funtasticko design

http://funtasticko.net

Harga rasmi Proton Inspira!!!

92 Komen

UPDATE!!! Tambahan info dari bro David

Terkini!!! Harga rasmi Proton Inspira telah ‘”bocor” di internet.. info ini saya dapat dari blog autoinsidermalaysia.blogspot.com Harga permulaan model ini bagi versi 1.8 ialah RM 79,999 dengan warna solid, manakala yang paling mahal pula RM 94,450 bagi versi 2.0 CVT dengan warna metalik, harga untuk semenanjung Malaysia sahaja.. untuk lihat harga kereta ini di Langkawi & Labuan boleh rujuk pada gambar di atas.

Advertisements

92 thoughts on “Harga rasmi Proton Inspira!!!

  1. harga agak mahal.. hehe

  2. Ada 3 pilihan warna hitam, putih, silver dan maroon.

    1.Sapa yang pandai-pandai cakap Lancer ni pakai enjin Campro? (mangkuk betul) dia pakai 4B10 dan 4B11 Mitsubishi.
    2.Siapa kata Proton ciplak Mitsubishi dan tak ada idea? Buat kereta bukan macam pasang basikal, kosnya tinggi dan tak berbaloi kalau jualannya kecil.
    3.Kolaborasi bukanlah perkara baru, Aston Martin pun boleh buat Cygnet ambik dari Toyota iQ. Lagi mau sembang kencang.
    4.Mahal? Nak murah mana lagi? Kereta nak cun, spek nak penuh, harga nak macam Myvi, mana dapat. Rebadge kereta China bolehlah kot.
    5.Kalau setakat pakai kereta torsion beam, stereng kena paut kaki tangan masuk selekoh tak payah nak cakap Inspira ni tak baguslah. Cuba test drive Insipira dan simpan pengalaman tu diam-diam. Nanti lu orang tau kenapa Proton beli Lotus.
    -Baii-

  3. Ni harga Waja 1.8 masa launched dulu.
    Waja 1.8X (Type A -without Captor Security System) RM77,249.82
    Waja 1.8X (Type B – with Captor Security System) RM78,674.82

    Dato’ Syed Zainal dah cakap yang harga Waja replacement ni akan tinggi sedikit berbanding Waja sebelum ini. Betulla RM79k++ tu lebih dari Waja 1.8 tu.

    Kita teka harga lagi dan feature:-

    M-line 1.8l M = RM80k OTR
    *ABS,EBD,Airbag,Rim 16″ 5 Spoke,Seat Fabric

    H-line 1.8l A = RM87k OTR
    *ABS,EBD,Airbag,Rim 16″ 10 Multispoke,Seat Fabric, Fog Lamp, Bodykit – Spoiler, Chrome Garnishing

    H-line 2.0 A = RM95k OTR
    *ABS,EBD,Airbag,Rim 18″, Autocruise, Leather seat, Paddle shift, Multi Spokes Rim, Chrome Garnisihing, Bodykit + Spoiler

    Agakan/ramalan harga terdahulu hampir tepat. 🙂

  4. speker still dapat rockford fosgate 6 speaker + 1 10′ subwoofer mcm lancer jgk ke utk 2.0 premium inspira tu

  5. (off-topic)

    Jap tadi selisih dengan Exora limited edition 25 tahun tape itam kat bumper depan + no pendaftaran sementara B461A di Behrang.. test ‘Phoenix’ ke hehe..

  6. igtkan lps rundingan proton ngan bank aritu, bole la turun sket interest rate.. rupenye same je.. adoi..

  7. tinggi gile intrest…huhuhu

  8. untuk pengetahuan,,
    interest yg saya baru buat..
    untuk 1.8L auto..bank maybank adalah 3.65% untuk 9tahun..
    waktu book dlu mmg proton ckap 4% tp bile dh buat interest rendah pulak..salesman pun xsgka dpt rendah..
    sye tnye bank mmg untuk inspira dorg bg 3.65% untuk 9 tahun sbb kete baru.lagi kurang tahun lg rendah la interest..

    • Kalau nak interest free pun boleh. Beli cash.

