funtasticko design

http://funtasticko.net

EKSLUSIF : Gambar Persona Facelift (Enhancement) dari bro Shan!!!

235 Komen

EXTERIOR

INTERIOR

TERKINI!! Gambar EKSLUSIF Persona Facelift (Enhancement)..bakal dilancarkan Jumaat ini..antara ciri2 menarik :

– EasyU (ECU) 32bit (*enjin masih IAFM), BCM, new sensor (light), full bodykit untuk M & H-Line, meter illuminate, side mirror dengan indicator baru, unit audio dengan sambungan USB & lain2 lagi.. harga masih belum dapat pengesahan lagi, tapi lebih mahal dalam RM 2K, tapi dengan “enhancement” yang ada MEMANG BERBALOI2!!!

Terima Kasih kepada Bro SHAN kerana memberi saya gambar EKSLUSIF ini!! 😉

235 thoughts on “EKSLUSIF : Gambar Persona Facelift (Enhancement) dari bro Shan!!!

  1. design simple n cantik… brovo bro campro cepat dapat info2 terbaru!!!!

  2. hehe..bro Shan yang kasi ni..setakat ni makin banyak info yg sy dapat dari banyak sumber yg sahih..sy akan update dari semasa ke semasa kalau ada info2 terkini nanti..stay tuned!!

  3. bro izinkan saya kongsi kt blog saya…

  4. ok, no problem…kasi la kredit skit ye, hehe..

  5. yess i like the illuminate.. 🙂
    confirm kat kereta ‘tukar bumper’ takde lagi features tu.. hehe

  6. illuminate tu pe eh??hehe

  7. ye ke..bukan optitron tu macam illumination nye style ke bro, hehehe…

  8. wakaka..aku lg semakin xphm ni..haha..pliz tnjuk ajar..haha

  9. ade lampu2 gtu eh?

  10. tapi kenape meternye nampak macam simple.?? bro brape harga kereta ni sama dengan yg lame atau up sikit???

  11. Pingback: Gambar Persona Facelift (Enhancement) dari bro campro!!! « Prodas's_afiq Blog

  12. salam bro campro,ikot pndgn knpe head unit tu cm ade beza?1 yg lame 1 lg yg ade port usb tu?pape pn mmg bebaloi2!

  13. cuba tgk cam iklan kia picanto yg baru kt tv.. meter illuminate cam tue la… myvi optitron kot

  14. aku rase agak pelik,apabila audio unit lama masih ade dalam persona baru ni,lepas tu ade pula gambar menunjukkan audio unit baru,ni mana satu yang betul

  15. berbaloi2..? mesti banyak features baru kan..? dalam nya macam persona SE x eak..?

  16. berbaloi2..? mesti banyak features baru kan..? dalam nya macam persona SE x eak..?

    saya mintak gambar masuk blog saya eak..

  17. macamana la nak PROTON nak maju kalau ada orang asyik leak info jek ni..

    di mana sense of suprise? kalau dah lihat sebelum launch???

    • rileks la bro, ni bukan nye nak hilangkan elemen of suprise tu, cuma nak bagi 1st impression pada public..sy publishkan pun sebab ada yang bagi green light..info2 macam ni la ramai yang berminat nak tau & beli produk Proton..setakat ni dah ada yg berminat nak beli Persona ni..so secara x langsung bantu Proton generate sales, bukan ada apa2 komisyen pun..just buat secara sukarela.. 😉

      • Saya sokong 100%… Dengan ada gambar nie… X semestinya hilang element of suprise tu… At least suporter proton dapat info terkini lagi sensasi…

        Semua jenama bukan proton jer, akan ada leak info mcm ni.. Susah nak kawal bro… Waima Ferrari, Mercedes, BMW ker akan ada leak info mcm nie… BARANG PANAS LA KATAKAN…

        At least secara tidak langsung bleh wat free advertising kat internet nie… Kalau ader yang minat, bleh freeze nak booking keta lain dlm jangka masa terdekat…
        Jualan proton pun akan meningkat…

        Wasalam…

      • ini la dikatakan 1 malaysia..x de tersembuniy antara kite suma..ramai2 kasi hantam sama dia

