funtasticko design

http://funtasticko.net

PAHLAWAN PROTON aka PROTON CONCEPTS @ KLIMS!!!

34 Komen

PROTON TUAH aka Persona R

Yang kita nanti-natikan selama ini akhirnya telah muncul, inilah dia full size clay model PROTON TUAH aka Espire/Persona R!!! Dibangunkan dari platfom P321A clay model ini adalah halatuju masa depan Proton di arena global. Salah 1 daripada siri PAHLAWAN yang bakal menggegarkan booth Proton di KLIMS.

PROTON JEBAT (Inspira concept)

Jebat pula merupakan showcar concept dari Proton Inspira. Dengan rekaan agresif dan garang dah tentu ah beng tak jadi nak convert Inspira diorang jadi Lancer EVO, hahaha..

PROTON LEKIR (Rebadged Lotus Europa)


Proton Lekir pula merupakan SPORT CAR (KERETA SUKAN) Proton yang di “rebadged” dari Lotus Europa. Sebenarnya memang Lotus Europa ni asalnya kereta sport Proton yang develop sekali dengan Proton MSX, tapi tak jadi dikomersilkan. Dikhabarkan Lekir ni bakal menggunakan enjin turbocharged Campro CFE dan dijual dibawah harga RM150,000.

PROTON LEKIU (CROSSOVER/SUV/SOFTROADER)

Ini pula Proton Lekiu atau dikenali juga sebagai Xactive iaitu concept CROSSOVER/SUV/SOFTROADER Proton. Ada kemungkinan ini merupakan proposal Proton pada Youngman. Bersaskan platform Exora model ini di “benchmark” dengan Nissan Qashqai. Tiada informasi mengenai enjinnya  .

PROTON KASTURI (Proton Saga facelift concept)


Proton Kasturi pula merupakan siri concept/showcar yang ke-5 dari Proton Design. Versi sport Proton Saga facelift ini adalah versi yang lain daripada Proton Saga facelift R3.

PROTON Satria Neo R3

Satria Neo R3 ni dikhabarkan menggunakan enjin turbo di bawah hood carbon fibrenye tu.. Selain itu di booth Proton juga akan ada Lotus Esprit, City Car Concept, Proton Emas & kereta EV & Hybridnya..mari kita serbu booth Proton di KLIMS, memang Proton balas jasa rakyat Malaysia kaw2 kali ni..

sumber : cbt.com.my

Advertisements

34 thoughts on “PAHLAWAN PROTON aka PROTON CONCEPTS @ KLIMS!!!

  1. Persona R dari tepi macam VW Passat CC tu, hehehe..

  2. wow terbaek la.. harap harga pun terbaek jugak..hehe

  3. weeellloooo… hebat pahlawan gagah perkasa! 🙂

    cheers!

  4. saya harap design persona r lebih menyerlah dari clay model. nampak mcm boring sikit. Kalau boleh biar orng tengok je kereta tu sampai org tengok 2 kali sebagai contoh Hyundai sonata. Bukan nak kata, tapi sebagai pendapat.

    • ye betul, agak hampa sedikit rekaan depan dia terutama pada lampu dan grille, simple sgt..lagi garang yg clay model xsiap tu punya headlamp..tolong la ubah Proton..sayang sangat design ni kurang garang..

    • PERSONA R? hmmmm…..
      dari tepi?… tutup bhgn atas…nmpk exora…
      bumper depan? hmmm… gabungan inspira & exora…
      bumper blkg? still exora…
      lampu % grill dpn? masih x menyengat…
      lampu blkg? skali pndang cam efini rx7 pun ade gak…
      bumbung? cam sonata daaa….

      tp gabungan ni dh menarik cuma design lampu dpn & grill tolong la wat gempak lagi… adik aku yg tgh amik sijil elektronik pun boleh design lagi cun…

      • ramai org leh design cantik2 kat Rnd Proton pun byk design2 yang cantik..cuma bila nk jdikan kereta…kena kira kos semua bro?

