funtasticko design

http://funtasticko.net

Perodua tidak bercadang perkenalkan kereta hybrid, apa pendapat anda?

23 Komen

Perodua bakal lancar MyVi 1.5 liter

KUALA LUMPUR 28 Feb. – Perodua bakal memperkenalkan model terbaru dari varian MyVi dengan enjin berkapasiti 1.5 liter menjelang suku pertama tahun depan. Model itu mengambil model asas atau kerangka MyVi sedia ada dengan mengekalkan ‘DNA’ modelnya yang paling laris itu sambil membuat sedikit perubahan ke atas ‘jelmaan baru’ tersebut. Pengarah Urusan Perodua Aminar Rashid Salleh ketika dihubungi Utusan Malaysia mengesahkan tentang pelancaran model itu bagaimanapun enggan mengulas lanjut tentang spesifikasi serta maklumat terperinci.

Toyota Passo 2010 aka Myvi 2011

“Memang benar Perodua akan melancarkan varian MyVi 1.5 tetapi ia akan dilakukan pada tahun 2011, kemungkinan bulan April dan untuk model SE pula ia akan menampilkan wajah baru yang akan mencipta kejutan kepada para peminat kenderaan di Malaysia pada bulan Jun nanti,” kata beliau.

Aminar yang tidak mahu mengulas lanjut tentang model itu, percaya MyVi terbaru itu akan menjadi taruhan Perodua untuk kekal sebagai pengeluar kereta nombor satu di Malaysia selama empat tahun berturut-turut. Dalam pada itu, Aminar Rashid juga berkata, Perodua tidak bercadang untuk memperkenalkan model kereta hibrid ke pasaran tempatan. Ini kerana katanya, pelaburan untuk model seumpama itu amat tinggi, lagipun model-model Perodua ketika ini telah terbukti mampu menawarkan penjimatan penggunaan bahan api.

“Kebanyakan pengeluar kereta memperkenalkan hibrid untuk menjimatkan penggunaan bahan api supaya lebih efisien dan mesra alam tetapi apa yang kami keluarkan telah memenuhi kehendak pasaran selain enjin kami tidak berkapasiti besar,” katanya.

Beliau berkata, model-model Perodua sememangnya cukup efisien dari segi penggunaan bahan api serta mesra alam dan pengenalan model hibrid tidak akan dilakukan pada masa depan.

Bagaimanapun, Aminar Rashid tidak menolak sebarang kemungkinan yang wujud pada masa depan kerana perkara sedemikian adalah di luar kawalannya selain berdasarkan permintaan pasaran atau faktor-faktor lain.

sumber : UtusanOnline

23 thoughts on “Perodua tidak bercadang perkenalkan kereta hybrid, apa pendapat anda?

  1. wah..hebat betul Perodua sekarang..menongkah arus tu..pengeluar terkemuka & terbesar dunia berlumba2 memperkenalkan kereta hybrid, Perodua lak cakap macam tu..bagus betul la, hahaha… Proton pun dah mula langkah ke arah global..Perodua xkan nak tukar bumper ngan lampu lagi, hahaha.. 😉

  2. dah tentu perodua tidak mahu mengeluarkan pelaburan yang besar…. cukup lah sekadar r&d bumper, tukar sini dan sana sikit… dan Waallaaaa! dah jadi Myvi baru…

    lebih baik p2 keluar duit reka bumper, dapat cukai kereta buatan Malaysia dan jual pada harga tinggi yang amat….

    boleh bayar staff bonus 6 bulan… ok apa?

    Kan seronok kerja ngan Jepun?

  3. ayat yg paling gempak tahun ni

    “kemungkinan bulan April dan untuk model SE pula ia akan menampilkan wajah baru yang akan mencipta kejutan kepada para peminat kenderaan di Malaysia pada bulan Jun nanti”

    kejutan yang macam mana la tu? bumper baru ka? lampu baru ka? 4star rating dari MIROS ka? cuba teka, hahahahaha…

  4. mmg la..dh bkn perodua yg bikin kete.rebadge jek..huhu,
    kalo buat ade hibrid pn rebagde jek..
    kan?..kan?…

  5. perodua tak de r&d sendiri 2 sbb dia cakap tak akan keluarkan model hybrid… mereka masih ego dengan kereta yg paling jimat penggunaan petrol…

  6. wah wah wah.. habis la MD kena hantam macam ni

  7. wow~!! kat sini memang hentam habis laa eak.. hehe~ saya dapat merasakan ketergugatan (haha, bhs ape ni..?) dari pihak Perodua di atas usaha Proton memperkenalkan model hasil usahasama Proton + Lotus + Italdeisgn tu..

    jadi, bg menampakkan ‘keberanian’ mereka ni, mereka khabarkan laa macam2.. penjualan Alza meningkat, enhancement & replacement model, jimat minyak, rekabentuk baru, model SE dan sbgnye.. tapi kalau mereka ade usaha nak ‘bangunkan’ hybrid pun OK jugak.. kita terima je laa ye kawan2.. hihi~

  8. mmm… pero2 suka dgn comfort zone nya. Bertuah la T n D nak kasi teknology hybrid tu kat pero2 selepas pelaburan berjuta2 ringgit utk membangunkan teknologi tu lebih 10 tahun lepas.
    Susah sangat ker nak terima kenyataan dan mengaku yg diorang tak de lagi teknologi tu? Dan susah ker bagi seorg MD nak buat statement berdiplomasi sprti : ” Buat masa nie kami tidak ada teknologi hybrid seperti pengeluar kereta lain yg terbukti mesra alam, menjimatkan dan merupakan alternatif terbaik masakini bagi kenderaan masa depan. Walaupun kenderaan kami masih menjimatkan minyak, kami percaya perodua juga akan menuju langkah yg sama walaupun perjalanannya agak jauh lagi dgn keupayaan dan kemampuan yg kami ada…” …susah sangt ker? …perrghh

    Guys, kat motorader, buat pertama kali Saga menerajui carta kereta paling laris bagi jualan kereta Malaysia bagi bln Januari meninggalkan myvi ke tempat kedua. Alza plak mpv terbanyak terjual, namun exora, maintain dgn jualan lebih tiga ribu…

    cheers!

