funtasticko design

http://funtasticko.net

Sneek preview Waja Lancer di Buletin Utama & Nightline!!

97 Komen

UPDATE : Video petikan dari Buletin Utama!!!

terima kasih kepada bro amn077 sebab kongsikan video ni..

Impression saya yang hampir2 tepat!!!

Imej dari Buletin Utama

Imej dari Nightline

Malam tadi di Buletin Utama & Nightline ada sneek preview Waja Lancer..imej2 di atas ni sy capture semula untuk tontonan anda semua..memang ada iras2 impression yg saya buat tu, tahniah buat diri sendiri, πŸ™‚ hahaha..

* anda semua boleh buat ucapan raya kat sini https://funtastickodesign.wordpress.com/2010/09/02/salam-aidil-fitri-maaf-zahir-batin/

Advertisements

97 thoughts on “Sneek preview Waja Lancer di Buletin Utama & Nightline!!

  1. PADDLE SHIFT….hmmm hehe

  2. huh.. ada paddle shif…. mesti menangis org yg beli mitsu Lancer GT..
    Warna Red Plum nh pun kene dengan kete nh…
    Bro, gambar Rim x d a… yg len da smart dah. Tapi lampu belakang 2 rasenye time fl nanti baru tukar LED ke bro..??

  3. wah.. nangis tgk gambar ni

  4. Paddle shift…terbaik…

  5. Bro dalam nightline semalam dia tunjuk chassis lancer tu tengah assemble kat kilang proton,maksudnye waja-lancer nanti bukan unit CBU jepun lah.

    • yup..pasang kat sini la kot..siap tunjuk engineering drawing lagi..gambar yg bumper putih tu kereta kat assembly line la..kalau pasang kat sini harap harga lagi murah..

  6. rasanya yg ni lagi cantik dari lancer.. design mitsu skrg mcm dah tak cantik

  7. Aku Setuju

  8. Saksikan New Proton Lancer at Buletin Utama 3/9/2010 di youtube!!

  9. Paddle Shifter utk 2.0 je kot. Tapi kalau 1.8 pun dapat paddle shift memang best bargain!!!

    Harga RM80k memang menakjubkan.

  10. kenapa stereng..nampak murah.. humm.. logo proton kt stereng harus buat macam waja lama.. nampak mewah

  11. korang prasan tak…sport rim wajalancer ni..same cam spyshot mula2 dulu…
    http://ezzygetacar.com/tag/waja-lancer-baru/

  12. member aku cakap td die lalu kat jalan ampang , die kata proton edar kat situ dah ade wajalancer ni utk pre launch nnti….ade 3 warna merah , putih , hitam huhu sape yg berdekatan boley confirmkan hehe

  13. alahai…knape model waja replcment ni exactly the same with the original lancer?~~ ak gerenti r,bile org beli nnti model nh,>80% akn modify buat ala2 lancer…xcaye,tggu dan lihat la..,kalo design tu diubah cam dalam blog fridzMAX tu kan lagi baik,much2 more100x beeeeeetttteeeeer n coooooooooooooool!!!(ak tgok dalam blog prodas)~~~ sampai stereng pn seakan2 sama,harap tuka logo jer,ap jadah..mmg la nk jimat kos,tp korang nk ker tgok ker waja baru nnti habis kene modified dek pemilik2nya jd lancer? kalo ak tgok kete proton yg di letak badge brand2 lain..tu la yg paling ak frust…sigh~~

    • kalau nak tengok design yg hampir2 tepat tengok kat impression yg sy buat kat atas tu..ada banyak perkara yg kita tak dijelaskan mengapa Proton xubah banyak sangat design asal Lancer ni..Proton mungkin lebih tumpukan pada aspek handling & ecu tuning untuk menambahbaik Lancer yg sedia ada..spyshots kat KLIA tu sebenarnya kereta ni baru tiba dari makmal Lotus di UK untuk buat fine tuning handling, dikhabarkan handling Waja Lancer ini adalah yg terbaik Proton pernah buat selepas Neo R3 Lotus Racing.. Proton cuma tukar bumper kerana mereka xperlu nak hantar crash test kat luar contohnya IDIADA, diorg buat crash test internal je..lagi 1 Proton tak usik interior atas alasan yg sama juga, bila tukar je steering ngan dashboard mereka perlu buat crash test lagi, kat situ akan menambahkan kos RND sedangkan model ni jualannya tak la sebanyak Saga & Persona.. kalau nak totally new design tunggu Persona replacement 2011 & EMAS 2012..yg tu semua design baru.. πŸ˜‰