    • mmglah bagus elements of suprise, tapi dah tinggaal 2 hari dari launch, lagipun, blog ni n kebanyakan pengunjungnye proton supporter, xkan jd supporterpun xda previllage? bkn stakat jd supporter,malahan ada yang buat marketing percuma untuk proton secara x langsung meningkatkan jualan n pengetahuan org terhadap teknologi proton. mcm saya sendiri, dah ramai member2 yg sebelumn ni duk kutuk2 proton, tapi bila kita bagitau info2 n maklumat tentang teknologi proton(dalam brochure proton pun x bagi detail info teknologi proton), diaorang dah bukak mata n adapun yg dah beli proton n ada yg suka semula kat proton n ada yg dah percaya semula kat proton. Jasa kami proton supporter xminta dibayar tapi atleast bg kami previlage dari segi gambar atau info2 terbaru tentang proton.

      • so… spyshot ini sebenarnye baik untk proton!!!! dengan ade nye gambar2 awal ini para pembeli akan tertunggu2 n tak sabar nak tgk di depan mata… dengan ini… jualam proton secara tak langsung akan neningkat/.. saya yakin kini..rakyat malaysia sudah mula membuka mate tentang teknologi dan design proton… sejak proton saga,persona n exora dan yg terbaru proton EMAS…..dan yg akan datang waja baru!!!…. walaupn kami supporter produk keluaran proton..kami tak mintak apew2…kerana kami yakin satu hari nanti proton akan berkembang maju seiring dengan TOYOTA dan syarikat lain…. itu sebenarnye tugas kami bloger2 berkaitan untuk memberi info teknologin rekabentuk terkini kepada penutuk2 proton.. hihihihi..

        pic no more!! ;P

    • ni strategi juga..

      Proton dapat iklankan produknya secara PERCUMA kerana ramai bloggers akan ‘ghairah’ meletakkan gambar di blog sebab bagi mereka mereka adalah orang pertama tahu benda tersebut..

      so, ok la.. dari segi etika syarikat, mungkin tindakan ni ‘nakal’ kot.

      apepun, bnyk enchancement juga persona diatas.. target jualan untuk Ladies, sebab mereka ni punya kuasa untuk membeli… (75% graduan universiti adalah perempuan)

      satu lagi cadangan saya, buat promosi untuk pusat latihan memandu untuk pakej Proton Saga.. Perodua dapat sales tinggi salah satunya sebab semua kereta di pusat latihan memamdu guna kancil.. sebelum kewujudan perodua, Saga lama yang jadi kereta latihan..

  18. cantik… spyshot yg menarik…

  19. kereta lain OK je. malah, sketch-nya pun dah keluar dahulu sebelum lihat modelnya, kan?

  20. gambar seat belakang xde ke…?

  21. Saya dengar better NVH dan ECU baru kan?

  22. kemasan seat ala vw scirocco x silap….
    meter ada gaya honda
    rim mcm adun balik dr rim saga se..
    aku nak rate 3setengah/5
    apa2 pun mmg berbaloi jg persona fl ni…

  23. betul tu bro.. ni skrg 3-4 orang member aku tgh hold samada nk angkat forte or tunggu waja baru.. sbb apa, diorang percaya kt proton dan kalau diorang beli forte pn diorang takkan bg pandangan bias.. itu la kelebihan spyshot, cerita2 tak official at least memberi harapan dan feedback market.. 🙂

  24. huhu.. nape lambat sgt persona ni nak launch?? dari thn lepas dah tunggu

  25. awat nk beli forte…. kan ke kat paultan nye review tak de la memberangsangkan….. takat rupe je la…..

  26. awal2 ari tu reputasi forte mcm hebat. pastu lama2 beleh2 kat sumer angle design dia, cepat bosan plak. Terutama kat bahagian blakang tu. dah mcm konvensional design plak… hehe. (nie sebab dah kena penangan design Emas la nie…muhaha.)

    cheers!

  27. tu br emas 916, belum 999….

