Setelah melakukan pemerhatian & perbandingan antara TUAH & spyshots2 sebelum ni, saya telah membuat satu lagi impression Persona R. Hasil gabungan tersebut serta tambahan info-info yang didapati sebelum ini maka inilah hasilnya. Kalau macam ni rupa Persona R apa pendapat anda? Rendering ini kalau sesiapa nak touch up kasi lebih realistik amatlah dinanti2kan..
Arkib Label: Graphic Design
ARTWORK : SUV Proton hasil gabungan trio Funtasticko Design, Beardesign & Chaku!!!
Inilah hasil gabungan 3 serangkai, Funtasticko Design, Beardesign & Chaku. SUV ni “sketchnya” direka oleh saya, dirender oleh Beardesign & diberi sentuhan detailing khas oleh Chaku. Lebih realistik & mantap. Terima kasih kepada Beardesign & Chaku kerana sudi merealisasikan rekaan SUV ini. Anda berdua memang BEST!!! Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai kami di Facebook Autostylista boleh klik link ni Autostylista
ARTWORK : Sketch SUV rekaan saya dirender oleh Beardesign!!!
ADVERTORIAL : SNF (Saturday Night Fever) !!!
Acara perlumbaan malam terhangat di Malaysia telah bermula & sudah sampai ke Pusingan ke-3!!! Anjuran Ignition.my yang diterajui oleh bro Adian Yein dan rakan-rakan. Selain itu ada acara sampingan yang menarik termasuk jualan alat-alat “racing” & modifikasi selain pertunjukan DJ & aweks2 yang boleh membuatkan anda teruja, hahahaha…
JOM Lepak SNF!!!
* Iklan ni telah direka oleh saya & bakal masuk dalam majalah Hypertune & Shift tak lama lagi…kira promo awal untuk event ni la..
Kepada sesiapa yang berminat untuk “test power” kereta anda di Litar Sepang boleh la layari http://snf.my/
ARTWORK : Satria Neo Facelift Turbo!!!
ARTWORK : Proton hatchback!!!
Sketch asal TUAH yang telah dirender!!!
Sketch asal TUAH
Perbandingan dengan TUAH
Cuba bandingkan TUAH dengan sketch asalnya lakaran Zaf dari Proton dengan clay model yang sebenar? Memang jauh la bezanya, nampak sketch yang dirender tu lagi menarik & garang. Jelas muka harimau mengaum kelihatan, yang menjadi persoalannya mengapa tidak dibuat clay model berdasarkan lakaran asal ni? Kenapa perlu ubah sehingga dia menjadi terlalu safe sebagai showcar, pelik tapi benar… sila bagi pendapat anda ye,
* gambar rendering tu saya dapat dari bro Mat tadi, dia bluetooth kat saya masa dok sembang kat kafe…dia pun dah lupa mana dia ambil gambar ni..kredit kepada yang telah membuatnya, anda telah buktikan lakaran asal lebih baik dari clay model sebenar, tahniah diucapkan..
ARTWORK : Rekaan semula Proton MSX!!!
ARTWORK : Sketch Persona R berdasarkan spyshots + TUAH
TATA berminat bekerjasama dengan PROTON!!!
Adakah Proton bakal bekerjasama dengan TATA untuk mengeluarkan “kereta rakyat” yang berharga sekitar RM 20 ribu? Jika ini direalisasikan maka TATA Nano akan jadi benchmark untuk menghasilkan model ini. Timbalan Perdana Menteri yang melakukan lawatan ke India baru-baru ini menyatakan, TATA berminat bekerjasama dengan Proton untuk memperkenalkan kereta seperti ini di Malaysia. Namun belum ada sebarang kata putus dibuat, tetapi mereka akan menghantar beberapa pegawai mereka ke Malaysia nanti untuk melakukan kajian terperinci.
* Gambar di atas cuma gambaran dari saya je, artwork lama-lama dulu..










![IMG_6595[8]](http://funtastickodesign.files.wordpress.com/2011/04/img_65958.jpg?w=611)


