funtasticko design

http://funtasticko.net

Exora, Persona & Saga Edisi 25 tahun Proton!!

74 Komen

Exora

Persona


Saga

Proton telah melancarkan 3 model edisi 25 tahunnya, iaitu model Exora, Saga & Persona. Bertemakan “harimau” model edisi terhad ini cuma 25 unit untuk setiap model. Model ini dicat dengan warna istimewa “Pearl White”, manakala bahagian dalamannya menggunakan kemasan kulit Napa berwarna coklat. Harga untuk model Exora ialah RM91,998, RM54,500 untuk model Saga & RM69,500 untuk model Persona, harga termasuk insurans.. Tempahan boleh dibuat mulai 12hb Julai ini. Siapa cepat dia dapat!!

Selamat Ulang Tahun yang ke-25 PROTON!! Semoga terus berjaya & memacu industri automotif Malaysia.

gambar & info : paultan.org & autoinsidermalaysia.blogspot.com

74 thoughts on “Exora, Persona & Saga Edisi 25 tahun Proton!!

  1. wahwah…keren” mobilnya….makasih infonya…salam hangat…

  2. bro!
    hw bout the engne n spec..its the same?
    but mmg mnawan la..honestly bkenan plak tgk kaler ni..lawo2

  3. bro…
    gamabr depan saga ngan persona x d ker..
    tapi exora nh nampak ad class ckit…
    tapi x d side airbag….
    harga nasib bek x jadi mcm Satria Neo F1 nye..

  4. warna emas biru saya peroleh dari laman web newspaper tempatan seperti berita harian, metro dan utusan. rujuk blog saya pun boleh..

    tapi kan, emas tu kenapa warna biru, dan depannya lain sikit dari emas kat geneva.. dan kalau lihat pada sportrimnya, memang bergaya habis, warna hitam tak silap saya.. kalau dapat jadi replacement utk savvy pun OK juga, sporty habis..

  5. ooo..cosmetic change je ea..
    btw,nice kot warne2 kete nih..
    saga kalo tayar lg besar,msti tmbah smart.huhu

  6. igt ke proton letak cps kt persona n saga…tp xpe ni pun dh ckup cantik…
    mst sold out pnye plus ade signature Tun Dr Mahathir..
    gmbr depan sy tgk kt proton pnyer website jer…abg sy tgh tnggu saga se die..
    mst frust tgk yg ni..hehe

  7. Gambar depan Saga dan Persona xde ke?

    Pada saya ia weird but limited. Akan jadi head turner kalau pakai kat jalan.

    Anyway scheme warna dia saya suka. xpernah dibuat org.huhu

  8. selamat ulangtahun ke 25 proton….semoga berjaya di hari2 yg mendatang & terus memacu malaysia dlm persaingan automobil global,insyaallah….
    suka aku dengar ucapan dsz semalam kt tv….down to earth je…sedutan video buat rasa terharu je,sob..sob….

  9. Pd sya Persona yang paling cantik daripada ketiga-tiga 2..

  10. alamak led meter putih.. sama cam projek diy .. hehe
    btw saga tu 1.3 ke 1.6? pastu nampak sblh penumpang ada airbag gak..
    ada abs dgn ebd ke.. sbb dalam meter ada kaler biru macam penunjuk abs ebd..
    kalau dual srs airbag + abs ebd harga 54k berbaloi la.. πŸ™‚

  11. wah, korg prasan x yang saga tuh ade power window kat blakang?

  12. peerrgghhhh…!! elegance putih tu……!!!

  13. terpaksa la tunggu turbo punye taun depan……….
    ha, Waja R ape cheritera aa… senyap je.. sape2 ada perkembangan…..

    • bulan 10 ni..tgu je….

      • bro tekateki~yg emas biru tu dlm proses finalize to mass pro ke?….ada beza sikit dgn concept ver.;sport rim lain dgn styling bumper depan tu dah ada hole…
        cantik jgk masa pm on lampu dgn isyarat kecemasan proton emas tu,mmg stylo dgn kombinasi led&ccfl kt belakang….

