funtasticko design

http://funtasticko.net

Satria Neo R3 Lotus Racing dilancarkan!!!

49 Komen

UPDATE : Video Test Drive Satria Neo R3 Lotus Racing


Thanks kat bro kekitaan sebab kasi link video ni, hebat!!!

Akhirnya Satria Neo R3 Lotus Racing telah dilancarkan!!! Berharga RM 115, 000 sebuah, dijanakan oleh enjin Campro CPS yang ditala R3 sehingga 145 hp & dilengkapi dengan sistem suspensi Öhlins DFV (Dual Flow Valve) fully adjustable, rim alloy 16-inci Advanti dengan tayar 205/45 Bridgestone Adrenalin, four-pot AP Racing calliper brake di bahagian depan, R3 Titanium Exhaust Headers, R3 Alloy Underdrive Pulleys, R3 Tuned Exhaust System, dan R3 Carbon Fiber Airbox termasuk R3-tuned camshaft profiles. Buat masa ini hanya 25 unit sahaja dikeluarkan, 11 daripadanya telah ditempah, jika ada permintaan kemungkinan akan ada pengeluaran yang seterusnya.. Rosyam Nor merupakan antara orang yang terawal memperoleh kereta ni..

info & gambar dari : paultan.org

Specification

Overall Length: 3905mm
Overall Width: 1710mm
Overall Height: 1410mm
Wheelbase: 2440mm
Weight: 1150kg
Engine: 1.6 CamPro CPS
Displacement: 1597cc
Transmission: 5 speed manual
Maximum Power: 145bhp at 7000 rpm
Maximum Torque: 168 Nm at 5000 rpm
Engine Management: R3 Tuned
Maximum Speed: 200 km/h
0-100km/h: 9.2 seconds
Front/Rear Suspension: Ohlins Adjustable coil-overs  with R3-tuned spring and damper rates
Wheels: Lightweight Advanti Racing 16 x 7 ET38 alloys
Tyres: Bridgestone Adrenalin RE001 205/45 R16
Brakes (Front): Front AP Racing 4-pot calipers with ventilated discs
Brakes (Rear): Single-pot with solid discs
Safety: Dual SRS front airbags, Pre-tensioner seat belts

49 thoughts on “Satria Neo R3 Lotus Racing dilancarkan!!!

  1. rm115…..
    perdana – rm 105 something….
    rm115 = 3 proton saga
    = 30 proton saga lama
    = 1 3/4 waja cps
    = 1 Exora h line + m line SAGA BLm
    = x tau la bape jumlah tiara

  2. hebat!!! model ini dikomesilkan atau tidak???

    lebih gambar dari paultan kilk
    http://prodas.wordpress.com/

  3. kereta ni utk car enthusiast!

  4. bro theking.. utk peminat kereta yg betul2 berkemampuan je nie.. saya minat, nampak ada POWER.. tapi, tu laa psal.. nak kereta sedap, kena keluarkan perlaburan yg besar juga laa..

    apa pun, tahniah utk kereta ni.. cantik~!

  5. keta ni leh main ngan evo 10 tak??? hehehe…

    • mmg la xleh,ko compare ngan evo 10…hp dia dah 240….klau ngan honda leh la nak compare..

      • nanke ni..hehe..rse nye bole..kene pnd la agk jln baek ke x..kalo nmpk straight je dan no belok2..2 la mse nye nk kasi nmpk evo kecut perut..hehe..agknye la..

  6. Rujuk video diatas pada frame 5:14, Soft-Hard ape kebendanya tuh?

  7. Neo merupakan model niche dlm barisan kereta proton. dan Neo LR ni ialah extra niche utk kpd sesiapa yg ada duit lebih. Mcm saya yg marhain ni,kira gilalah tiba2 nak beli kereta 115ribu,dua pintu plak tu.power 145hp, branded brake,suspension boleh adjust2 plak,tapi pi keje,jalan jam,10km pun ambil masa 45minit..senang kesimpulannya, Neo orang beli utk 2nd car.(bukan keta pi pasarlaa). Kalu beli Neo utk practicality, dah salahlah. tapi jika atas dasar minat. Yes, andalah org yang sesuai utk NEO LR ni.