      • menghargai ciptaan produk sendiri…
        klu adik boleh design cantik..kasi sama proton la…..tunjuk….jgn ckap kosong jer…

  5. Harap design belakang CUV tubukan untuk actual model. Looks plain..

  6. PERSONA R?

    mmg based on EXORA… teringat pulak kat model photoshop by brader CHAKU…mmg sebijik le…

  7. aku suka persona r, proton wat simple sbb mungkin nk target semua golongan usia, tapi klu nk garang mungkin proton leh wat r3 version kot, bagi kita anak muda mmg rasa simple tapi bagi org tua mungking ok. just my 2cent

  8. mysterio~suruh le adik ko yg tgh ambik sijil tu reka design..pastu bg kt proton..blh dpt royalti..

  9. ala yeop…adik teman tu blajor lukih dengan teman le…

  10. Terbaikkkk.. persona R memang mengancam,yg lain semua o.k kecuali SUV tu perbetulkan skit kt belakang tu. Harap interiornya pun mengancam,lepas ni x de dah orang nk kutuk kete PROTON x lawa he he he

    • kalau setakat nk lawa… ade, nk mengancam… ade tp x guna kalau x de quality. kuality tu penting dan tahan lebih lama…..hihihi….baru laaaa…poweeerrrr….yeahhh!!!!!!

  11. Persona R tu, kalu kuar cam tu sebijik pun mesti meletop punya kalu harga cam Persona skang..tengok dari mane sudutpun tetap cantik, puhh x tidur malam di buatnya…..

  12. Walaupun design Persona R tak menyengat,tapi saya rasa ini lah yang dinamakan elegance.
    Design dia tak ganas tapi elegance tapi terus terang saya cakap design Hyundai sekarang macam over sikit.
    Kemungkinan apa yang Proton cuba lakukan sekarang,ialah seperti apa yang KIA buat sekarang,simple tapi unique.
    Tapi gambar tak menjelaskan segala2 nya,meh la kita ramai2 serbu KLIMS.
    Bro campro,KLIMS ni sampai bila eventnya.

  13. haha.. ok lah model nih.. btw aku tak rasa sonata menarik pun.. pelik dan over.

  14. R3 pakai Skim warna baru ker ? (Hitam Kuning) dah tak pakai warna Hitam Merah putih ?

  15. overal ok….
    1)persona tu mmg cantik…simple tp klo betul production version pon mmg dah ok sgt2…walopon mule2 mengharapkan lebih garang..tp depan tu nmpak lak kehondaan disitu..grile mcm mazda lama lak rasenye..papepon nice design..

    2)inspira sport tu mmg cantik gile..mmg kalah la lancer evo tu…huhu..

    3)kete sport tu ok..klo proton leh kuarkan mmg tabik..walopon rebadge,itu hak proton..lotus mmg hak proton..

    4)suv je x brape berkenan..design xbrape cantik..exora lagi cantik..tolong la ubah balik bumper depan n keseluruhan blakang suv tu..please proton..jgn kuarkan suv yg kurang cantik..

  16. nyway,,,korg xprasan ke concept dr perodua tu…yg ala2 prius tu mmg cantik gak…huhu..yg kesian tu alza yg dah siap modified..teruk benor…mcm tepek2 kotak je…otoshow kalini proton menang

  17. yg rebadge europa tu mcm x syok la..bukn ap..bentuk europa tu dh mcm outdated…..

  18. Persona R..bg aku nmpak lebh kpd mewah dr sporty n x nmpak garng..

    • terus terang saya cakap overall design untuk market segment C ni semuanya sport oriented, contohnya KIA Forte, Hyundai Avante, Mazda 3, Mitsu Lancer, Honda Civic, BMW 3 series, Merc C series & Audi A4.. VW je yang agak konservatif

  19. hummm agak.. terkilan design proton tidak buat betol2…. walau apa pn kejap lagi saya akan pergi.. tgk sendiri….saya harap nanti design proton perlu lebih agressif dan future.. saya memuji perodua.. proton harus bertindak… tak apa jap lagi saya lihat sendiri…

    • hahaha… prodas sanagt teruja dengan keter Plastik kuning produa … takpelah. overall keter konsep proton ni ok sebenarnya walaupun taklah futuristik.. tapi sangat realistik.

  20. Kalau betullah semua model itu kan dikeluarkan….
    syabas kepada Proton. Hnya untuk orang muda saja nampaknya….

  21. Setelah belek telek beberapa kali.. aku rasa … si Lekiu Proton SUV to not bad at all. ok juga dijadikan small affordable suv untuk rakyat. ok jugak tuh. hehe

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s