funtasticko design

http://funtasticko.net

Exora Range Extender EV & Saga EV diperlumbaan Future Car Challenge!!!

26 Komen

Ini merupakan gambar kereta Proton yang mengambil bahagian di dalam perlumbaan Future Car Challenge yang berlangsung 6 November 2010. Proton telah menghantar 2 model pra produksi iaitu Exora Range Extender EV & Saga EV. Secara tidak langsung penyertaan ini juga sebahagian daripada R&D yang dilakukan sebelum kereta ini dipasarkan pada masa depan. Jarak perlumbaan ini adalah sejauh 60 batu, iaitu bermula dari Madeira Drive, Brighton & berakhir di Pall Mall & Regent Street, London.

sumber : www.lotus-forum.be

Advertisements

26 thoughts on “Exora Range Extender EV & Saga EV diperlumbaan Future Car Challenge!!!

  1. Proton berada di kedudukan berapa dalam perlumbaan ini..?

  2. satu persaingan yg sihat πŸ™‚

  3. PROTON tak dapat apa2 award dalam future car challenge tu. boleh rujuk di http://www.facebook.com/pages/Future-Car-Challenge/136698019713522 untuk list lengkap pemenang mengikut kategori masing2. Tapi Lotus ada dapat 2 trophy

  4. Exora Range Extender yg develop by Lotus tu ke?

  5. kt buletin utama td ckp ada dpt award terbaik, award ape.. Ada sesapa boleh confirm?

    • Kalo ikut satu sumber.. Exora menang dalam kategori Hybrid… sbb situ ada banyak kategori. 1 litre dapat 50 km.

  6. range extender terbaik kot?

    • kereta.info tu tak sebut pulak sumber dia… aku tengok facebook brighton race tuh exora takder pun dalam senarai yg dapat award… dalam official site dia pulak results belum diletakkan.

  7. exora won best range extender products.. update from tv3 news

  8. congratzz to proton..sy pon xpasti ttg challenge ni tp kat sini proton dah buktikan sesuatu kan…hope proton lebih success..kite sume mau proton cpt2 naik sbg pengeluar kete yg terkenal..gudluq proton

  9. dalam buletin utama tadi dia bagitau exora range extender dapat award for best range extender vehicle.

  10. Exora menang pun tak bangga sangat .. sebab range extender dua biji je yang participate .. so tak no 1 .. no 2 .. correct me if im wrong ..

    Saga hybrid .. so hybrid kite tak cukup power la kalau tak menang tu .. πŸ˜€

    • mmm… kalau ko x bangga, saya bangga bro… mana taknya, proton just masuk suka2 just nak uji kereta hybridnya dan tak sangka plak exora hybrid nie menang award dlm kategorinya. Dlm berpuluh2 kereta hybrid dan banyak company terkemuka yg join challenge nie, menang salah satu kategori masih x bangga ker?

      …pperrgghh.

      cheers!

      • Bangga bro .. tapi kita antara terawal pakai range extender .. 50km/l .. sape tak nak kan .. πŸ˜›

        tapi no 1 daripada 2 .. no dua tu vauxhall ke ape ntah .. 2 contestant je .. tak meriah sangat la untuk kategori tu .. tapi still bangga .. jgn risau ..

        ni pun salah satu step proton untuk menyakinkan rakan kongsi dalam pembinaan kereta hybrid/electric ni .. kalau tidak susah nak “hasut” orang joint venture dengan proton .. mmg bangga .. sorry kalau terasa kawan2 .. mungkin agak kasar ayat tu ..

      • betul2..
        tapi saya masih tertanya2, sape partner proton yg disebut2 ari tu..

      • Macam Frazer-Nash salah satunya .. sebab paultan qoute yang mamat drive saga EV tu dari kompeni tu ..

  11. eh salah .. saga Electric Vehicle (EV) .. bukan hybrid .. EV 20 kete masuk .. Range extender dua biji je .. πŸ˜€

    http://www.futurecarchallenge.com/docs/BLFCC%20-%20Entry%20List.pdf

    • Kalo macam tu maknanya tak banyak lagi syarkat lain yg bersedia perkenalkan range extender.. maka ini satu peluang yg baik untuk proton dominasi keter berRange Extender nih sedunia . go go

  12. Itu la point utama diorang masuk rasanya .. bukan untuk menang kalah sangat .. untuk mencari partner yang sebenarnya .. πŸ˜€

    proton jauh beza berbandang 5 tahun lepas..

    • dan berharap tiada anasir2 utk ‘memendekkan’ tempoh perkhidmatan datuk syed zainal,faham2 jela peel org kita ni….
      aku respek dgn kewibawaan dsz mentransformasi proton…

      x silap ada universiti tempatan terlibat dgn projek kereta ni…dlm buletin utama ada sebutkan…

  13. kalau tak menang pun takpe. at least boleh ‘ukur’ kat mana kemampuan Proton dalam bidang alternative energy setakat ni. daripada syok sendiri sorang-sorang kan.

    tapi kalau dah menang tu… memang terbaek tak ingat meletup terangkat syok giler lah!

  14. baru baca dalam blog tun M..

    5. Exora mendapat tempat pertama dalam kategori Extended Range Electric Vehicle (kereta elektrik yang ditingkatkan jarak perjalanannya) serta juga memenangi dalam semua kategori termasuk kereta elektrik (EV – Electric Vehicle), kereta yang ditingkatkan jarak perjalanan (extended range EV), hybrid (menggunakan enjin petroleum dan elektrik bersama) dan minyak disel.

    6. Exora mencatat ekonomi penggunaan petrol sebanyak 136 batu (miles) bagi satu gelen. Tempat kedua hanya mampu mencatat jarak 62 batu (miles) bagi satu gelen – iaitu kurang separuh daripada kebolehan Proton Exora.

    7. Keputusan pertandingan ini jelas menunjukkan yang teknologi Proton jauh lebih baik daripada teknologi lain-lain jenama.

    8. Sementara itu Proton Saga elektrik juga mendapat kemenangan tetapi syarikat-syarikat lain membuat protes. Pihak Proton telah membantah terhadap protes ini.

    9. Selain daripada kurang mencemar udara dan jarak perjalanan bagi satu gelen petrol kereta Exora dan Saga mampu memuatkan jumlah penumpang sepenuhnya dan bootnya (tempat simpanan barang) juga mempunyai kapasiti biasa. Hampir semua kereta lain terpaksa menggunakan boot dan tempat duduk belakang untuk bateri.

    10. Kejayaan Proton dalam pertandingan ini membuktikan kemampuannya bersaing dengan syarikat-syarikat gergasi dunia dalam teknologi elektrik, extended range electric dan hybrid.

    11. Proton sedang bersiap sedia untuk mengeluarkan Saga Elektrik dan Exora Extended Range untuk pasaran dunia. Buat kali pertama Proton mempunyai harapan untuk bersaing dalam pasaran kereta bermotor di seluruh dunia.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s