funtasticko design

http://funtasticko.net


25 Komen

Saga facelift dilancarkan di Thailand!!!

Saga facelift 2011 akhirnya dilancarkan di Thai Motor Expo 2010 , Thailand. Dengan perubahan yang agak ketara dan radikal dibahagian hadapan dan belakang, ia pasti bakal menjadi model terlaris Proton selepas ini. Model ini bakal dilancarkan secara rasmi di KLIMS tak lama lagi. Tak sabar nak tengok live depan mata di showroom nanti. Lampu depan dia dah ada ciri-ciri “design language” baru Proton. Lampu belakang pula dah ada kombinasi LED. Memang menarik & berbaloi bagi model “entry level” macam ni. Syabas PROTON!

sumber : paultan.org


21 Komen

Proton umumkan barisan kenderaan & kereta konsep di KLIMS!!!

Proton telah mengumumkan barisan kenderaan & kereta konsep di KLIMS yang akan bermula 3hb Disember ini di PWTC. Booth Proton adalah seluas 1,500 kaki persegi dan bakal mempersembahkan 20 kenderaan termasuk 8 concept & show cars. Bakal menjadi tarikan utama di booth tersebut ialah Saga EV (electric vehicle), Exora Extended Range EV, EMAS concept hybrid, Satria Neo S2000 termasuk kereta konsep dari Lotus yang telah dipamerkan di Paris baru-baru ini. Jumlah kereta konsep Lotus yang bakal dipamerkan masih lagi dirahsiakan tetapi Lotus Esprit antara yang bakal dipertontonkan di sana.

Selain itu Proton juga akan membuat “live styling studio” di sana & berkemungkinan kita dapat menyaksikan bagaimana cara rekaan kereta Proton dibuat. Pada pendapat saya mesti ada video R&D atau sekurang-kurangnya slide show sketches kereta masa depan Proton termasuk clay model Persona R & CUV (Crossover) Proton. Berita ini memang menggembirakan peminat-peminat setia Proton. Jadi tunggu apa lagi, jom kita ke sana ye!!! 🙂

sumber : paultan.org


9 Komen

Iklan@Funtasticko Design!!!

Bermula 1hb Disember 2010, Funtasticko Design akan memulakan program Iklan@Funtasticko Design kepada semua yang berminat untuk mengiklankan syarikat, produk, servis atau website mereka. Dengan adanya program ini, mereka yang berminat dapat mempromosikan produk, servis atau website di side bar blog dengan pakej yang menarik & berpatutan. Selain itu jika ada pihak yang berminat menjadi “sponsor” blog ini boleh juga berbuat demikian. Harga serendah RM1.00 sehari (* bergantung pada pakej yang dipilih ) . Blog yang semakin pantas berkembang ini semestinya memberikan peluang yang terbaik untuk anda!!!

Pakej yang ditawarkan :

1. Sponsor atau Penaja : saiz iklan lebar maksimum 200px, tinggi bergantung pada saiz iklan – *( harga boleh dirunding)

2. Saiz iklan : 200px x 200pxRM100 sebulan

3. Saiz iklan : 200px x 125pxRM50 sebulan

4. Saiz iklan : 125px x 125pxRM30 sebulan

Statistik blog :


Jika berminat emailkan iklan anda kepada campro_mania@yahoo.com beserta link ke website/blog anda & buat pembayaran melalui (cash deposit/online banking) : no. akaun 156012048263 (Maybank) : Mohd Izarul Bin Mohd Zahari


24 Komen

Adakah ini Myvi 2011???

Adakah ini Myvi 2011 nanti? Spyshots ini telah diambil oleh Fariezul Jaafar di lebuhraya Mahameru semasa dalam perjalanan pulang dari Melaka. Sepertimana yang kita ketahui model-model Perodua memang merancang nak mengeluarkan model terbaru Myvi tahun depan, dijangka enjin 1.5l bagi menggantikan Myvi sedia ada. Info dan gambar ini saya ambil dari saluran07.blogspot.com dan blogtue.blogspot.com


11 Komen

Exora misteri ditemui lagi!!!

Exora misteri ditemui lagi!!! Spyshots ini telah Mohd Faizal Nayan di Cameron Highlands. Ada kemungkinan ini adalah mule untuk model akan datang Proton Persona R atau Softroader yang bakal dipamerkan di KLIMS tak lama lagi. Mule ini cuma  penyamaran untuk test enjin/gearbox/chassis ataupun load test.

Gambar-gambar ini telah diambil dari Paultan.org & untuk mengetahui lebih lanjut mengenainya layari paultan.org


31 Komen

Clay model Persona R???

Perbandingan dengan Proton EMAS concept punya “syling cues” :

Yang kita nantikan selama ini telah muncul..Adakah ini dikatakan clay model Persona R yang dipamerkan di Bukit Jalil baru-baru ini? Dari segi rekaan memang terarah kepada design language akan datang Proton. Elemen Proton EMAS banyak terdapat pada clay model ini. Gambar ini telah diemailkan kepada saya sebentar tadi oleh bro Jason Luc. Info terkini yang dia dapat dari staff R3 ialah mengenai turbo kit kepada owner enjin CPS yang sedia ada. Kuasa enjin dijangka bertambah kepada  20HP & 13NM yang menjadikan enjin CPS tersebut berkuasa 145HP & 163NM. Terima kasih kepada bro Jason Luc kerana sudi berkongsi gambar & info ini bersama kita.. 😉


6 Komen

Kereta inovatif Proton di Festival Malaysia Innovatif 2010, Bukit Jalil!!!

Ini adalah kereta inovatif yang telah dicipta oleh kakitangan Proton dengan bahan “recycle” dari kilang yang dipamerkan di Festival Malaysia Innovatif 2010, Bukit Jalil. Dengar khabarnya ada clay model skala 1:3 Persona R juga dipamerkan, tapi malangnya gambar yang “most wanted” tu xde dalam ni.. 😦 gambar-gambar ini telah diambil dari blog www.ninja20.com lagi imej dibawah :


26 Komen

Apa yang bakal dipamerkan Proton di KLIMS?

Info ini saya dapat dari blog prodas.wordpress sebentar tadi. Menurut sumber yang dia dapat Proton bakal mempersembahkan 7 buah model dipameran tersebut. Antara model-model yang bakal dipersembahkan ialah

  • Proton SAGA facelift
  • Proton INSPIRA R3 ( Extreme )
  • Proton INSPIRA Patrol Car ( belum disahkan )
  • Proton Exora hybrid, electric atau turbo ( belum dipastikan yang mana 1 lagi )
  • Proton EMAS prototype ( belum disahkan )
  • Proton Persona R concept clay model ( kemungkinan skala 1:3 )
  • Proton Softroader ( SUV / Crossover ) concept ( khabar2 angin, kemungkinan based on Exora atau model lain )

Sama-sama kita nantikannya.. harap la info ini tepat..tq bro prodas sebab bagi info ini, layari prodas.wordpress.com untuk maklumat lanjut 🙂