funtasticko design

http://funtasticko.net

Spyshots Waja Lancer di Genting Highland, fasa ujian terakhir!!!

65 Komen

Perbandingan dengan Lancer EX dibahagian belakang

Untuk merungkai persoalan yang sedang hangat diperdebatkan sekarang, hehehe… sebenarnya sama je.. 🙂



Ini info & gambar tekini yang saya jumpa di Lowyat.net tadi. Menurut dadurtyz yang mengambil gambar ini di Genting Hihglands, kereta ini sedang dalam fasa ujian terakhir sebelum dilancarkan. Info yang dia dapat kereta ini akan ada 2 versi, 1.8 (merah) & 2.0 (putih) seperti gambar di atas. Versi 2.0 ada paddle shifter & auto cruise, sebenarnya untuk versi ini adalah Proton ambil Lancer EX & tune semula suspension & sedikit perubahan kosmetik, enjin sama. Rim di dalam gambar ini adalah yang final, saiznya 16 inci.

Plastik interior semuanya sama dengan Lancer yang asal. Info paling  adalah menarik versi R3 sedang dibangunkan. Model ini menurutnya ditangguhkan pelancarannya ke bulan Disember kerana mereka tidak mahu bakal pembeli mengalami masalah nanti. Harga untuk versi *1.8L manual/auto transmission dikhabarkan sekitar RM76,000 hingga RM79,000 manakala versi 2.0L Full spec/auto/paddle shift transmission RM99,000 ( update info terkini daripada facebook Proton Lotus Enthusiast )

sumber : forum.lowyat.net

Advertisements

65 thoughts on “Spyshots Waja Lancer di Genting Highland, fasa ujian terakhir!!!

  1. apo kono lak persona terselit kat tgh2 tu..
    test apa lagi????
    lain plak design rim dia ni..
    mcm susoh je nak basuh nnti..hehe..

  2. Cantik design rim multispoke camni. Kalau Saiz 17 mesti lagi cantik.

    • off topic : bro, nak tanya la..macam mana nak masukkan like box facebook tu kat blog? bro guna wordpress ke blogger? bila dah copy code tu nanti nak paste kat mana baru keluar benda tu? xlepas2 saya nak buat

  3. uish… takkn persona utk test engine baru kut??? ke ade nak tune ape2 ke tu??? huhuhu…

    rim mmng menarik… nak msuk kat persona ok tak???

  4. Memang cantik, kalau harga betul RM60k ke RM70 mmg lg cantik! Tp apasal yang putih tu takde closeup?

  5. cutting roofline persona ngn lancer waja ni hampir serupa..cuba korg perhati betul2

    • Ye la bro,setahu saya lancer original tak macam tu kan.
      Hmm,nampaknya bukan bumper je tukar ni.

      • jangan merepek jika tak tahu, compare dengan lancer ori, sama saja

      • sama je bro, memang cutting roofline dia sloping macam tu jugak..kebetulan lebih kurang sama dengan Persona..tapi Proton x sentuh pun part tu, cuma bumper je yang berubah.. 😉

      • Nampaknya Ada unknown lain kat sini,compare dengan ori pun dah,sebab tu berani cakap Ada beza.Lagi,archwheel design pun lain.

      • mungkin skrin pc/laptop kamu ada masalah. roof dengan wheel arch sama aje.

      • La, saya ingat bro komen sendiri kat komen bro.. rupanye ada pelanduk 2 serupa. Sian bro unknown( yg mana satu yg ori la).

        Ok berbalik kepada tajuk diatas, Bro campro, ayat ” mereka tidak mahu bakal pembeli mengalami masalah nanti.” sebenarnya nak menyatakan bahawa kereta nh ada something problem yang baru dijumpai ke atau something else?….

  6. i ve met a person. who are really really into japanese, look down to proton really. i ask him have you ever drive a persona, he said no.
    you see sometimes we met this type of person.
    he even proud being charged for the expensive part which he translate it to quality.

    i dont know how to wake this people. i think this could be part of social science reaserch proton must do, in theie r&d division,

    • Hi, no need to affluence much bro, you’ve done enough. Sometimes we might found that the biggest hater may become the most lover and vice versa and I believe Proton need failure to become stronger.

