funtasticko design

http://funtasticko.net

Penggabungan Proton & Perodua sukar direalisasikan, apa pendapat anda?

9 Komen

Menurut www.utusan.com.my, kerajaan dijangka membatalkan hasrat penggabungan Proton & Perodua kerana ia sukar direalisasikan. Keputusan mengenainya dijangka dibuat dalam masa terdekat. Perkara ini sememangnya telah dijangka kerana kedua-dua syarikat berbeza model perniagaan & campur tangan politik pun tidak mampu menyelesaikan masalah ini.

Proton merupakan GLC yang membuat R&D mereka sendiri untuk menghasilkan model keluarannya manakala Perodua pula milik Toyota dan Daihatsu yang menghasilkan model secara “rebadging”. Perodua juga sekarang berada di “zon selesa/selamat” kerana menguasai pasaran tempatan & ia tidak memungkinkan Toyota dan Daihatsu melepaskan “lubuk emasnya” di negara ini.

Walaupun Proton & Perodua ada bekerjasama dari segi membekalkan komponen iaitu cylinder head enjin Campro, ia boleh dikembangkan lagi dengan penyatuan pembekal komponen, perkongsian peralatan dan teknologi serta kepakaran. Pendapat ini dinyatakan oleh Pengarah Urusan Kumpulan Proton. Dipihak Perodua pula, adangan tersebut merupakan satu langkah positif yang membolehkan kedua-dua pihak mengoptimumkan pengeluaran masing-masing.

Apa pendapat semua? Proton sekarang berada dilandasan yang tepat untuk mengembalikan reputasinya sebagai pengeluar kereta no 1 di Malaysia, manakala Perodua masih lagi mengukuhkan kedudukannya di pasaran tempatan. Bagi saya tak perlu bergabung, biarkan mereka dengan perniagaan masing-masing & kita cuma berharap pada masa akan datang akan ada kerjasama strategik antara kedua-dua pihak untuk menghasilkan kereta secara usahasama dengan R&D yang dilakukan sepenuhnya oleh anak tempatan. Perodua juga perlu menghasilkan model sendiri tanpa perlu bergantung sepenuhnya pada Toyota dan Daihatsu pada masa depan. 🙂

Advertisements

9 thoughts on “Penggabungan Proton & Perodua sukar direalisasikan, apa pendapat anda?

  1. X yah lagi bagus. Bukan pe. Perot2 ada mak bapak. Kan anak manja nak ape je dapat. Yg P1 lak ibarat sebatang kara. Mcm 2 cara buat nak cari makan. Belajar dari kesilapan. tapi sya harap nak manja nanti kene la berusaha untuk dapat sesuatu dan jangan duduk di zon SELESA. Nanti senjata makan tuan lak .. Sekian

  2. dan bro campro, napa still gune logo p1 yg lama. kan logo deorang yg baru hitam berchrome…

  3. x yah gabung. x de chemistry. Nanti tido satu bantal, mimpi lain2…

    cheers!

  4. Betullah tu, terlalu sukar. impossible. Perodua dah terlalu selesa dan terlalu untung sekarang ni. Proton pula sibuk nak involve dengan F1 via Renault melalui Lotus.

  5. Tak perlu bergabung. Proton macam the tarik kaw2. Pekat berbuih, ada feel, walaupun tak perfect. Perodua macam sirap ais tak cukup gula. Menghilangkan haus, tapi takat tu ajelah. Kereta Proton ada jiwa, ada ride & handling, enjin kuat (minyak pon sama). Kereta Perodua macam alat letrik-mesen basuh, periuk nasik, seterika. Efektif utk poin A ke B. Tapi takat tu je lah.

  6. saya rasa pn pada mulanya harus begabung.. tetapi malangnya memang dh dijangkakan mereka mustahil akan bergabung…kerana latar belakang mereka sungguh berbeza..

    perodua harus buat kereta dan R&D sendiri dahulu baru lh proton boleh bergabung..

  7. mmg impossible..kalau gabung apa perodua bleh bg?? enjin dvvt tu? bkn perot2 punye..toyota/daihatsu yg bekalkan,klu dah gabung bleh ke diorg kasi enjin tu kat proton,tanpa kebenaran toyot&daihatsu? ntuk perot2 plak diorg lg untung klu gabung dpt lotus/proton ride and handling,enjin cps/future cfe& iafm+ enjin..x payah gabung,proton byk member iaitu mitsubishi dan kabel besar proton iaitu lotus—->renault nissan alliance..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s