funtasticko design

http://funtasticko.net

Apa yang perlu ada pada “kereta global” Proton?

76 Komen

Pada 2012 dijangka Proton bakal mengeluarkan “kereta global”nya iaitu Persona R (Replacement) & EMAS city car. Ketika ini model-model tersebut sedang dalam proses R&D. Sepertimana yang telah diketahui, rekaannya dibuat oleh ItalDesign bersama Proton Design, bakal memberi wajah baru kereta Proton dengan rekaan yang berciri global agar dapat dipasarkan ke serata dunia. Apa ciri-ciri global yang perlu ada pada model-model ini untuk berjaya menambat hati bakal pembeli nanti?

Cadangan saya :

– Perlu menampilkan rekaan yang lebih agresif & sedikit radikal serta berciri Eropah agar mudah menembusi pasaran. Rekaan adalah elemen utama untuk menaikkan imej Proton, formula ini telah berjaya dilakukan oleh Hyundai & KIA.

– Rekaan yang boleh dipelbagaikan kepada versi-versi lain sebagai contoh Persona R ada versi hatchback, coupe atau wagon.

– Grille trademark Proton mesti ditonjolkan pada model-model ini agar orang ramai mengenali kereta Proton, buat masa sekarang belum lagi nampak keseragaman antara model-model Proton.

– Rekaan dalaman yang lebih futuristik, mesra pengguna

  • menggunakan “soft plastic” untuk dashboard & penggunaan warna yang lebih gelap supaya mengelakkan dari digelar sebagai “cheap plastic”
  • steering wheel+gear knob+armrest wajib dibalut kulit agar lebih sedap dipegang selain menampakkan ciri kemewahan walaupun pada variant asas.
  • penggunaan meter yang lebih canggih & banyak informasi (sebaiknya digital).
  • aksesori yang lebih “upmarket” supaya menambahkan ciri kemewahan model tersebut seperti Electro Chromic Mirror seperti yang terdapat pada KIA Forte
  • seat yang lebih baik agar selesa semasa perjalanan jauh

– Penggunaan enjin yang lebih berkuasa, efisien, menjimatkan minyak & mesra alam seperti Campro FE (turbo), IAFM+, Hybrid, Elektrik dengan Range Extender, sebaik-baiknya menggunakan blok aluminium untuk mengurangkan berat kereta serta kotak gear berteknologi tinggi seperti manual 6 kelajuan, CVT & Dual Clutch untuk versi sport.

– Ciri-ciri keselamatan yang tinggi & dijadikan ciri asas kepada kereta masa depan Proton, sebagai contoh 4 airbag sekurang-kurangnya, ABS, EBD, kerangka kereta yang kukuh serta penggunaan lebih besi seperti Super High Tensile Steel yang lebih kuat dan ringan.

– Ciri-ciri yang canggih seperti BCM, Light & Rain sensor diletakkan sebagai aksesori wajib pada setiap model.

Suarakan pendapat anda… terima kasih bro Savvy88 kerana mencetuskan idea ini.. 🙂

Advertisements

76 thoughts on “Apa yang perlu ada pada “kereta global” Proton?

  1. saya paling nak sangat adalah dari segi performance and safety.
    seperti yg bro camprp sebut dari segi performance kalau leh x nak la engine campro digunakan. Kite semua tahu campr auto mmg sluggish melainkan org yg reti main gear auto. Berkenaan safety lak, saya harap basic pun kene ada 2 seatbelt pretension and a airbag. sebab kite tahu seatbelt yg pertama sekali tolong kite dalam ape2 kemalanga. Dan kalau yg highspace diharap ke lima5 seat ada pretension(kalau ada 5 seat la). Harap ada extra equipment untuk safety. Kalau setakat, 2 airbags, pretension seatbelt, abs, ebd, bebd tu dah kira biasa sangat. ..

  2. Pada saya perkara yang paling penting untuk menaikkan nama Proton ialah kualiti.Design pun perlu selaras dengan zaman yang serba moden.
    Crash test rating pun perlu mencapai sekurang-kurangnya 4 bintang minimum.
    Engine juga perlu ada teknologi yang tinggi,supaya jimat minyak.
    Handling kereta Proton yang sudah bagus perlu lagi ditingkatkan.
    Bagi saya Proton perlu buat kajian tentang handling yang boleh dijadikan safety features.
    Harga pun kenalah kompetitif agar dapat bersaing dengan jenama2 lain.

