funtasticko design

http://funtasticko.net

Lagi SPYSHOTS Exora CFE CVT oleh bro SagaKNIGHT!!!

32 Komen

Ini merupakan SPYSHOTS terkini Exora CFE CVT!!! Gambar ini berjaya dirakam oleh bro SagaKNIGHT tadi, menurutnya Exora ini ditemui di Puchong Perdana. Dari segi luaran masih Exora biasa cuma tailight dari Exora Prestige, dalaman pun sama dengan Exora biasa cuma tiada seat baris ketiga & mpv ni ada brake disc di belakang. Terima kasih bro SagaKNIGHT sebab berkongsi gambar & info ni bersama kita. Nampaknya semakin hampir la pelancaran Exora turbo yang ditunggu2 ni.. 🙂

* Untuk perbandingan dengan SPYSHOTS di Genting sebelum ni klik https://funtastickodesign.wordpress.com/2010/08/26/panas-spyshots-exora-cfe-cvt-di-genting-highlands/

Advertisements

32 thoughts on “Lagi SPYSHOTS Exora CFE CVT oleh bro SagaKNIGHT!!!

  1. GALERI “LAKARAN PERCUMA SAYA UNTUK PROTON”
    “My free sketches for PROTON”gallery
    http://www.facebook.com/album.php?aid=28801&id=100000927412623%E2%80%8C

  2. Kekadang Body Exora ni nampak cun…kekadang nampak agak kureng..terutama shape bumber depan cam berkotak cam honda civic begitu jugak ngan tail light…nampak cam old design…

  3. rim sukan tu nnt, cuba kasi 5spokes atau 10 spoke.
    8spoke cm xmasuk la ngn 5nut tu.

  4. Rear disc brake? Cantik…Tentu rear drum brake yg lama tak mampu memberhentikan Exora ni. Enjin lebih berkuasa? Nampaknya camtulah..

  5. Bro campro,kenapa tak ada 3rd row punya seat ?

  6. Salam bro

    Nak minta izin guna gambar ni @ GT boleh?

  7. Harga kereta pasaran domestik lebih mahal
    Dzulfikar Mashoor
    KUALA LUMPUR, 29 Okt: Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad mendesak pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak supaya mengkaji semula polisi protektisme dalam industri automotif negara.

    Menurut beliau, dasar melindungi kepentingan pasaran domestik Proton tersebut mengakibatkan konsumer terbeban oleh pinjaman hutang yang tinggi.

    “Kita perlu menangani masalah ini supaya negara kita tidak terus terbeban dangan keperluan pinjaman,” ujarnya di lobi Parlimen, petang semalam.

    Ini kerana katanya, polisi itu memaksa konsumer membeli kereta di pasaran domestik dengan harga yang berlipat kali ganda lebih mahal berbanding harga di pasaran global.

    “Ini semua adalah suatu masalah lanjutan pada dasar automobil negara yang telah pun kita laksanakan selama 25 tahun untuk lindungi Proton,” ujarnya.

    Walhal, beliau berkata, polisi ‘protektisme’ yang diperkenalkan Tun Dr. Mahathir Mohammad, bekas Perdana Menteri itu hanya menguntungkan Proton sahaja.

    Akibat dari itu, katanya mengakibatkan impak berantai pada pertambahan peratus hutang isi rumah rakyat dalam negara.

    “Sebagaimana yang kita tahu, hutang (isi rumah) untuk kereta berlaku oleh kerana harga kereta (domestik) adalah antara yang tertinggi di Asia,” ujarnya.

    CIMB Investment Bank Bhd, katanya mendedahkan, sebanyak 27 peratus daripada keseluruhan hutang isi rumah (76.6 peratus dari KDNK) konsumer adalah berpunca oleh hutang pinjaman kereta.

    Akibat dari itu, beliau mendakwa polisi protektisme Proton adalah suatu polisi yang tidak membantu rakyat mengurangkan peratusan hutang isi rumah jika dinisbahkan pada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) tahun ini.

    “Masalah hutang kereta yang mahal, masalah gaji yang kecil seolah-olah menggambarkan kerajaan tidak menghiraukan masalah-masalah sampingan ini.

    “Masalah Proton dengan kos pengeluarannya yang masih terlalu tinggi, maka kerajaan tidak melihat persoalan-persoalan ini untuk mengatasinya,” beliau menambah.

    Tuntas dari itu, beliau mendakwa Bajet 2011 yang dibentangkan Najib, Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan I pada 15 Oktober lalu sebagai suatu belanjawan yang gagal menangani masalah peningkatan peratusan hutang isi rumah rakyat.

    • Sekadar nak sampaikan pendapat dan tidak ada kena mengena dengan topic asal
      Kenapa ahli parlimen tersebut tak pulak mengatakan mengenai pembaziran rakyat Malaysia terhadap rokok yang secara terang2 an menambahkan hutang.
      Ahli Parlimen seharusnya membincangakan masalah di kawasan yang mereka mewakili bukannya memburuk-burukkan pihak lawan.
      Maaf bro campro,terkeluar topic.

    • itu masalah pemilik kete tu la.
      rasa2 gaji xcukup besar, jgn la bermimpi nk pakai kete besar.
      kete besar, myk besar, servis besar, sparepart besar, so hutang besar.

  8. Disc brake kat belakang dah menggambarkan keta nie ada enjin yg cukup powerfull…
    Yela kena guna disc brake baru bleh berenti kan…
    Even Avanzo, Aliza dan grand lavana pun xder…
    Harap exora turbo tu nanti, dapat la wajah baru ckit…
    At least bumper depannye design tu tukar la…
    Design skang nie, bertangga kat depa n nampak berkotak2 dan bersegi, x cantik…
    Harap dapat wat yg lagi smoof n design yg ranggi ckit…

  9. seingat aku klau zaman saga dan wira dulu,1.6 keatas mesti kena ada rear disc break…

  10. x banyak perubahan nye…
    beberapa perubahan saja…..
    Perodua alza pon dah ada org pasang rear brake…..
    rim MPV nie sesuai size 17,16 inci….
    15 kecik la…kete dah besar rim je kecik 😀

  11. Bro,

    Kalau letak banner ni kat sidebar website bro, bro nk cas berape? 😀

  12. ya 18 muat…
    exora…

  13. igt tak spyshot exora haritu yg bumper nya yg lain?? agaknya guna bumper yg tu atau standard mcm ni je?

  14. kalau ikutkan number enjin.. Yg puchong ni yang awal skit sirinya. Yg genting tu cfe paling latest. Mungkin diorg tune banyak nk tgk wear n tear engine cfe ni gamaknya..

    Satu je permintaan aku. Buat 2nd row seat leh gerak depan dan ke belakang. So bleh adjust utk third row. Rim 17 cantek gak utk high line. Enjin dah power. Brake disc dah cantek.

    Berangan x kena bayar, so aku brangan dulu.. :p

  15. Bro campro: saja nak off topic..
    Nih crash antara avanza ngan Exora..
    http://ohtidak.com/oh-toyota-avanza-vs-proton-exora/

  16. wa… nmpak besh gak nie… exora cvt…

  17. salam..

    sedang menanti model terbaru Exora, harap2 harga proton exora baru nanti tidak membebankan rakyat..banyak pilhan di psaran sekarang terutamanya model2 dari korea dan china yg murah, menarik dan berkapasiti besar..

    jika kena pada harga dan teknologi yg digunakan nanti, Exora pasti memenuhi jalanraya2 malaysia..

  18. bro..boleh tak saye kongsi gambar ni?

  19. salam bro,ade yg spot Exora hybrid kt Putrajaya

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s