funtasticko design

http://funtasticko.net


42 Komen

Apa yang bakal dilancarkan Proton untuk 2011?

Selepas berakhirnya KLIMS & pelancaran Saga FL, kini lengkaplah sudah model-model yang telah dirancangkan untuk tahun 2010. Apa pula yang bakal dilancarkan Proton untuk 2011 nanti? Menurut autoinsidermalaysia untuk 2011 ada banyak model yang menarik bakal dilancarkan. Tahun depan merupakan tahun yang agak sibuk buat Proton dalam perancangan masa hadapannya.

Dijangka model yang mula-mula akan dilancarkan ialah Satria Neo CPS RS Edition yang ditala khas oleh R3.

Selepas itu Exora FL (Face Lift) yang bakal dijana oleh enjin Campro CFE (Turbo) dengan kotak gear CVT dari Punch Motive. Sumber menyatakan model ini dijangka berada dipasaran sekitar April 2011 (Q1 2011). Masih tidak diketahui bagaimana rupa Exora FL ini nanti. Tetapi dari spyshots sebelum ini dijangka Exora FL mengalami perubahan di bahagian bumper yang kemungkinan ada elemen ‘new family face” dari Saga FL.

Kemudian bakal disusuli pula dengan Saga FL (Phase 2) dengan enjin IAFM+ dengan kotak gear CVT.

Proton Inspira (Phase 2) pula akan menyusul dengan perubahan kosmetik yang agak ketara untuk membezakannya dengan Mitsubishi Lancer sebelum ia di eksport ke luar negara & pasaran tempatan. Ini merupakan perjanjian yang telah dibuat oleh Proton & MMC. Kandungan tempatan komponennya akan meningkat sehingga 60%.

Selepas itu kereta elektrik pertama Proton iaitu Exora Range Entended EV bakal dilancarkan untuk kegunaan kerajaan sebagai ” Government Fleet Vehicle Test “.

Akhir sekali model yang kita semua amat nantikan Persona R akan dilancarkan pada penghujung 2011 atau awal 2012. Model global pertama Proton yang mendapat sentuhan rekaan dari ItalDesign Giugiaro ini bakal memulakan ujian di jalan raya tak lama lagi. Model ini bakal dijana oleh enjin Campro CFE dengan kotak gear CVT & kemungkinan ada 6mt. Clay model konsep Tuah yang di KLIMS baru-baru ini adalah bayangan kepada Persona R, tapi menurut theking Persona R bukan lah Tuah.

Satu lagi model global Proton adalah EMAS yang bakal menggantikan Savvy pada tahun 2012.

sumber : autoinsidermalaysia.blogspot.com