      • setuju dgn bro campro…

      • Tulah kalau tukar engine proton pun kena buat crash test,lebih elok proton just kekalkan overall design,tapi kena ada suntikan DNA Proton,tapi kalau handling waja baru ni antara terbaik memang boleh jadi selling point utama untuk pasaran export,saya cadangkan untuk model2 Akan datang Proton dan Mitsu buat kerjasama untuk hasilkan lancer,macam zaman wira dulu,at least dapat jimatkan kos dan boleh bertukar teknologi,macam apa Ford dengan Mazda buat untuk Ford Fiesta dan Mazda 2.

    • Bukan apa bro,kereta Proton yang tak ada kena mengena lansung dengan brand lain pun diorang bantai gak letak badge lain,saga jadi impreza,exora jadi grandis,ni semua bergantung pada pembeli sendiri.
      Tapi kalau contoh saya beli waja lancer,bagi saya tak payah nak mod sini mod sana,paling heavy pun mod tu mungkin just tambah kasut sukan.
      Kalau saya betul2 nak Evo,baik kumpul duit sampai cukup.

      • bro, nak tanya,..
        Perubahan ape lg yg bolehkan sesebuah kereta rebdge kene buat sekali lagi crash test… dan sebab ape..??

      • senang cerita kalau melibatkan major changes confirm kena buat crash test..biasanya benda2 yg melibatkan aspek yg berkaitan dengan safety la, sbgai contoh bumper, kena buat test langgar dengan pedestrian (pejalan kaki) & macam2 ujian perlanggaran lagi..kalau tukar streering wheel lak kena test utk tengok samada airbag deploy atau x, steering tu collapsable atau x..macam2 lagi la..sy xberapa mahir sangat bab2 ni, tapi boleh la nak explain skit2.. πŸ™‚

      • Contoh perubahan seperti komponen kereta yang berlainan yang akan bagi impact besar kat struktur kereta,kalau contoh design lampu belakang ditukar,mesti kebanyakan bentuk di rear Akan jadi berlainan,so bajet yang besar terpaksa di keluarkan untuk hasilkan banyak prototype sampai boleh lepas standard crash test.
        Kalau tengok crash test untuk Exora,sebenarnya ada dua prototype,prototype pertama tak lepas,prototype kedua baru lepas,nak hasilkan kereta ni bukan kecik bajetnya,tulah kalau korang tengok banyak kereta production model tak sama design nya dengan kereta conceptnya.
        Lagi satu lagi yang takde kena mengena dengan crash test,contoh kalau proton totally tukar design lancer,secara tak lansung diorang kena keluarkan kos yang banyak untuk dapatkan machine khas untuk hasilkan moulding untuk komponen kereta ku.Dalam hal lancer ni Proton just ambik je apa yang Mitsu punya machine design.
        Nak design kereta on paper memang senang,tapi realitinya banyak lagi benda yang kena difikirkan untuk hasilkan kereta tersebut,termasuklah crash test,facility kilang,bajet nak hasilkan kereta tu,daripada proton bazirkan duit Dan banyak masa on lancer,baik Proton gunakan bajet Dan masa yang sedia ade untuk Persona R Dan EMAS yang kemungkinan market untuk kereta ni besar.
        Satu lagi bro prolever,cuba tengok kereta2 yang di modified sampai tahap maximum,kebanyakan yang accident semuanya hancur abis,sebab semuanya barang aftermarket yang di buat oleh kilang2 yang takde guna standard untuk hasilkan part2 kereta,diorang just tahu design Dan hasilkan tapi tak ambil kira pasal safety.
        Lagi satu,tune untuk kereta Proton tu sebenarnya antara yang terbaik,kalau dah tukar spring,suspension memang hilang lah handling Lotus tu.

      • Saya sebenarnya tak expert sangat dalam bab crash test ni,tapi kalau ada sapa2 yang expert dalam Hal ni,bolehla share sikit pasal ni.

