Chevrolet Captiva turbo-diesel diperkenalkan

Chevrolet Malaysia (Naza Quest Sdn. Bhd.) telah melancarkan variant terkini SUV Chevrolet Captiva , dengan enjin berkuasa turbo-diesel. Model tersebut sebelum ini telah dianugerahkan sebagai SUV/Crossover Terbaik, di Shell V-Power Autoworld Car of the Year 2011 Awards.

Enjin berkuasa pengecas turbo 2.0L Diesel VCDI menjana kuasa 360Nm bermula dari rpm serendah 2,750rpm dan 122kW/163PS pada 3,800rpm boleh didapati dalam variant LT dan LTZ. Ia dipadankan dengan transmisi automatik 6 kelajuan dengan fungsi Driver Shift Control (DSC) dan ECO mode yang sama terdapat pada varian petrol Captiva LT .

Model petrol dan varian turbo-diesel LT akan dilengkapi dengan rim aloi 18 inci yang sama, manakala varian LTZ mempunyai rim yang lebih besar iaitu 19 inci yang boleh meningkatkan keselamatan dan dinamik pemanduan selain memberi penampilan luaran yang lebih menarik.

Ciri asas yang terdapat untuk model ini ialah kemasan kulit yang mesra pengguna, electrically-operated parking brake, sistem bunyi 3 dimensi dan steering pelbagai fungsi untuk varian petrol dan juga untuk 2 model tambahan versi turbo-diesel.

Ciri keselamatan yang terdapat pada varian LT ialah seperti beg udara berkembar dan beg udara curtain, brek cakera untuk kesemua tayar dengan ABS (anti-lock braking system), EBD (Eelectronic brake-force distribution), traction control, ESP (Electronic Stability Program) dengan ARP (anti-rollover protection) dan Self-Levelizer (self-levelling suspension system) untuk kedua-dua varian turbo-diesel.

Harga Chevrolet Captiva tanpa insurans :-

2.4L Petrol ECOTEC AWD LT – RM 158,888
2.0L Turbo-Diesel VCDi AWD LT – RM 165,888
2.0L Turbo-Diesel VCDi AWD LTZ – RM 168,888

Chevrolet Captiva didatangkan dengan  3 tahun jaminan dan 3 tahun percuma alat ganti & kos buruh.

 

Dato’ Sri Haji Syed Zainal Abidin sah letak jawatan

Proton hari ini mengesahkan perletakan jawatan Dato’ Sri Haji Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir sebagai Pengarah Urusan Kumpulan PROTON Holdings Berhad (PROTON), berkuatkuasa 4 Julai 2012. Dato’ Sri Haji Syed Zainal telah enam tahun berkhidmat dengan PROTON dan pihak PROTON amat menghargai segala sumbangan beliau kepada syarikat.

Keputusan beliau meninggalkan PROTON ialah untuk mencapai matlamat tersendiri dan pihak PROTON menghormati keputusan tersebut. PROTON juga mengumumkan perletakan jawatan Ketua Pegawai Kewangan, Encik Azhar bin Othman dari PROTON, berkuatkuasa 6 Julai 2012. PROTON mengucapkan selamat maju jaya kepada mereka berdua.

Dengan pengunduran Dato’ Sri Syed Zainal, Pengerusi Eksekutif PROTON, Dato’ Sri Haji Mohd Khamil Jamil, bakal meneruskan kepimpinan beliau untuk memacu syarikat untuk terus maju ke hadapan. Maka dengan ini terjawablah segala spekulasi dan khabar angin yang tersebar di media sebelum ini.

* DSSZ memang seorang yang rendah diri dan mudah didekati. Harap beliau sertai PROTON sekali lagi pada masa yang akan datang. Saya yakin banyak agenda yang dah beliau rancang untuk PROTON untuk masa depan. All the best DSSZ, kami di sini doakan yang terbaik dalam apa jua bidang yang akan disertai selepas ini. :)

berkuatkuasa

Proton tak jual Lotus, Dany Bahar sah digantung tugas

Proton hari ini mengesahkan tidak menjual Lotus, anak syarikat Proton walaupun ada beberapa laporan media sebelum ini begitu hangat memperkatakan mengenai khabar angin dan spekulasi isu tersebut. Menurut Pengerusi Eksekutif Proton, Dato’ Sri Haji Mohd Khamil Jamil, Lotus merupakan jenama yang unggul dan terkenal diperingkat global, malah ia mempunyai keupayaan kejuruteraan yang hebat serta tenaga kerja yang berbakat. Ini secara tidak langsung memberi nilai kepada Proton.