  3. Saya nak Putra Turbo.

  4. mmm…bagi saya, apa yg perlu ada pada kereta global pertama proton; satu, rekabentuk yg memikat n sporty nie penting, first impression utk tarik pembeli global. Kalau design haprak, letak ar cam ne pun tekno. Matlamat utk jualan tinggi x tercapai.

    Ke-2, kualiti ditekankan. Dari byk segi ar, pen’detail’an kat banyak sudut; kemasan komponen, design, material dll. Pengguna global nie agak cerrewet n mementingkan perfection:) Maklum la bila global, diorg ada banyak pilihan. Mereka rasa berhak mendapat yg terbaik setimpal dgn apa yg mereka bayar (beli).

    Ketiga, tekno; yg nie sure engineer proton dah buat kajian n perbandingan kereta2 global yg lain. Yg nie no komen ar, serahkan pada yg pakar. Apa2 pun semua nie mesti ada kelebihan n ciri unik yg tiada pada kereta lain. Dgn kata lain menepati kehendak n citarasa pengguna. Yg nie kena buat kajian ar sket kot.

    Ke-4; harga yg competatif – yg nie mencabar ar sket kot. X semestinya bila global car mesti mahal. So, harga mesti ar ada value for money (rujuk kat point 1, 2, 3 ) 🙂 Nie penting bagi company kecil seperti proton menarik perhatian pembeli.

    Ke-5; safety; Crash test 4 star dah memadai, dll.

    ke-6; servis selepas jualan kena tip top. Mesra pelanggan n caring;) Nie penting supaya kereta global proton nie bukan dibeli utk yg pertama dan terakhir 😉 Proton bukan sahaja jual product tapi servis.

    yg lain2 tu kawan2 tambah k!

    all the best proton;)

    my 2 cents!

    cheers!

  5. mungkin boleh pkai enjin nissan HR12DE atau HR12DDR.

  6. X silap saya Proton pernah kata yg Persona R menggunakan Kia FOrte sebgai model benchmark diorang kan.. sy nk sgt tgk features yg ada kt forte ada kt persona R.

    -sy mmg minat design n features kt forte tu, contohnye electro-chromic mirror dan auto-dimm mirror.

    -selain tu, perlu ada anti trap windows utk semua pintu.

    -engine campro FE (turbo) yg save minyak tp power mcm engine volkswagen golf n polo baru.

    -dashboard design kene up market dan praktikal, xnak trlalu ringkas mcm saga.

    -lampu depan ada gaya european mcm kete VW dan hyundai, klau leh ade projector lamp.

    -keyless entry dan start stop engine button.

    -ICE pkai touchscreen mcm kete lancer EX. siap ada GPS built-in

    -rekaletak button yg ergonomik, jgn ulangi kesilapan pd waja dlu.

    -design meter combi yg cun dan ade lighting cun mcm forte.

    -perlu letak tmpt spek kt atas mcm kete2 skrg.

    -last sekali logo Proton kat steering tu mesti yg kilat mcm waja, xnak yg cm skrg, nmpk murah sgt steering tu.

    dan semua ni perlu la dilakukan dgn kualiti brtaraf dunia dan servis yg top, baru la Proton boleh jd global player..insya Allah..

  7. aku nak sentuh sikit pasal meter…

    kereta global angan angan aku, kat meter dia tuh semua ada
    aku gantikan meter kepada perkataan “paparan skrin”

    boleh tukar tukar… waktu pandu biasa, paparan standard macam kereta biasa.
    waktu mengundur atau parking boleh ditukar kepada view video yang letak kat bonet belakang , tepi bumper. tak perlu panjang panjang leher tengok bumper depan.. hahha..

    pada “paparan skrin” tu dah ada gps dah, tekan je butang, paparan dah tukar ke gambar peta lak… letak suara diana danielle ke… suara Mila ke tak kesah la… ” lagi 500 meter, ABANG belok kiri yeeeee…”

    yang paling best, kalau bawak kereta malam malam… dalam gelap kawasan hutan lak tu… pada skrin tu ada mod “night vision”… boleh nampak objek jauh kat depan yang lampu depan kereta tak sampai… tak le kes langgar lembu, kerbau, gajah, bab*…
    tapi agak ngeri gak sebab kamera “night vision” nih boleh nampak hantuuuu… huhuhu..

