funtasticko design

http://funtasticko.net


Tinggalkan komen

NAZA taja RM3.5 juta untuk Seminar Antarabangsa

Gergasi automotif terkemuka Malaysia, NAZA WORLD telah menaja RM3.5 juta dari segi bantuan kewangan dan logistik  untuk menganjurkan Seminar Antarabangsa. Ia juga merupakan tanggungjawab sosial NAZA WORLD bagi mengukuhkan perpaduan “ummah” di Malaysia.

Sumbangan tersebut telah diserahkan oleh Pengarah Kumpulan NAZA, Puan Sri Zaleha Ismail kepada Pengerusi Seminar, Tuan Haji Mohd. Yusof bin Din dan disaksikan oleh Penasihat Agama Perdana Menteri, YB Datuk Seri Dr. Abdullah bin Md Zin. Majlis tersebut telah berlangsung di Auditorium Puan Sri Zaleha  di NAZA AUTO MALL, Petaling Jaya.

Pengerusi Eksekutif Bersama Kumpulan NAZA, Datuk Wira Hj SM  Faisal Tan Sri SM Nasimuddin berkata sumbangan ini merupakan usaha NAZA WORLD bagi meningkatkan perpaduan umat Islam di Malaysia dan luar negara.

Seminar Antarabangsa  tersebut bakal dianjurkan bersama dengan Bestari dan MyKMU.net. Penaung bagi acara ini ialah Perdana Menteri, YAB Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga bakal merasmikannya pada 15 Jun 2012. Ia bakal berlangsung di Putra World Trade Centre (PWTC) bermula 15 dari Jun hingga 17 Jun 2012.

Cendikiawan Islam, profssional, ahli akademik dan pemimpin masyarakat dijangka menghadiri acara ini. Selain Bahasa Malaysia, acara ini juga bakal menggunakan Bahasa Arab sebagai bahasa pengantar. Antara penceramah antarabangsa yang bakal menyertai acara ini Mantan Timbalan Azhar Syeikhul, Mesir, Syeikh Mahmoud Ashour, Imam Masjidil Haram Mekah, Syeikh Maher al-Mueaqly, Mufti Palestin, Syeikh Ekrima Sa’id Sabri dan and Penasihat Agama Perdana Menteri, YB Datuk Seri Dr. Abdullah bin Md Zin.

Majlis penutup seminar ini akan disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri YB Mejar Jeneral (B) Datuk Seri Jamil Khir bin Haji Baharom. Pihak NAZA juga akan menjadi penyedia kenderaan rasmi untuk VIPs dan para peserta. NAZA WORLD juga menyediakan Maserati Quattroporte dan MPV Vellfire sebagai kenderaan rasmi seminar antarabangsa tersebut.

KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ


3 Komen

LE TOUR DE LANGKAWI 2012 : PROTON jadi tuan rumah pemulaan peringkat ke-6

PROTON Centre of Excellence di Shah Alam hari ini menjadi tuan rumah permulaan peringkat ke-6 perlumbaan basikal LE TOUR DE LANGKAWI 2012. Cabaran yang paling getir hari ini ialah pendakian puncak Genting Highlands dengan jarak keseluruhan sejauh 108km.

PROTON telah menjadi penaja utama acara tahunan ini sejak ia bermula pada 1996 dan ini merupakan kali ke-3, PROTON menjadi tuan rumah acara permulaan selain Jersi Biru Raja Pecut. PROTON juga menaja kenderaan, bantuan teknikal, penyelenggaraan kenderaan, tenaga kerja dan juga pemberian cenderahati di setiap lokasi perlumbaan. Selain itu juga kenderaan PROTON menjadi kenderaan calvacade yang akan mengetuai rombongan LE TOUR DE LANGKAWI.

PROTON HOSTS START OF STAGE 6 OF LE TOUR DE LANGKAWI 2012

SUBANG JAYA, 29 February 2012 – Cycling’s elite competing in the 17th edition of the Le Tour de Langkawi Starts Stage 6 of the prestigious race at the PROTON Centre of Excellence in Shah Alam today and what awaits them is a challenging 108km charge to the peak of Genting Highlands.

 Le Tour de Langkawi 2012 has attracted a total of 122 cyclists representing 22 local and top international professional teams who are competing in a gruelling 1,414km stretched over 10 days.

As a long-time sponsor of the tour since it was first held in 1996, this is the third time the event has been flagged off from the PROTON Headquarters. As in previous years, this year’s sponsorship of the tour involves a fleet of vehicles, as well as in terms of technical support, maintenance, manpower and merchandise giveaways. PROTON is also spearheading the cavalcade which is a procession of vehicles that proceeds ahead of the main peloton as it races through the country.