  14. Saga tu ade passanger airbag la,nampaknya mungkin saga facelift ni ade passanger airbag,emas biru tu memang cantik gile,grille emas biru tu pun lain sikit,tapi tadi tengok kat paultan,cermin dia boleh bukak kecik je,mintak la production model boleh bukan full,design tak payah tukar banyak sangat la,dah ok da,tapi handle pintu ala2 aston martin tu mesti kos dia tinggi.

  15. Youtube majlias anniversary .. ada tunjuk proton emas warna biru

  16. terbaik la emas 2! huhhhhhhhh….klau keluar skrang engine campro cps confirm bungkus myvi..

  17. korang perasan x yang kereta emas 2 right hand drive.. tengok wiper 2 dah jd pelik… and did you all guys notice that tayar depan kereta 2 macam senget ckit.. dan lagi satu, kan pintu EMas 2, tengok mcm mane DSZ bukan pintu 2.. kelakar giler… ingatkan mcm astin martin… tapi biasa punye jer…
    dan pasal saga ada abs ngan Ebd, ini satu bende yang penting dalam kereta.. saya sebenarnya tengah cari kereta.. tengok kat Mudah.my.. cari2 proton saga ngan savvy yang lengkap ngan 2 airbags ngan ebd… lepas 2 baru saya tau yang saga mmg xd lepas 2 Savvy tahun 07 yang first facelift je yang ada.. yang baru2 x ada….. harap saga Fl nh lengkap semua la…

  18. mmg la nampak senget sbb kamera paultan senget.. huuhhu.. dia rakam dari luar tv tuu.. bukan dia rakam kat majlis tu..

  19. kaman aa produce emas cpat sket.haha

  20. First time tengok EMAS blink-blink signalnya dan headlamp di switch on..lagi cantik daripada Audi.

    Tengok DSZ buka pintu kiri EMAS macam perlukan lebih daripada satu pergerakan. Wiper EMAS tak sempat ‘parking’ kat tempat yg betul ke? Anyway, EMAS nampak dah di trim down sikit. Dashboard dah color hitam..Hahahaha, aku nak beli nanti.huhu

    • Tapi bagi aku kalau door handle biase pun dah bagus,tapi dia bukak macam laju je,walaupun nampak susah,tapi bagi aku kreatif jugak idea tu,baru lain dari lain,tapi kalau susah sangat,pakai door handle biase je lagi bagus,tapi aku suke betul lampu LED,stylo abis,tapi nampak macam seat emas tu warna biru,rase macam tak sesuai je,dah jadi macam chevy cruze pulak.hmm,kalau dah preview emas kat malaysia,mesti projek emas ni ade harapan nak continue,tapi harga jangan mahal sangat,takpun buat dua version,satu hybrid satu normal petrol,engine diesel pun dah banyak demand jugak.harap2 dapat jugak emas ni rampas balik segmen kereta compact yang selama ni di pegang oleh dua kereta PERUTDUA.

  21. Entah apa yg Tun M ckp pada DS Najib. Sampai dua org ni borak2 kat blkg dan tiba2 DS Najib naik dan duduk kat belakang pulak. (Kalau jadi urusetia protokol memang kena bersedia bila VVIP tiba2 buat sesuatu yang tak ikut skrip.hahaha)

  22. Cara dsz bukan pintu tu nampak macam,tekan belakang tarik depan,dia tekan belakang sebab nak keluarkan bahagian depan,so bila dah keluar,baru dia tarik depan nak bukak pintu,hmm pada kalau perompak nak rompak kete susah sikit,hehe.tapi pakai satu tangan pun agaknya boleh rasenya.tapi ni baru concept lagi kan.ehh,tempat driver position standard kereta di malaysia,kalau keluar aku boleh gak kumpul duit nak beli,tapi kalau kereta global,proton still nak buat hybrid lagi ke,mungkin 2012 hybrid jadi standard kat dunia ni,bila agaknya saga fl nak keluar ye,bro teka teki agak2 wajaR punya design lebih kurang lancer or guna design 2.0,nak jugak rekomen kat bro saya nak cari kete baru.
    Haha,duduk kat belakang pulak.
    Kelakar jugak tengok reaction mc majlis tu.

