funtasticko design

http://funtasticko.net

Proton untung RM105 juta untuk suku pertama 2010/11!!!

22 Komen

Proton Holdings mencatat keuntungan RM105 juta untuk suku pertama kewangan tahun2010/11. Ini adalah lebih RM13 juta dari suku ke-4 09/10. Peningkatan ini adalah didorong oleh kenaikan jualan & permintaan tinggi tiga model iaitu Saga, Persona & Exora. Selain tu Proton juga akan menyusun semula organisasinya yang bakal dibahagikan kepada empat entiti perniagaan berasingan, antaranya pembuatan dan kejuruteraan. Ia bagi membolehkan organisasi baru itu nanti lebih bersedia berdepan dengan liberalisasi dalam pasaran automotif selaras Dasar Baru Automotif negara & membolehkan operasi lebih lancar pada masa depan kerana setiap unit perniagaannya adalah entiti bebas.

* kat Paultan.org ada bagitau yang Proton ada tunjuk produk masa depan & perancangan akan datang diorang, tapi dia xulas lebih lanjut la, tunggu… hehehe  🙂

Advertisements

22 thoughts on “Proton untung RM105 juta untuk suku pertama 2010/11!!!

  1. lmbatnya paultan nak upload pic2 model2 masa hadapan proton tu..hehe

  2. Peningkatan exports sehingga 88% berbanding Q1 09 menunjukkan jenama dan produk Proton diterima oleh negara luar.

    Aku percaya, selepas ni, Proton akan tumpukan jualan diluar negara lebih banyak dari jualan dalam negara kerana mentaliti penjajah Jepun masih tebal di minda pengguna kita.

    Tak berapa lama lagi, Proton bakal memasuki India, antara penduduk yang paling ramai. Belum dengar khabarnya perancangan Mitsubishi jenamakan semula Persona dan Exora ke pasaran Amerika Selatan!

    Harga pasaran saham Proton dijangka semakin teguh dengan pengeluaran model EMAS, dan aku yakin model hybrid mini ini bakal menembusi Amerika Utara.

    Selamat Maju Jaya, Proton.

    • Bila bilangan unit kita (export) kecik, memang normal la boleh tengok peratus naik giler2. Persoalannya ialah bila jualan dah semakin besar, boleh ker kekalkan momentum? Berdasarkan sejarah, matematik dan ekonomi, makin besar bilangan unit yang dijual, makin payah nak dapat peratusan peningkatan yang tinggi2.

      • Apa yg penting kat sini, proton dah dpt keluar dari ‘kepompong keserabutan’ dlm business automatifnya dan rentaknya disokong oleh model2 terlarisnya serta strategi pasaran 5 tahunnya.
        Perancangan proton utk membesarkan pasaran exportnya adalah satu langkah yg baik. Mgkin ada yg kata agak terlambat/terlewat… tapi better late than never kn?:).

        Dari masa ke semasa kita harapkan proton memperlihatkan kemajuannya dari segala aspek. Apa yg membanggakan saya, keuntungan n kenaikan jualan proton begitu signifikan sekali berbanding tahun2 sebelumnya dan ini boleh ditafsirkan oleh pemerhati sebagai pengembalian nilai kepercayaan terhadap jenama n produk proton. Selamat menuju ke pasaran global proton 🙂 InsyaAllah, dgn perancangan n strategi yg kena pada tempat n masanya x mustahil, jenama proton boleh pergi jauh 🙂

        cheers!

      • Setuju dengan apa yang bro cakap berkenaan pasaran export. Ya, memang kita perlukan export sebab pasaran dalam negara kita adalah kecil dan terhad. Untuk berkembang, kita perlu tingkatkan export.

  3. bagus….dan lipat gandakan lagi usaha utk misi bersaing di peringkat global!

  4. yup, exora model mpv terlaris di thailand(kat indon susah ckit coz dia punya sentimen).
    tapi yang sedihnya kat malaysia, rakyat sendiri x menerima exora n tidak meletakkan exora ketempat sepatutnya…lebih rela beli made in japan, korean, even china. beli alza pun sebab pk made in japan….sedih aku rasa, luaran kita sudah merdeka hampir 53 tahun, tapi kita masih dijajah dalaman.

    • Setuju,tapi apa yang menyebabkan alza tu sales lagi tinggi dari exora sebab harga lagi rendah,tapi apa pun alza bukan lah mpv pun,senang citer viva extended je,maksudnya exora lah mpv paling laku kat malaysia.

      • proton skrg dlm memperkukuhkan pasaran luar utk skala ekonomi yg lebih baik…
        harap keuntungan yg diperoleh dapat di manfaatkan jgk utk mempertingkatkan after sales servis…x kisahla alza yg laris ke,exora x top kt indon ke masing2 punya pilihan;yg kita mahukan proton jadi baik dan semakin baik dan berjaya kat luar sana…

      • Tak rendah mana pun. Alza basic RM55k, Exora basic RM58k. Exora ada airbag, BCM manakala Alza takde. Bila naik range M-line beza harga dalam RM5k. Bila H-line pulak beza Alza dan Exora dalam RM7k sahaja. kalau loan 9 tahun lebih dalam RM70 sebulan.

      • cuma org kita xnampak tu, mungkin terlalu terpengaruh dengan Toyota & Daihatsu yg buatkan jadi camtu.. kalau la Perodua bukan penerima organ dari diorang mesti xjadi macam tu kot..hehe.. 😉

      • Most P2 buyer from our country thought that their Perodua is Toyota in disuguise.

  5. CHAIYOK! CHAIYOK! 🙂

  6. betul tu bro..harap2 proton lebih succes..even kat msia skrg ni pon org dah mule pilih proton..buktinya saga dah jg model terlaris kalah myv..bende ni makan masa sket..tp lama lama rkyat msia akan bukak mata

  7. bro….gambar emas (myb yg production model) n lotus badge emas tu dah ade kat paultn..hampa la tgk emas di tone down smpai mcm tu utk exterior……

    • Tapi bro,tu cuma untuk lotus punya badge,maybe proton punya badge still sama dengan original concept.

      • proton punya badge pon ada la..yg 2nd pic yg simple tu..tp saya dah mula suka pulak..simple..n mcm harimau mengaum..hehe

    • Owh sori bro,aku ingatkan dua2 lotus punya sketch,sekali 2nd pic tu latest sketch emas.tulah bagi aku bukan macam downtone je,headlights dengan bumper macam nampak agrresive,side profile tu memang nampak downtone.

      • betul bro..saya dah mula suka design yg baru tu..nmpk lg garang n skali pandang mcm harimau..baru sesuai ngan logo proton kan..hehe

      • Betul tu,saya mula2 tengok tak berkenan,lama2 perhati,uish minat pulak.tapi aku tak berapa suka pulak c-pillar dua dua design,nampak cam tak kemas.tapi ni baru sketch je,kita tak tahu final design,tapi harap2 final design lagi gempak Dari sketch tu.

  8. yup..kalo c-pillar kekal mcm emas geneva tu pon dah ok kot

  9. harap2 lampu depan dia ubah style mcm merc cls 2nd gen tu.. pergh mengancam

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s