funtasticko design

http://funtasticko.net

PROTON beli 25 peratus ekuiti Renault F1 team!!!

33 Komen

Proton dikatakan bakal membeli 25 peratus saham pasukan Formula 1 Renault, yang bakal dilupuskan oleh yang dimiliki pengeluar kenderaan Perancis, Renault SA, minggu ini. Jika ia berlaku pasukan tersebaut bakal dijenamakan semua sebabai pasukan Lotus -Renault musim 2011. Ini bakal meyaksikan 2 pasukan yang membawa nama Lotus dalam Formula 1 tahun hadapan selain pasukan Lotus Racing/Team Lotus yang telah melengkapkan musim pertamanya.

Proton juga bakal menjadi pemegang saham kedua terbesar pasukan tersebut selepas Genii Capital SA, firma pelaburan persendirian Luxembourg, yang memiliki 75 peratus pegangan ekuiti.  Selain itu PROTON turut memperoleh akses luas kepada pembangunan teknologi enjin F1. Ia dijangka menghasilkan satu pemindahan teknologi enjin yang besar kepada PROTON bagi pembangunan produknya untuk pasaran domestik dan antarabangsa pada masa depan.

PROTON melalui anak syarikatnya Group Lotus muncul sebagai penaja utama dalam kumpulan perlumbaan baru itu dan ia akan membabitkan urus niaga berjumlah 30 juta euro (RM127 juta) setahun bagi tempoh lima tahun. Renault, juga akan kekal sebagai pembekal enjin utama kepada kumpulan perlumbaan baru itu selain meneruskan peranan pembekal enjin kepada dua lagi pasukan F1, iaitu Red Bull dan Lotus Racing tahun depan.

sumber : Berita Harian

* Apa pendapat anda? Tak lama lagi bakal ada 3 pasukan dari Malaysia sertai Fomula 1, iaitu pasukan MercedesGP Petronas, Lotus Racing/Team Lotus dan juga Lotus -Renault…satu perkembangan yang menarik bagi negara kita.. Pasukan Renault pun bagus sebenarnya, ada pelumba hebat macam Robert Kubica, harap merasa la naik podium tahun depan.. 🙂

Advertisements

33 thoughts on “PROTON beli 25 peratus ekuiti Renault F1 team!!!

  1. hmm… bagus utk penjenamaan proton n lotus… harap peluang yg ada ni diguna sebaik nya untuk membangunkan engine dimasa akn datang…

  2. mmm…. patut ar proton just lesenkan nama lotus utk F1 lotus racing tu. Sbb diorg ada plan lain utk meningkatkan penjenamaan lotus-proton di arena F1. sekali gus meningkatkan profile company. Bila profile meningkat, mudah ar diorg nak buat loan bank selain mengharapkan pinjaman di bawah skim geran melalui dasar automatif negara tu:)

    Cara nie gak akan mempopularkan jenama lotus dan mempromosikan jenama lotus utk bersiap sedia dgn model2 terkininya yg bakal bersaing dgn ferrari, bugatti, lambo dll.

    cheers!

  3. tindakan bijak…

  4. Saya tak berapa setuju tentang penglibatan Proton dalam F1. Proton mungkin perlu fokus penglibatan dalam WRC. Rally ni ibarat grass-root Proton sejak Proton PERT dahulu kala lagi. Bukan apa, kita dah nampak Proton dah mula bersaing secara kompetitif. Orang eropah dah mula kenal Proton Satria Neo.

    Dalam saingan F1, sepatutnya tumpuan diberikan pada jenama Lotus. (sebab Lotus lebih sinonim dgn F1 berbanding Proton). Tapi yela, duit Lotus duit Proton jugak..

    Kenyataan diatas semua berat sebelah. Maklumlah penulis komen ialah peminat rally.huhu

    • kalau pikir2 balik pun saya pun mcm tu. Sebab kalau tengok sekarang, Memuk berjaya dalam naikkan prestasi proton dlma dunia rally. Dan kalau proton cube beri attention kat irc and aprc kan ok. Sebab proton dah ada sejarah sendiri. lagipun Kalau F1 perkenal sekadar jenama sehaja. Kereta org x kenal pun..