  7. Bro campro,maksud sebenar saya ialah,windscreen belakang yang hampir dengan windscreen belakang persona,saya banyak jugak tengok gambar2 model lancer original,tapi tak pernah jumpa windscreen belakang macam tu.

    • sama la bro, sebab rasa lain kerana rear wing lancer gt buat macam lain.. tengok betul betul, ianya sama dengan lancer ori.

  8. persona tu dh nmpak cm lancer ckit dr blakang….

  9. kalau harga 80 ke 90k berbaloi jgakla tapi asanya final mesti dekt2 100k. apapun , lancer EX yang proton ambik ni mmg syok :).

  10. Kalau 1.8l version tu macam tak mungkin je harga dalam range RM60k-RM70k. Persona H-line 1.6 Campro IAFM pun dah RM59k. Harga yang agak make sense untuk Lancer baru ni 1.8 dalam RM75k-RM80k. 2.0 dalam RM85k-RM95k ikut rim (M-line dan H-line). Rim multispoke ni rasanya untuk 2.0l version, kalau yang 5 spoke tu untuk 1.8. Mungkin 1.8 ada m-line sahaja, 2.0 ada m-line dan h-line. Lagi satu harap namanya segah rupanya, tak mau la nama Inspira tu.

  11. Proton sedang bincang dengan Mahindra untuk masuk market India. Business strategy terbaik adalah Mahindra rebadged semua kereta Proton, Proton pulak dapatkan platform dan teknologi Mahindra untuk buat SUV dan 4WD. mahindra ada kepakaran ni, tambahan pula sekarang ni Ssang yong dah jadi portfolio Mahindra. Proton boleh design SUV atau xover (crossover) guna teknologi Mahindra-Ssang Yong tapi design in house Proton dan Donato Coco. Boleh bayangkan tak? Mungkin segmen mewah MPV tu nanti lebih cantik daripada Murano, dan boleh ganti Perdana fleet govenrnment. Lepas tu keluarkan satu lagi segmen SUV yang kecik macam Vitara atau Nautica. Sure meletup kat world market, bukan di Malaysia sahaja.

  12. yang ak dgq 2.o hanya ada premium x dak m line sbb tu harga dia cecah 100k

  13. Baguih jugak rebadge ni… cuma Proton perlu belajar dari Perodua bak-bak rebadge nii..contoh :- Myvi & Alza dgn model asal nampak banyak juga part yang berbeza.

    Bukan ape… kita sudah terlalu biasa nampak Lancer di jalan raya, jadi sekiranya Waja Lancer ni diberikan ‘solekan’ baru supaya kita memandangnya untuk kali kedua dengan tenungan yang mengasyikkan serta lebih mengancam… Malaysia Bolehhh

  14. Persona tu test enjin mivec kot..

  15. aku x rasa model ni ada masalah yg baru dorang jumpa..
    maybe dah ikut schedule dorang,
    utk test model ni kena naik genting..

    aku dh baca forum dari sumber bro cam amik gambar ni..
    x silap, dia ada mention pasal head unit model ni blaupunkt..
    betul ke???
    bukan ke dulu dlm gamba HU dia clarion??

  16. uikss bior btul harga waja lancer ni RM60-70k, klu btul bagui lor. memang aku sambar sebijik nie

  17. Proton sepatutnya bagi design baru untuk bumper belakang (plate number di atas) macam versi Lancer Fortis taiwan. Takkan semua plate number ikut stail persona. Lancer nie kalau berbeza bumper belakang nampak sebijik design bumper belakang Kia Forte atau Optima baru.

    Kalau model nie fit dengan model Fortis, mungkin bumper/hood belakang dapat tukar kot. Itupun kalau ada kedai potong jual parts Lancer Fortis dari taiwan.