  28. trngkiu bto shan ngan campromania sebab dapatkan spyshot pesona fl ni……meriah klau blog ni dapat spyshot baru,blog lain msti jeles. kpada bro shan,tlg spyshotkan waja r skali……

  29. oklah model nie…angkat pesona fl jelah…nk waja fortis,mcm aku xmmpu je kot…

  30. optitron is the way to go… instead of using normal bulb, optitron guna LED, rendah guna kuasa, current lebih stabil, power boleh increase, cantik pun ye… pas tu connector satu je x berselirat…

  31. kalau setakat 2k.. mmg berbaloi baloi.. huhu.. btw ni ada spyshot lotus evora dalam satu filem misteri.. mungkin james bond baru kot http://jalopnik.com/5485123/lotus-evoras-spied-filming-new-bond-flick

    siap ada meriam? wakaka

  32. jin
    March 4th, 2010
    REPLYQUOTEoptitron is the way to go… instead of using normal bulb, optitron guna LED, rendah guna kuasa, current lebih stabil, power boleh increase, cantik pun ye… pas tu connector satu je x berselirat…

    All proton meter clusters for gen2, persona, neo, savvy, saga blm and exora only use LEDs. But for exora and persona facelift are ala optitron. The illumination turn on all the time but at nite time the illumination will become dimmer. The front plastic cover is darker too compare to non optiron!

  33. Tahniah… blog yang menarik dengan berita yang terkini.
    telah menjadi kewajipan buka setiap hari.
    dan kepada pembaca yang telah beri link yang menarik…
    terimakasih.

  34. hidup proton..huish..mmg xsabar nk angkt..confirm eh..sok kuar..haha

    • apa lagi bro, esok segera la ke showroom yg berhampiran, test dulu kat dlm showroonm & buat test drive utk tengok apa perubahan kepada enjin bila dah masuk ECU 32bit ni..pastu leh la booking & bila dpat keta nanti boleh la kasi review kat sini..leh kita berkongsi sama2 dengan yg lain..hehehe.. 🙂

      • masa alza launch ari tu test drive alza pastu exora… so masa tu kat paultan ada buat test drive review, apalagi saya pun post test drive review sendiri, siap danny tan reply balik kata yg dia pun prefer exora…. kuang kuang kuang….

        apapun ECU 32 bit ni apa fungsinye???

        proton tak de buat timing chain lagi ke???

      • huhu..insya-Allah..klu de rezki..xde hal..aku leh kasi review kt cni..hermmm..xsabar nyer..ngeeeee..dah gigil dh tgn ni..ye la..kete 1st la kate kn..huhu..jap..ECU 32bit ni pe beza nye?hehhe

  35. blog ni memang ramai peminat.. saya dah letak funtastickodesign ni dalam top 5 blog yang kena masuk tiap2 hari.. hehe~

    nampaknya, ramai dah mula meminati proton.. nampak kan..?

    • tq bro g-mie… sekarang memang persepsi umum terhadap Proton dah mula ke arah positif..harap Proton teruskan kecemerlangan mereka..harap la nanti kat KLIMS 2010, Proton bagi “jemputan khas” kepada blogger2 ni..dapat masuk free & dapat free gift dari Proton, hehehe…

  36. campromania..,cube perhatikan betul2 lampu blkg persona ni..mcm lampu honda city yg lama kn..

  37. laburit :masa alza launch ari tu test drive alza pastu exora… so masa tu kat paultan ada buat test drive review, apalagi saya pun post test drive review sendiri, siap danny tan reply balik kata yg dia pun prefer exora…. kuang kuang kuang….
    apapun ECU 32 bit ni apa fungsinye???
    proton tak de buat timing chain lagi ke???

    All campro engines use 16bits ECU aka EMS700 made by siemens vdo. So from persona facelift onwards 32bits ECU aka EasyU will replace EMS700. There will be some improvements for both torque and power with this new EasyU. Next will be Saga Campro IAFM Facelift Phase 1, Exora FL Campro Turbo, Saga Campro IAFM+ Facelift Phase 2 and etc.

  38. bro campro…agaknya jd ke kuar exora turbo,exora prime or exora prime…???

  39. kawan2, tengok ni..orang Australia komen pasal Proton EMAS..overall komen yg positif..

    http://www.caradvice.com.au/59535/proton-emas-concept-geneva-2010/

  40. gilakereta, sekarang Proton dah buat design sendiri, x copy mana2 termasuk Mitsu..cuma rebadge terpaksa dilakukan untuk model2 yg bukan core segment, contohnya Waja aka Lancer..ni disebabkan jualan segment ni xbrape tinggi & xberbaloi la kalau nak develop sepenuhnya..baik Proton guna duit utk buat model yg dah tentu jualannya tinggi macam Persona.. 🙂

    • tp knp SAGA WISE yg PROTON jual masa merdeka 2007 knp dihentikan keluaran nya..bukan ke bntk nya yg sporty n jimat minyak..slalunya warne oren..sbb ayah saya pakai kete 2 n x de pape masalh sampai skrg..mslh nya hanya POWER WINDOW saja

      • model tu dah lama bro, xsesuai lagi dengan zaman sekarang..lagipun saga blm dah ganti model tu..dah nak masuk fasa facelift dah xlama lagi, nantikan kemunculannya….