      • Haha… ntah.. dah takde duit pastu nak berkira. Bank nak kena kira inflation dan risiko kereta tak bayar/tarik jugak.. loan 70k (assuming downpayment 10k), dalam masa 9 tahun nilai duit dah turun (inflation), bank kena kira benda2 tu.

  9. tu lee pasal..harga tue dah ok,tp interest mak aii..tinggi bangat..xleh lee nak bergaya pakai inspira nie nampak gayenye…

  10. Maknanya sekarang semua kereta proton warranty 3 thun sahaja la, minus EWP yang 2 tahun tu. Dulu dengan EWP warranty 5 tahun.

  11. ceh, aku ingat kete tu kl tanpa duti dapat gak RM60k…. aku ni lesen OKU. bajet aritu OKU dapat exemption 100%…..

  12. Tiada lagi Medium Line atau High Line. Dah jadi Premium dan Executive

    • Waa service interval 10,000km!.. not bad.. tiada lagi 5000km macam Proton sekarang..

      • 10000km sbb pakai minyak fully synthetic tu

      • Semua proton yang guna Campro service interval ikut buku manual dan service booklet memang 10k km. Dah lama ni. Proton Saga BLM, Persona, Gen2, Exora semua 10k km service interval.

  13. bubye inspira…..nmpk gayenye aku belum mampu memiliki mu……………

  14. kalau sape2 yg mmg mampu pakai vios/city/forte…bolehlah beli inspira ni…confirm byr bulan2 RM800++ ke atas.Cuma dgn. kadar faedah yg tinggi utk kete proton ni terutama utk. harga kereta+EWP..mungkin ia menjadi pertimbangan kpd. para pembeli.Tp. mmg xbleh buat pe..di luar kuasa proton.

  15. so, do u guys prefer with EWP or without EWP?? Mana lebih berbaloi??

    • aku cdg baik ambik EWP. tambah skit je masa beli insuran, dapat extend sampai 5 tahun/ 175,000KM. baru baloi… mcm2 part boleh tukar kalau rosak…

  16. tadi g coe, sembang2 dgn saleman dia kata maybe nnt maybank offer interest rate 3.65% tuk proton inspira..

    • memang maybank dah bagi 3.65% pun..
      saya dah buat loan and dah lulus pun..
      tapi hanya untuk inspira shj 3.65% ni..

      • berapa tahun? 5 tahun ke 9 tahun?
        salesman tu cakap mmg utk inspira je maybank bg interest rate 3.65% tu

      • 3.65% untuk 9 tahun..
        kalau 5 tahun xpasti la pulak..myb lagi rendah interest nyer..
        yup 3.65 ni hanya unuk inspira shj..

  17. Wah murah giler Inspira ni… kalau setakat RM94K jer boleh beli 3 bijik.. Pakai satu pastu sedekah kat kawan2 dua….Harap lepas ni Proton rebadge lak Lotus…boleh gak merasa Lotus harga Malaysian…

  18. Jualan kenderaan dijangka cecah 590,000 buah
    RAWANG 20 Okt. – Jualan kenderaan motor Malaysia mungkin lebih tinggi daripada yang dijangkakan, mencecah sehingga 590,000 unit menjelang akhir tahun, demikian menurut Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua).

    Pengarah Urusan Perodua, Datuk Aminar Rashid Salleh berkata, momentum jualan sekarang mungkin membawa jumlah kuantiti kenderaan mengatasi unjuran Persatuan Automotif Malaysia pada 570,000 buah.

    “Berdasarkan kepada aliran jualan (semasa), jumlah kuantiti industri dijangka melepasi sasaran 570,000 unit,” katanya pada sidang akhbar selepas majlis penganugerahan biasiswa Perodua di sini, hari ini.

    Beliau memberitahu pemberita bahawa jualan Perodua mungkin juga melepasi sasarannya pada 185,000 unit menjelang akhir tahun kerana jualan sembilan bulan pengeluar kereta nasional itu telahpun melebihi 141,100 unit.

    Menurut Aminar Rashid, Perodua yakin dapat melepasi paras 185,000 kerana pelancaran varian ViVA baharu, edisi ViVA Executive, dijangka meningkatkan lagi jualan.

