funtasticko design

http://funtasticko.net


33 Komen

Geneva Preview: Lotus provides a peek at Proton city car concept’s plug-in hybrid platform

Lotus has provided a sneak peak at the underpinnings of its Proton concept ahead of the city car’s world debut at next week’s Geneva Motor Show, and while it isn’t much to go on, it’s a keen glimpse into the automaker’s future plans.

According to Lotus, the concept, penned by Italdesign, will be the first use of Lotus’ Range Extender engine, a series hybrid equipped with a 1.2-liter three-cylinder that sends electrical power to the drive motors and on to a single speed transmission. The city car can be plugged in to any AC main, allowing the driver to run off electricity alone for an unspecified range.

The Lotus Range Extender was originally unveiled at the Frankfurt Motor Show last year and if Lotus continues at this clip, we could see the city car on sale within the next three years. Full details in the press release after the jump.

source : http://www.autoblog.com/2010/02/22/geneva-preview-lotus-provides-a-peak-at-proton-city-car-concept/


69 Komen

Proton perkenal model Exora Turbo tahun depan!!!

Oleh Kamarulzaidi Kamis
kamarulzaidi@bharian.com.my

Proton Holdings Bhd sudah menyelesaikan pembangunan enjin turbo yang bakal digunakan pada model kenderaan pelbagai guna (MPV) pertamanya, Exora dengan pelancaran dijangka dibuat awal tahun depan. Sumber industri berkata, model Exora Turbo itu akan diperkenalkan pengeluar kereta nasional itu selepas pelancaran model gantian Waja serta model Persona berwajah baru akhir tahun ini.

“Model gantian Waja akan diperkenalkan bersama-sama Persona penampilan baru menjelang akhir tahun ini. “Sementara itu, kerja pembangunan enjin berkuasa turbo bagi Exora sudah selesai dan dijangka dilancarkan awal 2011,” kata sumber industri itu kepada Berita Harian. Bagaimanapun, beliau menjelaskan, pengeluaran model Exora Turbo itu mungkin pada peringkat awal akan dibuat pada skala kecil bergantung kepada permintaan pelanggan.

“Matlamat utama penghasilan Exora untuk memberi kepuasan kepada pelanggan dengan ciri kenderaan itu yang selesa, selain harganya yang berpatutan,” jelasnya. Proton kini katanya, kembali mengukuhkan semula kehadirannya dalam industri automotif tempatan selepas pengenalan Exora. Mengenai model gantian Waja, sumber industri itu berkata, ia menampilkan salinan versi Mitsubishi Lancer Fortis yang dipertingkatkan. Model sedan baru itu dijangka mampu meningkatkan lagi penguasaan pasaran Proton dalam industri automotif tempatan dan juga antarabangsa dengan harga pengenalan di dalam negara sekitar RM80,000 seunit.

Justeru, model baru itu berada di landasan terbaik untuk memberikan saingan kepada kenderaan sedan keluaran syarikat automotif asing lain, katanya. Beliau berkata, Proton juga sedang mengkaji untuk memindahkan keseluruhan operasi pengeluaran kenderaannya di Shah Alam ke Tanjong Malim dan keputusan mengenainya dijangka diketahui pada awal 2011.

“Difahamkan mereka akan membuat keputusan sama ada menjual atau menyewa kilang pengeluaran di Shah Alam, sebaik saja penilaian untuk memindahkan aktiviti di sana ke Tanjong Malim. “Beberapa pihak menyatakan minat untuk menyewa dan membeli kilang milik Proton di Shah Alam. Ia tentunya akan bergantung kepada harga yang ditawarkan kepada Proton,” katanya. Pemindahan keseluruhan operasi pengeluaran ke Shah Alam membolehkan Proton menjimatkan kos, justeru dapat dialirkan kepada aktiviti pembangunan produknya.

sumber : http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Monday/Ekonomi/20100221225946/Article/index_html


14 Komen

PROMO : Kia Forte : My Pergh Ride Battle #11

Sesiapa yang mahir dalam Photoshop/AI & lain2 yang suka mod kereta, jom join contest ni!!

Sempena membuka kembali My Pergh Ride!, saya akan ubah sikit tradisi MPR ni. Kalau dulu kita guna model2 tempatan sahaja, kini kita akan pertandingkan model2 global.

Memandangkan kini KIA Forte merupakan kereta compact sedan yang semakin popular, model ini telah terpilih untuk diPERGHkan untuk battle #11

SYARAT-SYARAT!
-Battle akan berlangsung selama sebulan, tarikh tutup penyertaan adalah 7 March 2010.
-Sila letakkan watermark forum ini pada penyertaan anda.
-Tiada sekatan dalam penggunaan sotfware yang anda ingin gunakan
-Tiada sebarang had bilangan penyertaan
-Bagi memudahkan penilaian, anda boleh gunakan gambar yang disediakan sahaja sebagai base.
-Sila ikut format berikut bagi setiap submissions…kerjasama anda amatlah dihargai…TQ..!

saya tolong bro Chaku promo skit contest ni..untuk maklumat lanjut layari http://pergh.com/forum/index.php/topic,14289.0.html