This is also the third consecutive year PROTON is sponsoring the coveted Blue Jersey which will be worn by the Sprint Champion of every stage, as well as the tour’s overall Sprint Champion.

Meanwhile, in conjunction with the prestigious tour, PROTON had also, prior to the start of this morning’s Stage 6, organised Le Tour de PROTON, a short race for cycling enthusiasts within the company to promote healthier living. 200 PROTON staff, including members of the Group’s senior management, will be taking part in this race, which will begin at the PROTON Plant in Shah Alam and will end at PROTON Centre of Excellence before joining the main peloton as they begin Stage 6.

“Beyond the realm of racing, Le Tour de Langkawi has more importantly become a powerful, impactful and successful branding exercise for the country, in which it has not only contributed in terms of driving up inbound tourism but has significantly elevated Malaysia’s status internationally,” said PROTON’s Group Managing Director, Dato’ Sri Haji Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir.

“Branding is also a key objective we at PROTON hope to fulfill in our support and sponsorship of the Le Tour de Langkawi. It provides us with a fantastic opportunity to showcase our range of vehicles not only to the local audience, but also the international riders, teams, officials and television viewers who follow the race.”

“And after being involved with LTDL for 17 years, it has become something that all PROTONians look forward to every year. This year, to celebrate our long-standing involvement with LTDL, and to create excitement amongst PROTONians, we are doing something new called Le Tour de PROTON for the very first time.

It is more than a cycling activity to promote health, but we also see it as a different approach to strengthen the relationship between PROTON senior management and staff. And I’m happy to say that the response was very encouraging, so it was a shame that we had to limit entrants to 200. We certainly look forward to doing this next year too,” added Dato’ Sri Haji Syed Zainal Abidin.

Le Tour de Langkawi was flagged off with 20.3km individual time trial around Putrajaya on 24 February 2012 and will end on 4 March 2012 in Kuala Terengganu.


16 Komen

Perodua derma RM300k kepada Yayasan Nurul Yaqeen

Putrajaya, 23 Feb : Perodua hari ini menderma sebanyak RM300,000 kepada Yayasan Nurul Yaqeen bagi menjayakan Projek Hati Nurani: Sekolah Dalam Hospital. Sumbangan itu adalah untuk kegunaan selama 2 tahun (2011 dan 2012).

Pengarah Urusan Perodua Datuk Aminar Rashid Salleh telah menyampaikan cek derma  itu kepada isteri Timbalan Perdana Menteri Yang Amat Berbahagia Puan Sri Datin Noorainee Abdul Rahman, selaku penaung Yayasan Nurul Yaqeen, di satu majlis yang diadakan di Kediaman Rasmi Timbalan Perdana Menteri di sini hari ini .

“Kami menyokong penuh Projek Sekolah Hati Nurani: Sekolah Dalam Hospital yang diilhamkan oleh Yang Amat Berbahagia Puan Sri Datin Noorainee. Kita amat bersimpati dengan nasib kanak-kanak yang memerlukan rawatan jangka panjang di hospital dan sekali gus menjejaskan pelajaran dan persiapan mereka untuk menduduki peperiksaan awam,”kata Aminar.
“Projek ini akan memastikan bahawa kanak-kanak yang memerlukan rawatan jangka masa panjang di hospital tidak akan ketinggalan di dalam pelajaran mereka dan juga persediaan mereka untuk peperiksaan awam. Ini adalah selaras dengan slogan  Perodua “Kerana Anda Keutamaan Kami.”

Projek ini telah dilancarkan di hospital rintis Hospital Kuala Lumpur pada tahun 2011 dan dikembangkan kepada lain-lain hospital-hospital besar awam kemudian.

Selain itu Perodua juga telah bersetuju untuk menghantar pasukan sukarelawannya bagi membantu Yayasan Nurul Yaqeen melaksanakan aktiviti-aktiviti yang bermanfaat kepada kanak-kanak dan remaja yang terlibat terutamanya pada musim cuti persekolahan. Pihak Yayasan dengan bantuan Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pendidikan akan membantu melatih 100 orang sukarelawan untuk memberi bimbingan secara berterusan di samping memenuhi masa lapang kanak-kanak yang mendapat rawatan pada cuti persekolahan.

Jumlah sukarelawan Perodua yang akan menyertai program ini akan diumumkan kelak.

Pasukan sukarelawan Perodua ini akan turut menyertai lain-lain aktiviti-aktiviti tanggungjawab korporat lain dan juga memberi bantuan kepada mangsa-mangsa bencana alam. Pasukan sukarelawan Perodua telah menghulurkan bantuan kewangan, makanan dan keperluan harian kepada mangsa-mangsa banjir di Kedah dan Johor pada masa lalu, kata Aminar.

