funtasticko design

http://funtasticko.net

Proton recall Gen.2 & Satria Neo, April 2004 hingga Jun 2008!!!

55 Komen

Proton recall model Gen.2 & Satria Neo, yang dikeluarkan dari April 2004 hingga Jun 2008 kerana kerosakan komponen “clock spring” yang mungkin boleh menjejaskan keselamatan. Komponen terbabit menyambungkan beberapa suis dan beg udara kepada peralatan seperti radio, hon dan kawalan ‘cruise’.

Menurut Pengarah Uruannya, ujian rutin mengenal pasti kerosakan pada ‘clock spring’ menyebabkan bunyi geseran dalam stereng, hon berbunyi atau lampu kereta terpasang sendiri, kerosakan suis kawalan audio dan dalam kes lebih serius boleh menyebabkan pelepasan beg udara di bahagian pemandu.

Beliau berkata, panggilan sukarela itu adalah sebahagian daripada program jaminan kualiti global Proton membabitkan 15,911 unit atau dua peratus daripada 660,000 unit kereta yang dikeluarkan dan dijual dalam tempoh berkenaan. Tiada caj dan kos buruh dikenakan. Untuk maklumat lanjut layari www.protonaftersales.com

* Semalam tak update blog sebab jiran saya meninggal dunia. Takziah kepada keluarganya & semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman, Al-Fatihah.

Advertisements

55 thoughts on “Proton recall Gen.2 & Satria Neo, April 2004 hingga Jun 2008!!!

  1. ok la tu..
    lain2 manufacturer kete pn kalau ada deffect mcm pedal minyak melekat, steering keras tetiba time bawak, brek clipper depan problem pun kene recall gak..

    • ni adalah tanggungjawab mana2 pengeluar.. lagi banyak model tu terjual lagi banyak la bilangan yg kena recall.. benda macam ni berkait dengan vendor juga, diorg yg supply komponen tu..

  2. Baguslah Proton,recall lepas buat ujian,manufacturer lain recall pun bila ada kes.Jadi Proton harus lebih banyak lakukan ujian kepada semua line-up nya termasuk model-model yang bakal mendatang agar kereta tersebut dijamin kualitinya serta kesalamatan.Barulah kereta berkualiti tinggi dapat dihasilkan.
    Saya sarankan kepada Proton untuk melakukan ujian 24 jam tanpa henti kepada semua model baru yang bakal dikeluarkan.

  3. Bagus lah.. pastikan tak ada masalah dalam proses recall ni.. basher sentiasa mencari peluang untuk bash setiap kesilapan proton

  4. slm guys,
    rookie here..

    just nak komen sket..

    mmg bagus buat recall..
    mmg manufacturer lain pun buat recall..
    tapi bkn hanya selepas 6 tahun (problem dah wujud sejak model 2004 kan)..

    proton patut lebih peka hal² berkaitan after sales service..
    member aku 2 org yg aku kenal, aku rasa affected dgn problem ni..

    2thn lepas, sorg dah tukar stereng lepas hon dia ttibe bunyi tak berenti..
    (tukar stereng, otomatik airbag dia pun gone la..)
    ntah bape thn lepas, sorg lagi ni eksiden..tapi airbag dia lgsg tak deploy..
    frontal crash tu..sebbaik ada seatbelt la, kalo tak mau pecah tengkurak dia..

    proton patut terus siasat complain pengguna terus dan mengaku kesilapan utk dptkan trust pengguna..
    bkn selepas beberapa tahun baru nak rectify problem..
    kot ye pun nak jaga reputasi, tapi trust pengguna adalah lebih penting..
    busy sgt engineer² proton agaknya dgn projek² baru ni sampaikan masalah lama dibiarkan je tanpa diselidik..

    so, bleh claim lagi ke kat proton kalo dah tukar stereng ni?
    bleh proton bg stereng standard blk yg ada airbag tu?
    kalo takleh, jatuh lagi la safety rating kan..

    tambah pulak dgn berita ni..
    http://www.bharian.com.my/bharian/articles/ProtonsokongdasarkenderaantamathayatpadaBajet2011/Article/index_html

    adui..ni paksa org beli kete baru la ni..teruk sgt ke sales..?
    tak sume org mampu utk tukar kete setiap 5-10thn la..

    sori guys, aku mmg regular baca blog ni utk tau info terkini pasal proton..
    aku pun sayang proton..tapi tak sume mende aku setuju..so, terpaksa komen utk topik ni..
    korg nk anggap aku tipikal basher pun tak mengapa..
    sbb aku kritik utk proton terus maju..
    kalo still dgn jwpn tipikal yg “brand lain pun buat recall jugak” tu..
    sampai bila proton nk maju..?

    sekian, jgn marah..

