funtasticko design

http://funtasticko.net

Model masa depan Perodua di KLIMS!!!

29 Komen

Menurut Berita Harian hari ini, Perodua bakal mempertontonkan model masa depan yang sedang dibangunkan & pengganti model sedia ada di pameran tersebut. Dijangka 4-5 buah model bakal ditunjukkan nanti. Selain itu model Viva versi terkini iaitu Viva Executive bakal dilancarkan bulan depan dan dijangka menaikkan jualannya. Viva Executive ni kot yang dikatakan ala-ala “Mini Alphard” tu agaknya, hehehe….apapun Perodua dah bagitau perancangan mereka untuk KLIMS nanti, Proton bila lagi? Jangan la suka berahsia sangat 😉

Advertisements

29 thoughts on “Model masa depan Perodua di KLIMS!!!

  1. wauu… model sendiri ke kopy cat punya nih..

    • kalau nak tau kita pakat2 gi KLIMS la Disember nanti… harap2 bukan model “rebadged” la, nak tengok model Perodua develop sendiri, pakai platform & enjin Daihatsu takpe, janji design & engineering Perodua buat.. 😉

  2. Haha..Mini Alphard? Teringat CEO P2 lama cakap yang Alza tu adalah mini Wish..Macam mother Myvi adalah Alza tu.

  3. dah mcm ford fiesta ngan mazda 2 hatchback je…

  4. Tak payah tunggu,kita dah tahu punya model apa yang akan keluar,vavi tu berapa banyak facelift nak buat,berapa2 banyak facelift pun shape dia still macam air kotak.Kalau nak rebadge pun rebadge la model baru.

  5. wah… kalau Perodua design keter sendiri nanti.. maka aku akan jadi fan produa gak la .. aha

    • Toyota nak bagi ke P2 design sendiri? Sedangkan Mitsubishi langsung tak bagi Proton kacau ECU, tuning enjin, R&H Inspira.

  6. Jangan harap la Perodua nak develop keta sendiri…
    Jangan harap… Berangan jer la perotdua nie…
    Apa lagi nak guna platform dengan enjin D or T…
    Setakat buat sketch jer boleh la…
    Bagi kat blogger design lagi cantik dari nie…
    Buat mcm Proton… Xder tunjuk2 sketch pun… Tup2 kua EMAS punya keta konsep…
    Dengan Concepr Model sekali kuar…
    Kalau proton nak tunjuk skecth mcm nie… rasa lagi banyak kot…
    Harap Proton pun tunjuk la Persona R punya sketch…
    At least ada bayang2 pun jadi lah…

    • patutnya mulai skrg Proton dah tunjuk sketch2 model akan datang diorg..kasi excited skit org nak tunggu model baru tu.. 🙂

      • Proton takut nak keluarkan sketch2 tu sebab bila ada rumour kereta baru nak keluar, jualan model sedia ada mesti tersangkut sebab orang tangguh beli nak tengok macamana model baru. Sebab tu masa tg. Mahaleel dulu dia rahsiakan development kereta baru. tapi zaman IT sekarang ni DSZ gunakan IT untuk promosi peningkatan mutu Proton. Sebagai contoh la kan, bila rumour kata tahun depan ada Exora Turbo, bakal pembeli Exora yang nak book Exora akan fikir 2-3 kali dan tangguhkan dulu hasrat. Jadi sales Exora jatuh sikti la bila ada rumour2 model baru ni. ramai tak tau benda ni. Market and human behaviour study dalam marketing.
        Satu lagi faktor pertindihan harga. kalau kita tengok harga inspira dengan Exora kan tak bertindih walaupun target market berbeza. Kalau Perodua pula hing end Viva boleh dapat Myvi, high end Myvi harga boleh dapat Alza.

      • sebab perodua tau sketch ni utk syok sendiri dan tak jadi mass production.. sebab tu depa berani release

        hehe

    • Betul tu…
      Sebab ramai dah tau… yang sketch ni tak akan jadi kenyataan…
      Senang ckap mustahil perotdua nak buat model sendiri…
      Sbb dah common yg perotdua mesti akan guna model T & D…
      And then tukar lampu depan, bumper depan dgn belakang jer…
      Nak tau model aper perutdua pas nie… cek jer model apa yg T & D akan kluarkan…
      Terutama yg jenis compact car…

      BERBEZA dgn PROTON…
      Apa yg Proton ckap… atau kluarkan statement… comfirm benda tu akan jadi…
      Tak perlu kluarkan sketch pun… Org akan tunggu dan lihat…
      Sbb tu sales akan jatuh ckit… kalau tak caye cuba tengok sales Exora & saga BLM… Kdang2 Proton X mention pun model apa…
      Tapi melalui IT, orag dah bleh tau model apa utk facelift atau model aper untuk replacement… Kdang2 ciap dgn artis impresion sendiri lagi oleh bloger2…

  7. Model masa hadapan ni kemungkinan tak kan di jual pun , cuma sebagai tatapan je, banyak pengeluar buat gitu. Design diatas pun terlalu futuristik, maybe 20 tahun dari sekarang?

  8. design kat atas tu menarik…. lagi menarik kalau perodua betul betul berani buat!

  9. hehhe gelihati peyno…. kununnya model masa depan… rupanya model daihatsu masa depan…
    tak pon model perodua masa depan tu utk syok sendiri je… ingat jepun tu nak caya kat perodua puak melayu buat keta???

    prrrrtfhhh

  10. Bila baca balik NAP (National Automotive Policy), kita jadi lebih faham kenapa Proton tak keluarkan model 1.8l dan 2.0l sendiri. Tengok Inspira rebadged Lancer aje sebab kerajaan longgarkan syarat pembuat kereta luar boleh buka kilang di Malaysia tapi kereta mesti cc 1.8 ke atas.

  11. harga mesti cekik darah ni,..wakkakaak

  12. huhuu.. hangpa banyak yg pesimis dgn perotdua nih.. sian p2 .. huhu…
    nih video buat selingan… Puteri Indonesia ditaja Proton (ratu cantik kot)

  13. ada berita menyatakan proton nak sertai autoshow kat turkey pulak.. betoi ka

    http://www.worldbulletin.net/news_detail.php?id=65533

  14. bro campro, kat pt dah ad spyshot saga fl yg lg clear..

  15. wah makin keren jja tu

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s