Dalam masa yang sama juga, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Lotus, Dany Bahar disahkan telah digantung tugas buat sementara waktu. Ini disebabkan DRB-HICOM Berhad menerima aduan mengenai kelakuannya dan kini siasatan dalaman sedang dijalankan. Sementara penggantungan tersebut, DRB-HICOM Berhad telah melantik Dato’ Lukman Ibrahim, Mohd Khalid Yusof dan Aslam Farikullah sambil dibantu oleh Rusman Zaihan untuk menguruskan Kumpulan Lotus.

Gandingan pelumba Proton R3 ungguli MSS Pusingan kedua

Dua pelumba muda dari pasukan Proton R3, Syafiq Ali dan James Veerapan berjaya mengguli perlumbaan Malaysian Touring Car Championship di Litar Sepang semalam. Bermula di petak hadapan, mereka yang memandu jentera Satria Neo R3 dalam kategori Class 2 kereta produksi sehingga 1600cc, mereka berjaya menamatkan perlumbaan 22 pusingan dan yang paling menarik meninggalkan pencabar lain  satu pusingan di hadapan. Di tempat kedua, gandingan pemandu Honda EK9, Wong Yew Choong dan Harry Chai, ketinggalan lebih dua minit di belakang.

Syafiq yang memulakan perlubaan dan memandu sebanyak sembilan pusingan sebelum membuat hentian pit untuk penukaran pemandu.Veerapan pula mengambila alih dan terus memacu hingga ke garisan penamat perlumbaan tersebut dengan mencatat pusinagn terpantas 2 min: 39.089 saat. Tahniah kepada mereka & Proton!!!

VIDEO : Kemalangan di Drag Battle Putrajaya

Isu keselamatan tidak dititik beratkan oleh penganjur kerana membenarkan acara tersebut dibuat berdekatan dengan gerai jualan dan penonton terlalu hampir dengan jalan. Sepatutnya acara ini perlu di buat di kawasan yang lebih luas dengan jarak penonton dengan jalan lebih jauh. Terdapat beberapa penonton yang menjadi mangsa dan difahamkan ada yang parah. Cuba lihat bagaimana aspek keselamatan yang dibuat oleh penganjur Cub Prix? Walaupun lumba kapchai tapi tahap keselamatan pelumba dan penonton amat tinggi. Diharap kejadian seumpama ini tidak berlaku lagi selepas ini. Video ini telah diupload oleh blackspiderz86 di You Tube

Apa pandangan anda? Sila jangan jadikan topik ini bahan politik ye…

Dua kemenangan lima teratas Proton di Queensland

Pasukan Proton berjaya menamatkan saingan rali di Queensland dengan berjaya menduduki tempat kedua menerusi Alister McRae dan rakan sepasukannya PG Andersson berjaya mendapat tempat keempat. Pemandu Skoda, Chris Atkinson muncul sebagai juara manakala tempat ketiga dimenangi oleh pelumba veteran Brian Green.

Dalam saingan kategori 2WD, Akira Bamba berjaya menampilkan pemanduan terhebat untuk muncul sebagai juara. Seorang lagi pelumba pasukan persendirian yang memandu jentera Proton, Sanjay Takle berada dibelakang Akira Bamba untuk tempat kedua. Bagi kategori Junior pemandu tuan rumah Mike Young, juga memandu Proton Satria Neo, muncul sebagai juara. Tahniah Proton!!!

Perletakan jawatan Dato’ Sri Syed Zainal tiada kaitan dengan penggantungan tugas Dany Bahar dan DRB-HICOM

Nampaknya semakin panas isu terkini yang berkaitan dengan Proton, DRB-HICOM dan Lotus. Mungkin disebabkan oleh isu tersebut keluar dengan serentak, ia secara tidak langsung memberi gambaran isu itu berlaku pada masa yang sama dan seolah-olah ada berlaku krisis dalaman. Namun apa yang saya hendak jelaskan di sini apa yang berlaku sebenarnya tiada kaitan langung.