    Beliau berkata, harga bagi varian tersebut, model ViVA yang diberi wajah baru dan dinaik taraf, dijangka naik sedikit kerana segmen pasaran itu sensitif harga.

    Ditanya sama ada Perodua mempunyai rancangan mengeluarkan kereta hibrid untuk memanfaatkan insentif kerajaan bagi kenderaan hibrid, Aminar Rashid berkata, buat masa sekarang Perodua akan terus mengeluarkan kenderaan enjin pembakaran dalaman.

    “Bagi kenderaan kompak, masih ada ruang bagi kami untuk menambah baik dan ini mungkin boleh jadi sebaik enjin hibrid,” katanya.

    Aminar Rashid berkata, Perodua akan menumpu membangunkan enjin dengan pelepasan karbon dioksida yang kurang dan cekap dari segi bahan api.

    “Walaupun kami menyambut baik insentif yang diberikan kerajaan bagi kereta hibrid dalam bajet baru-baru ini, kami mahu mencadangkan insentif diberikan bagi kereta dengan pelepasan karbon dioksida yang kurang,” katanya.

    Beliau juga berkata, Perodua menyasar teknologi enjin masa depan dan kemungkinan mengusahakan teknologi tinggi dan bahagian-bahagian canggih dalam negara.

    Pada Majlis penganugerahan biasiswa itu, sembilan pelajar universiti diberikan biasiswa penuh, 52 lepasan Sijil Pelajaran Malaysia disediakan dengan latihan percuma dan 15 siswazah diterima bagi program latihan pengurusan. – BERNAMA

    *Ada VIVA Executive? Haha.

  19. executive (M-line ke)??

  20. hurmm..klu aku dok langkawi, baik aku amik lancer 2.0 yg ori dr mitsu coz harga die lebih murah dari proton inspira 1.8..lancer 2.0 ori rm71k, inspira 1.8 rm72k…dgn harga rm71k,dpt enjin 2.0 + mitsubishi lancer original…=)

    • Duduk langkawi ke?

      • xduk langkawi la tu sbb ayat dier guna ‘kalau’..hehe

      • tapi best dok langkawi pasal x d cukai dan tak best nye bawak kete best2 tapi mesti jemu jalan dalam langkawi je. Dah la kecik je. bape tahun a dok langkawi baru boleh bawak kereta ke tanah besar.

      • yela mcm kawan saya kate la dier pkai camry pon tp nk tes power pon mcm xde tempat..
        yg duk bape tahun tu xpasti tp kene duk lama la..

    • org langkawi pun beli proton gak.. hehe..
      tp beli kt langkawi nk bwk keluar ada syarat apa2 ke?

      • mengikut kawan saya yg duduk d langkawi..
        kereta mmg murah tapi biler nak bwk kete tu kluar dr sane..mcm xnk bwk balik dah lgkawi..so kene byr cukai kereta secara cash..no bulan2 ..slalunya cukai tu harga mcm nk beli sbijik lg kete yg sama d semenanjung..slalu org sane nk pindah akan jual je kete kt sane..

      • syarat dia kene bayar tax jugak kalau nak bawak keluar g semenanjung.. so sama je harga dia nanti..

    • Elok gak bro amik lancer. LAgipun 100% cbu. Tapi bro kene ingat, sebab mitsu dah x jual kereta nh dah plus semua servis kereta lancer semua akan kene datang ke proton servis sebab mitsu dah ad deal dengan mitsu.
      Tapi saya rase pilihan bro tu lagi bagus..

    • bro, peminat blog ni kebanyakkan peminat proton..kereta ‘nasional’ 95K pun diaorang cakap murah..bila bro cakap macam tu diaorang tanya duduk langkawi ke..kalau harga pun x boleh kritik habislah camni..

      • sy pun sebenarnya rasa harga ni agak tinggi, tapi masalah ni bukan dtg dari Proton sepenuhnya…kerajaan kenakan cukai yg agak tinggi pada kereta Proton yg sebabkan masalah ni berlaku…selagi cukai tu tak diturunkan memang masalah ni xkan selesai..

