funtasticko design

http://funtasticko.net

Proton EMAS dijangka dikeluarkan dalam masa 2 tahun lagi!!!

25 Komen

Tadi kat Buletin Utama, Pengarah Urusan Proton Dato’ Syed Zainal berkata model Proton EMAS bakal dikeluarkan dalam masa 2 tahun lagi dengan secara usahama dengan Lotus & juga pengeluar automotif dari Jepun & Eropah. Kemungkinan Mitsubishi salah satu pengeluar yang berminat untuk mengeluarkan model ini bersama Proton & Lotus. Rundingan masih lagi berjalan & dijangka keputusan rasminya bakal diketahui selewat-lewatnya hujung tahun ini. Nampaknya lambat lagi la EMAS, 2012 la baru boleh dilancarkan. Jadi model baru apakah yang bakal dilancarkan tahun hadapan? Model tersebut menurut Pengerusi Proton melalui Laporan Tahunan 2010 merupakan model yang menunjukkan “new design language” Proton.. 🙂

Advertisements

25 thoughts on “Proton EMAS dijangka dikeluarkan dalam masa 2 tahun lagi!!!

  1. kalau 2 tahun lagi.. hehe, rasanya dah boleh beli..
    😀

  2. better late than never….

  3. tahun depan hope new persona la.. sbb new design language

  4. kalu PROTON wat Emas ni 2 type..satu hybrid..satu standard petrol biase mesti leh laku nye

  5. Proton kata Syed Zainal, telah melantik empat tenaga pakar Lotus termasuk ketua pereka bentuknya, Donato Coco sebagai anggota panel penasihat untuk syarikat itu.

    “Ini yang dimaksudkan sebagai input Lotus kepada Proton sebagai pemiliknya. Mereka akan dibawa ke kilang Proton di Malaysia untuk memahami transformasi yang dilaksanakan ke atas Proton dan mengenali jiwa syarikat kereta nasional itu,” katanya. – MINGGUAN

    ==========
    whoaa.. Donato Coco antara yg dilantik sebagai anggota panel penasihat untuk Proton.. wuhu.. lepas ni ada keter sport Proton kot? hihihi

    • kalau macam tu Donato Coco akan guide team Proton Design punya halatuju la lepas ni..kemungkinan pengaruh design dia akan ada pada kereta masa depan Proton nanti, dia kan Italian, lepas ni xperlu la guna Italdesign lagi.. kalau boleh dia tlong rekrut designer2 muda, berbakat dari serata dunia utk berkhidmat dengan Proton..jangan la harapkan local talent je, bila bercampur dengan budaya luar baru lebih mudah kita fahami citarasa org lain..baru cepat berkembang..tu je cara yg paling efektif sekarang

  6. Lepas ni ada Evora made in Malaysia.. mungkin harganya akan jadi lebih murah.. huhu

    dari CBT

    Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir, Proton managing director

    “Proton is a mass car maker while Lotus plays in the super car league. Definitely some of the technologies acquired from Lotus will trickle down to Proton cars. In the future, we are looking into bringing in the production line for the Evora to Malaysia to free up more capacity in the Lotus plant in the United Kingdom. As Lotus is targeting a bigger market share, this is certainly a good idea.”

    Dany Bahar, Lotus CEO

    “You can play it two ways – to offer least models but high in volume, or to offer most models but in lower volume. We chose the latter because our focus here is to make a statement that Lotus is back and has a bright future. To launch five production intended prototypes in nine months is a testament of how serious we are. All the cars will offer some hybrid technology, including the Kinetic Energy Recovery System (KERS). As the Elan hits production in 2012, we will look seriously in expanding our production from 3,200 to 8,000 cars annually. We are also looking at possibly assembling the older models in Malaysia.”

    • Bagus betul cadangan diorang,lepas kesemua lima model dilancarkan,Lotus Evora tu boleh dipindahkan production linenya ke Malaysia,versi downgrade Proton boleh kita target kepada mereka yang inginkan low cost sports car.
      Engine Proton baru mesti dah keluar time tu.

