funtasticko design

http://funtasticko.net

Proton umumkan barisan kenderaan & kereta konsep di KLIMS!!!

21 Komen

Proton telah mengumumkan barisan kenderaan & kereta konsep di KLIMS yang akan bermula 3hb Disember ini di PWTC. Booth Proton adalah seluas 1,500 kaki persegi dan bakal mempersembahkan 20 kenderaan termasuk 8 concept & show cars. Bakal menjadi tarikan utama di booth tersebut ialah Saga EV (electric vehicle), Exora Extended Range EV, EMAS concept hybrid, Satria Neo S2000 termasuk kereta konsep dari Lotus yang telah dipamerkan di Paris baru-baru ini. Jumlah kereta konsep Lotus yang bakal dipamerkan masih lagi dirahsiakan tetapi Lotus Esprit antara yang bakal dipertontonkan di sana.

Selain itu Proton juga akan membuat “live styling studio” di sana & berkemungkinan kita dapat menyaksikan bagaimana cara rekaan kereta Proton dibuat. Pada pendapat saya mesti ada video R&D atau sekurang-kurangnya slide show sketches kereta masa depan Proton termasuk clay model Persona R & CUV (Crossover) Proton. Berita ini memang menggembirakan peminat-peminat setia Proton. Jadi tunggu apa lagi, jom kita ke sana ye!!! 🙂

sumber : paultan.org

Advertisements

21 thoughts on “Proton umumkan barisan kenderaan & kereta konsep di KLIMS!!!

  1. dalam gambar itu kereta apa???

  2. wah!!!meriah sggh booth Proton kali ni,msti pergi ni rugi kalo xgi hehe

  3. wahhh menarik ni.. luar dr jangkaan..saya g 4hb…. huhuhu tak sabar rasanya!! hiihi

  4. macam takder persona-r je.. hehe.

  5. Kemungkinan kereta yang Akan di pamerkan menurut pandangan saya.
    1.Saga Facelift
    2.Saga EV
    3.Inspira R3
    4.Inspira Police
    5.Exora Turbo
    6.Exora REEV
    7.Lima lotus baru
    8.Proton Emas

    ni baru 12 ada lagi 8 ni,maksudnya ada banyak lagi kejutan.

  6. mujurla sy ada di Bangi skrg ni sbb uruskan program kt UKM.. so bleh la singgah jap kt PWTC nnti..hehe

  7. 12 kan?? 2 lagi myb persona r n cuv proton……6 lagi ape pulak??byknye..heheh

  8. banyak nye!!!!..huhuhu…

  9. lg 6 model agaknye 2 lagi model emas yg country n kontot tu

  10. then ada 4 lagi? hehe.. maybe exora yg di potong jadi arena or utility van? atau ambulance? atau yg di atas tu model yg di faceliftkan dari lotus..

  11. gmbr kat atas ni nmpk mcm re-styled Lotus Europa jer (with Donato Coco nyer designed language)…ataupun Proton Sportscar? (speculations jer tu..heheh..)

  12. Agak2 boleh duduk dalam Satria Neo S2000 tu tak?hehe.

    Harap ada exora pelik dipamerkan di sana. Saya juga mengharapkan akan ada EMAS versi production, Exora RE-EV dan Persona..

  13. yg pic tu lampu can evora.

  14. Proton Saga facelift baru sahaja dilancarkan di Thai Motor Expo 2010 hari ini. Paul Tan dah ada laporan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s