  14. Wah, nampaknya ramai yang teruja dan tak sabar-sabar nak tengok Waja Lancer lebih dekat, tapi rasanya setakat tengok je kut, nak beli Waja CPS pun tak lepas, ini kan pula Waja Lancer.. hehehe

    • hehe insyallah nanti berkesempatan lar tu nak pakai..aku skrg ni pun pakai waja campro je dah sampai seru nak tukar baru dah ni hehe… πŸ™‚

    • bukan x mampu.. cara mcm mane kite nak daptkannya je.. kite semua org biasa cume kite kene ada cara mcm mane nak dapat sesuatu yg mhl..

      sesetengah org x akan terburu2 membeli kereta. Ada yg simpan impian lepas 2 simpan dulu duit banyak2 dan bayar duit muke tinggi.

      Sebagai contoh kalau beli waja cps 65k. Simpan seribu sebulan, setahun dua dpt 20k. jadi bayar muke 20k nanti bayar bulan 2 mcm kite bayar kereta second hand je mcm maybe RM500 sebulan ke RM600 sebulan ke.. (saya x kira. Nh agak2 jer) x la penat nan membayar.

      Sebab 2 la kalau nak membeli sesuatu kene sabar dan kene ada strategi untuk dapat bende 2..
      My 2 Cents

      • Betul tu.aku terus terang mmg ada intention nak angkat sebijik kete ni.selain harga,kalo 80k mmg x jd mslah.tp kos2 lain perlu kte tgk.mcm road tax, insurans,maintenance,minyak mmg la lebih skit compare to waja lama.aku pun skang pakai waja mitsu engine.mmg dah lama.dah smpai masa tukar kot.hehe.

  15. nampaknya Proton Basher tertekan……

  16. 1.8 MT
    1.8CVT
    2.0 CVT–>yg ni je kot paddle shifter

  17. haha..
    nak blagak lacer gt boleh la beli..
    bagus..
    peroton pon tiru gak πŸ˜€
    sama cam produa

    • Perodua dengan Proton mana ada tiru
      Orang panggil rebadge,bezanya Perodua 100% rebadge,at least Proton dah bagi tune sikit handling Lancer.
      Kau ni pun dah ‘TIRU’ ayat2 biasa basher.

    • Sokong… At least proton ada jugak wat tuning…
      Keta ni x banyak permintaan… So, tak boleh la nk ubah sangat2 sbb kos tinggi…
      parutdua tu yang jual keta permintaan tinggi pun ubah lampu dgn bumper jer…
      Trend skang banyak automotif company yg share platform/model…
      utk kurangkan kos RnD…

  18. saga fl paling bnyk perubahan antara model facelift proton stakat ni kata kwn aku.. kira mcm major changes la

  19. sume dh menarik bab waja baru nie…..cume yg slack lampu belakang tuh huduh sgt………hrp2 proton tukar kpd LED sebelum launch………

    klu aku dapatler waja nie kompom bende pertama aku tukar drpd waja nie, lampu belakang die….benci nengok design bulat2 tuh….wahahaha

    • ok la lepas ni owner mitsu lancer 10 leh service kt sc proton.. or prton waja ni leh service kt mitsu sc..

      lampu aftermarket lancer 10 lepas ni belambak la kt market.. mesti lagi murah

  20. Apsal Paultan kata render Theophilus Chin quite similar? Nak menang jgk si paul nih.

    • Dan seperti biasalah,kalau apa2 post pasal Proton,majority yang menghantar komen tak lain tak bukan Basher yang kurang ilmu pengetahuan pasal industry otomotif.
      Ikut suka diorang je nak komen,pastu mulalah kedengaran cakap Proton dah tak bagus sampai nak rebadge Lancer.
      Biasalah diorang ni pun macam lah bagus sangat,diorang ni boleh dikategorikan sebagai NATO(No Action Talk Only)

    • Dorang dalam Paultan tu selalu cakap:

      1. Mengutuk Proton
      2. Mengatakan Gov protect Proton
      3. Gov xbagus
      4. Model jepun semuanya bagus.

      lagi satu,

      5. Penulis komentar dalam Paultan semuanya pakai kereta mahal2, GTR, EVO X, aston Martin. Rasanya 101% diorang ni menipu. huh

      • biasa la bro, kita boleh buat kesimpulan yg diorang ni bagi ayat2 yang desperate..dah xde modal nak bash lagi..pastu cari la scape goat yg xde kena mengena dlm isu tu utk jadi sasaran..rasanya kebanyakan diorg ni mempunyai masalah mentaliti & jenis yg “kufur nikmat”.. πŸ™‚

  21. sbb dia tak penah tgk rendering bro campromania ni kot… (ayat nk sedapkan hati)

  22. Nampaknya Helang Lebuhraya akan mengalami sedikit masalah pada masa akan datang hehe
    Kalau boleh ada Neo Turbo juga tentu gempak.