  8. ade penhkomen kt blog Prodas kate design persona R ni ala2 BMW 3 series.. die siap bg gmbr sketch lg. nah..

    apa pendapat korang?

    • Kalau dah persona R punya styling sebijik macam BMW,confirm lah banyak rakyat Malaysia yang dah ready nak beli Dan terus lekat logo BMW,dulu Mitsu nanti BMW pulak.hehe
      Seeloknya biarlah lain dari yang lain dan unik.
      Harap2 itu sekadar sketch.

    • Project Aurora?? amende tuh…

      • tu cuma zane punya sketch..ada kemungkinkan sketch yg dia buat tu ada sikit element persona r kot, tapi melalui gambaran dia la..tapi sketch dia memang menarik, memang dia industrial design punya org rasanya..

  9. yg ini pun best gak. sebab dalam kereta proton pun ada hantu(iklan seatbelt).

  10. Hah, aku paling suka kalau Bro Campro CFE buka thread nih..Ruang utk melontar idea yang terbuku di hati.heheh..

    Apa yg kawan2 ckp kat atas tu semuanya betul. Proton perlu belek2 sikit pasal benda2 yg remeh seperti tombol aircond sampailaa kepada perkara yang paling obvious utk dilihat seperti design..

    Utk menjadi pengeluar global, Proton perlu benchmark model akan dtg dengan model global. Cth, Kia Forte dan Peugeot 308 (sekadar merujuk kepada model yg ada di pasaran Malaysia). Saya minta sgt Proton xpayah benchmark dengan Vios atau City. Kenapa? sbb kedua2 model ini bukan model yg betul2 global..

    Penggunaan material ie plastic dashboard, steering wrap, mestilah dari jenis yg berkualiti. (barang baik, mahal sikit takpe). Safety feature mestilah sekurang2nya 4 airbag, ABS dan EBD, seatbelt dgn pretension, Isofix, dan traction control, ESC dan tyre pressure monitoring system sbg pilihan premium.

    Paling penting, rekabentuk wajib cun. Carilah identiti sendiri. Global. No more Japanese. Kereta cantik, orang mesti beli. Dan tak perlu ikut sangat selera rakyat Malaysia. Penuduk Malaysia hanya 28juta orang. As global player, Proton perlu menarik hati penduduk dunia. (Bukan penduduk Malaysia je)

    After sale kena bagus juga. Emergency Break-down Service kena ada. Proton i-care terus terang saya cakap, masih tak boleh percaya. Bayar some cash on the spot, tapi tak boleh solve problem. (Sbb saya pulak yg lagi pandai daripada technician Proton i-care). Proton Service kena pertingkatkan lagi. Para mekanik2 Proton perlu tanamkan sikap ownership terhadap kereta pelanggan. Bila ikhlas, insyaALLAH, kereta yg anda repair tak masuk bengkel dgn masalah yg sama.

    Pergh..byk tak bro campro?huhu

  11. the ‘people’ ave spoken!

    proton do ur best and makes us proud to call u a national brand!

  12. proton perlu tingkatkan quality n spec kete…
    design jge perlulh sdap mte memandang…

  13. bila bercakap soal ini, kita banyak mengambil contoh dari benchmark2 yg ada terkini. aku yakin proton juga melakukan sedemikian cuma maybe bencmarking itu haruslah lagi tepat dan detail. namun soal keupayaan sekarang dan future possibilities juga kena ambil kira di mana adakah mampu atau tidak.