  41. saga blm versi facelift..bunyiknya mcm best..skrg ni 1-1 nya model proton yg saya x minat adalh savvy..bntknya sgt kosong n yg baru ni hanya ditambah bodykit utk nmpk cantik je..knp proton x wt model sport ke,hatchback ke…ha bro..,nk tnya la..bro ad x tgk cte INITIAL D

    • hehe.. kalau blh sume segment kereta hatta sport, hatchback dll proton nak kuarkan. Tapi dlm industri automobil nie, kos pembinaan satu2 model tu besar belanjanya. Pengeluar kereta yg kerdil lagi mcm Proton kena berhati2 mengeluarkan model2 tertentu n nampaknya diorang nie menumpukan model yg mempunyai skala jualan yg besar seperti model dari segment B dan D. InsyaAllah model2 lain tu pun akan ada di pasaran bagi mengukuhkan jenama dan pengaruhnya di pasaran global 🙂

      • setuju dengan bro fauzan, saya harap Proton akan pelbagaikan variant sesebuah model mereka sepertimana yg telah ditunjukkan oleh Proton EMAS..saya harap Persona R nanti akan ada variant sedan, hatch & coupe.. 😉

      • “…segment B dan C” – typing error 🙂

  42. satria neo xde dlm senarai ke?….

  43. ok lah bro2 sekalian..aq pn da nk tdo ni..esok pukul 2.50 ptg aq bkk web ni..byeee

  44. bagi sesiapa yg tau pasal function2 dalaman proton Emas ini kongsikan info2 anda di sini…. http://prodas.wordpress.com/ banyak persoalan yg tak terjawab dan kepada sesiapa yg tau info2 function tersebut boleh lh kita kongsi sama2 di blog ini atau blog prodas…

  45. saya ade ushar2 kat protonconcept punye web, prodas dan funtastickodesign antara yg tersenarai.. best laa eak..? hehe~

  46. aku baru kontek dgn sorg proton dealer kat shahlam ni. dgn die lah aku booking persona SE dulu tu yg cancel/on hold sbb dpt tau pasal facelift version ni..

    dpt confirmation dr die, launching 12 March 2010. jumaat lg satu bukan hari ni.

  47. EasyU (ECU) 32bit (*enjin masih IAFM), BCM, new sensor (light), full bodykit untuk M & H-Line, meter illuminate, side mirror dengan indicator baru, unit audio dengan sambungan USB & lain2 lagi.. harga masih belum dapat pengesahan lagi, tapi lebih mahal dalam RM 2K, tapi dengan “enhancement” yang ada MEMANG BERBALOI2!!!

    ———————–
    new sensor (light) tu yang bile gelap, lampu on sendiri kan? kalau ya baugs sangat laa.. org malaysia ni bila hujan tak nak bukak lampu.. bahaya sunggoh.. harap-harap lepas ni jadi standard laa untuk semua model proton..

    • bukan macam tu, light sensor ni fungsi dia masa kita highbeam & terlupa nak offkan dia, secara automatik dia akan offkan sendiri highbeam tu bila ada kereta lalu bertentangan dengan kita..kalau xsilap saya la..

  48. 12 mac launching ? ingat hari ni,so harap semua sabar mnunggu. ttg tech yg baru dalam pesona fl ni, harap proton sentiasa kretif dgn idea yg berguna utk pengguna mcm light sensor dan bcm . utk masa depan bykkan lagi tech2 yg pnting cntoh sensor mgantuk ,night vision/infra red , tyre pressure sensor, dan sebagainya……. proton boleh !!

  49. laa.. jumaat akan datang ke..? hurmmmm~

  50. la???? patut lh tak dgr berita pn..hari ni kuar???