    • yup. dlm F1 diorg tentu highlight jenama lotus lebih. Utk rally nie ar sesuai sangat utk proton mencipta nama 😉

      cheers!

  5. kejayaan Proton dalam rally telahpun menjulang nama Proton dan Satria Neo (S2000).. mungkin dengan langkah ini, bakal memberikan kejayaan kepada Proton.. sebagai langkah permulaan.. manalah tahu lepas ni dapat jadi juara F1 pula 😀

  6. Rasanya ni taktik dany bahar nak takeover lotus sebnarnnya. banyak modal nak beli share tu kalau betullah cerita ni. tak mustahil lotus makin rugi teruk. Sama macam kes MV-Augusta. bila proton dah tak tertanggung terpaksa jual dengan 1 Euro sahaja. tak mustahil perkara ni terjadi dan dany bahar akan memiliki lotus.

    • http://www.motorsport.com/news/article.asp?ID=393861&FS=F1

      Mike Gascoyne has questioned Group Lotus’ apparent intention to enter Formula One next year in collaboration with the Renault team.

      Gascoyne is the technical boss at the team currently known as Lotus Racing, but the official naming license has been revoked by Group Lotus for 2011 and beyond.

      This year’s Lotus Racing cars have also run with branding of the Group Lotus owner Proton, but Gascoyne’s boss Tony Fernandes is reportedly dismayed the sports car maker did not embrace the opportunity to tie up with his team.

      And Gascoyne is now confused about the reports linking Group Lotus with a three-year EUR 60 million title sponsorship of Renault F1.

      “If they want to advertise their road cars, why spend so much money on it?” the Briton is quoted by Auto Motor und Sport.

      “With us, they could do it free of charge.”

      The German report said Group Lotus is currently running at a loss, meaning it is essentially subsidised by Malaysian tax-payers due to its Proton ownership.

      “The cynic might say they are going to blow away taxpayer money in Formula One,” said Auto Motor und Sport.

      • Berita pasal lotus rugi sampai duit tax rakyat Malaysia digunakan betul ke?
        Nampaknh informer kepada website tu mesti dalam kalangan die hard basher Proton.
        Statement salah boleh bertukar menjadi isu yang sensasi.
        Saya faham kalau statement tu kata Lotus mengalami hutang yang banyak.
        Bagi saya tiada istilah rakyat Malaysia menanggung Proton dan Lotus.Buktikan dulu dengan Cara yang betul.

      • yep.. mana ada hutang ngan proton atau lotus. Bank adalah..

      • Betullah. Lotus selama dalam tangan proton tiap-tiap tahun rugi. proton yang pump in duit untuk bolehkan lotus survive sampai hari ini. Pernah dengar tak cerita Pak Kaduk? Menang sorak kampung tergadai? Renung dan fikirkan.

  7. I smell something fishy on Danny Bahar. 1st, the plan to introduce 5 model at one shot. 2nd, this F1 involvement. Both take a lot of resource and can make Lotus in serious debt just like MV-Augusta before. If this happened sooner than we think, is it possible proton let go Lotus for again 1Euro to Danny Bahar? Think about it guys. A lot of Malaysians money involve in this. Khazanah own proton shares right. It is GLC.

    • Let Danny Bahar do his job 1st.. if he succeed Lotus & Proton will get the benefit, but if he failed this will become disaster to Lotus & Proton..let us pray he’s plan will success… 🙂

    • What I heard is they will only focus on the new Esprit,due to lack of fund.
      So what smell are you trying to describe?
      There’s reason why Dany Bahar want to do such thing,do you want Lotus to be forever like what they’re doing now?
      They should fight with all the big names out there,same goes to Proton.
      Lotus should be profitable and Dany Bahar is doing the right thing to
      bring Lotus to a higher level.

      • mmglah kena fokus satu2… kalau nak buat serentak 5 buah camana ? lagi pun pernah disebut bahawa model lotus yg 4 lagi akan derived dari Esprit.. so mmg kena siapkan Esprit dululah… buat2 satu2 lebih selamat.. bukan bermaksud yg lain disia siakan.

        btw mmg sah proton dok berbincang dgn renault
        http://pmr.penerangan.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=7881:16-nov-proton-beli-25-peratus-ekuiti-renault-f1-team&catid=412:2010-11&Itemid=27

        sbhgn berita :
        Katanya, selain memiliki kelebihan untuk bersaing secara individu tanpa bergantung kepada mana-mana syarikat lain dalam sesi perlumbaan F1 mulai tahun depan, PROTON turut memperoleh akses luas kepada pembangunan teknologi enjin F1.

