funtasticko design

http://funtasticko.net

Proton EMAS pasaran India bakal guna platform Nissan Micra/March ???

28 Komen

Semakin hangat diperkatakan sekarang tentang berita ini, samada sahih atau sekadar khabar angin masih lagi belum dapat dipastikan.  Menurut Autocar India, Proton bakal menggunakan platform global compact V Nissan Micra/March versi terkini untuk model produksi Emas dipasaran India. V bermaksud “versatile”. Platform ini akan “dilesenkan” oleh Nissan kepada Proton untuk dibangunkan menjadi Proton Emas versi produksi. Menurut sumber, platform ini boleh mengurangkan berat kereta dan mengurangkan “part” kereta sehingga 18%. Selain itu ia juga boleh diadaptasi kepada pelbagai pasaran yang mempunyai peraturan yang berbeza. Adakah berita ini benar? Sama-sama kita nantikannya. 🙂

sumber : Autocar India

Advertisements

28 thoughts on “Proton EMAS pasaran India bakal guna platform Nissan Micra/March ???

  1. Boleh percaya ke berita ni ?

    • ntah la bro, harap cuma spekulasi atau khabar2 angin aje..bukan pe, platform emas kan dah ada, siap boleh jadi 6 variant lagi..so xperlu la pakai platform lain kecuali Proton xbeli paten tu dari ItalDesign.. paling tidak enhanced platform Savvy/Saga utk jadi based Emas.. 🙂

      • Saya pun harap macam tu,tapi kalau betul pun mungkin untuk model pasaran India sahaja agaknya,bukan kereta global Proton.
        Trend sekarang pun dah fokuskan pasaran kereta di India.
        Macam apa yang Hyundai buat sekarang dengan adanya i10 dan i20 yang di develop di India untuk jimat kos.

      • rasenye ade isu la pasal patent tu lps vw beli italdesign…ntah2 x sempat register under nama proton..sedihnye kalau betul

      • huhu… x kisah ar kalau proton nak guna platform V nie kalau mmg betul diorg ada masalah copyright platform dari original platform EMAS tu selepas VW ambil alih Italdesign. Harap2 platform nie lebih baik. Tapi jgn ar plak mengubah rupa EMAS nie sperti yg kita ketahui rekabentuknya tu. Kalau mcm Nissan March …mmg x lawa:(

        cheers!

  2. jikalau platform ini begitu versatile, why not kan? why not as in cost saving, time saving and new thing to learn if it is true that it can save up to 18% parts making for this type of car 😀 . smart moves by proton i say if this is true.

    *kat paultan org2 kureng faham ape maksud platform sharing/licensing hentam/bash proton mcm nak rebadge inspira pula…typical betul..

  3. setakat guna platform v x jadi masalah. yg penting design emas tu proton punya. hala tuju masa depan la katakan.

  4. asx dh launch kt malaysia……….140k tp xde 4wd function walaupun ia sebijik crossover ala2 SUV

    i think proton should rebadge ASX with 4wd funtion………sell it as proton SUV with cheaper price, and target it for international market…..at least proton can add new variation in its product….no use to develop new model for small market, but proton need to add more model in its stable to ensure it can penetrate more international market…………

    • no need la. proton sekarang tengah bina suv untuk Youngman. Leps 2 proton akan beli balik model tu and create another one. This is more minimum cost rather than rebadge. PROTON dapat duit dari deorang dan beli balik dengan kos yg minimal.

  5. Berita automotif dari india bisanya lebih kepada rumor aja… banyak tak betul.. dan aku harap ni pun tak betul jugak. sayanglah kalo platform emas disia siakan selps dilabur banyak. dan aku pasti berita ni tak betul. hehehe. selalu aku survey blog otomotif india.. banyak tak tepat.

  6. lebih baik kita jengok2 blog automotive negara china. lg byk faedah.

    • betul. Deorang nye berita best jugak.
      dah bebulan exora lunch, Saya pun terkejut gak bile tengok ada exora kat china. Penuh ngan tape. jadi mmg tepat deorg kate youngman mintak proton tolong deorang dalm pembangunan kereta mpv and suv..

  7. Off topic:
    Kemungkinan Lotus Esprit sahaja yang akan dijadikan production model.
    Harap2 sekurang2 nye satu lagi kereta akan dijadikan production model iaitu Lotus Eterne
    Sekurang-kurang Nya baru boleh bersaing dengan luxury sports car.

    • tu la, Lotus xde dana nak develop..ruginya kalau plan tu x jadi

    • Dari awal kita dah skeptik, Lotus perkenalkan terlalu byk model dalam satu masa. Tapi xmengapa, mungkin Lotus nak bagi signal bahawa ia berkeupayaan merekabentuk sesuatu diluar tradisi kebiasaan Lotus.

    • Berita yg disebutkan itu bahawa Lotus Currently hanya dok develope Esprit.. bukan bermakna hanya itu yg dia akan keluarkan… tapi priority dan fokus adalah Esprit. nak fokus sekaligus 5 buah mana boleh. Jadi kenalah faham berita tu.

      Lagipun bukankah telah diberitahu sebelum ini bhawa model2 lain semuanya akan diderived dari platform Esprit.. tu la sbb kena Fokus priority terhadap Esprit dulu.. dan siapkan esprit dulu.

      cheers.

  8. Proton sedang mendonia sekarang… hhihi

  9. saja sesekali nak spam blog campro dgn youtube.. hihi
    baru jumpa berita tv Uk.. mengenai agung lawat lotus hari tuh.. siap test track dgn evora.. huhu

  10. Tak kira ah …pakai platform Nissan ker? Design by ItalDesign ker? yg penting ader logo proton dengan harga yang setanding dengan produknya…musti aku sokong 200%..Proton Boleh!!!!

  11. Dengar Tun Mahathir kata, Proton akan keluarkan kereta hybrid tahun depan dan harga
    RM 100K ke bawah… Mungkin ini refer proton exora hybrid atau saga EV tu kot…
    Tak mungkin EMAS, sbb EMAS tahun 2012 kan…
    Kalau EMAS harga RM 100 K ke bawah, mungkin tak berbaloi utk memilikinya…
    Harap proton buat EMAS dua versi iaitu versi hybrid dan enjin biasa mcm Honda duk buat skang… Ada civic hybrid dan enjin biasa… Sbb hybrid nie mahal kosnya…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s