    • biasanya problem2 macam ni memang xleh detect dalam masa yg singkat.. semasa testing kat lab memang semuanya ok, tapi bila dah otr mesti akan jadi lain.. xsilap saya Toyota recall kat US sebelum ni pun melibatkan model2 yg dah lama ada otr, ni semua ada feedback daripada owner & juga melalui penyiasatan dalaman secara terperinci.. memang tak dinafikan Proton lambat bertindak untuk recall, tapi diorg dah berusaha untuk menyelesaikan masalah ini..

      lagipun kena ingat kereta2 ni dulu semuanya planning dari MD Proton sebelum ni, Tengku Mahaleel.. dia yg bertanggungjawab melantik vendor yg membekalkan komponen ni.. cuma masalah ini cuba diselesaikan masa Dato’ Syed ambil alih.. ada kemungkinan vendor ni tak lagi jadi supplier Proton.. tapi tak bermakna diorg boleh lepas tangan..

      kita harap Proton akan lebih peka lagi mengenai hal2 ni di masa depan, jangan tunggu lama2 sgt utk recall..walaupun model baru dah dilancar, jangan sekali2 hentikan testing komponen sedia ada.. manalah tau kot2 vendor tipu, masa nak dpat kontrak tunjuk barang lain, bila supply lari skit spec sebab nak untung lebih..yang busuk nama nanti Proton jugak, bukan vendor.. kalau boleh Proton mention terus nama vendor yg supply part yang ada defect, bia org tahu company tu dari mana..

      • terima kasih sbb jwb dgn baik, 🙂

        selalunya org sure akan label saya sbg tipikal basher/tipikal malaysian..

        saya setuju dgn apa yang bro campro ckp tu..
        dan saya mmg fully aware pun pasal zaman² TM tu..
        proton under DSZ mmg sdg meningkat naik dan syabas buat DSZ sbb berjaya membina semula imej proton..

        tapi QC dan jugak after sales service tu saya masih lagi rasa proton patut tingkatkan..
        sedangkan mekanik proton sendiri bleh kata “kete proton, biasa la..” then mcm mana?
        attitude mcm tu yg tak patut ada lagi..
        sbb sekian lama rakyat ‘dipaksa’ beli proton kan..
        jgn la ckp mcm tu lagi..bkn murah sgt pun kete proton ni pun..

        sekian, hopefully proton lebih kompetitif dan juga harga tu biar stabil sket..
        makin lama makin mahal, tak guna la label pengeluar keta nasional kalo rakyat sendiri mengaduh tak mampu kan..

      • mmm…. apa2 pun saya lebih prefer istilah ‘kritikan membina’ daripada istilah ‘kutuk’ dlm melihat proton menjadi lebih baik dan dpt meningkat dan memperbaiki kelemahannya yg sedia ada.

        Semoga segala luahan, rungutan dan pendapat anda sumer mendapat perhatian drp pihak proton.

        cheers!

  5. gen.2 aku tahun 2004 tapi tkda air bag dgn auto cruise…ada mslah jgk tak??? tpi mmg problem arr….timing giler..kdang2x tinggi kdang2x slow..g servis centre pn diorang tk leh trace =( keciwa² erm sapa pernah jdi msalah mcm keta aku erk??? bila dlm trafik jem or nk benti kat trafik light tekan clutch jerk enjin mati… *_* huhu….

    • timing kalau tinggi rendah maybe o2 sensor kne lap2 cuci2.. takpun ecu kne retune semula..
      aku rasa ni apply kat gen2 dgn neo h-line sbb ada autocruise

  6. Basher cakap ~
    Ferari recall ” Bagus, kereta yang ade standard mmg jaga customer dier utk pastikan kualiti yg terbaik dan khidmat yg bagus, congratz!”

