funtasticko design

http://funtasticko.net

Model pengganti Waja & Saga facelift (phase 1) bakal dilancarkan tak lama lagi

52 Komen

Waja Replacement aka Lancer rebadge

Saga facelift (phase 1)

Semalam Dato Syed Zainal mengumumkan model pengganti Waja@Lancer rebadged & juga Saga facelift bakal dilancarkan tidak lama lagi. Model pengganti Waja bakal dilancarkan pada bulan November, tetapi pra pelancarannya akan dibuat selepas Hari Raya Aidilfitri. Model yang mengekalkan hampir 95% Lancer tetapi mempunyai imej Proton ini dijangka ditawarkan pada harga sekitar RM75,000 (bagi versi 1.8 liter manual), RM80,000 (bagi 1.8 liter auto) dan hampir RM100,000 untuk 2.0 liter.

Manakala model Saga facelift akan dilancarkan pada Disember ini semasa KLIMS 2010 berlangsung dimana Proton mengambil bahagian dalam pameran tersebut. Apa lagi, sesiapa yang berhajat boleh la menyimpan duit sekarang ye.. πŸ˜‰

Advertisements

52 thoughts on “Model pengganti Waja & Saga facelift (phase 1) bakal dilancarkan tak lama lagi

  1. bagus!! dpt tgk rupe sebenar..

  2. sonok dgr proton ngan model2 baru..biarla rebadge pon jd ada model2 baru..walopon rebadge tp ada la ubahsuai jugak..betul tak..hope proton lebih succes..special lak saga fl tu sbb launch lg lmbt dr waja..myb sbb guna design language baru proton kot…sbbb tu lancar masa KLIMS..papepon xsaba nk tgk final design 2 2 model ni

    • harap Proton boleh preview emas versi produksi punya prototype kat sana nanti..teruja tengok rendering tu.. πŸ˜‰

    • ke sbb nak plug in engine baru..???

    • Sekurang-kurangnya Proton admit yang dia kongsi platform dengan Mitsubishi dan model tu memang rebadge. Takdelah cakap design dia sendiri.

      • btol bro…perodua tu mana ada ngaku rebadge..org kt luar yg xpenah tgk model2 daihatu akan ckp bagusnya perodua design kete lawa2

      • Pada aku mengaku ke, tak mengaku ke, lantak la. Yang penting apa yang pengguna dapat. Aku tak kisah kalo ada syarikat yang nak guna BMW punya platform (contoh terlampau) pun, yang penting pengguna dapat keuntungan, bukan vendor2 (kroni2).

        Tapi dalam kes Perodua, harga dia mahal tapi orang terpaksa beli sebab Proton takde jawapan untuk Myvi dan Viva. Aku harap Proton cepat2 sikit keluar model yang boleh bersaing ngan dua model Perodua tu.

        Proton pulak satu hal. Saper tau kenapa dah takde lagi model Saga yang termurah yang dulu2 dikatakan orang miskin pun mampu beli tu? Adakah kerana yang tu untuk PR saje masa mula2 keluar? Saper yang tau tolong jawabkan please.

  3. bros,
    selalu apa je yg dorang buat time pre launch??
    dah bole start book ke?
    dah bole dpt tgk actual price n specs ke?

    • pre launch/soft launch tu untuk booking & tau sikit sebanyak pasal kereta yg bakal launch tu..boleh la tanya SA nanti apa harga & spec dia.. πŸ˜‰

  4. Booming kat ebay bumper depan belakang Evo X. πŸ™‚ Menangis owner Lancer tengok harga RM75,000 (bagi versi 1.8 liter manual), RM80,000 (bagi 1.8 liter auto) RM100,000 untuk 2.0 liter. Lepas tu lagi nangis bila orang tanya :- “Bang, ni Proton baru tu kan?”

  5. nasib baik la steering tu ada logo proton kan?
    plus head unit baru..
    kalo x..99% dah sama.

  6. Masa pra pelancaran nie.. dah dapat tengok rupa sebenar tak waja r nie ??
    Ke ada tape2 hitam ni lagi…

    At Least dapat tengok rupa luar pun jadi la…
    dengan dalam sikit2 kan…
    Paling penting spec dgn harga…
    X dapat tengok model sebenar pun takpe…
    janji dapat tengok gambar2 dia…
    Baru la nak booking…

  7. Bro campro,harga untuk 2.0 liter tu betul ke,tak mahal sangat ke harganya.

  8. Rear Light (proton waja galant fortis) tu kasi LED camni baru cun..

    • saya ras eproton akan gune led untuk lampu belakang… dah stail deorang semenjak 2 menjak nh gune LED untuk lampu belakang…

  9. wah…..rm100k.. for 2.0…too expensive la..even forte 2.0 only 93k…

    • Itu yang 1st sekali aku terfikir bila tengok harga dia.

    • Kalau 2.0l turbo 4WD macam Evo X tu harga market RM233k. jadi Rm100k tu murah la kan kalau compare dengan Forte.

      • Itu Evo X, yang ni bukan Evo X bro. Kalau forte boleh murah, kenapa plak dia nak sampai 100K? Padahal cukai lagi rendah.

      • patutnya harga yg 2.0 tu sekurang2nya sama ngan Forte 2.0, tapi sebaik2nya lagi murah kecuali la enjin 2.0 tu turbo, memang berbaloi2 la..kalau setakat enjin NA je boleh dikira mahal

      • Bukan “boleh dikira” mahal. Tapi sememangnya mahal kalo enjin 2.0 NA harga sampai 100K sedangkan ni kereta ‘tempatan’.