    ape yg penting satu pelan perancangan yg rapi yg mengambil kira semua aspek kekuatan dan kelemahan proton. on styling matter rasenye proton dah cukup dewasa utk utarakan design2 yg lagi menawan n mengikut market yg di fokus. pengalaman mengajar proton akan erti kesilapan besar, namun perbincang sperti ini amat lah di perlukan dan harusnya di pandang serius oleh proton kerana proton tidak bole aja mengambil kira pendapat org2 di dlm syarikat shj, pendapat org2 ramai yg meminati proton juga perlu.

    apa yg proton perlukan skrg dari pendapat sy adalah:
    1. styling n design sehebat audi, bmw, vw dan kia/hyundai
    2. quality dan technology sprti vw dan kia/hyundai
    3. marketing plan n segment sebagus toyota, vw dan kia
    4. management sebagus toyota, vw and audi

    hehe..tp rasenye pendapat sy ini sama la sperti saudara2 semua..semua yg kita inginkan adalah top notch bagi proton utk maju..huhu

  14. Bila kita tengok kereta model baru, biasanya kita akan menilai dari segi:

    1. Rekabentuk & ciri-ciri bahagian luaran – selain dari bentuk bahagian depan,sisi dan belakang, kita juga akan menilai ciri-ciri lain seperti sistem suspension (multi link atau torsion beam), sistem brake(disc atau drum),jenis & bentuk lampu depan,belakang,cermin sisi serta lampu nyah kabus, rim dan tayar dan juga warna yg ditawarkan.

    2. Rekabentuk dan ciri-ciri bahagian cockpit – termasuk rekabentuk dashboard hingga ke floor console serta steering juga ciri-ciri yg ditawarkan seperti bahagian meter combi, radio, climate control, gear control,seat control,steering control serta door panel.

    3. Engine, tranmission & Safety

    Kesimpulannya:

    1. Rekabentuk luaran dan dalaman mesti memikat. Bagaimana untuk mengetahui design kita itu memikat bakal pembeli, dapatkan input dari pelbagai lapisan masyarakat secara rawak.

    2. Teknologi mestilah yang terkini. masyarakat kini lebih terdedah kepada pengetahuan. kalau kos menjadi halangan, boleh fikirkan global sourcing,dual sourcing atau amortise volume lebih tinggi.

    3. Setelah berada dipasaran, barulah kita akan mula memperkatakan tentang kualiti, penggunaan minyak, engine performance, handling, after sale service, kos penyelenggaraan dan juga keselesaan.

    Oleh itu saya berpendapat PESONA R mestilah memikat sesiapa juga pada pandangan pertama………”Cinta Pandang Pertama”

  15. selling the car at 1st sight… 🙂 itu yg penting di dlm design… namun keputusan rekabentuk haruslah di buat dgn teliti dan berdasarkan pendapat majoriti (jikalau ada design research input n surveys)

    dlm rekabentuk keta ada beberapa perkara yg bole di ambil kira:
    1. sekali pandang mmg cun abis
    2. pandang lame2..2nd n 3rd view baru rase menawan
    3. setelah kat atas jalan 2 3 bulan or setengah tahun baru rase keta tu cantik n menawan

    ada rekabentuk kereta yg cun di atas rendering dan proposal design, ada yg cun bila di lihat model produksi sepenuhnya (live model). kunci di sini adalah mcmana nak mix n match rekabentuk (perasaan emotional in design choosing) agar cukup2 cun…

    sekali pandang dah tertarik..dua tiga kali pandang jatuh hati…bila pandang byk2 kat atas jalan raya terus rasa ‘rugi eh tak beli time promotion launching aritu’ hehehe….

  16. bagi aku plak la 😀
    lampu dpn kasi pakai CCfl ring….
    guna projector head lamp 😀

  17. off topic:
    nak tanya, kalau kemalangan, airbag still akan deploy ke walaupun kite x pakai seatbelt. Ke keluar gak..

  18. rsenye klo pkai SRS airbag x deploy…

    • saya dah google, tapi ada yg kate kuar ada yg kate x kuar. lagipun srs nh merupakan
      Supplemental Restraint System. tapi saya still confuse.;. Leh terang ngan lebih lanjut x. sebab ada org kata airbag still akan deploy kalau x pakai seatbelt dan ada kata x kan deploy kalau x pakai seatbelt.

  19. rasa klaau tak pakai seat belt mcm ne sensor airbag nk activate.. so kne pakai seatbelt la..