    Proton recall ” aku dah agak dah, bende murah jual mahal mmg la camni, takde kualiti, harapkan bantuan kerajaan buat kerete main main, blah la proton ”

    selalunya basher camtu lah double standard – yg penting kita bagi sokongan tak putus²

    • mmg ada typical basher mcm tu..
      tapi tu lantak la dia, proton bagus camna pun sure kutuk punya..

      saya pulak, rather than bg sokongan 100% je, saya jugak akan kutuk 100% kalo ada yang tak kena pd pandangan saya..

      yelah, dah bertahun rakyat support proton..
      sejak zaman DSZ je baru la proton betul2 evolve..
      byk masa dah terbuang begitu saje..

      hopefully proton dpt catchup dgn brand lain secepatnya dan gain trust rakyat blk..
      baru la takde org akan jadi typical basher..

      p/s: nak beli ferrari jgn harap le..so harapan hanya pada proton..oleh itu, apapehal sure la proton yg kena..jgn marah aspek tu, bkn saje nk kutuk, cuma harap proton lebih cepat berdayasaing dgn brand lain je..

      • wahhh kalau smua org beretika macm sedare nih, aman ruang forum dan perbincangan 🙂 basher and lover bleh berbaik baik heheheh

      • bkn apa bro,
        bila saya ckp mcm ni kpd pro-proton supporters, sure diorg ckp saya ni basher..
        ye saya mengaku kadangkala saya mmg bash proton jugak, tapi tgk keadaan la kan..

        saya cuma harap kita ni sbg pengguna mendpt yg sebaiknya drp hasil titik peluh kita..
        saya tak kutuk pun kemampuan proton, saya cuma rasa terkilan je produk proton makin lama makin terasa jurang harganya..

        takkan la proton nak expect setiap org yg tak mampu mcm saya ni utk pakai kete saga je kan?
        nak jugak merasa produk lain proton tu..
        tapi tu la, kalo beli baru mmg saya tak mampu sgt la..
        beli boleh, tapi cost of ownership tu yg akan memakan diri saya..
        monthly installment + service maintenance + insurance walaupun untuk saga je dah berapa? tambahan interest bank utk kete nasional tinggi..

        tu yg buat saya end up beli kete impot secondhand..
        bkn nak kata kete impot local kita ni buruk sgt ke apa..
        dah alang² nak pakai kete second, saya ambil kete impot jelah memandangkan perbezaan teknologi kat situ..

        tu je yg saya nk sampaikan..
        moga proton berjaya pujuk G utk kurangkan tax kete local dan jugak interest bank utk beli kete local ni..

        nak naikkan tax utk kete impot tu 1000% pun saya tak kisah sbb mmg takkan mampu pakai/milik walaupun tanpa tax..

        tu pasal harapan saya agar proton dpt merealisasikan isu harga mampu milik ini la..

        sekian, maaf la jika ada yg tak berkenan dgn apa yg saya ckp ni..luahan je sebnanyer..

        wajalancer/inspira pun nk jual ranging harga rm75k keatas..
        adoi..kat langkawi tanpa tax, lancer gt 2.0 cbu baru rm72k je..

        exora turbo pun kalo kuar, saya x rasa ramai yg akan mampu milik sbb bkn hanya enjin je masuk turbo, gearbox pun baru..
        gearbox zf/cvt tu seketul dah berapa?
        ntah laa…m-line mc1 skg pun dah rm70k..

        i just hope n hope n hope je nak memiliki model proton ni dari tahun ke tahun..

      • Bro saya rasa memang exora turbo tu dijamin mampu milik,tengok kalau orang Malaysia mampu beli Livina kecik nak mampus yang harga 90k,tak mustahil Exora Turbo mampu dimiliki.Kalau dah turbo lagi menarik perhatian bakal pembeli Livina untuk menilai semula pilihan mereka.Saya tak rasa harga Exora akan meningkat dengan drastik,paling tinngi pun 80k sahaja,sebab hanya engine yang ditukar(engine campro yang diubahsuai) Dan juga gearbox.
        Percayalah,takkan meningkat tinggi harga Exora Turbo

    • saya pun berharap sgt mcm tu la..hopefully harganya dlm lingkungan rm80k-90k la paling tinggi pun..

      sbb enjin tebo tu dijanjikan prestasi menyamai enjin 2.0 NA kan..
      tu yg takut dgr tu..perdana v6 2.0 kan ke rm100k..
      ini pulak exora tu siap gearbox baru..
      yg saya tahu, gearbox cvt ni dah tentu la mahal..
      gear AMT savvy pun nk tukar seketul dah dlm rm25k..
      tu yg makin tak terbyg la kalo guna gearbox cvt lak..

      pencapaian proton ni seronok dgr..
      tapi kalo hasilnya nanti diletak harga terlalu mahal..
      aduh kecewanya…

      tu yg saya rungutkan tu..
      hopefully, jadi la rundingan DSZ dgn G utk kurangkan tax local cars/interest rate utk local cars..