Menurut sumber terdekat, Dato’ Sri Syed Zainal telah menghantar surat perletakan jawatannya sebelum pelancaran Proton Prevé iaitu pada awal bulan April lalu. Jika sebelum ini kita dikejutkan dengan berita beliau menghantar surat perletakan jawatan, perkara itu sebenarnya adalah benar. Cuma DRB-HICOM tidak menerima perletakan jawatan tersebut dan berusaha memujuk Dato’ Sri Syed Zainal untuk kekal bersama Proton.

Mengenai isu penggantungan tugas Dany Bahar pula, ia mungkin disebabkan DRB-HICOM sedang meneliti beberapa perkara yang berkaitan dengan masa depan Lotus. Buat masa ini DRB-HICOM telah meletakkan pegawai kanannya dalam pengurusan Lotus buat sementara.

Siapakah yang akan menggantikan Dato’ Sri Syed Zainal sebagai Pengarah Urusan baru Proton nanti? Apakah perancangan serta halatuju baru yang bakal dibuat DRB-HICOM untuk Proton dan Lotus nanti? Kita nantikannya…

Proton kedua keseluruhan dan mendahului kategori 2wd di Queensland

Pasukan Proton ketika ini menduduki tempat kedua keseluruhan pada hari pembukaan Rali Antarabangsa Queensland 2012. Penyandang juara APRC, Alister McRae kini dalam kedudukan terbaik untuk manakala rakan sepasukannya PG Andersson terpaksa menghadapi kesukaran sehingga ketinggalan beberapa minit akibat kebocoran minyak. Andersson dalam kedudukan kedua keseluruhan sehingga enam pusingan. Namun terpaksa berhenti akibat kebocoran minyak tetapi terus memacu Satria Neo S2000nya dan berjaya menduduki tempat kesembilan.

Dalam masa yang sama, pemandu Jepun dan Juara APRC Junior, Akira Bamba mendahului saingan 2WD dan Kelas Junior. Rakan sepasukan dan penyandang Juara APRC 2WD, Karamjit Singh terpaksa menarik diri lebih awal akibat kebocoran sistem penyejuk Satria Neo 1600cc, manakala pelumba ketiga Kenneth Koh pula mengalami kerosakan pada radiator semasa melalui kawasan berair.

Pasukan Proton siap sedia bertarung di pusingan ketiga APRC

Pusingan ketiga Rali Asia Pacific Rally Championship (APRC) bakal berlangsung di Queensland pada hujung minggu ini. Pasukan Proton Motorsports bakal beraksi dalam saingan keseluruhan dan kategori pacuan 2 roda. Mengetuai saingan keseluruhan, gandingan penyandang kejuaraan APRC, Alister McRae dan pelumba Sweden, PG Andersson yang akan mengemudi jentera Satria Neo S2000.

McRae kembali beraksi di rali Australia setelah hanya menamatkan saingan pada tempat ke empat tahun lepas. Andersson pula, saingan kali ini merupakan yang pertama buatnya di Australia, setelah pemulaan yang baik dalam APRC.

Ralli Queensland dengan jarak keseluruhan 863km mempunyai 19 pusingan. Laluan terpanjang ialah 33.25km manakala yang paling pendek cuma sejauh 2km. Proton cuma mendapat tempat kedua melalui Andersson di Rali Whangarei walaupun Andersson dan McRae menunjukkan aksi yang memberangsangkan dengan jentera Satria Neo S2000.

Karamjit Singh pula kembali untuk mempertahankan kejuaraannya di Australia dalam kategori 2WD APRC dan bakal beraksi bersama Akira Bamba, juara kategori APRC Junior yang mewakili Pasukan Rali Proton Cusco yang memandu jentera Satria Neo 1600cc. Cabaran mereka bakal disertai dengan pemandu ketiga Kenneth Koh.

Proton setakat ini telah berjaya memulakan saingan kategori 2WD pada tahun ini dengan begitu cemerlang, dengan kemenangan tiga tempat teratas pada pusingan pembukaan APRC di New Zealand pada bulan April. Karamjit telah memenangi cabaran tersebut dihadapan pelumba Proton yang lain. Semoga berjaya!!!