Untuk keterangan lanjut sila hubungi En Jimmy Yeow di talian 03 6733 8888 samb 5338 atau En Ahmad Tamimi Omar di samb 5777

* Ini merupakan SIARAN MEDIA pertama dari Perodua. Terima kasih kerana memilih Funtasticko Design. :)


7 Komen

BIASISWA PROTON UNTUK 30 PELAJAR IPTA DAN IPTS

SHAH ALAM,  14 Februari 2012 – Seramai 30 orang pelajar hari ini dianugerahkan biasiswa daripada syarikat pengeluar kereta nasional PROTON, bagi melanjutkan pelajaran dalam jurusan kejuruteraan, perakaunan, ekonomi dan komunikasi ke 14 institusi pengajian tinggi awam dan swasta yang terpilih di seluruh negara.

Penyampaian biasiswa tersebut telah disempurnakan oleh Penasihat PROTON, YABhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam satu majlis yang diadakan hari ini. Turut hadir di majlis penyampaian biasiswa tersebut ialah YBhg Dato’ Sri Mohd Nadzmi Mohd Salleh, Pengerusi PROTON, YBhg Dato’ Jaafar Indot selaku Pengerusi YAYASAN PROTON, dan Encik Suhaimi Sulong, Pengarah Kumpulan Sumber Manusia PROTON.

Sebanyak RM 2 juta telah diperuntukkan oleh YAYASAN PROTON, bagi membiayai kos pengajian kesemua 30 pelajar yang terpilih ke peringkat Ijazah Sarjana Muda. Jumlah peruntukan ini juga merangkumi yuran pengajian keseluruhan, elaun sara hidup, elaun buku dan tempat tinggal.

Biasiswa YAYASAN PROTON memberi keutamaan kepada pelajar-pelajar  daripada keluarga berpendapatan rendah, anak-anak kakitangan PROTON dan pelajar yang mendapat keputusan akademik yang cemerlang. Bagi Tahun Kewangan 2011/2012, YAYASAN PROTON telah menerima sebanyak 404 permohonan, di mana seramai 236 pelajar telah disenarai pendek untuk ditemuduga bagi peringkat pertama dan seramai 99 pelajar dipanggil menghadiri temuduga bagi peringkat kedua.

Penerima-penerima biasiswa YAYASAN PROTON bagi penggal 2011/2012, kini menuntut di 14 IPTA dan IPTS iaitu Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), Universiti Teknologi Petronas (UTP), University Malaysia (UM), Universiti Multimedia (MMU), Universiti Kuala Lumpur (UNIKL), Universiti Selangor (UNISEL), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Universiti Teknikal Malaysia (UTEM), Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Universiti Utara Malaysia (UUM).

“Penganugerahan biasiswa-biasiswa ini, bertujuan untuk memastikan pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah tetapi mempunyai pencapaian akademik cemerlang, memperolehi peluang yang sewajarnya untuk meneruskan pembelajaran ke peringkat ijazah,” kata  Encik Suhaimi Sulong, Pengarah Kumpulan Sumber Manusia PROTON.

“Ini selaras dengan hasrat kerajaan untuk memberi keutamaan terhadap kebajikan serta menaik taraf dan membantu golongan berpendapatan rendah di bawah Program Transformasi Kerajaan (GTP). Ia juga menggariskan komitmen PROTON, terhadap usaha negara untuk membina modal insan yang lebih mantap dan berkaliber melalui program pendidikan.” Ujar beliau lagi.

YAYASAN PROTON telah dipertanggungjawabkan oleh PROTON, untuk mentadbir dana bagi tujuan pendidikan, sains dan amal, selain mendorong untuk memajukan pendidikan bagi semua aliran yang diluluskan di bawah undang-undang pendidikan.

YAYASAN PROTON juga turut menghulur bantuan kewangan ke sekolah-sekolah terpilih melalui program Sekolah Angkat YAYASAN PROTON. Program ini ditubuhkan bagi membantu dan memberikan peluang kepada anak-anak daripada golongan miskin, yatim piatu dan mereka yang memerlukan, untuk sama-sama memperolehi pendidikan yang berkualiti dan seterusnya dapat mengubah nasib keluarga melalui kejayaan cemerlang dalam pendidikan.

Sejak penubuhannya pada tahun 1994, sejumlah RM 12 juta telahpun diperuntukkan di mana seramai 140 pelajar telah menerima biasiswa untuk melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah. YAYASAN PROTON juga telah menyampaikan hadiah saguhati berbentuk wang tunai dan sijil kepada 292 pelajar lulusan PMR dan 86 pelajar lulusan UPSR di bawah program Pencapaian Akademik Cemerlang semenjak tahun 2006.