      mengigil nk rasa exora tebo.. 😀

      • Menyamai kuasa engine 2.0 NA tu bermaksud harga kereta tersebut menyamai harga kereta 2.0,Savvy bermasalah pun kita tak boleh salahkan Proton sebab engine serta gearbox dari Renault,Renault pun kualiti dia agak kureng,kereta VW pun turbo tapi harganya lebih kurang sahaja dengan kereta brand lain,Perdana mahal sebab banyak part nya di import.
        Saya rasa harga Exora takkan mahal sangat,dan saya rasa kualiti gearbox tu mungkin bagus.Harap2 begitulah.
        Mungkin start dari Saga Facelift semua kereta Proton akan lebih berkualiti.

      • Alamak salah Taip la,maksud saya ‘tak bermaksud’ bukan ‘bermaksud’

  7. Bro campro,recall ni ada impact ke kat overseas model?

  8. Biase le tu brothers, ciptaan manusia… Mana ada Manufacturer sanggup janji dan bersumpah bahawa each & every product is zero defect….come on la, etika profesional ialah, if u done something “terrible”, quickly solve it…dont let others keep saying u as a losers, but always trying to avoid lost & mistake…

    …………cheers bro…

  9. Recall ni babitkan Gen2 dan Neo yang ada autocruise sahaja.

  10. ok benda nye…
    hilang la keprcayaam org terhadap prton la der…
    kat luar negara je kalaw recall je mesti org cakap kete x bagos 😦

    • kadang xjgak, apa yg penting pengeluar amik tindakan cepat settlekan masalah, jangan biar lama..nanti org makin marah

      • ye betul..
        mmg kete brand apapun takkan lari drp defect..
        tapi tanggungjawab manufacturer la utk recall dgn cepat dan mengaku kelemahan..

        mcm mana hanya selepas 6thn baru proton tahu ada problem ni?
        tak salahkan proton 100%, kira bagus la ade recall drp takde lgsg..
        cumanya mungkin bhgn service after sales tu yg perlu improve lagi cthnya setiap defact yg customer complain perlu diambil serius..supaya batch² lain drp model yg sama bila kuar tu dah ada penambahbaikan..
        ni mcm mana drp thn 2004-2008 takde apape inisiatif lgsg utk penambahbaikan? kan tak logik kat situ..ape takde customer complain ke? DSZ kne buat siasatan mcm CSI kat dia punya after sales service ni…

      • mmm… seperti campro bagi tau sebelum nie, nak detect prob bukan sehari dua. Bila dah buat testing baru tau masalah. Isunya bukan lama atau baru dpt detect, even toyota n honda pun ada recall model2 diorang keluaran tahun 2000 mereka selepas 10 tahun di pasaran. Yg penting diorang lakukan tanggungjawab buat recall demi keselamatan pengguna. Nasib baik ar proton buat recall bukan sebab ada kes, tapi selepas buat testing. Kalau kes toyota tu, bila ada kes kematian n kemalangan disebabkan kecacatan dan didesak negara2 tertentu dan ada isu mahkamah yg dibawa oleh penggunanya, baru diorg buat recall.
        Bagi saya proton masih perlu meningkatkan keupayaannya dan apa yg diorg lakukan kini adalah salah satu drp prosesnya.

        cheers!

  11. yg peliknya recall toyota, kia, nissan semua kt sana sini… bila tnye local dealer mcm umw mesti cakap model tu tak effect..

    • mungkin diorg membohong nk jaga reputation? hahaha
      ataupun mungkin jugak defect tu berpunca drp mana dtg kilang pemasangan tu kot? setiap kilang kot la lain QC dia..
      pehtu parts supplier setiap negara pun lain² kan? so, kualiti setiap model tu mungkin berbeza drp mana ianya dibuat walaupun jenis model tu sama..

      taktau la tu..
      andaian sendiri je 😀

    • bang oi…
      lain umw la der…
      bukan 100% tiru la..

  12. Dah mulalah episode basher baru di P*ul T*n
    Kat mana lagi diorang nak berkumpul melainkan kat P*ul T*n

  13. Ada baik n bruk recall ni..
    Tp yg pting,proton dh b’tggjawab..w’pn bnda ni dh lama,tp ujian2 b’trusan bru dpt mengsan..2 yg bru bt recall..tabik sb proton brani n b’tggjwb..dmi pelanggan jgak,yg proton xabaikn..