      • Memanglah mahal,tapi ni buat permulaan.
        Kalau nak lagi murah kenalah tunggu phase 2 tahun depan,harga mungkin boleh turun sampai 70k.
        Harga kat Langkawi tu lain ceritalah,lagipun beli kereta murah setakat guna kereta pun 1 jam boleh keliling pulau tak best jugak.
        Kalau nak murah tunggulah tahun depan takpun tunggu je lah terus Persona R kalau nak rasa kereta Proton buatan Malaysia sebenar.

    • kalu hang duk langkawi harga inspira pun lagi murah kat sana berbanding lancer ori kat sana.. dua-dua keta takde tax..apalah ko ni..

      • alo bang, org. cerita based pada harga yang tertera kat atas tu..kalau ikut sane harga inspirate ni kat langkawi RM84950, cuba hang bandingkan plak harga lancer ex kat sane baru RM67555.Setau akulah harga keta nasional kat sane beza lebih kurang RM6K-7K sahaja.Apa-apa pun kita tunggu harga final dari ploton.

      • yg ni tak final lagi kot.. macam ford fiesta ari tu la.. tgk2 bila launch harga murah lagi.. smpai terkejut fan2 T dan H.. apa2 pn satu kebangkitan utk Ford

  21. confirm, mcm bro prolover mention earlier, MBB offer rate 3.65% for 9years tenure..which is a decent deal if u ask me 🙂

    • tapi bank lain bg bape ek??
      ade yg lagi rendah ke..
      kalau bank islam yg 10tahun 4.1%..tp utk bru graduate shj lah.

  22. HItler bengang Proton Rebadge Lancer !!

  23. Berita pasal Proton Inspira pun dah sampai ke website Car Advice kat Asutralia.

  24. Lawak gak tgk vidio tu.

  25. haha.. nak pecah perut lah tgk video tu..HAHAHHA…

    Peminat PeYno kot yang buat..hahaha..

    atau pemilik Lancer ori.. hehehe

  26. ni satu lagi.

  27. Kelako betul video hitler tu..ha..ha

  28. update lg ttg interest rate, AMbank bg fixed rate 3.9% for 9years, conventional or islamic…dan ada alternative dr AMbank sendiri, iaitu flexi-interest rate (base on BLR, so risk ada turun-naik), 6%++, but calculation on monthly balance of principle amount (cam homeloan nyer calculation,ada amortization)…

    • xpaham la. terang skit..

      • susah nk explain dgn detail,pjg sgt cerita nyer (leh tau benda camni pun sbb dulu penah keje bank)..kene guna excel spreadsheet or financial calculator baru leh tjk 😛

        tapi ksimpulan nyer, kalau amik model 2.0 ngan d/p RM10k, monthly installment utk fixed rate ialah rm1068, installment utk flexi rate ialah rm1048..tp kalu yg flexi ni risiko boleh naik kalau BLR increase..(BLR ni Bank Negara yg set)..BLR plg tinggi dulu masa mid-90’s (masa economy Malaysia naik drastik)

  29. mahal sgt harganya…..patut murah lagi……..

  30. bharap sgt management proton boleh kurangkan lagi harga…….sbb interest bank yg tinggi….kerajaan patut bg arahan pd bank negara utk rendah interest bg keta proton………

  31. saya hanya ada budget utk model 1.8
    boleh tau berapa roadtax setahun utk cc ni…tq

  32. sekarang ni boleh kata semua blog hangat dgn isu compare mengompare model insipa ni. sy rasa proton mmg pandai main harga.. sbb diaorg cuma tukar rim, tayar, spoiler dan strutbar dapat bagi harga bwh 100K, kalau pakai rim 18″, tayar yoko, spoiler lancer gt, dgn pasang strutbar dpn blakang mcm lancer maybe harga dah lebih RM100K. saya rasa proton memang bijak mangaburi mata org ramai. diorang tahu org malaysia ni akan convert, tukar nu, tukar ni, so diaorg bagi kete yang basic je. pandai2 la korang convert pasang evo bodykit, rim dan tukar logo. 🙂