        Katanya lagi, justeru, dengan akses luas itu, ia dijangka menghasilkan satu pemindahan teknologi enjin yang besar kepada PROTON bagi pembangunan produknya untuk pasaran domestik dan antarabangsa pada masa depan, sekali gus mengukuhkan lagi jenama PROTON di persada industri automotif antarabangsa.

  8. aku rase lotus group just nk dpt untung via renault-f1..psal tu depa sponsor
    team bagus dan klo nk dpt kn know-how f1 depa spatutnyer sponsor lotus group..

    • selain dari akses teknologi enjin f1 Proton juga bakal menjalinkan pakatan strategik dengan Renault-Nissan untuk membangunkan model Emas & kemungkinan model pengganti Perdana juga bakal menggunakan platform mereka nanti.. maknanya tujuan Proton beli ekuiti pasukan Renault F1 bukan setakat penglibatan dlm lumba je, rupanya Proton lebih cekap menghidu peluang lain yg lebih menguntungkan utk jangka masa panjang.. 🙂

      • jadi nanti kite boleh tengok perdana based laguna or attitude or etc.
        Tapi ape2pun renault saya paing minat Grand Espace. Tapi mahal sangat. Nissan Elgrand and Toyota alphard lagi murah

      • ataupun boleh juga bangunkan kereta guna platform Nissan juga..harap Proton buat la major changes gak pada design tu biar nampak berbeza..

      • mmm…. nie ar yg dinamakan biznes dlm F1. Mcm shampoo…2 in 1, 3 in 1, mgkin yg ini 5 in 1!…

        Go go proton!

        cheers!

  9. Kualiti PROTON! Siapakah yang harus DIPERSALAHKAN???

    http://prodas.wordpress.com/

  10. Proton dah memiliki Lotus berapa tahun? DSZ sendiri dah bagi statement sedikit sangtan input lotus untuk development kereta Proton sehingga hari ini. Sedangkan lotus yang dimiliki proton sendiri pun susah nak berlaku teknologi transfer, apatah lagi Nissan-Renault alliance? Ni cuma Renault-Nissan nak dapatkan duit segera sebenarnya. Cakap-cakap tentang modal berniaga guna pinjaman bank adalah betul, tapi pinjaman bank juga perlu dibayar. Kelab paling kaya, manchester united pun terbeban denagn hutang sebab glazer beli guna loan bank dengan interest yang sangat-sangat tinggi. mereka terpakasa jual Christiano Ronaldo sebab dapat tawaran yang baik. Team ni tiap-tiap tahun catat keuntungan, tapi disebabkan beban hutang kemungkinan pembelian pemain baru akan terbantut. Jadi fikir-fikirkan. Proton ni major shareholders adalah Khazanah dan KWSP, maknanya semua rakyat malaysia adalah stakeholders.

    • proton perlu brdiri sendiri tanpa lotus unless lotus bleh bg profit n teknologi..
      so lebih baik jual lotus kt tony…

  11. Sukar satukan Proton, Perodua

    Oleh AINUL ASNIERA AHSAN dan WAN NAJIB WAN DAUD
    bisnes@utusan.com.my

    SHAH ALAM 17 Nov. – Kerajaan dijangka membatalkan cadangan penyatuan operasi Proton Holdings Bhd. (Proton) dan Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (Perodua) kerana ia sukar direalisasikan.

    Keputusan tersebut dipercayai bakal diumumkan dalam tempoh terdekat.

    Sumber berkata, keputusan itu terpaksa diambil kerana kedua-dua syarikat kereta nasional itu memiliki model perniagaan yang berbeza, sekali gus menyukarkan proses penyatuan meskipun ia membabitkan campur tangan politik.