    Kalau theking kata NEO LR ni utk Car Enthusiast,

    Saya pulak kata NEO LR ni utk Orang Yang Boring.

  8. tahniah kepada proton da r3 kerana berjaya hasilkan versi lr.semoga sukses dan r3 dikenali ramai,

    • sy harap R3 akan lebih memainkan peranan sebagai tuner utama kereta2 Proton setanding dengan AMG,Brabus & sebagainya..tapi kalau boleh komersilkan performance part2 & bodykit R3, display & jual kat Proton Service Centre seluruh Malaysia..baru volume jualan meningkat & harga pun boleh dikurangkan sebab dah buat mass production..lagi 1 kereta R3 ni kalau boleh ada jugak versi yg bukan limited edition & lebih mampu milik..sy harap sangat R3 buat versi Satria Neo Special Edition pakai warna Matt Black & Pearl White..xperlu la letak gajet yg mahal2 mcam Ohlins adjustable & AP Racing brake tu..just tune enjin jadi 145hp je..jual dlm harga 70k..leh jadi hotseller tu..

  9. g-mie,bikers superbike bkn nye semua byk duit,smua member aku majority yg pkai superbike sderhana je income.tapi diorang tak pkai keta mahal,cuma pakai keta local je…so diut byk abis kat motor dr keta…..

    • oOwwHh~ eaa..? haha, ye ke..? ingtkan beli superbike sebab duit dh xtau nk beli ape.. kereta dh berderet depan umah.. kalo cmtu, saye tukar laa kapcai saye jadik superbike.. hehe~

      cmne pun satria ni memang buat saye cair la.. adoi~ duit2 di mane ko duit~

  10. owhhhh…please malaysian still build this wasted product…

  11. BRO aku setuju dengan campro mania supaya R3 jual produk di semua center proton supaya harga dapat dikurangkan dan akan lebih ramai lagi pemilik proton yang akan meningkattarafkan jentera mereka.selain itu orang ramai akan mula membuka mata dengan jenama R3.aku pada mulanya hanya mempunyai waja campro std tetapi telah upgrade ke R3 termasuk bodykit dan semua performance part sepert waja mme r3.apapun tahniah kepada seluruh tenaga kerja di proton motorsport dibawah pengurusan tg djan semoga sukses selalu dan menjadi yang terbaik dan dapat menjulang nama R3 dipersada antarabangsa dan dunia.

    • ni la masanya utk R3 bangkit semula setelah menyepi buat seketika..jangan disia2kan unit ni..ni la caranya nak tunjukkan kemampuan kereta Proton sebenarnya..kalau neo ni pun leh tune jadi 145hp (tapi sy pernah dengar r3 tune enjin cps smpai 178hp tu)..kalau turbo nanti xtau la macam ne..abis evo & impreza nanti kena titik ngan 1.6 turbo je..

  12. BRO aku setuju dengan campro mania supaya R3 jual produk di semua center proton supaya harga dapat dikurangkan dan akan lebih ramai lagi pemilik proton yang akan meningkattarafkan jentera mereka.selain itu orang ramai akan mula membuka mata dengan jenama R3.aku pada mulanya hanya mempunyai waja campro std tetapi telah upgrade ke R3 termasuk bodykit dan semua performance part sepert waja mme r3 kerana minat yang mendalam dan sebagai tanda sokongan kepada proton R3.apapun tahniah kepada seluruh tenaga kerja di proton motorsport dibawah pengurusan tg djan semoga sukses selalu dan menjadi yang terbaik dan dapat menjulang nama R3 dipersada antarabangsa dan dunia.

  13. campromania aku setuju dengan anda.berjiwa proton ha ha ha

    • nickname pun dah membuktikan segalanya, blog ni sy buat memang utk promote company sy & Proton fans je..bashers kalau masuk silap besar la..lgpun sy sendiri proton owners..berbangga dengan jenama tempatan..kalau org yg malu dengan jenama tempatan boleh diibarat malu dengan nama & diri dia sendiri..hehehe.. 😉

    • Tapi kalau proton keluar enjin baru,bukan nama campro lagik camne?hehehe.