  20. saya mahu kereta proton yg baru lepas ni gunekan lock yg integrated dgn tuil pintu mcm waja dulu.. baru nmpk eksklusif..

    lagi satu, harap Proton dpt hasilkan model2 baru diorang lepas ni kat kilang tanjung malim, ye la klau dah nk jd global player, mesti kne keluarkan byk kn, kilang tg malim tu leh kuarkan smpai max 1 juta kereta setahun. gunakan ia sebaik mungkin. bila dpt hasilkn byk, akan dpt manfaat economy of scale. kos pengeluaran akan kurang dan dptla proton jual dgn hrga lbh murah tnpa menjejaskan keuntungan.

  21. Em,kalu proton punya,yg sy tahu kena pkai seatbelt,sbbnye safety reason,kalu xpkai seatbelt,airbag deploy bhaya,penumpang dahle t’campak kat depan,pas2 kena plak tampar blk oleh airbag,paras airbag dbahagian kepala n leher,bleh mnyebabkan leher pth blkg,so airbag bleh menyebabkn maut,bkn slamatkn nyawa. Sebab itu tali pinggang bg yg ada airbag ada load limiter n restrain,mengelakkn dr psangger t’lalu hampir dgn airbag bila deploy. Jgn plak cnfius restrain and load limiter dgn tali pinggang bila kita tarik,dia ada sangkut2 bila tarik,itu sume kete prtn ada,walupn xda airbag,tp restrain ngan loadlimiter ni khas 4 yg ada airbag sebab dia ada sensor spy impak bila airbag deploy dpt dkurangkn. Tp jgn t’kjt,grand livina and nissan latio,walupun ada airbag,xda menda tu,nk kurangkn cost katakn. Tp org malaysia xtau. Avanzapun sama. Brek dpn avanza xpkai ventilated discpun. So,naik genting,sndr mau ingatla.

  22. all i want is satria neo turbo. 6 speed

  23. hari ni surat khabar ade wawarkan berkenaan dengan pindaa akta pengakutan jalan. tahun depan semua kereta wajib ada air bag on the road 🙂

  24. and for the cheap low end proton, back to 8 valve high efficient engine workhorse engine. only torque thats count to match the economical cvt running gear or 5 speed gearbox with economical final drive. model like proton saga. or saga station wagon (but with intresting rear design with extra roof height rear if there is) would create a moto of cheap and accommodative proton. with huge cargo space and cheap to run with low fuel consumption. what more?, not to mention its humble but owning a style. that it could be a younger age cult car. while the older may use for pure function with money logic spent.

    this is a real everybodys car. its good its economical and not to worry how much good to bring along. from a done up enthusiast to a taxi driver, this very entry level proton and very affordable,, actually satisfying.

    although proton is well known with its sporty gene, rev happy engine.and sporting drive on other model range, there are people in that segment or category looking for that, where proton might want to fulfill.

  25. Off topik.. baru jumpa video rally proton kat facebook proton egypt tadi.. check punya check… berasal dari sini http://www.agl-motorsport.com/?lang=en

    agl motorsport rally guna satria s2000. sitenya cantik.. tapi tak faham dia punya bahasa.. hehehe… spain atau itali.

  26. Kerajaan Britain tolak permohonan pinjaman Lotus

    NORWICH – Pengeluar kereta sport Lotus merancang untuk menghasilkan kereta sport di luar Britain selepas kerajaan Britain enggan memberi pinjaman berjumlah £50 juta (RM248.80 juta), lapor akhbar The Sun kelmarin.

    Lotus memerlukan wang itu untuk menaik taraf kilangnya bagi mengeluarkan lima buah model baru selain model sedia ada, Lotus Elise yang mampu menawarkan 1,000 peluang pekerjaan dalam tempoh lima tahun akan datang.

    Ketua Pegawai Eksekutif Lotus, Dany Bahar memberitahu beliau terkejut dengan keputusan kerajaan Britain itu.

    “Saya tidak faham kerajaan (kerana tidak meluluskan pinjaman). Ini adalah peluang untuk membantu satu jenama ikon Britain dan mencipta peluang pekerjaan. Lotus mahu memohon pinjaman dengan terma komersial, bukannya hadiah daripada kerajaan,” kata Bahar.

