funtasticko design

http://funtasticko.net

Exora Turbo bakal dilancarkan tahun hadapan!!!

15 Komen

Menurut info dari bernama , Proton bakal melancarkan enjin turbo mereka pada tahun hadapan & model pertama yang bakal menggunakannya nanti ialah Proton Exora.  Bercakap pada wartawan selepas Mesyuarat Agung Tahunan mereka, Pengarah Urusannya Datuk Syed Zainal berkata enjin ini juga bakal digunakan oleh model-model akan datang Proton.

Selain itu, model pengganti Waja pula adalah model yang dihasilkan secara usahasama dengan Mitsubishi Motors. Sepertimana yang kita telah ketahui adalah berasaskan Mitsubishi Lancer GT. Harganya akan lebih tinggi disebabkan model ini menawarkan prestasi enjin & spesifikasi lebih baik daripada Waja sedia ada. Ia bakal dilancarkan tidak lama lagi.

Menurutnya, Proton juga bakal melancarkan sebuah model sedia ada yang dipertingkatkan (facelift) hujung tahun ini. Model tersebut adalah Saga facelift yang dijangka dilancarkan di KLIMS bulan Disember nanti. Proton juga sedang membangunkan teknologi hybrid & elektrik yang masih lagi dalam fasa R&D.

Pengerusi Proton, Datuk Seri Mohd Nadzmi Mohd Salleh pula menjelaskan mereka tidak bercadang menjual Lotus . Dengan adanya Lotus, Proton boleh mendapat pulangan yang besar di masa akan datang.

sumber  : bernama

Advertisements

15 thoughts on “Exora Turbo bakal dilancarkan tahun hadapan!!!

  1. bagusla… jangan jual lotus.. ia aset proton.. keep it up!

  2. rugi jgk jual mv agusta dulu……..

    • sebab mv agusta ada teknologi enjin kecil yg hi-performance utk superbike yg boleh guna utk small car Proton & small car yg harga rm10k nye kalau xsilap saya kan bro?

  3. yg dah lepas biarkan berlalu…yg sedia ada kekal dan tambah baik….moga proton akn terus sukses dgn terhasilnya model2 yg berdaya saing bukan hanya di malaysia tetapi juga serata dunia…

  4. Agaknya kenapa jarang jumpa exora test unit kat jalan,tapi Proton selalunya menggunakan jalan ke genting untuk test engine performance.
    Macam exora dalam gambar kat atas yang di jumpai di genting.
    Aku harap proton test betul2 engine CFE ni kerana nak hasilkan engine turbo ni bukan perkara yang mudah,banyak test perlu dilakukan Dari segi performance,fuel efficient Dan reliability.
    Dari segi kualiti memang aku harap lebih baik Dari apa yang Ada sekarang.

    • Saya rase sebab test unit tu satu dua je kot. Ye la, contoh kalau test engine, mesti die kene test durability dan etc. Jadi gune satu dua test unit sudah la. Lagipun kalau banyak sangat test unit nak buat ape. Kita ada hujan ngan panas je. Nak test lebih-lebih pun x d faedahnye.
      Berkenaan test ke genting, test engine mmg bagus buat kat situ. lagipun kawasan tu lebih selamat untuk test. Ye la, boleh je buat test kat jalan naik bukit freser dan jalan ke cameron tapi in-case kalau ada ape2 masalah. Tak ke naya.
      Tapi pada pendapat korang la, ape bende lain selain engine dan facia yang akan membezakan ianya Turbo berbanding current Exora.??

    • testing enjin ni banyak dibuat di makmal Lotus rasanya..

  5. this could be a good chance for a satria neo turbo ( SNT) to roll out.
    from the rear,it might gives a high beam flash light to a fast honda preparing for an overtake. down shift from 6th to 5th and dip the gas. wohoo.

  6. Ada brader2 di paultan klaim diorang punya saudara test driver proton,dan diorang kata banyak Kali engine Ada leak kat sana sini.
    Hmm,boleh percaya ke diorang ni?
    Siapa2 insider proton boleh ceritakan Hal sebenar?
    Harap2 kes ni tak berlaku pada production model nanti.

  7. Berita baik. Aku harap performance lepas ni setaraf dengan kereta-kereta eropah. Keep it up.

  8. http://sg.yfittopostblog.com/2010/09/23/singaporean-jailed-fined-for-bribing-malaysian-cop/

    Singaporean jailed, fined for bribing Malaysian cop

    Bagus kalau semua polis kat malaysia macm ni. Singaporean ni kat negara dia bukan main berhemah lagi. masuk malaysia jadi kurang ajar.

  9. tentu minyak nya x menjimatkan….

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s