  23. “duduk di belakang pula..” hehe.. xpe, mungkin tak puas berada di bahagian hadapan, sampai beliau nak rasa keselesaan bahagian belakang..

    model yang dipaparkan kali ni (EMAS) right hand drive, lepas tu sportrim pun lebih sporty, dengan warna yang menarik, kalau diperlihatkan pada bahagian depan nampak lain sikit (tak tahu laa nak sebut komponen tu, tapi nampak lain sikit). kemudian seat-nya ada warna biru..

    yang best bila tengok saiz rim-nya, besar betul, memang stylo habis laa.. kalau boleh, nak sangat emas tu jadi model gantian Tiara/Savvy.. enjin sekurang2nya seperti Saga.. senang kata laa, kebanyakan kita ni memang MINAT GILA dengan model EMAS.. hehe~

    ouh ya, model edisi terhad pown boleh tahan juga, especially Persona dan Exora.. tapi, saya cam xbrape berkenan warna hitam kat depan Exora & Persona tu..

    =)

  24. nak tanye,
    1. Adakah Exora turbo nanti akan ada penambahan spec dan sistem dlm die…
    2. adakah emas yang di priview nh adlah dikira mcm finalize emas….
    3. ada x effect kepada power output exora setelah banyak gak barang baik dibawak masuk.
    dan terakhir..
    korang perasan x yang dashboard saga 2 dah x ad bijik2 hitan 2.. dah nampak clean..
    dan adakah exora nh, dashboard die masih yang lama, ye la calar cikit terus x leh ilang ( first badge nye)…

    • 1. dah tentu ada tambahan spec untuk versi turbo, light & rain sensor sure ada & mungkin banyak features lain yg kita xtau
      2. mungkin ni just concept aje, versi production nanti akan tone down utk sesuaikan dengan kos & utk letak harga yg kompetitif
      3. dah tentu la bila ada penambahan berat akan mempengaruhi power to weight ratio dia.. mungkin proton dah ambil kira aspek tu
      4. kemungkinan dashboard tu nanti akan digunakan untuk saga facelift, meter dia pun lain, exora lak sepertimana yg diberitahu, material untuk dashboard dia dah lain starting exora minor change nanti, mungkin dashboard utk edisi 25 tahun pakai yg minor chage punya material..material baru ni xmudah calar..

  25. bru sy perasan kat blog autoinsider ade gmbr reverse sensor kat exora..ke mata sy slh pandang??..huhu

  26. waaaa… meleleh tengok proton EMAS tu. Saya rasa nie model prototype panduan sebelah kanan utk mass production tahun 2011/12 nanti. Cuba tengok bumbung depan EMAS tu, tak berbentuk panoramic mcm kat geneva dulu tu. Dah mcm bumbung biasa. Mgkin ada 2 version kot nanti:) Handle pintu tu cam ada security lock jer masa DSZ buka. Nice. Cian Dato Nadzmi, cover jalan terdengkut2, kaki sakit agaknya.
    So, kiranya nie preview utk mass production la nie. mgkin banyak lagi diorang nak buat ujian kat kereta nie. ..tak sabar rasanya:)

    cheers!

    • lambat lg kot, 2012 la kalau launch pun..harap dpat dipercepatkan lagi..cuma kena ubah skit mana yg patut supaya xoutdated bila launch nanti..maintain lampu belakang & depan punya concept..memang tu la yg buat kereta ni unik nanti

      • feature mcm light ngan rain sensor 2 berfungsi mcm mane a…
        kalau lampu 2 mcm ad day light running ke dan kalau rain sensor 2 berfungsi untuk sistem wiper ke..