  7. Aku menantikan dengan harapan. Harap2 boleh beri saingan yang kuat pada kereta Perodua yang dah outdated (Viva kita = 6th Gen Mira 2002) tapi jual pada harga yang mahal.

  8. aku sgt teruja dgn berita2 dan perkembangan proton beberapa waktu ini. dan aku sgt2 looking forward dgn hasil2 yg akan keluar drpd berita2 ini. terus maju proton.

  9. Model tersebut menurut Pengerusi Proton melalui Laporan Tahunan 2010 merupakan model yang menunjukkan “new design language” Proton adalah model persona baru menggunakan platform yang sama dengan Exora.

  10. 2 thn lg. Emm bolehlah aku trade in kelisa aku yg dah 10 tu.

  11. strategi proton kali ni emas utk pasaran global.

  12. Dany Bahar proposed Evora pasang di Malaysia untuk beri ruang 5 model baru yang diperkenalkan di Paris Motor Show mass production di Hethel, UK. Setuju tak kalau Evora dibadge sebagai Proton? Boleh challenge Mazda Miata, RX8 dan seangkatan sebenarnya. Cukai pun lebih murah. ASEAN, India, dan China boleh jadi market besar utnuk terima kereta ni sebenarnya kalau difikirkan semula.

    • tapi Proton kena reskin semula la kalau boleh.. evora kalau cap Proton pun hrga still 200k++ at least..

    • adduuuss… kalau evora dibadge sebagai proton, menyalak lagi ar bashers2 nie. Letih nk xplain:)

      cheers!

      • mmg stju sngat.
        berkenaan company eropah yg join sekali, ad sesiapa tau x company pe. saya agak Fiat.

    • Lagipun kan Lotus dah ada 5 line-up baru. Jadi bila Evora rebadged jadi Proton, takdelah bertindih market Lotus yang baru tu dengan Evora ni. Kira marketing wise juga la.

  13. Aku rasa proton dan lotus patut buat syarikat kereta baru/beli syarikat kereta baru..

    Lotus untuk sports car,
    Proton untuk kereta orang ramai,
    “LoPro” (bukan nama sebenar) untuk kereta yang leh challenge kereta besar2 .. macam SsangYong tu. Buat 3-5 biji kete untuk orang besar2 – VVIP .. so kete lotus cam evora pun leh campak situ .. 😛 .. board dan management biar ramai orang luar .. engineer masukkan melayu ramai dalam tu ..

    Biar la basher hanya bash proton .. LoPro adalah satu entiti lain yang kebanyakkan bash proton tak bleh nak beli. termasuk aku yang tak bash ni ha .. 😛

  14. Ok la tu evora.. bagi assemble dalam kilang yg sedia ada dan oleh anak tempatan je.. sebenarnya quality kereta2 lotus sekarang tak lebih baik dari proton pun.. lebih kurang proton je.. tak konsisten.. lotus tak pernah dikenali dgn kualiti.. tapi dgn lightweigt dan handling je.. aku tengok kat forum2 lotus pun owner dia ramai gak menyebut pasal tahap quality interior lotus.. hihihi… apa2 hal pun lepas pengenalan 6 model terbru nih. lOtus kena tingkatkan kuality keretanya biar sama taraf dgn jenama lain.. kalo tidak… Muflislah proton lepas nih… hihihihi… terpksa jual… minta2 tak jadi camtulah.

  15. aku harap EMAS ni nanti , mintak designer proton pikir jugak pasal org-org perempuna kat malaysia ni. kebanyakan dia kecik kecik…so nak bawak kereta nak kena adjust sana-adjust sini… harap-harap bagi laa steering ngan kerusi tu driver tu lagi flexible…

  16. Dalam PT teruk proton dan DSZ kena. Sapa lagi non malay la. Cuba MD proton orang dia mungkin kurang cakap sikit.
    “Teringat Pak Ungku Aziz kata Orang melayu kenal matawang sekitar 500 tahun je tapi bangsa cina telah mengenalinya lebih 5000 tahun dulu.”

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s