Sempena Hari Raya Haji yang bakal mejelma tak lama lagi lagi, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Salam AidilAdha kepada semua pengunjung blog yang beragama Islam. Kepada tetamu Allah yang sekarang berada di Tanah Suci Mekah semoga selamat menjalankan ibadah haji serta mendapat haji yang mabrur. Sape2 ada yang masuk korban ke tahun ni?
Arkib Label: Greetings
Selamat Hari MERDEKA Malaysia!!!
Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari MERDEKA kepada semua pengunjung blog. Bersama-samalah kita pelihara nikmat kemerdekaan ini yang baru berusia 53 tahun & hargailah jasa pejuang-pejuang kemerdekaan kita yang sanggup berkorban harta & nyawa demi kemerdekaan yang kita nikmati sekarang.
“1 Malaysia Menjana Transformasi”
* Autobots..transform & roll out..hahaha…
Salam Ramadhan & Selamat Menjalani Ibadah Puasa
Salam,
Saya zarul@campromania ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Salam Ramadhan & Selamat Menjalani Ibadah Puasa kepada pengunjung2 blog ini yang beragama Islam. Semoga Ramadhan kali ini memberi keberkatan & kesihatan yang baik kepada semua untuk menjalani ibadah puasa. Jangan lupa Zakat Fitrah ye
Selamat Hari Guru, Cikgu….
PENGUMUMAN : T-shirt EMAS terpaksa dibatalkan!!!
EDIT : Proposal design terkini yang lebih simple & mudah dicetak atas t-shirt ready made!!!

Material : High Grade Cotton Ready Made t-shirt
Saya mengambil kesempatan ini untuk memohon maaf kepada penempah2 t-shirt ni..disebabkan tempahan tidak mencukupi utk menjalankan proses cetakan, projek ini terpaksa dibatalkan buat sementara..saya tengah mencari penyelesaian agar t-shirt ini boleh dicetak tapi dengan menggunakan design yang lebih simple & boleh dicetak atas t-shirt ready made..sebelum ni proposal saya t-shirt tu custom made, sebab tu kena ada minimum order untuk buat..kalau tak kos dia memang tinggi..kepada sesiapa yang dah membuat bayaran, saya akan pulangkan wang anda dalam masa terdekat..dalam masa yang sama saya cuba buat proposal yang lain..tq
BELASUNGKAWA : NYET dalam kenangan, Oktober 2008-Mac 2010
Naluri saya rasa terpanggil untuk memaklumkan kepada kawan2 semua, kucing kesayangan saya & keluarga telah kembali menemui Maha Penciptanya buat selamanya malam tadi pukul 10.30 malam..saya terpaksa buat “post khas” ni untuk mengimbau kembali kenangan bersama sepanjang hayatnya..Nyet seekor kucing yang aktif, manja & penyayang..kami sekeluarga amat rapat & sayang kepadanya..dialah yg paling istimewa buat kami..sampai sekarang masih terasa lagi dia masih ada bersama kami..tapi kami semua redha dengan ketentuanNya..maaf jika post kali amat berlainan dari apa yg sy biasa post sebelum ni..hati sy amat sedih buat masa ni..terima kasih kepada sesiapa yg memahami situasi ni..
Salam Maulidur Rasul
Selamat Menyambut Maulidur Rasul kepada pembaca blog ini yang beragama Islam..bersama-samalah kita berselawat ke atas nabi Muhammad SAW..