  51. info terbaru yang saya terima melalui SA Proton Edar branch Kuantan, pelancaran ditangguhkan ke Selasa depan..perubahan disebabkan penundaan tarikh disaat2 akhir..harap sesiapa yg ada info lagi boleh la share bersama ye.. 😉

  52. huhu..sdehnyer..dh excited nih..hehe

  53. bro campro..nk tnya lg skali la..nape saga wise da x kuar…sedih btl..nk cr sparepard pn susah..

  54. maksudnya selasa 16 march 2010?

  55. I think it’s more superior & aggressive then old shape …with Gen 2 bumper & new badge with elegant chrome wings & dark headlights .. new side mirors & tail lights … it looks perfect .

  56. gilakereta, beli je kete baru.. proton dah tak keluarkan model mcm tu lagi..

  57. selasa??btol ke?

  58. eh?16 march ke 9 march??hhuhu..xsabar dh ni..loan dh lulus.. hold persona se..nk tgok kete ni dulu..haha..jem2..

  59. Teruja…nasib baik x angkat lagi Pesona yg batch skrg.

  60. Ok jugak facelift persona ni..at least proton memberikan wajah baru kt persona ni..cuma yg saya musykil, kenapa proton tak guna enjin CPS ke dlm persona ni..sbb waja cps pun dh nk sampai ke penghujung pengeluarannya. lg pun penjualan waja cps sgt sedikit berbanding persona.so tak timbul isu ia akan bersaing dgn pnjualan waja cps.

    Jgn plak tahun dpn nanti, proton letak enjin CPS dlm persona ni. nanti marah plak org yg beli persona pakai enjin campro iafm.

  61. bro nazri, tu Waja Replacement Model ke..?

    saya tak nampak sangat samada logo mitsu ade ke x kat model tu.. kalau tu WRM, bagus laa.. hehe, pasni bnyk laa spyshots.. huhu~

  62. So far the new Persona facelift is the last enhancement before releasing the Persona-R in 2012 with the same existing engine Campro IAFM. The phoenix project where campro turbo and campro iafm+ plus new gearbox will be introduced to the Exora FL and Saga BLM FL P2 in 2011.

  63. Ni Persona FL yang dibungkus rapi di COE Subang. http://img709.imageshack.us/img709/7548/dsc03324r.jpg

  64. doa2 lah biar ada warna putih.. sejak dr 1st spyshot tu, mmg x nmpk langsung dah ada gamba persona FL putih kt mana2.. adoi..

  65. ye x ye jugak, rasanya ada yg warna putih & ada extra 2 warna baru..

  66. Actually how does the radio unit looks like? As per the interior shot# 2 or #3? I’m more interested in ‘integrated’ radio panel.

  67. ecu 32 bit ni boleh masuk ker tak kat saga blm yang ecu 16 bit.

    • sy rasa macam boleh je, tapi kena setting balik la nanti..sbab Saga facelift phase 1 nanti cuma pakai ECU32bit..enjin maintain IAFM yg ada..bila phase 2 baru Saga tu dapat enijn IAFM+ dengan CVT gearbox..

      • saya rasa x boleh sebab connection slot dah berlainan antara 16bit dan 32 bit..

      • kne tanya engineer diorang.. means klau connector sama maybe boleh.. kalau boleh pn takut wire tak sama pulak.. sbb 32 bit dgn 16 bit kalau ikut teori bus data lagi besar.. maybe wayar lg bnyk melainkan ada converter dan diagram..

  68. betul gak apa yg bro chor & nazri ckap tu..sebab kita xtau hardware dia macam ne..compatible ke x..macam nak upgrade pc gak secara teori nya..mesti lain nye..

  69. dgr mc sok xjd je persona fl ni kuar..senyap je..

    • ntah la..sebab sy dapat tau SA Proton Edar branch kat Kuantan dah dapat memo yg difax dari hq, tarikh pelancaran esok..sepatutnya Jumaat lepas..sy sedang ikuti perkembangan terkini sekarang..sy akan update dari semasa ke semasa..

  70. info terkini sy dapat dari lowyat.net

    My salesman smsed me today, saying that the car is already at the showroom, and can come if I wanna see it. But they dun hav the specs yet, nor the pricing. Officially the car is under wraps at showrooms, but if u ask nicely, they’ll show it to you

    maknanya confirm la esok launch, buktinya pun ada azrai bagi tadi http://img709.imageshack.us/img709/7548/dsc03324r.jpg

  71. Dari aspek teknikal, model ini ditawarkan dengan enjin 1.6-liter Campro dan ia dipadankan dengan pilihan transmisi manual atau automatik. Bagi versi automatik sistem berkenaan sudah dipertingkatkan bagi memberikan lebih penjimatan.