    Lotus kini milik syarikat pengeluar kereta dari Malaysia, Proton sejak 1994.

    Pemilik syarikat itu merancang untuk mengekalkan ibu pejabatnya di Hethel, dekat Norwich untuk pasukan jurutera, pereka dan kakitangan pemasarannya.

    Keputusan mengeluarkan kereta sport Lotus di luar Britain akan mengurangkan permintaan terhadap tenaga kerja warga tempatan. Lokasi kilang barunya akan diputuskan sebelum Krismas ini.

    Syarikat Lotus diasaskan oleh seorang jurutera, Colin Chapman pada tahun 1952 yang pernah belajar di Universiti College di London.

    Kilang pertamanya ialah di dalam sebuah bangsal lama di London Utara milik keluarga kekasihnya.

    Operasi kilang itu kemudiannya berpindah ke Hethel pada tahun 1966.

    Jenama Lotus mula terkenal di seluruh dunia apabila ia menyertai pelumbaan Formula satu pada tahun 1958 dan memenangi sebanyak 79 perlumbaan.

    Kereta lumba ciptaan Chapman juga pernah dipandu oleh pelumba terkenal Britain, Jim Clark. – Agensi

    http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=1122&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_07.htm

  27. Proton rules out Lotus sale

    This is despite Proton receiving three unsolicited offers, including one from the current Lotus management led by Dany Bahar, to take up a stake in the loss-making subsidiary, Proton chairman Datuk Seri Nadzmi Mohd Salleh said.

    Lotus has been draining the finances of Proton for years as efforts to revitalise the British marque have not borne fruit as yet.

    It was reported that Lotus had received RM290 million cash from Proton. In another report quoting Nadzmi, Lotus was said to need RM500 million more over the next two years to develop new models.
    “We want to turn around Lotus. We have no intention to sell Lotus because it has strong branding and engineering capabilities. This will help Proton in many ways,” Nadzmi told reporters after Proton’s shareholder meeting in Shah Alam, Selangor, yesterday.

    Nadzmi added that Proton had yet to exploit the full potential of Lotus despite owning the latter for many years.

    http://www.btimes.com.my/Current_News/BTIMES/articles/PROT23/Article/index_html#ixzz15xt6emUp

    *Proton dah pump in RM290m ke dalam Lotus baru2 ini. Tapi hasilnya? Lebih baik R&D kereta baru di malaysia.

    • Kalau diorang lepas kan Lotus susah lah nak korek teknologi.

      • nak wat cam mana. Proton nh campony kecil je. Berbanding dengan china. walaupun Proton lama, tapi market kecil jadi untung kecil. Macam kat china. walaupu Geely baru je ditubuhkan, tapi sebab market mmg besar gile(ye la malaysia nh besar mane nak dibandingkan dengan china). Jadi untung kecil. Suah nak upgrade tekno. Semua pakai duit. Saya harap proton dapat kembangkan sayap ke ke kawasan lebih dalam di china. Plus Russia pun ok gak. Dan yg penting mesti banyak cawangan. Dalam isu Europestar Rcr, Org bising pasal branch Lotuscar(youngman Europestar) x banyak. Dan promosi pun dikatakan kurang. dalam kata lain, jika europestar juala kurang, proton pun kurang la untung.. sekian.

    • takat 290M tu xleh wat model baru pon..nak wat model baru pon makan hampir 1billion..proton lg bijak dr kita..xkanla nak mlabur kat tempat yg leh bankrupkan diorg..diorg pon ada penganalisis gak..290M yg dah labur tu byk yg proton dpt balik..teknologi2 yg proton dah dpt..tu yg penting..walopon model2 mcm gen2 n neo tu dikatakan produk kita tp sy rasa itu sume dna lotus or teknologi2 lotus..

  28. Nadzmi added that Proton had yet to exploit the full potential of Lotus despite owning the latter for many years.

    Chairman proton pun dah akui yang Proton masih tidak eksploitasi sepenuhnya input lotus dalam proton. RM290m tu adalah dipump tahun ini sahaja. kalau setahun RM290 juta, 5 tahun dah RM1.45billion. Bukankah cukup untuk develop model baru dengan kitar hayat 5 tahun?