    • rasa time g coe dulu nmpk helang evo polis servis kat situ.. lama2 dulu time heboh pasal projek waja ni

  23. aku setuju sgt2 ngn zenvo…tp campromania, aku dah rase proton nie dah macam naza plak…padahal R&D kite setanding ngn carmaker luar. selama nie proton klo klon model2 dari mitsu pon dia tukar sekurang2nya lampu kn…camane pon semart er. huuhuh
    hope bile model nie dah ade facelift proton buat macam design fridzMAX tue.
    hiihihhiih

    • Dia ade peringkat agaknye,tapi aku rase dulu dengan sekarang tak sama,dulu takpayah susah2 nak buat crash test,bajet Proton pun kecik ye lah dah market untuk Waja-Lancer ni pun takde lah sebesar Persona dengan Saga.
      So mungkin depends dengan sales nanti,kalau banyak demand nanti adelah phase facelift ke.
      Yelah apapun ni baru peringkat pertama.
      Banyak lagi company kereta kat dunia yang masih rebadge,Peugeot dengan Citroen pun rebadge kereta Mitsu siap Mitsu lagi assemble kereta tu untuk diorang.

    • mr mato, Proton bukan kembali ke belakang sebenarnya, ini merupakan trend pengeluar sekarang yg cuma develop model yg diorang yakin boleh buat jalan yg banyak..dalam kes ni Proton terpaksa rebadge Lancer..Proton sebenarnya tengah susun semula atau positioning model2 keretanya agar tak menggangu jualan antara satu sama lain..sebenarnya masa nak bangunkan Exora, Waja replacement ni Proton nak develop juga atas platform yg sama..disebabkan kekangan bajet & faktor jualan, diorg buat keputusan untuk develop Exora je.. πŸ™‚

  24. offtopic skit, rasanya suv yg buat testing tu Miitsubishi ASX kot..xlama nak launch sekali ngan Lancer hatchback..ambil gambar ni kat paultan punya gallery

    • Saya pun rase benda yang sama,tapi pasal ade kereta yang macam saga putih escort suv tu macam mana pulak.

      • Saya pun mcm tu bro. tapi kalau kereta mitsubishi, kenapa deorg x suruh lancer ke ikut dan nape kereta mcm saga putih tu untuk excort.
        Tapi instinct saya mengatakan bahawa kereta tu bukan ASX kot. Kebarangkalian SUV untuk Youngman kot. Sebab saya rase dari tahun lepas kot proton tandatangan contract ngan youngman. Lagipun kan proton nak tunjuk crossover kat klims. Jadi ini mcm test untuk deorang gak la. Rasenyela.

  25. Nampaknya ada yang xfaham lagi. Proton me-rebadge Mitsubishi bukan bermaksud satu tindakan yang kembali ke belakang. Proton sekadar nak mengisi loop market yang ada pada model Waja. dan Waja sememangnya perlukan pengganti buat masa sekarang memandangkan ianya telah terlalu lama didalam pasaran. Saya jamin jualan Waka Lancer ini xseperti jualan Persona atau Saga. Paling2 byk pun mungkin 2500-3000 sebulan, cukup utk potong market Vios, Honda City dan mencantas sedikit jualan Civic dan Altis. Perlu kita ingat demographic pembeli di Malaysia, market concentration dan price Tag RM80k memainkan peranan terhadap jumlah jualan.

    Isu Proton me-rebadge bukan satu perkara yang perlu dipersoalkan. Sila tanya Perodua yang masih me-rebadge sampai sekarang. Xde isu pun? Ok, bukan sahaja Proton me-rebadge Mitsubishi. carmaker lain seperti:

    Peugeot iOn dan Citroen C-Zero adalah rebdage daripada Mitsubishi i-MIEV. Ni lagi hebat, tukar color dan tukar logo je. Peugeot dan Citroen bukan xde design sendiri, malah design dorang lagi hebat dari Mitsubishi. Kenapa masih nak rebadge?

    Toyota Aygo di-rebadge kepada Peogeot 107 dan Citroen C1. Ni smart rebadge, ada tukar bumper dan lampu. Tapi ketiga2 model ni dipasang kat satu kilang yg sama di Rep Cech. Kenapa nak rebadge?