      • light sensor akan berfungsi bila kita lupa nak offkan high beam masa berselisih dengan kereta lain, ia secara automatik offkan high beam tu.. day light LED tu macam fungsi kat Audi, lampu LED tu nyala waktu siang

        rain sensor pulak akan berfungsi bila detect ada air kena kat cermin depan, so automatik wiper akan berfungsi..xsilap sy la

      • jenuh la kalau kite masuk carwash bergerak… mesti wiper bergerak laju giler.. ye la dah car wash gune air tekanan tinggi..
        hahaha

      • pernah naik bmw 5er sport edition kawan punye.
        rain sensor tu ada switch on/off.
        kalu nk masuk carwash, off kn la sensor tu πŸ™‚

      • ohhh…ok tq

  27. Wah dah ada addition kat emas punya concept car…kalau x silap aku kat geneva lampu blakang tu x function…signal lampu blakang mengancam habis…best gila plak emas ni aku tengok…lampu depan pon mengancam….proton sila la proceed dengan emas ni cepat2….buat design lock untuk hybrid…tp introduce dulu enjin biasa…1.0-1.3….bia establish dulu market then baru launch hybrid version….kompem myvi…bye…bye

    • perasan tak bil DSZ bukak bonet belakang, lampu belakang terpadam?

      mungkin disebabkan ini kereta konsep… aku setuju sangat kalau dikekalkan lampu depan dan belakang tuh… sungguh unik.

      aku cadangkan versi emas hybrid dipasarkan ke Amerika Utara, Eropah dahulu dalam full spec.. mungkin 6 airbag, melepasi piawaian mereka… pas tu baru masuk Malaysia.

      pasaran kat sini lak, pakai enjin kecil 1.1 liter turbo, tapi mesti ikut mutu piawaian 5 bintang…

      pasal harga, memang kena hentam nye… biasalah, barang baik kena lah harga mahal…

      lepas 2 tahun baru buat versi murah cam NANO.

  28. To bro prolever,
    aku rase pasal door handle tu konsep dia masih lagi sama dengan aston Martin punya door handle,tekan depan Tarik belakang,tapi kalau tengok Cara dsz bukak memang pelik,mungkin dia baru sangat tahu Cara nak bukak.

    • ohh….2 la. saya tengok mcm pelik jer time DSZ bukak..

      • Memang mula2 tak biase pakai dua tangan,kalau dah biase satu tangan pun dah boleh,tapi Aston Martin ade letak lampun led kat bahagian yang kena tekan,so bila malam senang nak bukak,harap2 proton letak lampu led nanti.

  29. Saya tengok Persona yang paling CUN!!!

    sape yang nak ambil persona better ambil version 25th ni..mmg cun la bila meluncur di HIGHWAY..!!

    Saga macam saga SE je kaler putih..hoho.. kalau warna Gold ke baru masyuk…nampak Exclusive dari yang sebelumnya..

    Exora..ok la..tapi warna putih macam versi standard je.. kalau warna lain nanpak lain la skit..

    all the best P1..

    • ni putih pearl wihte klo xsilap. exora dgn blkg klaer itam mmg cun..
      xsabar plak nk tgk waja r…

  30. errr… kalau tak silap, dulu tempat duduk belakang emas cuma 2 orang duduk kan? boleh gerak depan belakang?
    tapi, dalam gambar terbaru, tempat duduk belakang macam biasa…. 3 orang duduk.

  31. bumbung panorama tu dah tukar jadi panel solar le…

    • x kisah la.. nh dah kira mcm lebih kurang second finalized before sales.. selagu proton x ubah lampu depan ngan belakang mesti laku punye…
      This is what called MYVI KILLER!!!!!!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s