  14. Recall ni hanya utk. NEO dgn Gen-2 H-Line je…so maknanya kedua2 model ni share komponen “clock spring” yg. sama?? Bagaimana plak dgn proton Waja CPS, Persona H-Line atau Exora H-line yg ada autocruise, airbags dll?adakah menggunakan “clock spring” yg sama jugak?? Setahu aku, kalau common2 part mcm tu, biasanya kilang guna dari sumber dan design yg sama bg jimatkan kos pengeluaran..Tak mustahil Persona pun guna “clock spring” yg sama dgn Gen-2.

    So…harap ada sape2 yg boleh jwb persoalan aku diatas…terima kasih

  15. Masalah Proton Gen2:- (DNA TG MAHALEL)

    Power Window rosak keluar rel
    Ekzos karat jatuh
    Banjir atas floor (tingkap tutop air masuk ikut getah)
    Timing turun naik ini biasa
    Hon tiba2 berbunyi
    Channel radio bertukar sendiri

    tg mahalel dia owner tien wah press pj dekat dengan proton service section 13. Dengar cerita tg mahalel mainkan bos2 cina kat sana masa dia baru take over dulu. Bijak jugak mamat kelantan ni ya.

    • sbb inilah lahirnya ramai proton basher..
      waktu tu proton terlalu selesa dgn kedudukannya dan mengambil kesempatan diwaktu rakyat ‘dipaksa’ beli proton..

      tu yg memburukkan imej proton..
      DSZ pulak baru je nk bersihkan imej proton blk..
      bayangkan berapa lama masa terpaksa diambil?
      berapa jauh kita ketinggalan?

      oleh itu, nk sokongan rakyat lagi..
      sila jual murah² sket.. 😀

      rasanya kalo proton tak kena tax, sure lebih ramai yg pilih proton sbb murah..
      proton tak perlu risau rakyat pilih keta impot..
      skg ni kete ni adalah keperluan dan rakyat makin bijak memilih yg mana sesuai utk kegunaan harian..
      so isu kualiti ke teknologi ke takde la org nk komplen sgt sbb mende pun dah murah kan? apelagi nk komplen?
      pd pendpt saya la..
      maybe in my dreams la..

      • rasanya harga kereta Proton tanpa tax memang murah kalau nak banding dengan kereta jenama luar tanpa tax.. masalahnya kerajaan kita ni letakkan tax yag agak tinggi lebih kurang 30% harga kereta Proton..kalau kerajaan nak bantu rakyat & industri sepatutnya tax kereta Proton bawah 20% je, lagi 1 interest rate bank2 ni mamang tinggi untuk kereta Proton.. diorg tahu ramai yg tak mampu pakai kereta luar, so diorg buat la polisi ni.. kalau tax & interest rate rendah dah tentu makin ramai pakai kereta Proton & tak perlu berhutang smpai 9 tahun.. cukup 5-7 tahun dah boleh scrap kereta & beli model baru..kan semua merasa manfaatnya.. 🙂

      • Tapi kalau takde tax langsung ada kesannya,traffic jam yang melampau macam kat china sampai berpuluh hari.

      • takpun macam kt india.. tax ikut size demension kereta, lagi kejam kan.. huhu
        patut tax ikut kadar pelepasan gas mcm kt europe

      • mmmm… itu la dilemanya, bila nak menuju ke next level menjadi pesaing global, model2 baru perlu dinaik taraf menyamai standard pesaing global. Tapi bila isu nak model dgn harga murah dgn kualiti global, mcmana tu? So, kita rakyat nie pun kena ar upgrade kualiti hidup gak kan? Itu ler ceritanya…

        my 2 cents.

        cheers!

  16. Apapun tunggulah keluaran R3 Satria NEO CPS LE ye.

  17. Alamak.! Smalam bru jer habis debat dgn member aq. Dia x puas hati dgn proton. Jd aq pun ‘mmpertahankan’ la proton. X sangka ada plak recall keta proton. Hrp2 member aq x nampak la benda ni.

    • alamak bro.. kalau dah problem mesti la recall.. kalau problem tapi simpan gak sampai bahayakan nyawa pengguna tak guna juga.. yg penting dah ada website protonaftersales.com tu kite leh tgk latest bulletin kalau ada recall or news baru.. 😀

  18. Kat TV3 siap tunjuk lagi kereta2 Proton yang direcall di tukar clock spring.Sepatutnya benda recall ni sebagai satu yang positif,di mana Proton sanggup mengaku kesalahan mereka dan bertanggungjawab kepada pelanggan.Tapi kepada bakal pembeli kereta Proton di luar sana,jangan pulak rasa kereta Proton lain pun sama.Proton memang sedang berusaha untuk tingkatkan kualiti.Kita sama2 lah nantikan model baharu Proton di masa akan datang.