    • apepon sy yakin proton tau ape yg diorg sedang buat..berkenaan kos saraan proton terhadap lotus tu..myb kita hanya nmpk apa yg proton bagi kat lotus..kite lak xnmpk apa hasil terhadap proton..dan saya yakin proton membuat langkah yg sepatutnya..kerana bagi saya lotus tu harus proton kekalkan….

      • yup. setuju. kena ingat. lotus tu milik proton. lotus-prootn tu adalah satu entiti. Apa yg proton buat utk lotus adalah sama pentingnya dgn apa yg proton rancangkan untuk pembangunan model proton sendiri. Mereka saling bergantung. Membiarkan lotus dlm arus kerugian silam tanpa ada perancangan pemulihan tentu ar satu liabiliti besar bagi proton kalau hanya dok tumpukan kat proton sahaja sedangkan lotus tu milik proton dan proton kena buat sesuatu. Saya percaya proton ada perancangn utk proton sendiri dan lotus jugek. Cuma perjalanannya tidak mudah dan ambil masa la sket…

        cheers!

  29. Kos pembangunan Exora adalah sekitar RM700m. kalau 1.45b boleh develop 2 model.

    • kos RnD exora RM 480 juta

      • Maknanya Rm1.45b boleh develop 3 model serentak dalam masa 5 tahun. Exora, Persona, Saga baru?? Proton sewaktu justified rebadged lancer beritahu kos develop sebuah model baru adalah RM700j.

      • mmm… biasanya RnD model baru dlm RM600-700m. Even persona dulu pun kos RnDnya dlm RM600m kalau x silap. Pelaburan RnD model kereta sport berteknologi tinggi sprti lotus brbandign model2 kereta komersial seperti proton tentu la x sama kn?

  30. off topik jap.. hihih
    EXORA VS AVANZA!!!
    http://prodas.wordpress.com/2010/11/22/exora-vs-avanza/
    tumpang lalu bro campro..

  31. http://chedet.co.cc/chedetblog/2010/11/proton-dalam-era-teknoloji-hij.html

    PROTON DALAM ERA TEKNOLOJI HIJAU

    1. Pada 6hb November kereta Proton Exora telah menang pertandingan kereta zaman akan datang yang dianjurkan oleh RAC (Royal Automobile Club – United Kingdom). Pertandingan ini melibatkan hanya kereta-kereta otomobil yang tidak terlalu mencemar udara dengan pengeluaran asap, karbon dioksida dan monoksida.

    2. Hampir semua syarikat-syarikat otomobil di dunia telah mengambil bahagian dalam pertandingan ini dengan kereta elektrik dan hybrid ciptaan mereka untuk masa depan (future). Kereta-kereta ini dikehendaki berjalan dari Brighton ke London, perjalanan sejauh lebih kurang 60 batu (miles).

    3. Diantara jenama yang terkenal yang mengambil bahagian ialah Toyota (Jepun), Volkswagen (Jerman) dan General Motors (Amerika Syarikat). Ada yang mengambil bahagian dengan kereta yang sudah dipasarkan dan ada yang belum dipasarkan.

    4. Proton menyertai dengan sebuah kereta Exora untuk pertandingan ini yang menggunakan sistem yang, selain daripada amat kurang mencemarkan udara tetapi juga menggunakan bahan bakar petrol yang amat sedikit.

    5. Exora mendapat tempat pertama dalam kategori Extended Range Electric Vehicle (kereta elektrik yang ditingkatkan jarak perjalanannya) serta juga memenangi dalam semua kategori termasuk kereta elektrik (EV – Electric Vehicle), kereta yang ditingkatkan jarak perjalanan (extended range EV), hybrid (menggunakan enjin petroleum dan elektrik bersama) dan minyak disel.

    6. Exora mencatat ekonomi penggunaan petrol sebanyak 136 batu (miles) bagi satu gelen. Tempat kedua hanya mampu mencatat jarak 62 batu (miles) bagi satu gelen – iaitu kurang separuh daripada kebolehan Proton Exora.