    Bukan setakat itu sahaja, kedua-dua syarikat juga mempunyai latar belakang yang berbeza kerana Proton merupakan sebuah syarikat milik kerajaan (menerusi Khazanah Holdings Bhd. yang merupakan pemegang saham terbesar Proton) manakala Perodua pula dikuasai oleh Toyota dan Daihatsu, katanya.

    Apa yang pasti, Perodua yang menggunakan model perniagaan berasaskan ‘rebadging’ atau penjenamaan semula pasti berfikir dua kali kerana penyatuan itu sudah pasti tidak akan mendapat keuntungan daripada cadangan penyatuan itu.

    ”Adakah anda rasa Perodua yang kini mencatatkan jualan besar melalui model-model ‘rebadging’ akan membuat pelaburan besar bagi mengeluarkan model sendiri?

    ”Berbeza dengan Proton kerana ia masih lagi membuat pelaburan RM500 juta hingga RM700 juta untuk membangunkan sesebuah model bagi pengeluaran besar-besaran.

    ”Perbezaan yang ketara ini menyebabkan cadangan penggabungan ini sukar dilaksanakan.

    ”Apa yang boleh saya katakan ialah cadangan penyatuan ini kemungkinan besar tidak akan berlaku kerana selain tidak memenuhi syarat asas objektif syarikat juga berbeza,” kata sumber itu kepada Utusan Malaysia di sini.

    Cadangan penyatuan operasi itu mula disuarakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada majlis makan malam sambutan ulang tahun ke-25 Proton pada 9 Julai lalu.

    Dalam ucapannya, Perdana Menteri mahu melihat industri automotif tempatan yang dikuasai oleh Proton dan Perodua dapat bekerjasama bagi membolehkan daya saing dan kompetitif ditingkatkan.

    Sebelum ini, Pengarah Urusan Kumpulan Proton, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamad Tahir berkata, penyatuan ini bukan bermakna Proton akan menguasai Perodua atau sebaliknya tetapi ia hanya berkisar kepada tumpuan bagaimana untuk menjadikan industri automotif tempatan lebih berdaya saing.

    “Malah Proton dan Perodua sebelum ini pernah bekerjasama yang mana Perodua telah membekalkan komponen kepada kami, bagaimanapun kerjasama ini mungkin dilihat lebih kepada penyatuan pembekal komponen, perkongsian peralatan dan teknologi serta kepakaran,’ katanya.

    Bagi Perodua pula, cadangan tersebut merupakan satu langkah positif yang membolehkan kedua-dua pihak mengoptimumkan pengeluaran masing-masing.

    Namun untuk menyatukan operasi, Pengarah Urusan Perodua, Datuk Aminar Rashid Salleh berpendapat adalah sesuatu yang menyukarkan kerana Perodua dimiliki oleh pemegang saham yang berbeza dan sedikit sebanyak menyukarkan cadangan itu.

    Sementara itu, pemerhati industri berpendapat, Perodua sudah berada ditahap yang selesa dengan penguasaan jualan melalui model-model yang dikeluarkan.

    Seorang pemerhati industri menyifatkan sekiranya cadangan itu berlaku, ia tidak ubah seperti ‘tidur sekatil tetapi mimpi lain-lain’.

    Sumber tersebut berkata, pembatalan cadangan itu tidak akan menjejaskan reputasi syarikat kereta nasional itu kerana Proton kini dalam kembali dalam landasan yang betul.

    ”Apa yang perlu diberi fokus ialah memastikan kualiti berada di tahap tertinggi untuk mengembalikan kepercayaan pembeli-pembeli untuk memiliki kereta-kereta keluaran Proton,” ujarnya.

    http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1118&pub=Utusan_Malaysia&sec=Ekonomi&pg=ek_01.htm

  12. Thursday November 18, 2010
    The battle between Lotus and Lotus
    Making a Point – By Jagdev Singh Sidhu

    IT looks like the fight over the use of the Lotus name in Formula One (F1) next year will take place on two fronts – the British legal system and race tracks.

    That scenario will unfold once Proton Holdings Bhd buys a 25% stake in the Renault F1 team and changes the name of the team to Lotus Renault.

    Lotus Racing, which is led by Datuk Seri Tony Fernandes, intends to change the name of the team to Team Lotus next season after buying the rights from David Hunt a few months ago.