        Aku setuju dengan bro campromania, sepatutnya harga 2.0 NA mestilah lebih murah dari harga Forte 2.0 sebab ini kata kereta ‘tempatan’.

      • kite pakai 4wd evo X ke? rasenya tak kan? still harge sepatutnya bawah RM 100 k la bro

      • Betul tu bro sidspurs. Kalo awal tahun 2007 diorang nak gebang pasal enjin 2.0 NA Mitsu tu boleh la. Sekarang ni even Hyundai punya enjin pun dah makin canggih, so enjin yang dah lebih 3 tahun macam ni takleh la nak buat modal gebang.

  10. eh korang perasan x lampu belakang saga FL dah lebih kecil dari current..
    kalau tengok2 balik nampak pelik pun ada… nh la kot yg bro tekateki @ theking cakap yg nampak pelik cikit..

  11. kete yg kita tgk dlm sblm nie,mcm lancer gt..tp dlm bertita harian td,DSZ skali ckp ikt lancer fortis..agk2 mn satu yg btul ye?

    • entahlah,tapi kalau dah siap pasang tape hitam nak tutup design macam gambar spyshots macam kat atas,rasenya tu mungkin final product,tapi tengok kat paper lain dengan berita takde pulak DSZ cakap pasal lancer fortis.

      • juz utk kelirukan org ramai supaya xdpt agak bentuk waja je tu…tp dlm spyshot sblm ni pun mmg dah terbukti seakan lancer gt..cume lubang bumper depannya kalu asal lancer gt bentuk ‘A’ tp proton ubah bentuk ‘v’ lampu pon still sama..tp sape tau kan tetibe bila dah kuar nnti sume xsama…harap lebih cantik

    • Utusan tu mangarut aje selalunya laporan dia. Abaikan aje. Ingat lagi tak yang kisah Hovercraft guna Campro 1.8? Mana ada campro 1.8. Ni la laporan utusan.

    • Bro yeopmin, kalo betul la diorang buat yang conservative macam Fortis, itu maknanya dia ada plan untuk buat versi yang Sporty dan ikut cara lancer asal. Biasala, orang meniaga. Bila dah laku jer, sibuk la fikir nak untung melampau la plak.

  12. spyshot at genting …..

    CPE CVT = campro fuel efficient + cvt

  13. bro cpat buat tread bru….haha yg ditunggu tleh tiba.

  14. dah bukak bro, serbu!!!

  15. pada yg compare dgn Forte tu… mungkin dia terlupa.. yg forte tu pon tax dia murah sebab under NAZA= taraf keta nasional gak

    so kalau harganya 100k… sama la tu sebab dua2 “national car”

    hehe

    • at least Proton boleh dapat enjin 4B11 turbo untuk 2.0, baru la orang xkecoh sangat..sebab Forte 2.0 tu NA je.. πŸ˜‰

    • Kalau dah bro nak banding macam tu, harga 2011 Hyundai Avante pun sebenarnya level2 harga Persona jer tau. So kenapa Proton tak buat kereta yang kualiti macam tu pada harga yang sama macam Persona sekarang?

      Pokoknya Hyundai boleh buat kereta dengan kos yang murah, tapi cantik dan berteknologi tinggi. Kenapa tidak kita?

  16. hyundai berkualiti.. hehe.. try la pkai bro.. πŸ˜›

    • Engkau pakai Hyundai model tahun berapa bro? πŸ˜€

      Cerita la sikit pengalaman. Dan jangan lupa pulak dengar pengalaman orang yang sengsara pakai kereta jenama lain jugak ye. Pastu kita banding2kan.

      Satu lagi, kalo banding Honda stream dengan Exora, agak2 mana lebih berkualiti? Aku sebenarnya taknak la banding, tapi sebab dah ada orang dok cakap Kia Forte tu murah sebab dia masuk ikut Naza. Aku sebenarnya bukan kisah harga jualan, sebab itu artificial. Yang aku kisah ialah, dengan harga yang sama banyak (dua2 harga tanpa cukai) kenapa ada orang boleh buat dengan berkualiti, tapi ada orang hanya buat biasa2 jer? Kita tengah cerita dari sudut pengeluar, kenapa dengan duit yang lebih kurang sama, ada orang boleh bagi yang lebih baik? Aku tau antaranya sebab economy of scale, tapi kebijaksanaan memaksimakan sumber yang ada juga harus tidak dilupakan.

  17. mmm… mcm ar kat negara lain x kena cukai utk kereta import diorg…peerrggh.
    ooopss, sorry, terutamanya negara pengeluar kereta yang 11 negara tu sahaja termasuk Malaysia.

    hehehe… kalau avante tu, compare ar dgn global car persona 2012 nanti. Baru betul:)

    cheers!

  18. sungguh. negara manala yang nak jual keta tanpa cukai. x sabaq nak tunggu waja ni kluaq. engin mitsu dan lotus ride and handling. lagi syok dari lancer gt hehe

  19. kalau turbo 2.0 boleh tak lawan pGT 308T hhe

  20. Evo x vs Inspira…who will win..?

  21. ye,1 idea yg bgs..jd nama waja da x de la sbb da gnt INSPIRA..sdh nye…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s