    7. Keputusan pertandingan ini jelas menunjukkan yang teknologi Proton jauh lebih baik daripada teknologi lain-lain jenama.

    8. Sementara itu Proton Saga elektrik juga mendapat kemenangan tetapi syarikat-syarikat lain membuat protes. Pihak Proton telah membantah terhadap protes ini.

    9. Selain daripada kurang mencemar udara dan jarak perjalanan bagi satu gelen petrol kereta Exora dan Saga mampu memuatkan jumlah penumpang sepenuhnya dan bootnya (tempat simpanan barang) juga mempunyai kapasiti biasa. Hampir semua kereta lain terpaksa menggunakan boot dan tempat duduk belakang untuk bateri.

    10. Kejayaan Proton dalam pertandingan ini membuktikan kemampuannya bersaing dengan syarikat-syarikat gergasi dunia dalam teknologi elektrik, extended range electric dan hybrid.

    11. Proton sedang bersiap sedia untuk mengeluarkan Saga Elektrik dan Exora Extended Range untuk pasaran dunia. Buat kali pertama Proton mempunyai harapan untuk bersaing dalam pasaran kereta bermotor di seluruh dunia.

  32. saya setuju sangat dengan semua idea2 yg diutarakan.. harap 2 ada pihak proton yang dapat membaca idea2 menarik ini dan jadikan ianya rialiti… apa2 pn di KLIMS 2010 ada clay model PErsona R… jom pegi.. insyaalah.. saya akan ke sana 3hb…. mari ramai2 serboo boot proton..hihihi

  33. Back to basic. Macam Toyota yang sangat-sangat berjaya di Malaysia dan ASEAN dengan berbekalkan prinsip less is more. Lebihkan kepada safety features macam airbag mesti ada, EBS dan EBD pun mesti ada. Reverse sensor pun wajib. Sport rim tidak perlu. Kongsi lebih banyak parts antara kereta Proton berlainan model. Bab quality plastic interior itu saya setuju sangat kena pertingkatkan kualitinya. Lain-lain aksesori macam rain sensor, dim sensor tu optional dan tak penting pun malah boleh buat harga kereta jadi lebih mahal. Senag cerita, dengarlah apa yang diperlukan oleh rakyat malaysia sebagai kereta untuk kegunaan seharian. Buat lebih banyak market dan fesibility study. kalau banyak-banyak features pun tapi harga mahal orang tak beli juga.

    • haha… malangnya rakyat m’sia nie agak cerewet. Nak tu nak nie.. pastu nak murah.

      • yup betul…dah lah kos pengeluaran kete proton agak tinggi kerana keluaran kete xsbyk kete2 jenama terkenal.tu yg menjadi cabaran utk proton.

        Aku pernah dgr ada pihak menyatakan sebenarnya proton boleh dptkan komponen atau OEM part yg lbh. murah dari luar negara seperti Thailand/China. Namun ia akan menjejaskan nasib vendor2 tempatan/bumiputera plak. Proton xboleh berbuat demikian kerana salah satu penubuhan proton pun nak membantu org tempatan/bumi dlm. bidang automotif.

      • sebab tu Proton kena buat kereta yang menepati citarasa global utk dapatkan skala ekonomi yg lebih besar… bab vendor tu sebenarnya Proton dibawah manegement baru dah banyak terminate vendor2 yang bekalkan komponen bermasalah… vendor tu sebenarnya kena “insaf’ sikit, jangan ingat selama2nya dapat bekalkan komponen kat Proton & kaut untung melampau2 sebab bagi barang yang xde kualiti… kalau nama Proton teruk diorang yang terima akibatnya, kalau nak berniaga lama, buatlah dengan baik & berkualiti..

  34. Logo Proton di steering, mana lebih nampak mewah dan mana lebih nampak murah??

    http://prodas.wordpress.com/2010/11/22/logo-proton-di-steering/

  35. Belakang die mcm kelakar la. Tapi kalau tengok real x saya rase sebab spyshot kat dlm kilang ari tu nampak molek j..

  36. xpe… kt KLIMS nnti kite tengok LIVE ramai2..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s