    Jurutera Proton memprogramkan semula Unit Kawalan Transmisi (TCU) untuk gear automatik empat kelajuan jentera ini yang memberikan pemanduan lebih baik dan lancar.

    http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Sunday/Bmdua/20100124085207/Article/

  72. wah.. bila la specs ngan price die release ni… fuh! penantian sebuah penyiksaan.. wahaha..

  73. huhu..senyap je ni..mcm xde info jerk..huhu

  74. hari ni maybe

  75. berita terbaru dr owang proton. launch postpone ke 18hb atas sbb nk kasi production kuar byk dulu katanya..

  76. huhu..sdehnyer…xsabar dh ni…:(

  77. Latest info launching postpone to 15/03/10.

  78. laaa.. tangguh lagi yer.. xpe, kita sedang menanti pelancarannya..

    bro, ni paultan ade buat info hasil dari crash test kat Alza.. siap ngan vide0..
    http://paultan.org/2010/03/07/miros-reveals-outdoor-crash-test-results-more-videos-added/

  79. tangguh lg…:(

  80. iklan komersial x siap lg kut,hihi….

  81. Exora minor cosmtics upgrade q2/q3 2010.

  82. penantian satu penyeksaan…..perghhh ayat puisi….proton jgn la tangguh lama sgt .sian peminat pesona ternanti nanti……. kpada yg ter nanti2..sabar sparuh dr iman….

  83. sabar bro, diorang tengah tunggu DSZ balik dari Geneva agaknya..sebab tu postponed..

  84. agak2 sblm nk kluar mesti ada iklan kt paper kn

  85. mungkin la kot, kadang2 xde pun..tau2 terus je keluar..

  86. cun r persona baru..aku nak angkat satu..tp awat audio unit die cm dah outdated je..cm audio unit proton saga lame aku..cume tambah usb port..tp ni dlm gmba, harap2 yg kuar lagi lawa dr dlm gamba nih..huhu

  87. huhu…bilenyer nk kuar ni…:( dh sekian lama ku nnt..he

  88. kawan2..meh usha bloh ni..tuan rumah upload la gmbr persona yg dh nk deliver ni kt cni..leh sume usha..hehe..aku dh xleh tahan dh ni..ashik tunda je..tiap2 ari dok online carik2 info..mmg serius cun gile persona ni…xsia2 aku hold persona SE..hehe

  89. eh dgr cite gen2 pn ada facelift gak.. bumbung itam.. dalam interior ada ubah sikit.. enjin cps.. ni cerita member aku la..

    • gen2 facelift dah lama kuar bro, tahun 2008.. die upgrade skali enjin dari campro ke cps.. tatau la kan kalu ada 2nd facelift..

      • gen2 mc3..ada m & h-line je…grille depan honey comb dia kasar skit..rim dia warna macam neo cps kalau xsilap sy..lampu belakang maintain yg lama..interior fabric lain skit..enjin cps..ni utk clear stock agaknya..ada warna baru nama dia “fire red” xsilap saya..

  90. dengar cite gak, tapi katanya gen2 mc3(millennium challenger 3, black roof top, dalam hanya lain dari segi fabrik n kalu yg h-line jahitan kulit lain ckit, dengar gak cite ada kaler lain satu, grill depan tukar ckit2 je,sport rim kaler lain ckit, door handle kat luar kaler lain. tapi memang nampak lebih sporty dari gen2 cps sekarang. tapi lampu blakang kekal pkai crop circle punya lampu coz nk differentiate antara gen2 n persona.

    ni guestimation aku jelah, h-line auto 59,499, m-line auto 55999, manual 52999 n b-line auto 49499, manual 46999.

    rasanya berbaloi gak kalu rega letak mcm tuh coz yg baru, ada leather/fabrik seat baru, aerokit(untuk h n m line), led signal, audo cd/mp3/usb/aux(i-phone), new ecu n tcu/tcs(transmission control unit@system yg dirombak smula dan ditambah baik bagi auto bagi sesuaikan dengan ecu baru), nvh yg lagi improve unuk wind nose, engine booming sound n roadnoise, lebih aerodynamic dgn bodykit aerokit n intake lebih besar grill depan untuk better airflow for engine, n handling, lebih baik dari persona sebelum ni n gen2 dari segi body control n comfort. tapi gen2 lebih baik dari segi ckit cornering n lane change tapi of course, lebih baik dari competitor dia dari segment yg sama. itulah apa yg aku dengor.