  19. wokeh, ni kisah benar.

    berlaku 2hari sblm raya.
    kete gen2 campro HL mak aku (maksudnye ada auto-cruise)

    tgh drive, auto-cruise tiba2 on-off walaupn time tu aku x on-kn auto-c tu.
    steering ada bunyi geseran, cm ada pasir (mgkn short-circuit?)
    kdg2 volume controller radio yg kt steering tu aku nk slow kn volume, tiba2 mute.
    esoknya, lampu airbag menyala.
    tp aku buat bodo je sbb xde masa g sc.

    1hari sblm raya.

    park kete. then horn berbunyi.
    tutup enjin horn xbunyi. start enjin horn berbunyi semula.
    petang tu kete dh xble start.
    cmne ni, mlm sblm raya ni nk travel blk kg?

    pinjam la kete toyota ae111 abah aku..
    beraya juga la di “kg” baru 🙂

    nextweek lps raya..
    aku tgk steering dh cabut. saspek mmg “smthg” kt steering column tu.
    tanggalkn “smthg” tu. (lps baca pdf mmg “smthg” tu clock spring la..TQ utk pdf tu)
    bawa sc glenmarie. tinggal 1 je.
    nk bli xble sbb tu utk inventory. kena tunggu 2weeks.
    aku tanya abah aku nape 2week?
    abah aku ckp sbb barang tu dr france.
    aku pelik sbb persona pn mst ada yg auto-c gak. xkn smpi 2weeks?
    abah aku ckp yg persona punya made-in-my, so no problem.
    (kalu sc cte tipu kt abah aku, maka aku tipu korg la..hehe)

    la ni skrg dh ok sbb dh tukar mende tu 🙂

    i miss my time driving this gen2 during that period!

    ps: aku malas nk cte psl tax ke, keluhan rasa etc. we should stick to the topic 🙂

    • a.k.a steering keras.. ford tak mau tarik juga ke.. ford guna part mazda.. mazda pn tak mau recall juge?? .. ngeh2

  20. kebanyakan pengeluar kereta akan recall model2 bermasalah. Tindakan Proton dikira baik seperti mana2 jenama antarabangsa yg lain. semua kereta ada masalah cuma banyak dan sikit je bezanya. myvi pun ada masalah jugak. mcm mula2 myvi se dulu keluar, pembeli baru je beli pakai dalam sebulan dua dah kena recall sebab gear box. tp perodua x cerita kat media. aku puji tindakan dsz yg satukan vendor2 part model proton sebab nk tingkatkan kualiti. utk pengguna saga blm, aku dpt tau 1st model mengalami masalah brek belakang. maybe x semua, tp kira ramai juga la yg datang ke pusat servis.

  21. Apa pun, syabas Proton kerana mengorak langkah lebih berani untuk mengakui ‘defect’ dalam kereta mereka.
    Macam Wira aku dari tahun 2003 ECU problem…lampu ‘check engine’ kadang-kadang menyala, aircond tak sejuk..mengadu kat SC..reset je kerja dia. Nak tukar ECU RM700.00. Ingat murah ke.
    Pergi bengkel kereta lagi pandai..pomen buang catalyc converter..yang tabung sarang lebah..konon boleh tambah power…tapi macam tu jugakla. Pergi kedai aircond…kena servis aircond, ganti tabung gas aircond..problem jugak lagi.
    Tapi satu announcement recall pun takde, Gen2 bertuahla sekurang-kurangnya dia nak ganti percuma.
    Kereta aku sampai sudah mengkayakan tauke bengkel kereta je lah. Itu lah sumbangan aku untuk industri permotoran negara. Kecil tapi signifikan.
    Mungkin ada Dato’ vendor yang dah kaya raya kerana supply part yang kualiti rendah,atau bahagian akaun yang asyik potong bajet, letak harga teramat murah sampai menjejaskan kualiti barang-barang dan seterusnya menjejaskan nama baik Proton.

    • aku rasa syarikat vendor ni kena joint venture ngan orang luar… bawak kepakaran dan kualiti, tak perlu la pegang majoriti share, mungkin ada modal untuk gunakan robot untuk dapatkan produk berkualiti yang konsisten serta boleh bukan saja keluar produk untuk proton tapi untuk perodua, naza…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s