Sementara itu, seramai 45 pelajar di peringkat diploma dan 36 pelajar di peringkat ijazah, telah menerima wang tunai saguhati berjumlah RM1,000 dan RM2,000 di bawah Skim Bantuan Pembelajaran YAYASAN PROTON sejak tahun 2006.


21 Komen

Apakah sikap atau gaya pemanduan rakyat Malaysia yang paling anda BENCI, Jom kita senaraikan!!!


Gambar sekadar hiasan

Sepanjang menjadi pemandu di jalan raya negara ni, dah macam2 perangai, sikap & cara memandu kita pernah lihat. Kalau nak cerita memang tak abis, sebab ni la punca utama kepada peningkatan kadar kemalangan jalan raya di sini. Jangan la nak disalahkan kerajaan sebab wujudnya Proton & Perodua harga kereta luar jadi mahal, terpaksa beli kereta tersebut yg dikatakan kurang bagus(padahal pemandu yg tak bagus), jangan salahkan Polis & JPJ kalau macam-macam undang-undang diperkenalkan & jangan salahkan keadaan jalan raya di negara ni yang tidaklah sebaik mana, sebab kalau dah tahu pasal tu kena la berhati-hati. Pokok pangkalnya ialah sikap pemandu itu sendiri, dah tahu bahaya gi cabar lagi, bila kena menyesal tak sudah.

Sila kemukakan komen anda, kita buat sesi mengumpul data…mungkin ini dapat membantu kita memahami perangai rakyat Malaysia di jalan raya.. Jadi kita akan lebih berwaspada nanti :)


5 Komen

Hari terbuka Pengkalan Udara TUDM Kuantan!


Pesawat Hawk


Pesawat MIG-29N


Pesawat Hornet


Pesawat Sukhoi SU-30 MKM


Pesawat khas dari US Air Force


Aksi dari unit PASKAU TUDM

Pagi tadi saya berkesempatan mengunjungi Hari terbuka Pengkalan Udara TUDM Kuantan…pelbagai aktiviti menarik seperti pameran pelbagai jenis pesawat, pertunjukan udara, payung terjun & lain2..best gak sesekali dapat peluang macam ni… 8)


17 Komen

Sony Ericsson Vivaz

Berkenan pulak saya tengok telefon ni..rekabentuk yg simple & menarik...ciri2 pun hebat & terkini..rasanya dah ada dipasaran sekarang.. ;)

Spesifikasi :

Ukuran 107.0 x 52.0 x 12.5 mm
4.2 x 2.0 x 0.5 inci
Berat 97.0 gr
3.4 oz
Skrin 360×640 pixel
16,777,216 colour 16:9 nHD touchscreen (TFT)
Warna yang tersedia Cosmic Black
Moon Silver
Galaxy Blue
Venus Ruby
Memori microSD™ (up to 16GB)
Phone memory 75MB

- Zoom digital – hingga 4x

- Kamera – 8.1 Megapixel

- Rakaman video HD (High Definition)

- Google Maps™

- Aplikasi Facebook™ & lain2

Anggaran Harga :

RM 1720 – 1800
RM 1330 – 1410 (AP)

* untuk maklumat lanjut layari http://www.sonyericsson.com/cws/cws/home?cc=id&lc=id


6 Komen

Minuman tenaga LR8

Info mengenai minuman ni :
We are a dynamic new company created for the twenty-tens.  With the noughties already behind us, we wanted to produce a trailblazing range of drinks that weren’t loaded with caffeine, that tasted great and provided an energy boost when really needed.   So we have crossed continents, scoured the earth, squeezed, squashed and crushed fruits, extracted vitamins and selected minerals from across the world to bring you LR8: a range of drinks blended entirely from natural ingredients.

We are proudly associated with Lotus Racing as one of its major sponsors. With such sponsorship come ethical obligations. As a race team owned by a consortium based in Malaysia we have ensured that the LR8 range complies with Sharia law and may be halal certificated. Similarly our drinks are Kosher.

As we promote our range across the world so we recognise that valuable resources are being used. We are proud to pledge 1% of our net annual sales to social and environmental projects. Working with small not-for-profit organisations, charities and local communities our aim is to preserve and restore the natural environment, plant sustainable crops for our ingredients and build infrastructure for future generations freeing them from the on-going poverty cycle.

We actively support recycling and over the course of the next few months we will be launching events around the world to ensure that our cans do not simply end up in landfill. An aluminium can is the most sustainable and valuable form of drinks container to community recycling bodies. We can make a difference if you help us by recycling.

setakat ni xjumpa lagi kat mana ada jual minuman tenaga ni, untuk maklumat lanjut layari http://www.lr8.com/our-world/

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 1,459 other followers