  9. “Memang benar Perodua akan melancarkan varian MyVi 1.5 tetapi ia akan dilakukan pada tahun 2011, kemungkinan bulan April dan untuk model SE pula ia akan menampilkan wajah baru yang akan mencipta kejutan kepada para peminat kenderaan di Malaysia pada bulan Jun nanti,” kata beliau.

    Memang terkejut beruk dibuatnya… bukannya bertambah cantik, tapi bertambah buruk…

    untuk wanita? bini aku pun kata buruk.

  10. aku plk masih menaruh harapan satu hari nanti p2 punya kapasiti utk buat kereta sendiri…biar ada persaingan sihat dgn p1 nanti~

    • sy pula berharap Perodua & Proton bergabung & menjalinkan kerjasama seperti Hyundai & KIA..masa tu jualan domestik sahaja pun dah capai “economic scale”..kan masing2 ada peminat tersendiri..

  11. “ko kn adik, kena la dgr ckp abang”..haha

  12. hehehe… varian 2011 perodua tu nak bersaing dgn populariti persona R yek? Kekuatan model dari Toyot passo nie adalah model compact yg mempunyai ruang penumpang yg luas cuma bahagian luggage yg kurang. Gud luck ye perodua… bagi kiter sumer terkejut. Kalau design lebih kurang jer mcm myvi sekarang, takut2 org akan boring n populariti mu akan jatuh..

    cheers!

  13. mmm… hyundai n Kia tu sebahagian drp company2 konglomerat bagi korea yg membantu teras ekonomi negara.(betulkn kalau salah…) Walau kerajaan diorang xde kaitan dgn company2 tu, antara mereka saling ada kerjasama, sbb kalau tumbang beberapa giant company nie. Kesan yg besar gak yg akan menggugat ekonomi diorang. Fenomena tu tk sama kat M’sia. Kehadirannya sebagai merangsang ekonomi dlm industri. So, masing2 nak jaga periuk masing2. Kerajan hanya bleh membantu dibawah terma GLC. Selagi JV tu tak memberi impact yg besar bg company masing2, tak mgkin ada JV tu.

    my 2 cents.

    cheers!

    • mungkin la, lagi 1 benda ni berkaitan dengan politik juga kan..macam susah nak realitikan perkara tu & xmungkin T n D nak bagi, ni la lubuk emas diorang..nak x nak bersaing la betul2..tapi saya nampak masa depan Proton semakin cerah..

  14. walaupun mereka ada cadangan dalam hati tapi mreka mungkin takut nak mencadangkannya kepada boss jepun.. jadi mereka tak “bercadang” lah.. nak wat cemana kan..

  15. Sales MYVI bln jan 2010 menurun semenjak kedatangan ALZA.
    Mgkin sbb tu MYVI basic akan dikeluarkan utk menangani kejatuhan sales MYVI. Alza tak boleh bersaing dgn Exora sbb lain segmen. Kita tgk mcmnana sales MYVI berbanding dgn ALZA utk bln februari 2010 plak mgkin patternnya sama!

  16. mmm… mgkin kos melepas bagi perodua. antara alza n myvi.
    Yg penting Saga sudah mendapat kepercayaan pengguna:) peningkatan 36% jika dibandingkn pada januari 2009. Manakala bagi myvi penurunan 14 peratus dibandingkan jan 2009.

    cheers!

  17. ingat x yang saya pernah bagitahu, bahawa Proton akan sentiasa memberi pembaharuan/kelainan pada model2 nya, termasuk laa model SE, facelift, enhancement dll utk jarak masa yang singkat..? ini bermakna, Proton prihatin dengan kehendak pengguna, & CUBA UNTUK MEMBUAT PENGGUNA TIDAK BOSAN DENGAN KEHADIRAN MODEL2 TERKINI PROTON.. contoh laa WAJA.. orang pun dah boring dengan model tu kan..? jadi, kalau Perodua masih nak kekal kan jenama Myvi, saya rasa orang pun mesti boring punya laa.. asik2 myvi.. asik2 myvi.. tu Alza dah keluar, kadar penjualan Myvi plak berkurang.. rasanya kalau keluarkan Myvi lagi, berbaloi tak..?? tu pandangan saya.. mungkin Perodua mempunyai strateginya tersendiri untuk mengekalkan ‘kejuaraan’ myvi sebagai kereta terlaris Perodua..

  18. saya ada something yang best untuk dikongsikan.. haha~!!

    http://uncyclopedia.wikia.com/wiki/Perodua

  19. saya rasa ad sebab kenapa p2 x nak buat hybrid car…
    sb hutang banyak lagi nak kene bayar…
    lagupun nak ke Toy R Us 2 nak bagi teknologi deme kat P2…
    dan saya amat menyokong kata2 g-mei….
    sbb nama yang sama dengan rupa yang sama menyampahkan orang… ye la, ok contoh nama kete baru p2 2 Myvi ……
    tapi still myvi gak dan lepas2 lak bentuk nye sama lak…lagi a orang jemu..
    lagi satu, daihatsu dah td model baru…yg ad pun passo nh je…2 yang kene tunggu 2..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s