan). Berikut adalah sedikit info mengenai kereta ini :

Proton Inspira CVT 2.0 Premium
Nombor Pendaftaran : CBA (nombor tidak dinyatakan)
Tahun : 2010 (Disember)
Mileage : 42 300 km
Condition Tip top (rekod servis baik)
Harga: RM 68 000

Kepada yang berminat sila email kepada saya di funtastickodesign@gmail.com untuk maklumat lanjut

KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ

iklan side bar salesman

IKLAN : Nak beli kereta? Cari jurujual berhampiran anda di sini!!!

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 1,459 other followers