Funtasticko Design tempat ke-2 kategori Best Auto Blog di World Bloggers & Social Media Awards 2012. Pemenangnya seperti yang telah dijangka iaitu Paultan.org & tempat ketiga jatuh kepada Arena Kereta.com. Terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menyokong serta mengundi blog ini & menjadikan ia sebagai sumber informasi anda. Tanpa sokongan anda Funtasticko Design takkan berada hingga ke tahap ini. Terima kasih semua!!!
Tag Archives: Greetings
Salam Aidilfitri & Merdeka
Salam Ramadhan & Selamat Menjalani Ibadah Puasa
Salam,
Saya zarul@campromania ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Salam Ramadhan & Selamat Menjalani Ibadah Puasa kepada pengunjung2 blog ini yang beragama Islam. Semoga Ramadhan kali ini memberi keberkatan & kesihatan yang baik kepada semua untuk menjalani ibadah puasa. Jangan lupa Zakat Fitrah ye ![]()
1 juta pengunjung, terima kasih atas sokongan anda!!!
Jutaan terima kasih kepada anda yang setia bersama blog ini… akhirnya sasaran 1 juta kunjungan telah berjaya dicapai atas sokongan anda semua… teruskan bersama Funtasticko Design!!!
* blog ni dalam “silent mode” sebab kekurangan info & spyshots terkini, sedang mencari info terbaik buat anda semua… stay tuned
Selamat Tahun Baru 2011!!!
Tahniah pasukan Malaysia, Harimau Malaya kembali mengaum!!!
Tahniah diucapkan kepada skuad K.Rajagobal kerana telah berjaya membuka lembaran baru skuad Harimau Malaya dengan menjuarai Piala AFF Suzuki 2010. Lebih manis ia diraikan di hadapan lautan merah penyokong skuad Garuda. Ini adalah kejuaraan sulung negara & diharapkan merupakan titik kebangkitan skuad Harimau Malaya. Esok PM dah umumkan cuti sempena kemenangan ini. Jika dilihat semalam barisan ini memang masih muda & mempunyai masa depan yang baik jika digilap dengan sempurna. Harap FAM cari lagi lagi bakat-bakat muda & bersemangat tinggi seperi mereka & hantar mereka berlatih di luar negara supaya generasi bolasepak Malaysia terus maju. Syabas Harimau Malaya!!!
* semua player main bagus, tapi goalkeeper la penyelamat skuad kita semalam..memang dia cekap & tangkas
Selamat Hari Krismas
Salam Maal Hijrah
Salam AidilAdha
Sempena Hari Raya Haji yang bakal mejelma tak lama lagi lagi, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Salam AidilAdha kepada semua pengunjung blog yang beragama Islam. Kepada tetamu Allah yang sekarang berada di Tanah Suci Mekah semoga selamat menjalankan ibadah haji serta mendapat haji yang mabrur. Sape2 ada yang masuk korban ke tahun ni?
Selamat Hari MERDEKA Malaysia!!!
Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari MERDEKA kepada semua pengunjung blog. Bersama-samalah kita pelihara nikmat kemerdekaan ini yang baru berusia 53 tahun & hargailah jasa pejuang-pejuang kemerdekaan kita yang sanggup berkorban harta & nyawa demi kemerdekaan yang kita nikmati sekarang.
“1 Malaysia Menjana Transformasi”
* Autobots..transform & roll out..hahaha…