    Lepas nie rebadge lah pulak model pick-up Triton, lain bumper design lah. Ford Ranger, Mazda Fighter, Chevrolet Colorado versi model baru 2011 nanti semuanya bersaiz lebih besar ala Hilux. Pastikan Proton juga rampas market share pick-up nie, terjah harga RM70K 2.5cc turbodiesel full spec biar Hilux mampus dengan low spec harga cekiknya!

  18. Lambat launch bukan sebab masalah. Tapi Proton nak stockpile dulu jadi takdelah lama sangat pembeli yang book terima kereta nanti.

  19. Tapi betul la .. proton dan mitsu nye DNA tak lari jauh.. sebab proton naik bersama2 mitsu kan .. tgk persona dan lancer sebelah2, nampak seakan2 nak sama dari side profile .. tunggu persona baru keluar barula terus lain nanti .. 😉

  20. Pada pendapat saya yg xberapa tepat nih, harganya mungkin bermula dgn 75k utk versi 1.8..Aras harga yg tidak overlap dengan barisan model Proton lain amatlah penting. Saya merasakan RM75k 1.8L akan memberikan impak kepada Vios dan City yg hanya 1.5L…(Kalaupun berbeza kualiti, tapi enjin 1.8L adalah main selling point)..

    Saya baru tgok forum lowyat. Terdapat Lancer juga ditemui kat Genting tu (tapi in separate photo)..BTW, apa persona E tu buat kat situ?

    • Lancer GT tu kawan bro yang snap gambar ni, diorang saje2 buat perbandingan dengan Waja Lancer ni.. Persona E tu mungkin escort car sambil2 test enjin baru agaknya..

  21. Salam..udah lama jadi pemerhati dlm blog2 auto terkemuka dlm malaysia nih..so, geram tgok org lain sharing moments dlm auto industri kite nih..Proton in this days, surely get some ummpphh…lot of fans out there…patiently waiting for each new models…so many spy pics here & there..well, sincerely i love this phenomenon too…proton really have a fun time to make a “eye catcher” cars…with a simple yet fascinating promo…instead of thausands RM to pay..i believe in PROTON in developing our “will of the tiger”… but it seems to attract people to speculating till the end…but indeed its interesting world about our cars…

    ………cheers bro…

  22. oh tidak.. 1.8 xde skirt..
    & kaler putih utk 2.0 je??

  23. Hmm agaknya screen laptop saya bermasalah,tapi still rasa waja lancer ni Ada kelainan selain Dari bumper nya.

  24. x sesuai la rim 16…
    kena rim asal gak…
    ye ke enjin sama…
    mahal la nnti harga…

    • Aduh..
      Nh sorang lagi…..

      kalau nak rim asal, beli dulu Waja R nh lepas 2 modified sendiri. Abis cite. Xyah nak kata kate ini tak kene itu x kene. Sah la nama pun REBADGE.

      Kalau nak murah beli la saga ke, Viva Bx ke. Dan kalau betul2 nak murah, cari la saga first gen kat mana2. 3-4k je. Road tax pun murah lepas tu insurans pun murah sangat. Abih Cite.

      • road tax utk 1.8 brp ek??
        insurans estimated dlm range brp for 1.8??
        tu benda yg kena consider gak tu..sori bro..skang pakai kete 1.3 jer..
        kalo compare mmg jauh kot range dia..hehe..

    • Rim asal 18″ la.

  25. Huish jauh bro kalu nak compare..aku yg tukar dari 1.3 ke 2.0 pun sesak nafas tengok road tax dekat RM400.00, insuran je dah RM1,500.00.
    Memang jauh betul beza..tak boleh la nak belanja lebih macam masa pakai 1.3.

    • ha….tu je yg kwn takut skit nak gegau kete 1.8 & 2.0 ni..
      rege tu bole la lagi tampung..
      bab maintenance, road tax, insurans..tu yg sejuk skit..
      dgr kata..interest rate utk kete 1.8 ke atas, rendah skit kan???
      dulu pernah jugak dgr news yg proton nak runding ngan bank utk offer interest rate yg competitive skit..masa tu peringkat rundingan lagi..x tau la..kot2 kwn silap dengar..hehe..