    Tp inspira 2.0 xleh nak compare dgn civic 2.0 (pesaing hebat) sebab byak perbezaan antara kedua2 model ni, civic punyai byk kelebihan , cthnya dari segi tayar (michelin), rim 17″, teknologi stereng (Electric power stereng), teknologi engin i-vtec (jimat minyak), kualiti interior, digital multiplex meter yang menarik, adjustable side mirror, side airbag, vehicle stability assist (vsa), side mirror turn light, lampu HID, hydrophilic door mirror dan 4 reverse sensors. last body lebih ringan. 🙂

    kalau semua ni ada pada inspira, mahu harga dekat RM120-130K. tapi proton buat semua ni untuk rakyat malaysia. rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan. 🙂 Tapi rakyat perlulah berfikir dari segi interest bank dan second value inspira nanti.. tepuk data masing2 k. itu cuma pandangan saya. TQ

    • aku suka komen ko… positif think.. kalu semua rakyat malaysia mcm ni, sure produk tempatan dpt sokongan

  33. Second value selepas 1-2 kegunaan, honda (civic) loss 10%, lancer loss 17-20%, proton model loss 20-25%. source from usecar dealer area K.L.

  34. Apapun tak guna bercakap tentang perbezaan antara Inspira dan Lancer serta kereta yang berada dalam kategori yang sama,tunggu saja Inspira dilancarkan dan pergilah pandu uji dan lepas tu tu baru boleh buat rumusan.

  35. salam semua.. selalu gak singgah kat funtasticko ni tapi lum pernah bg post.. 🙂

    teringin gak nak bg pandangan..

    PELIK.. setiap kali membaca cerita pasal proton di laman web pasti banyak komen negatif yg dilontarkan oleh “peminat-peminat setia” proton.. cuma lately banyak juga input positif dari kalangan mereka..

    Antara isu yg menarik pada inspira kali adalah mengapa re-badge kereta yg telah dijual di Malaysia.. bukankah ianya bukan perkara baru? kita lihat naza, dulu kia pernah menjual caren di malaysia kemudian naza re-badge menjadi citra.. kia sorento jadi naza sorento.. perodua pasarkan nautica (versi rush yg dipendekkan).. so, masih pelik lagi ke?

    sama-sama kita fikirkan.. wassalam

    • Cadangan aku pada sape2 yang nak book tu aku rasa better hold dulu, keta baru, xtahu lagi ape problem. Inspira tu mcm tikus ujian skrg, sbb tu diaorg bg free service dan part smpai 2thn. diaorg xpernah buat pun pada model2 sebelum ni. coz diaorg pun xtau ape2 problem lagi. benda nak cepat launch, mana sempat test. lagi pun ini salah satu promosi diaorg untuk model keluaran tahun 2010 je (dah hujung tahun, biasala promosi2 mcm ni, pengeluar lain pun ada buat gak) semua ni just cut & paste. that why kena book before 15 NOV ni coz kete akan dpt bulan 12. lagi pun warranty kereta diaorg mmg 2 thn / 50,000km. so xde beza pun, dlm tempoh warranty semua brg bleh tukar ganti. semua ni sekadar mengaburi mata je. dont be “smart guy to get it”, be “carefull guy before get it.” better tunggu selepas 1-2 tahun, tgk dan kaji komen2 org yang dah guna, mesti ada luahan dalam internet punya.. kalau ok, masa tu baru la beli. rakyat skrg perlu bijak, think first!!

      • kalau mcm tu mitsubishi lancer sportback pun tikus mondok ujian gak la..
        Kalau mcm tu baik x yah beli kereta baru. Tunggu setahun dua baru beli. Nak tunggu setahun dua tu bukan senang dan setahun dua bape puluh kereta baru masuk. mcm tu baik x yah beli kereta je. Orang nak beli kereta nh biasanya keperluan. Kalau rosak nak wat cm ne. hantar la kat SC.
        Jenuh la kalau ada 10000 orang mcm awak. X maju industri permotoran malaysia..

  36. Cuba tgk table free service diatas, 2 tahun / 50,000KM je. term and condition mesti ada punya.. so, kena control la mileage baru baloi…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s