    Perlu ingat, ini semua bisnes. orang berniaga mana nak rugi. Sama je macam apek kedai jual tayar basikal tapi tolong jualkan barang hardware kedai lain. Untung sama2 dapat.

  26. dengar ceriter ade proton crossover kt KLIMS nt..x sabar nk tgu…huhu..hrp2 betul..

  27. in malaysia people tend to skip proton when the price they can pay at higher 70 80 to 90k, honda city leads, although its pricey. there are people who can afford car at this range of price. so by introduction of new waja, proton might steal the market at this range because it has a batter offering, like big car big engine its associated with evo 10 and most importantly its value for money.

    if they are to proud of Japanese engine. so this waja is actually mivec Japanese engine.
    so whats to argue?
    so there are a tendency people will covert from Toyota Nissan or Suzuki to local brand name.
    and also after that, the release of cfe engine with spec sheet will make their eye open. only if they are too stiff hearted they will keep on buying a 90k 1.5 litre japs and feel very premier about what they have as the car is actually a taxi in our next door neighborhood country.,

  28. what do you think the price of the entry level. manual 1.8,
    i think its at the mid 60k. or higher 60k at most.

    it cant go too high. it will float around exora cfe price as well. if it higher people will opt for exora. if the price is the same people will choose rationally according to the practical purpose, big family will go for exora cfe. if family of 3 or 4 enough for them to settle for a car they will take this new waja. and for for people who are just into the office with youthful in mind this waja is perfect choice.

    so proton has to catter this wide range of customer in order to spread out market.
    of course there are a premium up market 2.0 with flappy paddle. there are some portion of the segment need to be served.

    i hope proton do it wisely. because proton car is peoples car.

  29. rebadge atau original design pada aku tak penting..pada aku duit yg kita kluarkan adalah utk kepuasan peribadi..pada pendapat aku kat malaysia ni org beli keta tengok harga , design, performance n safety…ni mgkin golongan paling ramai..pndapat aku laa..silap2 yg kata anti rebadge tulah dah berkira2 nak booking pas raye ni..

  30. Era Wira kembali lagi. Bila Proton untung baguslah. Tapi apa nama kereta ni ya? Ingat lagi internal competition proton bagi nama sedan baru ni? Sekarang ni kita teka harga pula:

    1.8 Manual : RM75k
    1.8 Auto : RM81k
    2.0 Auto Turbo? : RM95k

    Siapa yang nak tukar jadi Evo tu nampak gaya kena pakai bumper fibre la sebabnya tengah tahun depan kerjaan bawah NAP dah tak bagi bawa masuk halfcut dari luar. Ramai towkey hilang business la macm ni.

    • Pendapat saya, kerajaan sepatutnya perlu mewajibkan kenderaan2 yang telah diubahsuai spt bumper, enjin, steering, sport rim, brake system, exhaust system dan seat peru menjalani ujian di puspakom. Nyata jelas jika sesebuah kereta yang dah di-modified, ia dah tak menepati standard keselamatan kereta tersebut semasa ia pertama kali dikeluarkan. Buat masa ini puspakom hanya tgok enjin dan JPJ sekadar tgok warna cat-warna cat xde kesan pun terhadap safety kereta tu. So jangan bermimpi jika kata Lancer Evo anda 5star EuroNCAP jika anda dah tukar sport rim lain..huhu

      Sebab itu jika kita lihat di negara Eropah, dorang pakai yg standard je. kadang2 wheel cap plastic pun masih pakai lagi.

      Perkara ini xkan menjejaskan periuk nasi towkey halfcut, berbanding jika kerajaan banned terus import barang tersebut. Harap komen saya ini diteliti oleh pembuat undang2 di Malaysia. Sudah tentu kita taknak jumlah kemalangan maut bertambah lebih2 lagi menjelang perayaan macam sekarang.

      Just my 2 cents

  31. Sama manufacturing line dengan Exora di Shah Alam plant. http://farm5.static.flickr.com/4103/4957134482_b313e5b9a4_z_d.jpg Confirm la bukan CBU atau SKD macam Naza buat kat Peugoet.

    • Wargh..boleh plak assemble Exora n Waja back to back? Batch ikut paint job basis ke? Run solid white dulu, then run Pyrite Brown plak. Camtu?

      Best tgok production line carmaker ni..

      • Jangan jumpa Exora dashboard lancer pula nanti. πŸ™‚

      • boleh je back to back…huhu..