  26. nape bile persona E seblah dgn waja, design waja tu nampak macam buruk . i mean, design dr mitsubishi.

    Persona E lg nampak futuristik

  27. Dh smkin dkat pelancaran ni..
    Pas ni mti ada 2 3 lg spyshot yg kuar..mkin menarik n mendebarkn..

  28. nmpaknye model proton waja lancer ni pkai control signal belah kanan..huhu… cmane nie.. x konsisten..

  29. Sesaper bole bagitau perbezaan lancer ex dan lancer gt ?

    • Lancer EX tu lebih kurang macam lancer GT,bezanya Lancer EX tak ada bodykit macam lancer GT,rim lancer EX lagi kecil dari rim Lancer GT,pasal engine tu tak tahu sangat ada beza ke tak.
      Mungkin beza dua lancer tu dari segi kosmetik sahaja.Harga Lancer EX lagi murah dari Lancer GT

  30. Kalau aku la lebih prefer signal belah kanan, cos kekadang masa nak potong nak drop gear..tgn kiri dah standby kat gear, tgn kanan nak tarik signal..aku bawak Persona kawan serumah aku asik terpasang wiper je…hampas betulla..ha..ha.

  31. dari Facebook Richard Ong

  32. We all now can start booking ur own rebadge Proton Model now. Only RM1000 for bookings.

    Spec>>>
    1.8L manual/auto transmission : RM76,000 to RM79,000
    2.0L Full spec/auto/paddle shift transmission : RM99,000

    please contact me NOW for more details @ protonmalaysia@rocketmail.com

  33. so, ada sesapa kat sini yg dah email kat bro yg bagi email rocketmail tu..
    kalo ada feedback, kongsi2 la kat sini…hehe..

  34. tetiba nmpk mcm persona tu lagi mengancam n terpersona daripada lancer based waja ni….

  35. bro,,waja replacement ni gear dier ada auto-manual cam lancer asal jugak ke..sape2 ade info leh la kongsi.

  36. Nampaknya memang WajaLancer ni tak ada boot keylid,nanti susah sikit la nak membuka boot nanti,unless boot boleh di buka melalui remote ataupun logo proton boleh dijadikan button untuk buka boot,macam VW.

  37. waja lancer ni kalau ada VSC/ESP baru best, mcm lancer singapore…mcm ni kalau harga rm99k pun berbaloi beli

  38. cite body sbijik mcm lancer memang best, tp enjin 1.8 ngan 2.0 ni pkai mitsu ori ke amik campro pnye?? klu smua ori mitsu memang lancer ex dh xjual la kt mlysia sbb dh xde bezanye..hrga lancer ori memang jatuh la..

  39. to madara88: lancer singapore ada VSC/ESP ye?mlysia nye cecah 120k xde mnde ni kn? tp yg sya tau klu wat masa ni mrket kt mlysia keta bwh 100k yg ade electronic stability control (ESC) n traction control (TCS), hnya forte ngan fiesta je…

  40. kalo rege 2.0 btul la 99k..
    ramai la basher compare ngan forte 2.0..adusss…
    so, sapa2 yg ada pro nn cons..sila la stand by nak counter basher ni..
    hehe..

    • apa boleh buat..tunggu dan lihatlah masa soft launch nanti…mana spec lebih bagus naza forte ke waja lancer sbb dua-dua kereta rebadge..tapi saya ingat naza forte lebih berbaloi beli sbb spec dia semua lengkap untuk kereta moden yg berharga bawah 100k

  41. Kalaulan nama Proton Sempurna lg TERBAEK… sebab ia sempurna dari semua segi…
    harap harga pun sempurna..heheh..

  42. Di Singapura Lancer ex ada version 1.5l lagi tu..

  43. argh bila nk kuar ni.. teka teki betul lah

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s