  14. mm.. versi special nie dikeluarkan salah satunya kerana bersempena ulangtahun ke 25 tahun penubuhan proton tahun nie. sebab tu kuar 25 unit jer kn? Versi nie akan dikeluarkan lagi sekiranya mendapat permintaan dan ura2 mengatakan akan dieksport lagi. Tapi bukan la versi warna hijau kuning nie. Dgr2 versi kedua nanti akan berwana putih n kuning plak.

    cheers!

  15. Saja nak predict. Terfikir kalau Campro Turbo di-R3-kan. Body makeup seperti Neo S2000. Saya sedang berimaginasi. Hahahaha

  16. sibin : “I am one of the test drivers of this car. Given to the right hands, a professional driver can easily take over Civic Type-R. Indeed, it handles even better. Civic Type-R is fast on the straight line but given a real world situation with bends, hills and whatnot, this car is a bang for buck. I’m confident that this car can take Jalan Semantan sharp corner at more than 110km/h with great ease.

    This is a sports car so it’s in a different league from typical passenger car. I’d advise the heavy critics to test drive one, especially if you’re a sports car enthusiast.

    Bashers that are typical daily drivers that consider straight line sprint is the ultimate thrill and high power output figures as the benchmark should enroll in professional driving classes to understand the dynamics of this car. Otherwise, they should rather keep it low.”

    ambik komen ni dari paultan

    • basher proton klau baca sure reply yg ngarut2…..then lastly sbut pasal failure power wndow….sakit hati diorang tgk proton maju…….

      • diorg sebenarnya xde benda nak digebangkan lagi..segala-galanya dah semakin baik sekarang..sebab tu la puak2 tu dok cerita pasal benda yg dah lama..kerja suka cari salah & dosa orang lain je..diri sendiri diorg xcermin samada elok ke x..ssah nak betulkan org macam ni..PHD kuat sangat..

  17. Masa dengar2 proton nak keluarkan Satria Neo R3 Lotus Racing ni, aku dah berkira2 nak booking satu. Ingatkan harga naik dlm 70k ja. Rupanya 115k. Tak tergamak rasanya mengeringkan poket setiap bulan hanya utk keta ni. Tak pa. Saga BLM SE solid aku dah dlm genggaman. Sporty jga. Tapi auto (tuk jln bandar yang slalu jam) Kalo rasa2 nak pecut, kancil turbo yang dah banyak abiskan duit aku ni msih bleh berkhidmat. Cuma masalah aku dengan Saga BLM aku ni, meter minyak tak leh percaya sangat. Dah jalan jauh masih penuh. Bila dah turun satu bar, maknanya nak habis lah tu. Skjap ja trus turun habis. Memang mcm tu ke atau kena tanya pusat servis?

    • sama cam aku jugak bro..
      bar plg atas tu dekat 160km baru turun.. the next bar makin cepat.. tp full tank manual leh pergi 400++km.. isian penuh dalam rm58.. kalau bg rm60 melimpah la.. huhu..

      • oo..memang macam tu rupanya, ingat ada masalah..bar nye selalu xbagi accurate nye bacaan..kadang2 naik pastu turun, kadan2 turun pastu tetiba naik..savvy sy pun kadang2 gitu gak..tapi nak selamat pastikan minyak sentiasa maintain lebih dari 3 bar.. 😉

    • baik gi anta SC utk check..mungkin ada problem agaknya.. 😉

  18. aq nmpk lampu dpn dye mcm lg garang dari satria neo yg biase..hhe..

  19. capromania.tahiah keran berjiwa proton.nak promosi skit.kepada sesiapa yang nak upgradekan proton anda kepada versi R3 bolehlah terus ke pusat kecemerlangan proton dan di sana anda akan terpukau dengan semua part R3 yang ditawarkan.memang harga sedikt mahal tetapi kerana jaminan mutu dan kualitinya adalah amat ketara sekali.roger

    • tq bro, memang blog ni support proton sebab proton je la pengeluar kenderaan yang sejati, bukan sekadar rebadge semata2..ada teknologi & rekaan tersendiri..nanti bro boleh la kasi info2 yang berkenaan r3 kat sini..boleh sy kongsikan dengan yang lain.. 😉

  20. salam campromania.saya juga seperti anda meminati jentera proton.terasa bangga kerana dapat memiliki jenama kebanggaan negara.semoga proton terus maju dan sukses

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s