funtasticko design

http://funtasticko.net


11 Komen

Funtastickodesign.wordpress.com akan dikenali sebagai Funtasticko.net!!!

dfdfsg

* PENGUMUMAN!!!

Semua post/artikel terkini telah dikemaskini di funtasticko.net Ada video spyshots P3-22A lagi tu, walaupun dalam tempoh percubaan & set up anda dah boleh layari laman terbaru tersebut ye. Terima kasih.

Makluman khas kepada pembaca blog Funtastickodesign.wordpress.com. Blog ini bakal dikenali sebagai Funtasticko.net tidak lama lagi dan proses set up blog sedang giat dilakukan. Ini merupakan permulaan baru bagi blog Funtastickodesign dan diharapkan selepas ini blog ini semakin mendapat perhatian peminat automotif tempatan.

Anda boleh mula mengunakan blog funtasticko.net mulai hari ini dan jika ada sebarang kesulitan buat masa ini tidak dapat dielakkan, maklumlah segalanya dah berubah. Teruskan menyokong Funtasticko Design, terima kasih atas segala sokongan anda selama ini. :)


125 Komen

PERHATIAN!!!

Minta tolong sahabat-sahabat kat sini kalau terjumpa link gambar slide yang “leak” baru-baru ni, minta owner blog/website/facebook & lain-lain keluarkan gambar tersebut. Tujuan saya buka post ini adalah untuk membantu sahabat kita bro Nazz P1 Glenmarie untuk keluarkan gambar tersebut sebelum tersebar lebih jauh lagi. Ada isu besar disebalik pengeluaran gambar tersebut, diharap sahabat-sahabat yang lain boleh membantu. Kerjasama anda semua amatlah dihargai. Terima kasih. :)


91 Komen

INFO TERKINI : Saga FLX 1.6 bakal keluar tak lama lagi!!!

* Gambar sekadar hiasan

Menurut info yang saya dapat minggu lepas, Saga FLX 1.6 telah melakukan “trial” pemasangan. Antara info yang saya dapat :

- ada 2 unit trial berwarna solid white dan fire red

- rim & tayar 15/50/195

- interior sama, tapi leather seat jahitan merah ditepi (masih belum pasti)

- ada bodykit

- bumbung ikut warna body kereta, tak hitam macam Saga SE

- fog lamp punya console warna dark gold bukan chrome seperti sebelum ini

- enjin IAFM+ & CVT

Buat masa ini itu sahaja info yang saya dapat, tarikh pelancaran belum lagi dapat dipastikan bila, kemungkinan besar dalam bulan ini atau selewat-lewatnya serentak dengan pelancaran Exora CFE


92 Komen

INFO TERKINI : SAGA FLX bakal dilancarkan tak lama lagi!!!

Blog ini akan mewujudkan segment INFO TERKINI, jika mendapat info yang terkini yang semestinya dinantikan ramai. Untuk julung kalinya info INFO TERKINI yang saya dapat, Saga FL (Phase 2) IAFM+ & CVT bakal dikenali dengan SAGA FLX & bakal dilancarkan dalam masa terdekat. Menurut info dijangkakan pada bulan ini, sama ada tepat atau tak kita nantikannya… :)

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 1,460 other followers