  91. mc3=minor change 3.

    gen2, neo —> eol 2012.

  92. eol ? end of lifecycle?

  93. campromania :
    gen2 mc3..ada m & h-line je…grille depan honey comb dia kasar skit..rim dia warna macam neo cps kalau xsilap sy..lampu belakang maintain yg lama..interior fabric lain skit..enjin cps..ni utk clear stock agaknya..ada warna baru nama dia “fire red” xsilap saya..

    oho, yg ni kuar bila plak ye?

  94. byk rally diorang dah tak join,so kena slow la skit bisnes tu……tapi ralliart ni dah mcm legend dalam industri keta ni,lebih2 lagi kat malaysia ngan japan……malaysia sejak zaman wira lagi………lama tuu……

  95. aku baru jer balik dari showroom proton, the salesman said this 18hb launch satu malaysia tp xwat grand sgt.. and this guy said that better buy skrg coz interest akn naik xlama lg..to 4% so,aku dh booking sebijik… hahahha…

    • ye ke bro, thanks sebab kasi info tu..xpatut betul kereta nasional interest rate tinggi, nak pulak Proton…sepatutnya kereta nasional la interest rate paling murah..Bank Negara sepatutnya kena pantau benda ni..secara xlangsung macam nak kacau sales kereta nasional je..

      • zaman aku beli saga blm, member aku beli viva awal seminggu dr aku pn interest dia 4.40%.. aku plk interest 3.88%.. haih..

    • bro..ko booking kaler pe??aku xtau lg kaler pe yg ade ni..

    • btul cko bro. opismate aku baru sign agreement honda city smalam. salesman die sendiri bgtau dlm masa seminggu 2 minggu lagi interest akan naik. dlm kes die, 2.7% tu akan naik jadi 3.5%.

      perghh aku yg denga ni pon naik angin satu bdn ape cer ni. kerajaan kaa bila harga minyak naik, harga kete, interest, suma akan turun..

      shittey!

  96. ni yg hangin satu bdn ni……….kata rakyat didahulukan. bro zarul,kasi hantar surat bantahan mwakili forumers kat sini ke blog datuk najib…….

    • interest utk local cars patut below 3.25%. kekawan yg lain2 apa pndapat?????

      • patutnya utk kereta nasional 2.5% maksimum..sebab interest ni yg buat kita bayar balik kat bank jadi mahal..patutnya Proton kena desak bank supaya turunkan rate tu, secara logik..kalau rate turun, makin ramai la orang nak beli kereta nasional..ni terbalik, kereta luar pulak interest rate rendah..ni la dinamakan kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan..

        * bank2 ni geng2 ngan kera gak la kalau macam ni, hahaha…

      • proton pun lg dpt income kalo interest lg naik..btl x bro campro

  97. salam kepade sume bro….saye dah lame mengikuti blog ni,tpi sekadar membace jerla.huhu.smalam saye pegi proton plentong,dekat bahagian basuh keter ade 1 persone facelift m line.xder brek disk belakang n seat x kulit tpi trim seat die skit berbeze.kete ni nmpk bergaye klu tgk dari belakang n depan mmg nampk garang.mmg lagi berbaloi r nk banding ngan persone skrg……

  98. pegi cek keter kawan smlm,so x jumpe ngan SA pun kat sane.kete 2 pun tgh jemur,mgkin baru pas basuh sblm masuk showroom.mebi dah x lame r 2……..sume dah x sabau2 ni.hehe

    • tu la pasal..sy pun xsabar nak tengok keta ni live.. 😉

      • klu nk tgk jer bleh pegi mane2 HQ setiap negeri,rasenyenye dah dampai kt HQ negeri mcm yg saye tgk smalam 2.hehe.lepas tgk nk kene test drive r….bru tau ape beze ecu baru 2.hohoho

  99. betul tu bro..nak tau apa yg membuatkan EasyU(ECU)32bit berbeza dari yg sebelumnya..mesti ada banyak improvement..