      • mmg biasa lah bro back to back ni.. kongsi line tuk model ni normal…. company sy keje dulu pon kongsi line tuk model diorang.. dan batch tu xikut colour kereta..

    • The PROTON Shah Alam manufacturing complex includes the original Main Plant and the smaller Multi Vehicle Factory (MVF). A separate Engine machining and assembly building is also contained within the complex where cylinder blocks, crankshaft and camshafts for the Campro engine are machined and
      subsequently assembled.

      The Main Plant’s capacity is 150,000 units while the MVF’s capacity is 50,000 giving a total capacity of 200,000 units per year. The Main plant currently produces the Saga, Waja and Arena models. The Saga model is the highest volume model produced, averaging about 6,600 units a month. The capacity of the Saga has also been reviewed from 72,000 units to 96,000 units to accommodate the good demand especially from the domestic market.

      The MVF plant solely produced the 1st Malaysian MPV namely, the Exora. Since its introduction in April 2009, MVF has produced 33,689 units of Exora up till March 2010. In ensuring the EXORA continues to capture the MPV segment, a cosmetic change has been planned and targeted for launch in July 2010. The stylish body kit, sporty alloy rims and the new interior look of tempest gray are designed to attract younger drivers who appreciate aesthetic detailing. This plant is also currently being modified to produce the new replacement car for the Waja which is targetted for the production line by November 2010.

      • pembetulan bro azrai…. MVF stands for Medium Volume Factory.
        sy prnh keje sana 6 bulan setengah dekad dulu…

      • Tu nama lama tu agaknya. Sebab Multi Vehicle Factory tu disebut dan dinyatakan dalam laporan tahunan Proton 2010 berkali-kali. Takkan la dia buat laporan salah. nanti kena saman pulak board of director macam bursa malaysia saman BOD Transmile RM1.8m. πŸ™‚

  32. KERETA NI MEMANG PALING MANTAP TAHUN NIE !!!

    Kereta WAJALUTION ni dah terbaik dari semua segi termasuk teknologi engine MItsubishi.
    Dan yang paling mengagumkan dah dapat suntikan LOTUS yang sangat dibanggakan oleh pengguna setia LOTUS RIDE AND HANDLING!!

    Memang berbaloi untuk dimiliki, sebabnya spare parts akan murah dan mudah didapati di pasaran Malaysia.

    Harganya sepatutnya tak jauh beza dengan harga WAJA CPS sekarang..
    Kalaulah harganya berpatutan..memang fenomena tsunami WAJALUTION akan melanda seluruh tanahair..

  33. hmm skng tunggu spec n hrge je la….

  34. ye ke bro? hahaha… ketinggalan agaknye kwn…
    tp emel2 kwn2 dr sana..msh guna medium volume factory.. kot depa xtkr signature kot

  35. dah 1000+ komen kat paultan.. pecah rekod.. hihihi

  36. Ok, saya nak berbincang tentang satu perkara.
    Kalau proton nak lancar kereta nh, mcm mane proton nak habiskan stok waja lama.
    lagipun, kalau nh pengganti waja, kereta nh saya kompom mesti dieksport kat luar negara gak kan.
    Proton waja nh akan ganti Impian kat luar negara.
    Jadi persoalan saya, bile proton nak stop the current production waja plus, how will they clear the balance stock. X kan la dah lancar waja baru, waja lama still nak dijual.
    Dan saya teringin nak tengok review orang luar negara(UK, Iran, Mesir) tentang new WAJA.

    • rasanya current waja dah lama stop, assembly line dia xsilap dah jadi exora punya line sekarang..tool & mould dia xsilap anta kat Indonesia utk buat waja versi teksi kat sana..

    • tadi aku ada sembang ngan kawan aku arab mesir tentang waja lancer nh.. dia dgn sedihnya berkata bahawa egen proton di mesir mengatakan waja lancer ni tak akan dibawak ke egypt sbb ada agreement dgn mitsubishi… negara lain taktaulah ko. wallahua’lam

      • Mmg pun. Sebab ada perjanjian. lagipun x nak clash ngan produk mitsubishi len. jangan Mitsu x bagi masuk UK, Iran ngan Australia sudah. kalau kat Uk, leh bagi Orang tua Topgear tu drive. Kalau kat Australia plak leh tambah satu produk len.

  37. Gambar Waja dari depan..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s