    Fernandes, the team principal of Lotus Racing, has filed a suit in the UK to sort out the ownership rights to use Team Lotus against Proton which owns Group Lotus and insists it too can use the racing tradition of Lotus in F1.

    The unfolding of events will make an already confusing matter for some even more baffling once fans of F1 start to decipher just which team in on the track when the next season starts.

    Proton would emerge as the title sponsor of the Renault F1 team, a role that would carry immense branding and marketing benefits but also at a huge cost.

    A title sponsor generally pays tens of million of euros a season for that right and it’s no different to the amount Petroliam Nasional Bhd (Petronas) paid to have its name mentioned alongside Mercedes GP.

    The difference here is what that cost means to each company. For Petronas, it’s literally a drop in a bucket for the Fortune 500 company.

    The cost some say would be offset by the value it derives in marketing and branding, especially for its engine oil business.

    For Proton, the cost as a title sponsor could translate to over RM100mil a year, which some would suggest the money could be better spent on developing its own range of passenger cars to compete more effectively in its bread-and-butter segment.

    But Proton sees it differently. The company is now obliged to make something more of Group Lotus and that ambition was displayed when it revealed five new cars at the Paris Motor Show.

    That in a nutshell was a flexing of intent and whether it’s the right decision or a costly bet would be known in the coming years. But the use of F1 as a means to build the perception and image of a sports car company is also debatable.

    Yes, the success Ferrari enjoys in F1 has boosted the pedigree of the Italian car company immensely but Porsche, which has no direct involvement in the expensive F1 business, has not suffered one bit for excluding itself from the glamourous world of F1.

    Reading the comments of Fernandes prior to reports of Proton’s direct involvement in F1 raised the question whether there might have been a change of heart to the use of Team Lotus for the next season.

    Relinquishing the name Lotus for the upcoming season would have meant a financial penalty to his team as by qualifying 10th, Lotus Racing moved into the Tier 2 ranking of F1 teams and would get a slice of the sponsorship money.

    If it again finishes as a Tier 2 team next season, Lotus Racing would be ranked a Tier 1 team and that means even more sponsorship money.

    For small teams on a tight budget, such money is essential and to give up the use of the chassis name for the upcoming season would mean forgoing that cash.

    That option is now gone and that would mean Lotus Renault, which retains the Renault chassis name for now to capitalise on the team’s fifth placing and larger share of the sponsorship money, would go head to head against Team Lotus, which would also be powered by Renault engines next season.

    With so much in common, the fight between both camps would surely eclipse the bet Fernandes made and won with Richard Branson.

    ·Deputy news editor Jagdev Singh Sidhu wonders if the level of interest in the motorsport industry at home matches the involvement Malaysia has in F1?

    http://biz.thestar.com.my/news/story.asp?file=/2010/11/18/business/7450751&sec=business

  13. AirAsia airline entrepreneur Fernandes is expected to sell the Team Lotus name to Lotus Group but he said an alternative, albeit less likely, would be for him to acquire Lotus cars from Proton.

    http://malaysia.news.yahoo.com/rtrs/20101115/tsp-motor-racing-lotus-81ea673.html

  14. Saya bersetuju dengan artikel Mr. Jagdev Singh Sidhu jika dilihat bahawa objektif dan teras perniagaan Proton adalah kenderaan penumpang. Pembabitan dalam ralli ada sedikit sebanyak persamaan kerana model yang digunakan adalah model sama (dari luaran) yang dijual dipasaran.
    Pembabitan dalam F1 menuntut komitmen kewangan yang sangat tinggi dan setakat ini hanya Petronas yang dilihat berkemampuan untuk menanggung kos promosi ini. Apapun, pembabitan sebuah GLC perlu analisa yang lebih mendalam oleh pakar ekonomi.

  15. For more than a year ago, the offensive by Lotus employee Ferrari’s chief designer Donato Cocco and Ferrari head Luca Cordero di Montezemolo right-hand man Danny Bahar. In addition, got a bunch of executives from Aston Martin and Mercedes AMG offers they could not refuse (for economic reasons, it is believed). The nine new executives own 20 percent of the company, the remaining 80 are owned by Proton.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s