funtasticko design

http://funtasticko.net


22 Komen

Perodua BEZZA Concept!!!

Tu dia Perodua mengganas dengan Perodua BEZZA Concept. Sekali imbas rekaannya adalah inspirasi dari Toyota Prius Hybrid. Nampak garang & futuristik, Syabas Perodua!!! Sliding door yang menarik & pintu depan bukaan ala2 Rolls Royces tu. Rekaan anak tempatan yang diketuai oleh Muhammad Zamren Musa model konsep ini menunjukkan bagaimana hala tuju kereta kompak Perodua masa hadapan. Inilah yang kita harapkan dari Perodua selama ini, keluar dari zon selamat dengan hanya “rebadged” & cuba mereka kereta mereka sendiri. Nampak gayanya tergugat la Proton TUAH concept.. hehehe… 🙂

sumber : paultan.org


38 Komen

Apa pendapat anda bagi rekaan Persona R?

Apa pendapat anda bagi rekaan bakal Persona R ni nanti? Bagi saya semua dah cantik cuma perlu perubahan kat headlamp & grille supaya lebih garang…macam xmasuk je dengan bumper yang dah menyerlah tu.. harap ni bukan lah final design lagi sebab nak jadi global car perlu ada wow factor kat face dia, baru orang teruja nak membeli..  🙂 gambar dari paultan.org


34 Komen

PAHLAWAN PROTON aka PROTON CONCEPTS @ KLIMS!!!

PROTON TUAH aka Persona R

Yang kita nanti-natikan selama ini akhirnya telah muncul, inilah dia full size clay model PROTON TUAH aka Espire/Persona R!!! Dibangunkan dari platfom P321A clay model ini adalah halatuju masa depan Proton di arena global. Salah 1 daripada siri PAHLAWAN yang bakal menggegarkan booth Proton di KLIMS.

PROTON JEBAT (Inspira concept)

Jebat pula merupakan showcar concept dari Proton Inspira. Dengan rekaan agresif dan garang dah tentu ah beng tak jadi nak convert Inspira diorang jadi Lancer EVO, hahaha..

PROTON LEKIR (Rebadged Lotus Europa)


Proton Lekir pula merupakan SPORT CAR (KERETA SUKAN) Proton yang di “rebadged” dari Lotus Europa. Sebenarnya memang Lotus Europa ni asalnya kereta sport Proton yang develop sekali dengan Proton MSX, tapi tak jadi dikomersilkan. Dikhabarkan Lekir ni bakal menggunakan enjin turbocharged Campro CFE dan dijual dibawah harga RM150,000.

PROTON LEKIU (CROSSOVER/SUV/SOFTROADER)

Ini pula Proton Lekiu atau dikenali juga sebagai Xactive iaitu concept CROSSOVER/SUV/SOFTROADER Proton. Ada kemungkinan ini merupakan proposal Proton pada Youngman. Bersaskan platform Exora model ini di “benchmark” dengan Nissan Qashqai. Tiada informasi mengenai enjinnya  .

PROTON KASTURI (Proton Saga facelift concept)


Proton Kasturi pula merupakan siri concept/showcar yang ke-5 dari Proton Design. Versi sport Proton Saga facelift ini adalah versi yang lain daripada Proton Saga facelift R3.

PROTON Satria Neo R3

Satria Neo R3 ni dikhabarkan menggunakan enjin turbo di bawah hood carbon fibrenye tu.. Selain itu di booth Proton juga akan ada Lotus Esprit, City Car Concept, Proton Emas & kereta EV & Hybridnya..mari kita serbu booth Proton di KLIMS, memang Proton balas jasa rakyat Malaysia kaw2 kali ni..

sumber : cbt.com.my