  100. kereta persona facelift 2010 harga utk basic naik dlm 5 ratu, m-line 2.3k dan h-line dlm 2.5k… tapi interest maybank isnin ni dh naik 4%.. aku pn xsempat.. huhuh

  101. aq pn bru nmpk persona ni kt atas lori..agk ny nk anta plentong kot..red color..aq pn ad gak nmpk lancer evo 10..nk test kete kot…

  102. nissan teanna pn nk lunch tak lama lagi.. saing2 camry pnye liga la.. hu hu

  103. mmm… cantik design nissan teana nie. Nie model 2009 kn? cuma sy tak suka design blakng. Teana segment full-size nie pesaing camry n accord jugek la nie.. kalau la ada model pengganti proton perdana yg setanding begini..hehe…berangan ar tuu..

    cheers!

  104. Hari sabtu 13/3/10 aku sempat snap beberape pic persona FL yg baru turun dari lori…kat dpn stadium d.M kuantan….overall nampak oklaa..aku siap pegang2 lagi..but grill depan nampak cam cheap plastic…lawa lg grill persona lama…kaler ijau tu nampak ngancam…

  105. harga pesona fl naik skit ok lagi sbb byk festures baru……tapi bila interest loan naik rasa hangin satu badan……hampeh btul la…..

  106. myb mcmni la rupa pesona facelift launched 18hb mac 2010, thursday…god willing i antara 1st person yg memiliki nya…huhuhu…hope cantik mcm yg i imagine…

    ni komen yg saya dpt kt blog saya..
    18 Mac pulak..?? mana satu ni.. adeh.. hehe~

  107. sabar bro2 semua, sy lagi tengah menanti pengesahan..

    ada info terbaru sy dapat :

    – Neo r3 f1 version.widebody.limited number (launch kat Sepang time GP Malaysia nanti)
    – Saga fl akhir thn ni, maybe ni fl phase 1
    – Persona wagon on evaluation
    – Another persona fl b4 persona R..last fl agaknya

    • tq for the info bro…

      bab pesona wagon tu agak blur sikit,sbb demand utk wagon kat malaysia ni tak mgalakkan,model yg top pun tak byk.cntoh caldina, ad resort, 1 series bmw…..rasa kalau buat maybe utk market luar kot……..

      • ada persona wagon plak doh? Kalau ada pun bukan utk pasaran M’sia kot. Kat europe mgkin kot, kereta wagon antara model yg sangat diminati 🙂

  108. another Persona fl..? eyh, pulak dah..? bukan ke yg ni last fl & enhancement..? smentara mnanti Persona RM..? hurmm~ banyak nye project proton ni..

  109. mungkin juga persona wagon untuk fight ngan Alza???

  110. hehe… proton nak pelbagaikan produk keluarannya agar bleh masuk kat mana2 pasaran.

  111. Persona Wagon? Letak nama Persona Estate. Sedap sikit.hehe.

  112. knp proton x wt kete yg ada spoiler besar sikit..br nmpk gempak..mcm persona kalo pakai spoiler yg tinggi punya br cantik…ad sesape yg ada jwpn yg munasabah.

  113. rakyat malaysia bab2 bikin keta mmg power,silap2 keta bleh jadi jet pejuang hahaha……..

  114. pesona wagon klau buat mcm lancer sportback mmg cantik la,sporty…….

  115. bkn marah,pelik je….keta aku tukar sport rim ngan skirting je…..njin standard. tak mampu modified byk2.

  116. fridzmax,lancer shark takde wagon setahu saya….nama je agak belainan.tapi bentuk lebih kurang je….wagon/estate/sportback hnya panggilan je….

    • Eddy, penerangan saya berkenaan maksud frasa Sportback,Wagon/Estate..tiada kaitan dgn lancer shark atau jerung..

      Terpulanglah dgn pemahaman awk. I just commenting based on facts.

  117. bro..dlm gambar ni color ape… susah la nak pilih warna sbb dlm gamba lain… dlm catalogue lain.. any advice… prefer M Line sudah la… exception for light grey tu.. cam x besh je

    onething… arini g opis lalu highway sg besi sampai ke smart tunnel.. baru jumpa satu je elegance… mmg rare n smart… x sabar nak tunggu loan approve

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s